Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, October 20, 2008

Imbangan Harga Untuk Menangani Krisis

Harga pasaran komoditi semakin tindak menentu ketika ini, apakah tindakan kerajaan dalam menangani pasaran krisis?? Jika diperhatikan harga minyak semasa adalah lebih rendah daripada ketika harga patrol di negara kita RM1.92. Adakah perlu kerajaan menurunkan harga minyak pada kadar RM1.90 atau RM1.80???

Sebenarnya tidak perlu, memang nampak menarik tetapi kesan langsung yang telah merosakkan ekosistem ekonomi negara akibat kenaikan mendadak harga petrol menghampiri 80sen pada masa lalu telah menyebabkan pemulihan yang sukar. Pendapat saya harga munasabah adalah dalam RM2 seliter sudah memadai tetapi dengan syarat terdapat pakej kawalan ekonomi untuk mengurangkan kesan langsung kepada rakyat antaranya :
  1. Tindakan kawalan harga makanan dalam negara dengan tegas dan komprehnsif. (aktifkan enforcement dari KPDNHEP)
  2. Kemudahan kredit untuk sektor industri kecil dan sederhana bagi merangsang pertumbuhan syarikat dalam negara. (dapat membantu pertumbuhan syarikat swasta)
  3. Pakej rangsangan terhadap industri pelancongan dalam negara, dan tidak menggalakkan pelancongan ke luar negara. (harga minyak turun pada tahap munasabah, manakala sektor perhotelan dibantu dengan pakej menarik akan merangsang pelancongan dalam negara)
  4. Semua projek kerajaan perlu di kecilkan pakej bagi merangsang industri kecil dan sederhana melibatkan diri dalam sbutharga dan tender. (Terutama industri yang agak terjejas seperti kontrak khidmat penyelenggaraan elektrik dan teknologi maklumat serta pembinaan.)
  5. Mengurangkan cukai luar biasa kepada komoditi getah dan kelapa sawit. (disamping pakej membantu pekebun kecil dalam subsidi baja dsb)
  6. Meningkatkan kawalan pemberian subsidi minyak hanya kepada rakyat Malaysia (kawalan dengan menggunakan mykad atau pengasingan stesen petrol, jadikan Brunei sebagai asas tapi ubahsuai kaedah perlaksanaannya)
  7. Menggalakkan atau mewajibkan agensi kerajaan melaksanakan program di hotel-hotel yang mempunyai sijil Halal Malaysia. (Kesan langsung ialah meningkatkan pasaran permintaan barangan Halal dan promosi Halal Toyyiban, sekaligus boleh membantu Malaysia menjadi Hub Halal dunia)
  8. Meningkatkan insentif Foreign Direct Investment. Kerajaan mengatakan FDI tinggi, tapi peningkatan FDI diletakkan pada nilai USD dan RM yang lemah, sebenarnya amat tidak memadai dan perlu dilipatgandakan. Kerajaan perlu profesional dan perlu memberi laluan kepada pelabur untuk melabur di negeri dibawah Pakatan Rakyat, kurangkan sekatan yang kononnya "tidak disengajakan".

Ini adalah antara pakej yang saya cadangkan mungkin para blogawan, parti-politik, profesional dan kerajaan mempunyai cadangan lain, tetapi saya mengharapkan pakej ini dimasukkan. Rakyat Malaysia diharap memahami nilai US Dollar jatuh, nilai Ringgit lemah, inflasi tinggi, dan ekosistem ekonomi perlu diperbaiki. Oleh itu tidak munasabah harga petrol diletak dibawah paras RM1.99. Tahap munasabah adalah RM2 dengan pakej tertentu boleh membantu memperbaiki ekosistem ekonomi.

Saturday, October 18, 2008

Muzium Selangor Shah Alam.. Siapa yang tak buat kerja

  1. Selepas mengunjungi rumah terbuka seorang teman lama di Shah Alam, saya membawa keluarga singgah melawat Muzium Selangor.
  2. Memang menjadi amalan saya sekiranya melawat ibu negeri mana-mana negeri saya akan singgah ke muzium negeri untuk melihat perkembngan negeri tersebut.
  3. Bagaimanapun Muzium Selangor telah lama tidak saya kunjungi (kali terakhir pada hujung tahun 2004) walaupun kerapkali juga saya pergi ke Shah Alam.
  4. Namun disini saya ingin memberi sedikit teguran kepada Kerajaan Negeri, lawatan kami sekeluarga disertai anak saudara saya berumur lapan dan sepuluh tahun.
  5. Saya sedikit terkilan apabila mereka bertanya kepada saya siapa Menteri Besar Selangor sebenarnya? Rupanya digambar senarai Meteri Besar dari dahulu hingga kini masih terletak gambar Dr. Khir Toyo Menteri Besar sehingga kini. Dimana gambar Tan Sri Khalid? Kita yang dah besar panjang ini mungkin faham, tapi ini boleh mengelirukan budak sekolah.
  6. Diharapkan Kerajaan Negeri Selangor terutama Ahli Lembaga Muzium membuat pembetulan segera, kemenangan Pakatan Rakyat bukan baru 3 bulan, malah sudah lebih 6 bulan.
  7. Teguran ini bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri yang baru tapi pakej daripada staff muzium sehinggalah Ahli Lembaga Muzium. Semoga tuan/puan lebih peka.

TV3 putar alam, sikap kewartawanan tidak beretika

Malam ini TV3 sekali lagi menjadi agen putar alam, masih lagi menganggap rakyat bodoh. Saya sama sekali mengutuk kerja ini.

Slot yang saya kira tidak beretika ialah ulasan slot DSAI dan YB Umno di parlimen. Kalau benar-benar profesional keluarkan secara penuh slot tersebut. Tunjuk sikit berapa ramai YB UMNO yang makan gaji buta tak muncul di Parlimen pada masa itu. Mana dia menteri-menteri?

Nasihat saya kepada TV3 janganlah memperbodohkan rakyat

Friday, October 17, 2008

Peringatan Raja Melayu

Saya bersetuju bahawa peringatan Raja Melayu bagi peruntukan di dalam perlembagaan menuntut bahawa “Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Oleh demikian semua rakyat perlu memahami peruntukan ini dan orang Melayu sebenarnya tidak perlu risau untuk menukar kerajaan sedia ada, jika tidak dalam masa terdekat ialah pada masa Pilihanraya ke 13 (PRU 13) kelak. Selain dari itu orang Melayu disamping meminta bangsa lain hormat kepada Raja mereka juga perlu hormat. Tidak perlulah mengangkat kain rentang mengeji Raja dan sebagainya.

Orang Melayu perlu memelihara dan melindungi agama Islam, jangan lah mengharapkan Raja atau guru-guru agama sahaja memelihara Islam sedangkan sikap dan tindak tanduk kita lebih kepada kera. Melindungi agama Islam dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup, menjadikan Islam sebagai teras kehidupan serta membangunkan negara bersama Islam.

Selain dari itu sebagai orang Melayu yang memimpin negara janganlah kita meminggirkan Bahasa Melayu, menjatuhkan standard Bahasa Melayu dan merendah-rendahkan Bahasa Melayu. Satu ketika dahulu Bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca". Kini Bahasa Melayu hanya digunakan di nusantara. Tapi di Malaysia sains dan matematik dahulunya di ajar dalam Bahasa Inggeris pada awal kemerdekaan, kemudian dengan titik peluh bertahun-tahun Pegawai Pendidikan mengusahakan Bahasa Melayu didaulatkan sehingga menjadikan Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Apa yang membanggakan Sains dan Matematik yang di ajar dalam Bahasa Melayu satu ketika dahulu telah menjadi sumber rujukan anak-anak Melayu di Selatan Thai, Melayu Singapura, Brunei dan ada sesetengahnya dibawa kepada anak Melayu yang berada diperantauan. Tidak semena-mena Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris semula tanpa perancangan yang rapi. Jika tidak mungkin dalam tahun 2020 dah ada orang eropah buat rujukan untuk sains dan matematik yang dikaji oleh orang Malaysia di dalam buku bahasa Melayu. Tapi perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dirosakkan oleh pemimpin korup yang sudah tidak dapat menilai perjuangan.

Kepentingan kaum-kaum lain juga perlu dipelihara, tidak boleh sekiranya kita sebagai pemimpin Melayu meminggirkan bangsa lain yang duduk bersama-sama dalam satu negara. Kita tidak boleh manafikan sama sekali sumbangan mereka untuk negara kita. Mereka bekerja, bayar cukai, membeli belah, membuka gedung dan sebagainya. Jadi tidak boleh sesekali kita menzalimi mereka. Sudahlah dengan mereka tidak boleh dizalimi dengan orang Islam apatah lagi... Jadi apakah perlu akta zalim wujud.. sekian dahulu, tepuk dada tanya Iman

Wednesday, October 15, 2008

Penurunan Harga Minyak... Kita tunggu 100 hari

Turun juga lagi harga minyak, lega sedikit rasanya...tapi apakah tindakan lanjut kerajaan? bagaimana kawalan terhadap ringgit, nilai simpanan emas negara, dan lain-lagi.. Bagaimana kawalan harga barang? tekanan rakyat sudah meningkat, akibat ekosistem ekonomi yang telah rosak, memperbaikinya bukan mudah, tindakan terancang adalah amat perlu

Saya kira kini Dato Najib tidak perlu mengumumkan Belanjawan baru secara terus menerus kerana saya pasti selagi ada Menteri Kewangan II tidak kemana perginya. Saya lebih mencadangkan agar wujudkan langkah awal dengan pertamanya YAB TPM setuju buang jawatan Menteri Kewangan II, kemudian panggil Gabenor Bank Negara serta profesor ekonomi di IPTA negara bentangkan pelan krisis mereka kepada YAB. Kemudian barulah boleh bentang belanjawan baru.

Saya setuju tindakan semua YB YB parlimen untuk meyertai Pakatan Rakyat sekiranya YAB TPM gagal melakukan tindakan sewajarnya dalam menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh 100 hari menjadi Menteri Kewangan. Pelan ekonomi untuk menangani krisis global!

Sunday, October 12, 2008

Trend Pasaran Minyak Mentah Dunia..

Kelihatan sepanjang 2 minggu kebelakangan ini trend pasaran minyak global menunjukkan penurunan ketara, dan ketika catatan blog ini dibuat harga pasaran miyak adalah sekitar US$77 setong.

Kerajaan disaran bertindak menurunkan harga minyak dan berhenti buat spekulasi dan alasan.. Penurunan awal harga minyak mungkin sedikit sebanyak dapat membantu menstabilkan harga beberapa keperluan bukan dalam jangkamasa terdekat tapi dalam jangkamasa 2 - 3 bulan. Kami rakyat tidak mengharapkan minyak turun hari ini besok turun harga kerana dari segi logiknya tindakan mengejut Kerajaan menaikkan miyak RM0.78 sen pada bulan jun tempoh hari telah merosakkan ekologi ekonomi negara. Ia akan mengambil masa untuk pulih, malah lebih lambat mengambil tindakan lebih lambat ekonomi "cycle" ini akan pulih. Diharap Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri bertindak segera tanpa perlu menunggu report dari Menteri Kewangan II yang terbukti nasihat kepada Menteri Kewangan yang lalu telah merosakkan cycle ekonomi.

Pulihkan ekologi ekonomi, perlu diingat pasaran komoditi termasuk sawit dan getah mengalami kemerosotan, para petani telah menerima kesan sedikit demi sedikit... Kerajaan perlu bertindak segera. Saya tidak sempat hendak mengolah lebih lanjut, tapi berdasarkan kajian secara am di pasaran global di Asia Timur, Eropah dan Amerika kerajaan perlu bertindak awal. Saya hanya sempat menyatakan Tukar polisi kewangan negara jadikan emas sebagai transaksi dalaman negara, tingkatkan simpanan emas, lebihkan simpanan minyak digali, kurangkan harga minyak segera, mansuhkan jawatan Menteri Kewangan II dan lebihkan 15% import minyak.

Monday, October 6, 2008

Cadangan Pelan Awal Ekonomi Malaysia

Sempena Hari Raya Eidulfitri ini saya menyeru Menteri Kewangan yang baru untuk menggantikan atau memansuhkan jawatan Menteri Kewangan II. Perkiraan saya melihatkan YB Menteri Kewangan II ini sudah tidak diperlukan, kerana:

1)Beliau digunakan untuk membantu PM yang tak reti ekonomi
2)Beliau ni lah yang banyak menasihati berkenaan kenaikan harga minyak dlm negara (bila nak turunkan minyak mesyuarat kabinet bila naikkan suka hati dia jer)
3)YB Menteri Kewangan ada asas ekonomi dan saya kira cukup untuk beliau menggunakan platform yang ada seperti Gabenor Bank Negara dan pakar2 ekonomi lain untuk menjadi penasihat
4)Beliau dilihat terlalu banyak meluluskan rundingan secara terus dan tender terhad keatas projek2 kerajaan.
5)Pengurusan kewangan negara dilihat semakin tidak telus
6)Khidmat beliau semasa di Bank Negara dahulu banyak boleh dipertikaikan, dan klihatan nasihat beliau kepada PM banyak mudarat dari kebaikan.
7)Beliau dilihat lebih menguasai Kementerian kewangan berbanding Menteri Kewangan.
8)Krisis ekonomi yang berlaku di US dilihat masih tiada protection lagi disediakan untuk membendungnya di negara ini. Jawapan standard adalah "ASAS EKONOMI ADALAH KUKUH"

Sunday, October 5, 2008

Salam Eidulfitri

Antara Ramadhan dan Syawal tahun ini saya tidak berkesempatan menulis diblog, maklumlah jalur lebar hanya ada dirumah tapi tidak dikampung. Bila menonton iklan raya Petronas memang benar talian jalur lebar masih tidak boleh diakses dikampung2 di pedalaman sekalupun di Selangor sahaja. Hendak menumpang "broadband mobile" adik ipar pun tak sanggup sebab kelajuan Celcom 53.6KBPS, Maxis pula langsung tak boleh connect dan mudah putus.

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.

Berjuang Memang Pahit Kerana Syurga Itu Manis

TV3 Alat Propaganda ISA...

Sepanjang cuti raya ini setiap hari TV3 membuat coretan ISA... memuji dan mengagungkan ISA, temubual yang dijalankan berkisar kepada bekas tahanan ISA yang menyokong ISA. Kenapa tak ditanya pendapat kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)?? inilah dinamakan politik media kotor.

Sudah sah ISA itu adalah akta zalim yang tidak mengikut syariat Islam.

Selain itu cuba diperhatikan ulasan Prof Dr. Atory menyeru supaya semua pihak perlu profesional siapa yang kalah perlu menerima kekalahan dan perlu beri kerjasama kepada pihak yang menang ini termasuk pembangkang perlu menerima kemenangan BN.

Saya pula nak ulas siapa yang profesional dan tidak? Cuti raya baru ni saya lihat kampung isteri saya ada JKK dan JKKP, apa ni? memang tidak profesional. UMNO lah yang memecahbelahkan agama, bangsa dan negara. UMNO lah yang tidak boleh menerima kekalahan dan UMNO lah yang paling tidak profesional.