Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Friday, May 29, 2009

Malaysiakini : PKA Report for PKFZ by PwC

Ini adalah report yang saya tiru dan tampal dari Malaysiakini.

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong | May 28, 09 6:04pm
Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.

Kerajaan Malaysia juga, tambah laporan tersebut, perlu mengambil tindakan bersepadu untuk memperbaiki semula kedudukan PKFZ supaya menjadi satu pelaburan yang berjaya.

Kabinet meluluskan projek PKFZ pada bulan Mac 1999. Ia mengikut model Zon Bebas Jebel Ali di Dubai.

Bagaimanapun, kos pelaksanaannya telah meningkat dari RM1.957 bilion pada 2001/2002 kepada RM3.522 bilion pada 2008, tidak termasuk kos faedah.

Jika mengambilkira kos faedah, jumlahnya boleh mencecah RM7.453 bilion

Menurut laporan itu lagi, PKA telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk membeli tanah dan memaju projek itu secara turnkey.

Kos anggaran asalnya untuk membeli tanah dan kerja-kerja memajukannya pada 2001 adalah sebanyak RM1.957 bilion.

Bagaimanapun, kos berbelanjaan projek itu telah meningkatkan kepada RM3.522 bilion pada 31 Disember 2008.

Manakala kos faedah daripada bayaran tertangguh kepada KDSB berjumlah RM1.425 bilion, dan ini menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan projek tersebut ialah RM4.947 bilion.

Laporan itu menyebut, PKA tidak mampu membiayai obligasinya kepada KDSB dari sumber kewangannya sendiri pada jadual pertama pembayaran pada tahun 2007.

Berikutan itu, PKA mendapatkan pinjaman mudah RM4.632 bilion dari Kementerian Kewangan (MOF). Pinjaman tersebut menyebabkan kos faedah tambahan RM2.506 bilion, dan menjadikan kos keseluruhan PKFZ mencecah RM7.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, PKA mesti menstrukturkan semula pinjaman mudah dari MOF itu bagi mengelak kemungkinan kegagalan pembayaran pada 2012.

Katanya, unjuran aliran tunai yang disediakan oleh pengurusan PKA menunjukkan bahawa lembaga itu akan mengalami defisit terkumpul tunai antara tahun 2012 dan 2041, selepas membayar dua bayaran ansuran kepada MOF.

Sekiranya PKA gagal untuk menjelaskan bayaran ansuran pinjaman MOF mengikut jadual, dan pembayaran ansuran itu ditangguhkan untuk dipadankan dengan unjuran aliran tunainya, maka menurut laporan tersebut, lembaga itu akan menanggung kos faedah tambahan kira-kira RM5 bilion.

Keadaan itu, tambahnya, akan melonjakkanlagi perbelanjaan projek tersebut kepada RM12.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, tidak dapat dipastikan sama ada PKA telah menerima nilai wang bagi jumlah yang telah dibelanjakan untuk memajukan PKFZ.

Pendekatan PKA dalam melaksanakan projek tersebut, tambahnya, ialah - sebagai satu pembangunan turnkey - tanggungjawab terletak di bahu KDSB untuk menyerahkan kerja-kerja yang telah siap kepada PKA, dengan kadar penyeliaan yang minima.

Tambahan lagi, tegas laporan itu, ia terlalu bergantung kepada juruukur bahan, QS4, untuk mengesahkan kos anggaran berdasarkan kepada rekabentuk-rekabentuk yang telah siap yang dikemukakan oleh KDSB.

PKA, tambahnya, boleh menguruskan projek itu dengan lebih baik lagi, umpamanya, dengan melantik pegawai penyelia yang berkelayakan, bagi memastikan ada pelan induk JAFZI/TSG dan spesifikasi terperinci bangunan/infrastruktur sebelum kerja-kerja dimulakan; menggunakan tender terbuka dalam pemberian kontrak; dan menggunakan juruukur bahan (GS4) sendiri secara lebih berkesan lagi.

Menurut laporan tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT)/PKA boleh mendapat faedah daripada kos pembiayaan yang rendah sekiranya ia mengeluarkan bon jaminan kerajaan untuk membiayai projek tersebut.

Sebagai contohnya, kata laporan itu lagi, PKA boleh mengeluarkan bon pada kadar 4.27 peratus seperti yang dinikmati Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) untuk membeli tanah secara langsung pada harga RM21 sekali persegi (psf) (secara tunai), berbanding RM25 psf (secara bayaran tertangguh).

Oleh itu, tambahnya, jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan bagi membeli tanah tersebut adalah RM1.276 bilion berbanding dengan RM1.808 bilion - membolehkan penjimatan sebanyak RM0.532 bilion.

PKA juga, kata laporan itu, boleh menjimatkan lagi kos pembiayaannya seandainya ia memajukan unit industri ringan (ILU) dalam tempoh lapan tahun sepertimana yang disyorkan dalam pelan induk JAFZI/TSG dan bukannya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Wednesday, May 27, 2009

Sketsa Ezam Terkulat Seorangan

Saya tiru dan tampal dari blog Kopitiam Bang Nan.. Tapi saya ubah sedikit topiknya

============================================================================================

Teman sempat nengok si Ezam dalam rancangan hujah di TV9 malam tadi.

Kesian...!! Sorang2pun kena belasah dek Prof. Agus. Teman ingatkan sorang2 bolehlah cakap banyak...

Menggigil tak tentu hala. Tak relevan kata Pak Wan...

Antara isu yang diutarakan oleh Prof. Agus ialah:

1. Rasuah dalam Umno.

Ezam kata memang tak dapat dinafikan Umno rasuah cumanye biasalah bagi parti yang ada kuasa 50 tahun. Tak dapat dielakkan..kata dia.

Tapi katanya Umno steady...berjiwa besar dan telanh mengambil tindakan sewajarnya dengan mengaku ada rasuah dalam Umno dan telah membersihkan Umno.

Buat lawak mamat ni. Bersih apa? Sapu bersih adalah....

Ali Last-term apa cerita? KJ apa cerita...? Tak bayor duit poster apa cerite?? Khir Toyo Al-Balkisi apa ceriter?

2. Rasuah dalam PKR

Setahun memerintah...Ezam cuma ada kes lembu dengan kereta aje untuk memalitkan PKR dengan rasuah. He he...

Dan dia mengambil peluang tersebut menyerang PKR secukup rasa. Alahai...

Bila disergah oleh Agus...kat mana kes ini sekarang? Dakwaan atau siasatan?

Maka terkulat2lah Mat Ezam nak menjawab...terpusing2lah dia macam tenggiling kena kuis.

3. Rasuah dalam PAS.

PAS tak perfect tapi Islam perfect. Betullah yob...sapa kata PAS perfect...

Dia dok gelong kes balak di Kelantan.

Bila Agus tanya mana kes nya? Mana buktinya?

Dia sekali lagi macam tenggiling termakan kerengge...padan muke.

Kalu ada keslah...Mat Said Hamdan tu aku rasa dah pindah Kota Baru dah...tak duduk dia kat Sri Damansara tu...dia sendiri dok pergi siasat rasanya.

Sekali lagi si Mat Ezam terkangkang.

4. 6 kotak.

Bila diungkit kisah kotak...dia bawak buku Prof. Aziz Bari untuk menegakkan benang basah dia. Dia kata dia cuma cakap kotak tu ada pada Anwar untuk didedahkan. Bukan ada pada dia. Maknanya dia tukang lapor ajelah.

Jadi apa masalahnya? Kalu ada pada Anwar dan Anwar nak simpan jadi suratkhabo lama...apa dia peduli?

Orang tanya dia sebab dialah dulu yang sibuk buat cerite sana sini...nak popular...sekali lagi dia dibodohkan oleh dirinya yang tak berapa cerdik tu...!!

Padanlah Anwar dah tak nak dia.

5. Dia masuk penjara kerana isu kotak.

Teman nak cakap...Botak Chinpun masuk penjara jugak. Ada orang kata dia tu hero...tapi sebebenonye dia penyangak. Macam hanglah....

TAPI SATULAH TEMAN BOLEH PUJI HANG NI...HANG LEBIH BERANI DARI ZAHID. TAPI TULAH...BERANI TAPI TAK CERDIK NAK BUAT APA?!!

Penanti : banyak Lawak dari Seriusnya

Banyak lawaknya dari serius bukannya apa, calon yang bertanding untuk lawan Dr. Mansor tu banyak betul duitnya, ok yang paling menggeletek ketiak saya ialah calon bebas lambang kunci iaitu Aminah, atau dia gelarkan dirinya Kak Min atau kenalan PKR panggil Kak Minah.

Yang paling menggelikan hati ialah apabila dikatakannya PKR nak tawarkan jawatan TKM 1, abistu buat apa Dr. Mansor bertanding? Adakah PKR suka-suka tampal poster Dr. Mansor bertanding untuk meletakkan Kak Minah sebagai TKM 1, satu rumah kami gelak anak saudara sahabat saya ni siap berguling, saya syak ini kerja orang dacing dengan disepakati oleh orang lambang kunci ini. Sebab nampak tak masuk akal sangat. Saya terbayangkan saya memilih seorang kakitangan terbaik saya menjawat jawatan COO syarikat, kemudian saya hantar setiausaha saya untuk memujuk seorang lagi staff lain yang dah berhenti untuk menjawat COO. Nampak sangat b***h.

Liputan menyeluruh Kak Minah ni, habis media perdana keluar muka dia, ini lagi kelakar. Selamat menonton komik "the hidden 'dacing' in election"

Monday, May 11, 2009

Daulah Islamiyyah

1. Dalam usrah hari ini naqib mengulas hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.

2. Secangkir ayat ini memberi makna yang cukup luas sekali. Tidak lebih dari ingin berkongsi selain memberi peringaran kepada diri ini yang mana dalam ulasan itu lebih penting dinyatakan adalah dakwah itu adalah matlamat, politik itu adalah senjata, demokrasi itu adalah peluru.

3. Akhlak yang terpuji harus ditunjukkan sepanjang proses dakwah yang mungkin memakan masa kerana cabaran itu datang dari banyak sudut.

4. Ketika mana dalam keadaan orang Islam sendiri menentang Islam masakan boleh meminta orang bukan Islam menerima Islam. Jadi akhlak Islam itu harus ditunjukkan oleh semua pemimpin dan pengikut gerakan Islam. kerana telah disebutkan Allah SWT tidak memandang harta, nama, dan pangkat tetapi siapa yang meninggikan kalimah Allah itulah makanya dia berada di jalan Allah.

5. Kasih dan sayang dalam Islam itu merentasi kaum, warna kulit atau bahasa. Kasih sayang itu mampu menjadi pemangkin dalam meredah belukar assabiyyah.

6. Pangkat, jawatan, sanjungan, atau taraf sama ada dia doktor, jurutera, perunding, guru, atau rakyat biasa tidak bermakna jika tidak meninggikan kalimah Allah. Tetapi jika seorang perunding ekonomi itu berniat dengan kental untuk menjadikan Daulah Islamiyyah itu matlamat maka InsyaAllah akan berada di jalanNya.

Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang

Tidak terkesan sekiranya keputusan Mahkamah membelakangkan undang-undang. Bagaimanapun indahnya badan legislatif apabila mendepankan undang-undang.

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Saturday, May 9, 2009

Demokrasi musnah di Perak, samseng di angkat pembela di lucut

Sayang, Kesultanan Perak adalah sebuah negeri yang dipercayai penyambung legasi Kesultanan Melaka. Lagu negeri Perak juga dijadikan irama Lagu Negaraku, negeri ini juga adalah yang pertama menerima residen British, khamis lalu mencatat satu lagi sejarah hitam iaitu samseng bermaharajalela. Dewan Undangan Negeri Perak dihina-sehina hinanya oleh UBN Perak, Pegawai PTD Perak serta Pegawai Polis di Perak.

Rakan-rakan di luar negara juga memberi respons yang semakin negatif terhadap kebobrokan UBN di Perak. Apalah nasib Malaysia menerima pemimpin sekotor UBN ini, tapi sayang masih ada rakyat atau penyokong UBN merasakan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan undang-undang dan rakyat. Merasakan diri mereka tidak terkesan biarlah nasib sahabat lain teraniaya, UBN hanya pandai membuat retorik politik.

Saya menyeru sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang Pakatan Rakyat dan melaknat pemimpin UBN.

Tuesday, May 5, 2009

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Perubahan Umat

Saya tiru dan tampal dari artikel Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) di blog beliau. Muktamar bakal berlangsung, kadang-kala saya juga sedikit alpa oleh yang demikian tujuan penampalan artikel ini adalah untuk menghayati kembali perjuangan Allahyarham yang banyak memberi kesan kepada perkembangan dan misi Daulah Islamiyah di dalam PAS itu sendiri. Sebagai peringatan untuk diri saya juga kepada rakan-rakan seperjuangan.

Dipetik tanpa saya kupas Dari http://drmaza.com/home/?p=593


Ustaz Fadhil Dan Perubahan Umat

[artikel ini ditulis oleh DR MAZA hampir sembilan tahun lalu (tahun 2000) dalam Majalah Tamadun semasa beliau masih pelajar di IIUM. Semasa itu al-marhum Dato’ Fadhil Noor masih hidup. Tulisan disiarkan semula sekadar bahan bacaan ‘sejarah’ yang pernah ditulis oleh DR MAZA semasa belum memiliki Ph.D, belum menjadi pensyarah universiti, mufti dan belum dikenali seperti sekarang]

Y.B Dato’ Fadhil Noor terkenal sebagai tokoh yang terbuka dalam menilai keadaan dan suasana. Wataknya ini telah banyak mencetus rentak perubahan berfikir sebahagian mereka yang jumud. Saya menyanggap beliau sebagai tokoh politik pro-Islam yang moderat.

Baru-baru ini saya agak tertarik dengan kenyataan Y.B Dato’ Fadhil Noor, dalam suatu temuramah dengan beliau oleh wakil malaysiakini mengenai penubuhan negara Islam. Kata beliau: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi. Kita perlu mencari strategi bertemu dengan rakyat supaya ia dapat diterima oleh semua pihak”

Mungkin ada sebahagian di kalangan yang kurang faham menganggap Ustaz Fadhil dengan kenyataan ini seolah-olah mula longgar dengan perjuangannya. Namun bagi yang mengkaji nas-nas Islam secara meluas dan mendalam akan menilai kenyataan ini, sebagai suatu kenyataan.yang pengucapnya memahami tabiat Islam. Golongan yang gopoh, yang berkempen negara Islam tanpa ilmu yang masak, seperti yang menghafal sepatah dua ayat dan berceramah tidak mungkin dapat mengucapkan satu unggapan yang begini. Ucapan ini lahir daripada memahami hakikat dan tabiat din yang sebenar.

Kita perlu faham bahawa di dalam agama ada perkara yang sebut sebagai adillah qat`iyyah iaitu dalil-dalil yang putus yang hanya memberi suatu makna jelas yang tidak difahami selain makna tersebut yang ianya juga qat`iyyah al-thubut iaitu yang sampai kepada kita secara mutawatir. Dan ada pula yang disebut sebagai adillah zanniyyah ianya boleh ditafsir lebih dari satu makna dan kepastian tentang ketulenannya juga zan (tidak putus) atau kita katakan tidak sampai ke darjat mutawatir. Bahagian inilah yang mencetuskan khilaf pendapat di kalangan ulamak mujtahidin.
Dalam hukum-hakam dan dalil-dalil syarak kebanyakan adalah zaniyyah dalam ertikata ianya boleh menyebabkan khilaf dalam memahaminya. Inilah yang disebut para penulis Usul al-Fiqh yang klasik mahu yang baru. Kebanyakan hadith-hadith yang termaktub dalam kitab-kitab sahih mengandungi dalil-dalil zaniyyah, samada disebabkan ianya hadith-hadith aahad yang tidak sampai ke darjat mutawatir atau disebabkan ianya boleh difahami dengan berbeza-beza maksud”

Malangnya, ada yang dipanggil ustaz tetapi tidak dapat membezakan dua perkara di atas. Umpamanya, dalam suatu forum kebetulan saya salah seorang panelnya, seorang tokoh, beliau menyatakan Rasulullah dalam baiah tidak bersalam denga perempuan, itu adalah dalil qat`i haram bersalam dengan perempuan” Inilah tanda jahilnya dia terhadap maksud dalil qat`i. Saya bukan menyokong bersalam dengan perempuan ajnabi atau bukan mahram, tetapi ianya adalah masalah khilaf. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam dalam buku al-Fatwa al-Mu`asarah mengharuskannya. Itu adalah tarjih beliau disebabkan dalilnya tidak qat`i. Al-Syeikh `Abd al-Hamid Qafa mentarjihkan sebaliknya.

Semua kita yakin, perlunya ditegakkan kerana pemerintahan yang menjunjung titah perintah Allah dan RasulNya s.a.w. Namun strategi untuk sampai kepadanya memerlukan kebijaksanaan yang cukup. Apatah lagi Islam tidak menentukan suatu cara khusus dalam menegakkan daulah Islamiyyah. Kita juga tidak dapat menerima kenyataan sebahagian orang yang menyatakan bahawa seperti mana Islam mengajar solat demikianlah juga Islam mengajar tentang pembentukan negara Islam. Ini tidak benar, solat diajar oleh Islam dari awal hingga akhir dengan tidak boleh kita membuat sebarang penambahan melebihi apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kerana itu adalah bid`ah, adapun negara Islam, kita hanya diajar beberapa asas-asas utama sahaja dan baki adalah masalah ijtihadiyyah (ijtihad)

Kita juga perlu tahu bahawa zaman dan tempat tidak menentukan rupa bentu Islam, tetapi Islam meraikan perubahan manusia, tempat dan zaman. Inilah yang disebut oleh ulamak usuliyyin: Taghair al-Fatwa bi taghair al-Amkinah wa al-Azminah iaitu berubahnya fatwa disebabkan berubahnya tempat dan zaman. Umpamanya di dalam hadith-hadith yang sahih termasuk yang diriwayatkan oleh al-Bukhari Rasulullah s.a.w. melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari. Pada tahun berikut para sahabat bertanya Nabi s.a.w.apakah mereka perlu buat seperti tahun lalu? Kata Nabi s.a.w.: Makan dan simpanlah kerana pada tahun lepas orang ramai dalam keadaan susah dan aku mahu kamu menolong mereka”. Dalam riwayat yang lain disebutkan disebabkan daffah iaitu orang ramai yang datang dari luar Madinah. Jelas sekali bahawa adanya larangan Nabi s.a.w. disebabkan oleh keadaan tertentu atau punca tertentu yang sebut dalam usul al-Fiqh sebagai illah al-Hukum. Apabila hilang punca dikeluarkan sesuatu hukum maka hukum pun dipadamkan. Dengan itu, al-Imam as-Syaf`i sebagai tokoh terawal menulis dalam Usul al-Fiqh memasuk bab al-`Ilal fi al-Ahadith (`ilah-ilah di dalam hadith-hadith) dalam kitabnya al-Risalah.

Banyak lagi contoh-contoh yang lain di dalam hadith kalau nak disebutkan, yang menunjukkan perubahan zaman mengubah fatwa. Inilah juga amalan para sahabah yang menghukum beberapa perkara tidak sama seperti hukuman pada zaman Nabi s.a.w. disebabkan perubahan yang berlaku, umpamanya Saidina Umar tidak memberi zakat kepada golongan al-muallaf qulubhum (yang cuba didekatkan kepada Islam) pada zamannya sekalipun hak mereka disebut di dalam al-Quran dan mereka diberikan zakat oleh Rasulullah s.a.w.. Ini disebabkan perubahan keadaan dan suasana dengan kata Umar : Allah telah memuliakan Islam dan tidak memerlukan mereka!” Sesiapa yang ingin pendetilan dia boleh menyemak tuisan para ulama termasuk tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah.

Para ulama ketika mengeluarkan pendapat, fatwa dan huraian juga melihat perubahan keadaan dan masa. `Umar bin `Abd al-Aziz ketika mentadbir Madinah hanya menuntut seorang saksi dan sumpah. Namun ketika di Syam beliau menuntut dua orang saksi disebabkan orang Syam tidak seperti orang Madinah. Inilah juga yang menyebabkan Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah ketika mengulas hadith “Para pemimmpin itu dari kalangan Quraish” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhih: sanadnya jaiyyid) ialah disebabkan kerana ketika itu Quraish memilik kekuatan kaum dan puak. Maka mana-mana bangsa dan individu yang mempunyai kekuatan seperti itu dia layak sekalipun bukan Quraish. Ini disebabkan beliau menilai punca lahirnya arahan Nabi s.a.w.

Begitu juga dalam hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan al-Tirmizi mensahihkannya, baginda Nabi s.a.w enggan menetapkan harga barang untuk para peniaga pada zaman baginda sekalipun diminta berbuat demikian. Jika kita laksanakan hadith ini pada zaman ini dengan tidak ditetapkan harga siling untuk para pedagang pasti orang ramai akan kesusahan dan para peniaga akan bermaharajalela dengan menaikkan harga gula, beras, daging dan sebagainya mengikut kehendak mereka. Dengan itu para ulama menyatakan Rasulullah s.a.w tidak menetapkan harga disebabkan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian ketika itu. Para fuqaha mengizinkan untuk para pemerintah mentapkan harga jika perlu. Ini dibahaskan oleh mereka termasuk al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah, bahkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa menyatakan kadang-kala wajib ditetapkan harga jika keadaan menuntut demikian.

Apa yang saya ingin nyatakan ialah kita perlu menilai perubahan kerana ini tuntutan Islam itu sendiri. Islam agama yang hidup setiap masa dan zaman. Barangkali inilah yang menyebabkan Ust. Fadhil menyebut: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi”

Sebenarnya dalam banyak keadaan, melaksanakan Islam pada zaman ini jauh lebih susah daripada zaman lampau. Memegang Islam bagaikan memegang bara yang panas. Umpamnya, riba dengan mudah sahaja diharamkan pada zaman Nabi .s.a.w.. Dengan penegasan baginda s.a.w., para sahabah berhenti berurusan dengan riba dan negara bersih dari riba. Namun pada zaman ini pengharaman riba memerlukan usaha yang jauh lebih besar dan susah. Ianya bukan hanya melibatkan individu, tetapi bank-bank, bukan sahaja bank-bank biasa tetapi juga Bank Negara, bank negara pula berusan dengan bank-bank di peringkat antarabangsa yang mengamalkan riba. Usaha kita perlu jauh lebih besar.

Dalam keadaan sekarang jika kita ingin menguasai syarikat-syarikat besar dan utama yang menentukan kepentingan umat seperti elektrik negara, air negara dan seumpamanya, terpaksa terjerumus ke dalam kancah riba. Jika dibiarkan pula golongan pihak lain akan mengambilnya dan masa depan umat dalam bahaya. Inilah menyebabkan beberapa tokoh ekonomi Islam seperti al-Syeikh Mustafa al-Zarza, mengizinkan penglibatan muslim dalam hal yang sebegini.
Pemikiran dan kefahaman terhadap agama perlu mendalam dan jauh menjangkau agar Islam tidak dipinggirkan dan dianggap tidak mampu. Usaha mengujudkan daulah Islamiyyah yang memayungi umat adalah kewajipan kita. Namun usaha ke arah itu perlu dengan kefahaman yang mantap terhadap ruh syariat.