Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, March 30, 2009

PRU Kecil 3B - UMNO tidak muhasabah masih mahu memfitnah

Persepsi pertama saya selepas selesai persidangan UMNO, mungkin akan berlaku sedikit perubahan mungkin mereka akan lebih profesional dalam berpolitik. Jika dilihat selain Presiden baru UMNO yang terpalit dengan tuduhan berat, mereka mempunyai barisan kepimpinan baru yang lebih baik dari sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyidin, Datuk Zahid Hamidi, dan Datuh Shafei Apdal.

Malangnya yang buruk lebih menguasai UMNO rupanya, fitnah pertama dilempar oleh MB tidak rasmi perak dalam Berita Harian kepada YAB MB Perak DS Nizar iaitu:

--------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel fitnah Zambry Kadiaq di Berita Harian :

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Lihatlah betapa buruknya fitnah tersebut. Kita lihat jawapan rasmi DS Nizar di blog peribadinya, saya tampal semula dibawah :

Ulasan blog Hj Nizar:

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Sunday, March 29, 2009

Sambutan Earth Hour 60 - di serlahkan lagi oleh pengumuman Proton

Proton mengambil langkah positif dalam meneruskan kelangsungan dunia automotif tempatan dengan menandatangani projek RM1.2 Billion dalam pembanggunan kenderaan elektrik.

Selanjutnya boleh dibaca di blog Paultan disini.

Adalah amat diharapkan agar projek ini berjalan dengan sempurna dan mencapai sasarannya. Keperluan kenderaan berkuasa alternatif atau hybrid amat diperlukan dalam dunia kehidupan hari ini. Ini adalah langkah bijak disamping perlu mendapatkan teknologi terkini dalam pembinaan enjin mesra alam.

Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan atau konsep sekarang ini adalah kenderaan rakyat adalah menjadi tanggungjawab Proton untuk menghasilkan kenderaan moden yang sesuai untuk rakyat dan bukan sebuah kenderaan ketinggalan zaman yang pernak dilalui oleh rakyat Malaysia.

Diharapkan era 1996 - 2005 di mana era Proton mula ketinggalan dengan teknologi automotif dan hanya mengunjurkan keuntungan dijadikan sejarah sahaja.

Sunday, March 22, 2009

Adakah Terlalu Bebas? Nizar Bebaskah? Ali Rustam Bebaskah?

Saya ingin memberi sedikit komen berkenaan ulasan Pak Lah dalam wawancara bersama Kumpulan Utusan yang diterbitkan sedikit di Malaysiakini.
Simpati juga apabila membaca kenyataan YAB Pak Lah tersebut. Bagaimanapun, beliau masih boleh untuk diiktiraf sebagai Bapa Demokrasi kepada sistem politik negara jika beliau mengambil langkah yang lebih bijak dan bukan hanya menurut. Tidak salah percambahan fikiran itu, tapi apa batasan yang ingin diwujudkan? Letaklah batasan Iman, Islam dan Ihsan adalah lebih mudah daripada meletakkan batasan tanpa bicara, selain itu membenarkan anggota partinya merampas negeri tanpa jalan demokrasi yang sah menyebabkan reputasi kepimpinannya amat lemah.
Memang agak sukar hendak menamakan sumbangan beliau dalam negara selain daripada sumbangan menjadi PM menggantikan era regim Che Det. Tapi beliau boleh jadi lebih baik daripada Che Det jika beliau berjaya meletakkan pengganti yang lebih baik daripada pengganti Che Det. Malangnya pengganti Pak Lah adalah lebih teruk dari pengganti Che Det. Sekurang-kurangnya pengganti Che Det tidak dilabel atau dituduh sebagai pembunuh oleh akhbar luar negara, malah pengganti Che Det dikatakan Mr. Clean satu ketika dahulu. Malangnya pengganti Pak Lah tidak boleh dinamakan Mr. Clean tapi mungkin Mr. .D...............
Tepuk dada tanya Iman

Tuesday, March 10, 2009

Belanjawan Mini Tapi Mega - Belanjawan Malaysia

Dalam meneliti belanjawan mini atau bahasa Perbendaharaan Malaysia
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) . Saya dapat merasakan pakej ini hanya memberi kesan jangka pendek manakala kesan jangka panjangnya akan lebih menyukarkan negara dan rakyat. Kenapa??

Yang paling jelas adalah defisit pada belanjawan ini pendapat saya terlalu tinggi iaitu 7.6%, apabila di nilai dengan simpanan emas negara yang terlalu rendah serta nilai eksport terlalu rendah pada Januari 2009. Menjadikan sandaran Ringgit terlalu lemah akan menyebabkan tekanan inflasi yang terlalu tinggi.

Sekiranya rakyat tidak dapat bekerja apa perkara minimum yang perlu rakyat tanggung? Makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Oleh yang demikian pertambahan nilai kepada belanjawan yang sebegini lemah sepatutnya dikaji semula.

Dengan kerajaan membuka peluang pekerjaan terlalu besar melalui perjawatan Kerajaan apakah kesan jangka panjangnya? Kadar pertambahan pekerja sektor awam perlu menokok bersama dengan pekerja sektor swasta menunjukkan secara relatifnya ekonomi meningkat. Jika pertambahan pekerja awam berkadar songsang dengan sektor swasta bermakna ekonomi sedang menguncup.

Keadaan ketika ini adalah tidak boleh dibiarkan semakin tinggi jurang kaya dan miskin, pembelaan yang terlalu besar kepada golongan kaya akan hanya memparahkan lagi rakyat marhaen. Teras pertama dan Teras kedua dilihat seolah-olah banyak memberi fokus kepada rakyat yang mana membawa kepada nilai RM12 billion. Manakala Teras ketiga dan keempat dilihat seolah-olah akan digunakan untuk menyelamatkan dan meningkatkan dana untuk kroni iaitu membawa kepada RM48 billion.

Saya ringkaskan petikan yang saya kutip dari sasaran Belanjawan mini tapi mega ini.

Teras Pertama, 2 bilion ringgit;
MENGURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

Teras Kedua, 10 bilion ringgit;
MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

Teras Ketiga, 29 bilion ringgit;
TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

Teras Keempat, 19 bilion ringgit.
MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN

Itu pun sekiranya Teras pertama dan kedua mencapai pada sasarannya. Selalunya dibawah pentadbiran UMNO/BN 50% telah disebat oleh pencacai UMNO. Jika ini terjadi hanya 6 billion sampai kepada rakyat. Bayangkan jika projek SPNB disebat oleh kroni, dana latihan disebat oleh kroni, kemudahan awam juga di sebat oleh kroni, dan pelbagai lagi jadi apa yang tinggal??

Juak-juak ini pula jenis menghabiskan duit melancong dan joli kesana kesini. Maka tidak sampai kemana. Teras ketiga dan keempat adalah mimpi dan nombor untuk rakyat marhaen, apabila dana Khazanah Nasional digunakan untuk bail out atau menambah modal syarikat kroni apa lagi baki yang tinggal di negara?? Teras ketiga dan keempat saya simpulkan untuk membantu kroni menghadapi krisis dan membina keupayaan untuk masa depan kroni.

Saya cabar kerajaan :

1)membantu rakyat seikhlas yang mungkin dengan memberi kupon makanan kepada mereka yang hilang sumber pekerjaan.
2)membantu kerajaan negeri yang ingin membantu rakyat (seperti Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli Syabas)
3)Meluaskan dan memperkenalkan Malaysia sebagai hub sektor perkhidmatan. Seperti sektor kepakaran Perbankan Islam, Jururawat, Hub Halal dsb
4)Menurunkan kadar faedah institusi perbankan dalam sewa beli rumah dan kenderaan.
5)Mengetatkan syarat pemilikan kad kredit.
6)Perlahan-lahan meningkatkan simpanan emas negara.
7)Mempromosikan dengan lebih meluas sawit Malaysia.


Saya tidak menafikan kerja rakan-rakan di EPU dan Perbendaharaan, bagaimanapun rakan-rakan perlu bertindak lebih proaktif dalam menyasarkan Belanjawan. Saya amat memahami bebanan yang dipikul dalam tema penjawat awam "Saya yang menurut perintah" bagaimanapun dalam mengawal perbelanjaan Belanjawan ini bantuan rakan-rakan di Perbendaharaan,EPU, ICU, dan yang terbaru SPRM amat diperlukan bagi mempertahankan negara Malaysia tercinta ini.

Monday, March 9, 2009

PPSMI tidak memberi banyak kesan yang positif.

Melalui pemerhatian pengamatan dan pengalaman saya PPSMI ini pada suatu masa kelak akan menyebabkan
  1. Pelajar Melayu semakin lemah dalam matematik dan sains
  2. Bahasa Melayu gagal menjadi bahasa ilmu.

Saya bukanlah seorang yang pandai berbahasa Inggeris pada satu ketika dulu, saya kira ramai juga hampir sama dengan saya. UPSR saya hanya memperolehi D dalam Bahasa Inggeris tetapi matematik saya memperolehi A. Malah peperiksaan akhir tahun saya mendapat 100% dan mendapat hadiah bagi subjek matematik menewaskan ramai lagi rakan yang mendapat 4A pada ketika itu.

Dalam peperiksaan PMR saya hanya mendapat C dalam bahasa Inggeris tetapi dapat menguasai semua subjek dengan memperolehi A. Pada ketika saya ditingkatan 4 ada seorang rakan memperolehi keputusan seperti saya. Cuma malangnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah beliau tidak begitu cemerlang menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat tempat ke matrikulasi bersama saya.

Sewaktu melangkah ke alam matrikulasi habis semua subjek Matematik, Fizik, Kimia, diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya yang memperolehi keputusan A2 dan A1 untuk semua subjek sains tetapi subjek Bahasa Inggeris saya memperolehi C4 pada mulanya kelabu asap mata dibuatnya. Tetapi KERANA TEORI DAN KONSEP SAINS ITU TELAH DIFAHAMI tugas seterusnya ialah memantapkan Bahasa Inggeris. Saya tidak nafikan terpaksa bekerja keras untuk memantapkan Bahasa Inggeris demi memenuhi cita-cita masuk ke fakulti yang diingini. Ringkasnya saya berjaya menamatkan Ijazah dan tidak ada masalah untuk melalui interview

Apa yang ingin saya nyatakan ialah sepanjang tempoh dari UPSR PMR SPM MATRIKULASI SEHINGGALAH IJAZAH PERTAMA. Berapa ramai anak Melayu tersangkut dalam memahami konsep dan teori sains matematik itu kini? Rakan saya ketika ini mampu mengajar tiusyen matematik dan sains meskipun Bahasa Inggeris nya lebih teruk dari saya ketika di bangku sekolah. Saya juga tidak menjadi masalah dalam membincangkan kontrak dan perjanjian dengan banyak syarikat di luar negara.

Sepatutnya tidak sampai 10 tahun dari sekarang, siapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Malaysia hendaklah mengambil peperiksaan khas Bahasa Melayu kerajaan Malaysia, seperti mana Jepun, Korea, Perancis, dan German. Ketika melawat Kyoto beberapa tahun yang lalu antara tempat persinggahan yang saya pergi adalah di Kyoto Universiti iaitu universiti kedua tertua di Jepun dan ketika itu adalah dalam 10 universiti terbaik didunia. Pelajaran sepenuhnya dijalankan dalam Bahasa Jepun, malah pelajar Melayu yang ada disitu juga dapat menguasai Bahasa Jepun dengan amat baik.

Dalam perbincangan dengan mereka, sahlah yang penting bukan Bahasa Inggeris tetapi ilmu teori dan konsep dalam matematik dan sains itulah lebih penting dari Bahasa Inggeris itu. Janganlah menjatuhkan Bahasa Kebangsaan semata-mata kerana nafsu serakah politik untuk kepentingan kroni dan beberapa pihak.

Polis Gurkha Melayu Menyerang Semalam, Pemimpin Jelmaan British Dibelai

Sedih dan kecewa, semalam handphone Nokia N82 milik saya yang berusia 1 tahun 4 bulan telah musnah digilis lori Polis Gurkha Melayu. Pada era dahulu polis Gurkha datang dari India tapi kali ini ianya datang dari Malaysia malah sebilangan besar Bangsa Melayu. Saya tak tahulah polis polis ini anak depa pandai sangat ke Matematik dan Sains?

Sepupu saya mengajar disebuah sekolah di Selatan Selangor, majoriti anak polis, dan anak polis ini pula agak kurang pandai dalam matematik dan sains. Sebilangan besar pelajar pula menghafal Matematik dan Sains bukan memahami konsep dan formula sesuatu subjek itu.

Jadi polis gurkha ini suka rupanya anak mereka ketinggalan, kalau itu anak yahudi saya peduli apa masalahnya itu adalah anak polis gurkha berbangsa Melayu.

Hari ini saya turun ke KL untuk membeli handphone baru, sebelum itu saya telah menghadiri sambutan Maulidurrasul melihat pengisian anjuran Kerajaan British Melayu. Agak menarik kerana ramai rakan-rakan yang terlibat dalam program tersebut adalah rakan-rakan saya yang belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu iaitu sebelum ia dijajah balik oleh Kerajaan British Melayu. Ketika penjajahan itu berlaku saya masih belajar di universiti. Saya masih ingat kami mahasiswa menghantar memorndum kepada Menteri Pelajaran menyatakan bantahan penjajahan British ke dalam subjek Matematik dan Sains, ramai juga yang membantah pada ketika itu. Pelik tetapi benar apabila Menteri Pelajaran British Melayu menyatakan bahawa ketika dilaksanakan penjajahan tiada bantahan. Saya kira beliau patut letak jawatan, sebab beliau yang bertanggungjawab menyatakan bahawa kita jalankan dahulu penjajahan ini dan kita akan kaji kemudian pada 2002. Inilah dinamakan Melayu British mudah lupa!!!

Tuesday, March 3, 2009

UMNO Sesat Lagi Menyesatkan

Amat wajar bila dikatakan UMNO semakin sesat, ajaran yang diajar kepada pengikut ajaran UMNO ialah 

Engkau buat salah, aku buat tak salah. Parti aku maksum, siapa keluar parti aku berdosa dan wajar dipenjara. siapa masuk selain parti UMNO dia berdosa, semua yang dibuat oleh orang bukan UMNO adalah salah belaka.

Orang lain aku boleh penjarakan, aku sebagai UMNO penjarakan Burhanuddin al-Helmy sehingga akhir hayat, apa salahnya tahan tanpa bicara, ISA itukan diharuskan. UMNO bunuh orang boleh apa salahnya, lagipun pemimpin UMNO cuma cakap sahaja bagi arahan, polis yang bunuh Ibrahim Libya di Memali. Pada UMNO membunuh orang selain dari UMNO tidak salah.  

Royalti minyak untuk negeri Terengganu hanya boleh negeri Terengganu dapat jika UMNO perintah, selain dari UMNO perintah Terengganu ianya bukan untuk negeri Terengganu, ini adalah ajaran ekonomi dan pentadbiran dalam UMNO.

Aku sebagai UMNO rampas negeri, bagi rasuah culik dan ugut tidak salah. Itu semua dibolehkan, beri tanah kepada taukeh2 besar di Perak tak salah yang salahnya bila bagi tanah pada Melayu Cina dan India yang miskin di Perak, itu baru betul salah. Jadi tak salah rampas Perak balik, aku guna speaker untuk gantung orang hadir Parlimen tak apa, speaker bukan UMNO tak boleh gantung orang hadir. Malah polis dan SPRM patut siasat, speaker yang kebal hanya speaker UMNO

Akhir sekali Peraturan, Undang-undang itu adalah terkecuali kepada UMNO, kamu bukan UMNO semua salah kerana hanya akulah yang betul. Malaysia ni memang kepala bapak UMNO punya 

KESIMPULAN :  Apa salahnya kita kata UMNO itu SESAT SESESATNYA