Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Thursday, July 30, 2009

Rakan-rakan usahawan sedang menunggu permohonan Halal

Kami menanti penuh minat, bahawa maklumat diperolehi pegawai yang bakal ditempatkan oleh JAKIM lebih ramai dari HDC menjelang 3 Ogos 2009 ini. Saya dan rakan-rakan usahawan menanti permohonan yang tergendala selama seminggu kerana proses transisi ini.

Kami berharap permohonan akan diproses segera, kerana menurut talian bantuan pelanggan HDC memang benar JAKIM akan memulakan operasi pada Isnin minggu depan iaitu pada 3 Ogos. Info awal diterima dari maklumat dalaman, sebenarnya menyebabkan saya ada rasa tak sedap hati. Semasa berurusan di pejabat KDRM saya singgah sebentar di Parel D, kedengaran cakap2 orang tertentu dilihat berdegar-degar di Parcel D berkenaan penyerahan semula ini. Tapi diharapkan mereka ini jangan cakap2 kosong seperti Menteri UBN sahaja, amanah tetap amanah, jangan ambil sambil lewa, jika tidak andalah puncanya.

Tapi seperti dahulu saya akan memerhatikan dan akan memberi komen atas pengalaman saya sendiri.

Wednesday, July 29, 2009

Penapis Air: Halal

Saya terfikir apabila seorang rakan datang membuat promosi berkenaan produk Bio-Aura yang begitu diketengahkan dlm TV sekarang ini. Iklan tersebut menunjukkan pencapaian mereka di dalam MLM melalui produk Bio-Aura, saya tak mahu cerita berkenaan MLM itu sendiri tapi berkenaan produk.

Memandangkan saya juga telah 5 tahun menggunakan penapis air yang biasa maka saya pon teringin juga mempunyai penapis air yang boleh minum terus tanpa masak, jimat sikit lah gas dan elektrik. Penapis air versi saya dirumah terdiri dari 2 jenis penapis kasar dan halus yang dipasang diluar rumah, selepas laluan meter air. Kemudian satu lagi menuju kedalam tangki air dan satu lagi jenis penapis satu lapis. Masalahnya setiap 1 hngga 2 bulan nak kena buat maintenance dan kadangkala tak sempat kerana semua sekali ada 4 penapis dan yang tak larat kena panjang tangki. Itu pon nak minum terus memang tak yakin. Kos berganda adalah penapis air yang tak boleh dicuci perlu ditukar.

Kehadiran rakan saya membuat promosi memang kena pada masanya. Panjanglah penerangan beliau, setelah rakan saya selesai bercerita malangnya saya tak jadi beli, pertamanya saya diberitahu yang produk ini mendapat sijil halal. Setelah mengamatinya ianya bukan lah logo halal dari JAKIM atau HDC. Tapi dari salah satu syarikat swasta yang diragui sijilnya. Saya pernah bertanya kepada pegawai HDC tak silap saya 2 bulan lalu ketika menghadiri satu seminar. Memang jelas kerajaan melalui JAKIM atau HDC tidak pernah mengiktiraf logo berkenaan. Di Malaysia hanya logo Halal Malaysia yang kini diproses oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja diiktiraf.

Maka saya mengambil inisiatif dengan melawati salah satu blogger myhalal yang ada search tools disini. Setelah membuat searching, confirm memang Hai-O melalui produk Bio Aura tidak ada rekod dalam sijil Halal Malaysia. Saya tidak kata haram, sebab menurut pegawai HDC yang saya temui semasa MIHAS 2009 tidak bermakna tiada logo Halal Malaysia produk mereka Haram, cuma kita mungkin ragu-ragu. Ia betul dan saya memang ragu-ragu, memandangkan logo yang digunakan adalah logo yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih kepada penulis blog myhalal kerana saya membuat carian dan berjumpa pula dengan syarikat IMP Global didalam carian tersebut menemukan produk penapis air yang mendapat pengesahan dan sijil halal JAKIM. Saya google pula dan jumpa penulis blog ini http://halalan-thoiyiban.blogspot.com/2009/06/blog-ini-bakal-menyediakan-platform.html

Ada rupanya syarikat yang menerima sijil Halal dengan penapis air. Saya fikir kalau benar syarikat-syarikat ini ingin berniaga di Malaysia dan ingin produk mereka dibeli oleh Muslim, apa salahnya memohon sijil Halal Malaysia memandangkan ianya diiktiraf oleh JAKIM.

Memandangkan ramai orang Islam terlibat dgn MLM dan jual Bio-Aura ini, serta logo Halal yang digunakan pula tidak diiktiraf maka saya nasihatkan kepada wakil-wakil Hai-O yang terbaca blog saya ni, bagitaulah upline-upline anda serta pengarah syarikat Hai-O mohonlah sijil dengan JAKIM. Jangan dok promosi nak kaya sahaja, promosi mencari yang Halal itu adalah fardhu.

Untuk perhatian sijil yang dikeluarkan oleh syarikat swasta ini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, sama ada JAKIM, MAIN, JAIN, dan HDC.


Monday, July 27, 2009

YB Salahuddin menjawab TPM

Saya terbaca di dalam Malaysiakini, dimana YB Salahuddin Ayob menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin putar belit kenyataan.

Saya menjawab pula, sebenarnya TG Nik Aziz pernah memberi ucapan berkenaan kerjasama kerajaan Pusat dan Negeri ni dah lama sejak Koridor Timur zaman Pak Lah. Masalahnya Umno ni biasalah dah tak da modal. Depa dok tafsir lain, maka saya putar balik kenyataan TG Haji Hadi dalam siasah, kerana saya kira jawapan itu adalah lebih tepat iaitu Umno elok undur diri kerana mereka sudah tidak relevan lagi.

Sekian

Umno masih tak mengaku silap

Saya terbaca dalam beberapa akhbar berita yang sama semasa servis kereta pagi semlm. Hampir kesemuanya menyatakan Umno tak pernah menutup pintu perbincangan degan PAS.

Pada pendapat saya itu adalah kenyataan yang penipu dan bongkak. Apa salahnya tunjuk keikhlasan dengan menyatakan Umno dahulu memang selalu begitu, dan ingin meminta maaf. Masalahnya Umno telah menjadi prinsip untuk tidak mengaku salah dan silap. Mereka terus menerus menyatakan PAS yang perlu ikhlas. Saya masih ingat tatkala Allahyarham Ust Fadhil Noor beberapa kali mengajak pemimpin Umno untuk bermuzakarah sejak dahulu lagi, begitu juga dengan TG Hj Hadi dan TG Nik Abd Aziz. Tapi mereka ini tidak pernah melayan malah memperli menggunakan akhbar perdana.

Apabila Umno dalam keadaan tergugat mereka kata Melayu telah tergugat. Berapa banyak lagi orang Melayu menyokong PAS dan PKR? Berapa banyak nasib orang Melayu yang susah terbela di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan?

Saya ingin berkata disini Umno perlu ikhlas. PAS tidak pernah tidak ikhlas, PAS bergerak atas prinsip agama, selama ini Umno cukup membenci, memfitnah PAS dengan dahsyat dan sebagainya. Ikhlas lah wahai rakan seagamaku, kembalilah kepangkal jalan.

Sunday, July 26, 2009

Awani pon sama dengan TV3 sekarang

Diperhatikan sekarang ini ada agenda baru dengan menggunakan semua rangkaian media. Kali ini mereka mengelirukan rakyat dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Hubungan Pusat dan Negeri disamakan dengan hubungan PAS dan UMNO. Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan Pusat keadilan itu perlu ditunjukkan dahulu. Semua negeri PR dan UBN sepatutnya mendapat layanan yang sama.

Orang Melayu tidak lemah, tetapi Umno yang lemah. Jangan nak kelirukan, 50 tahun Umno telah khianat sekarang baru nak kecoh. Sudahlah

Tangan kanan bersalam, tangan kiri hunus pisau

Friday, July 24, 2009

Rektorik berpuaka : konon satu Malaysia, tapi restu berdemo sokong ISA

Kononnya UBN sibuk mencanang satu Malaysia di semua kementerian, jabatan, agensi, glc, tv radio kerajaan, tv radio ubn. Satu Malaysia diwar-warkan menyatakan kononnya semangat perpaduan melangkaui semua kaum.

Malangnya terkantoi, tatkala rakyat Malaysia yang satu suara didokong oleh GMI dan Pakatan Rakyat mahukan undang-undang zalim ISA dimansuhkan ada pulak NGO Umno iaitu Pewaris memperkudakan diri untuk turun mengumpulkan penyokong ISA. Apa salahnya pilih tarikh lain?

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, mereka ini telah merancang dengan pihak tertentu untuk menggagalkan agenda GMI. Telah diketahui beberapa cubaan menggunakan SB dan FRU gagal kerana berdisiplinnya penyokong GMI. Ada dua pelan yang dirancang :

Pelan A: ialah dengan menggahkan bahawa berpuluh ribu penyokong Pewaris akan turun, sedangkan semua orang tahu siapalah sangat yang akan sokong. Memandangkan perhimpunan agung Umno, Gerakan, dan MCA ramai yang tidak menyokong ISA. Tapi mereka yang menjadi talibarut UBN ini akan menyusun strategi jahat untuk menggagalkan agenda GMI. Oleh kerana gah sana dan sini, maka pihak tertentu seperti polis dsb akan menyatakan bahawa akan berlaku pertempuran jika tidak dibendung. Maka polis tidak mengeluarkan permit dan/atau menyekat dan memukul sesiapa yang hadir.

Pelan B: ialah dengan membuat provokasi, mereka akan cuba menyertai kedua-dua kumpulan dan mencetuskan provokasi dan pertempuran. Sama ada darurat akan diumum atau kumpulan ini akan ditempur oleh FRU dan SB.

Maklumat terbaru akan cuba dirungkai dan saya akan terus mencatat ketika perlu.

Mari bersama-sama kita turun dengan menunjukkan bantahan kita kepada ISA. Tunjukkan bantahan kita dengan berdisiplin. Siapa yang dilihat melakukan provokasi kita tangkap dan serahkan kepada Unit Amal dan polis.

Sunday, July 19, 2009

Manek Urai dan Bola tidak berkaitan

Sesetengah pendokong UBN cuba menyamakan keputusan kekalahan tipis Malaysia lwn Manchester Utd, dgn PASPR lawn UBN di Manek Urai.

Saya fikir Malaysia dan MU berlawan dgn kelengkapan yang sama, iaitu kedua-dua pasukan boleh menggunakan kaki tiada seorang pon di ikat kaki dan tangan, menggunakan peraturan bolasepak yang sama, bola yang sama, padang yang sama. Sedangkan PASPR lwn UBN dgn kelengkapan yang berbeza. Kedua-dua parti menggunakan platform ceramah, serangan melalui web, tetapi hanya UBN yang dapat menggunakan media arus perdana, tawaran kewangan dan jambatan juga digunakan oleh UBN. Rakyat Kelantan memilih PASPR tapi kerajaan pusat menyalurkan kewangan kepada Jab. Persekutuan. Jadi tangan dan kaki PASPR diikat ketat tapi masih mampu menang walaupun tipis.

Pagi tadi selepas melakukan analisis diperingkat kawasan, kemi mendapati undi PASPR tidak terjejas, cuma peningkatan undi diwaktu bekerja menjadi satu keanehan bagi pilihanraya kecil. Peningkatan turun mengundi yang melebihi Pilihan Raya Umum agak pelik sebenarnya. Manakala peningkatan itu memihak kepada UBN. Itu juga mengambil kira anggaran melalui maklumat pengundi luar yang menyokong PASPR agak ramai tidak pulang kerana terpaksa bertugas di Pulau Pinang. Selangor, KL dan lain2 termasuk ada yang overconfident.

PASPR perlu lebih bekerja keras memastikan pengundi tambahan yang tidak turun mengundi akan memihak kepada PAS pada masa akan datang. Saya bersetuju kemungkinan wujud pengundi hantu dan rasuah UBN menjadi. Bagaimanapun isu itu akan dibawa kepada Pakar Perundangan PAS tapi dari aspek teknikal dan strategi perlu diusahakan lagi.

Saturday, July 18, 2009

Tewas tapi melawan

Sekalipun tewas saya memuji perjuangan pasukan Kebangsaan dalam menentang Manchester United. Sekalipun gol kedua ramai anggap sebagai nasib tapi hakikatnya setiap kesilapan lawan perlu digunakan sebaiknya. Itulah dia bolasepak.

Saya rasa faktor masa juga menjadi strategi Malaysia, MU kelihatan agak cepat penat dan banyak melakukan kesilapan bermain diwaktu petang berbanding perlawanan MU pada ketika sebelum ini di Malaysia yang bermain diwaktu malam. Banyak lagi yang boleh diperbaiki oleh pasukan Malaysia terutama rembatan sambil berlari, rembatan jarak jauh dan bijak mempergunakan kesilapan lawan.

Dari aspek posisi serta teknikal permainan memang lebih mantap berbanding sebelum ini, pergerakan berpasukan memang menjadi. Tapi kedengaran MU membatalkan lawatan mereka ke Indonesia sekaligus mereka ingin menyambung perlawanan persahabatan pada minggu depan. Bagaimanapun perlawanan tersebut dirancang untuk diadakan pada waktu malam. Saya doakan lebih banyak strategi dirancang dan diatur sebagai persediaan perlawanan minggu hadapan.

Selamat maju jaya

Ulasan YAB Tuan Guru MB Kelantan

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah, Selamat Datang Ke DUN Kelantan

Ucapan tahniah kepada YB Abe Uji (YB Fauzi) atas kemenangan di Manek Urai, perjuangan masih panjang... Takbir

Jambatan dan Duit sahaja?

Analisis perlu dijalankan secara terperinci diperingkat PAS Pusat untuk melihat faktor sebenar "peralihan separuh" yang mana bagi saya adalah pengundi atas pagar yang memilih untuk menipiskan kemengangan Parti Islam.

Yang jelas bagi pendapat saya adalah persiapan dan konsistensi dalam membawa isu oleh pimpinan dari peringkat atasan sehinggalah petugas. Kelemahan yang ketara adalah kerana terlalu mengikut rentak UBN. Dari segi semangat dan kerja berpasukan Pakatan Rakyat saya kira tidak dapat dinafikan memang masih utuh tapi bagaimana momentum rakyat dapat diperkukuhkan? kenapa momentum petugas tidak sampai kepada rakyat di Manek Urai?

Isu yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai dikira kukuh, serangan atau propaganda melalui web bagi DUN Manek Urai tidak cukup untuk melawan propaganda RTM dan Media Prima yang sudah diketahui 3-Malaysia (Berat Sebelah, Angkuh dan Zalim). Maka sistem penyampaian perlu dilokalisasikan sewajarnya.

Saya kira adalah wajar post mortem dibuat dari peringkat Kawasan seluruh Malaysia untuk dipertimbangkan ke peringkat Pusat bukan hanya Manek Urai tapi seluruh Malaysia. Pandangan dari kawasan penting kerana isu nasional, negeri dan tempatan perlu mengambil kira pandangan semua ahli. Setiap negeri ada menghantar wakil ke Manek Urai, orang ini kita akan sasarkan untuk berforum sebelum dihantar keputusan post mortem kepada pimpinan Pusat.


Sunday, July 12, 2009

Berdegar cakap berkenaan perpaduan dan 1 Malaysia tapi...

Janji materialistik, ugutan, dan pancingan demi memartabatkan rektorik politik UBN. Bayangkan Timb Presiden Umno memancing menggunakan materialistik, UBN tak menang maka tiada jambatan baru di Manek Urai, dah tanggungjawab 1 Malaysia buat apa nak berkira? alih alih ugut tak menang tak ada jambatan.

Kesian betul!

Thursday, July 9, 2009

UBN Sahih Memang Flip Flop : Halal

Saya adalah antara pengkritik awal ketika penyerahan sijil Halal kepada HDC (ketika itu saya panggil HIDC) kerana dibuat mengejut tiada kajian menyeluruh, saya akui walaupun memang banyak perkara tidak puas hati tahap pengurusan JAKIM ketika mengendalikan sijil Halal. Tapi saya mengambil keputusan positif kerana ingin melihat ianya menjadi industri yang boleh menguasai dunia satu hari nanti.

Tidak berbeza dengan mereka menganaktirikan Kedah, P.Pinang, Perak (tidak sampai setahun), Selangor dan Kelantan, berbanding mereka 50 tahun menguasai Malaysia, orang politik UMNO berdegar sana sini, termasuklah ustaz2 UMNO yang dah tak boleh cari makan ketika ini berbuat kepada anak syarikat kerajaan mereka sendiri.

Sebenarnya mengikut kajian saya JAKIM dulu BAHEIS pernah menyerahkan kepada swasta pensijilan Halal ini (Jika tidak silap Ilham Maya), kemudian ambil balik tak lama kemudian tidak silap saya penghujung 90an, setelah beberapa lama tahun 2008 mereka serah kepada salah sebuah anak syarikat kerajaan iaitu HDC yang mana jika dibimbing oleh orang2 seperti Husam Musa, dan Shaifuddin Nasution sudah tentu menjadi seperti baby Petronas. Maksud saya ianya bakal menjadi syarikat kerajaan gergasi kerana potensi industri itu sendiri. Tapi kerana diletakkan kepada penanung yang kurang pintar seperti Pak Lah dan Jamil Khir maka mereka ini termangu-mangu menjawab soalan di Parlimen. Langsung tidak ada kredibiliti.

Beberapa tahun dahulu sebagai orang yang mahu memohon sijil halal kami dilayan macam sampah, diherdik ditengking, kelulusan mencecah setahun tidak diketahui status, mintak duit bawah meja, dan banyak lagi itulah JAKIM kendalikan Halal ketika itu. Kemudian hujung tahun lepas hingga bulan May tahun ini saya membantu menguruskan permohonan syarikat rakan2 saya kepada HDC jauh bezanya, dengan layanan ditelefon mesra, tindakan yang segera, status permohonan kami yang jelas, nasihat yang tulus ikhlas. Saya sedar itu juga pegawai dari JAKIM cuma bekerja dengan HDC kenapa boleh menjadi sebegitu rupa? Pelik dan ajaib permohonan dahulu mencecah berbulan-bulan kali ini paling lambat pon 2 bulan lebih.

Saya fikir Ustaz Jamil Khir ini tidak fikir masak2 mungkin satu hari nanti CEO HDC itu adalah dikalangan Ustaz yang terkemuka, Memang saya tidak kenal benar dengan CEO HDC itu tapi CEO itu adalah lantikan kerajaan sahaja, boleh dibuang dan diambil bila2 masa sahaja (kalau ikut amalan UMNO) tapi kerana tidak bijak itulah jadinya tidak berfikir panjang.

Saya kira jalan terbaik sepatutnya adalah mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Islam, dan persijilan Halal ditubuhkan satu anak syarikat (menyerupai BIOCORP dibawah MOSTI) Lembaga Akreditasi Halal Malaysia (atau apa sahaja) yang penting ianya tidak diletak terus dibawah JAKIM itu sendiri.

Mungkin JAKIM akan belajar sesuatu kini, diharapkan mengambil yang positif dari HDC untuk diteruskan dibawah JAKIM, yang mana dah lebih 20tahun JAKIM uruskan sijil Halal tetapi keharmonian dengan 14 negeri lain tidak jelas, HDC yang baru setahun sekurang-kurangnya berjaya menaikkan persepsi Halal ketahap yang boleh diterima.

Apapun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada HDC atas khidmat dalam persijilan Halal ini, dam Selamat maju jaya kepada JAKIM.

Dua entiti kerajaan yang sepatutnya saling melengkapi tapi tidak duduk dibumi nyata dek dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional.