Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Sunday, December 19, 2010

DUN Tenang, N5 PAS Bersedia

Menurut Timb Presiden PAS Ust Nasha, Pesuruhjaya PAS Johor telah memaklumkan kepada beliau bahawa PAS Johor telah bersedia untuk persiapan PRK N5 DUN Tenang.

Bagi saya pula untuk makluman semua pembaca bahawa akar umbi PAS seluruh negara juga telah bersedia untuk berjuang merampas DUN Tenang dari Umno. PAS akan turun dengan kekuatan penuh dan dibantu oleh jentera Pakatan Rakyat yang lain. Doakan kejayaan kita.

Tuesday, December 7, 2010

Perurusan Ma'al Hijarah, Presiden PAS

Perutusan Maal Hijrah

By YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Yesterday at 9:45pm

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia
1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010







Friday, November 26, 2010

MB Kedah: "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"

Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah)

ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.

Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'

Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu.

Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.

Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.

Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.

Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.

Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.

Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.

Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."

Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.

Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.

Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.

Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.

Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.

Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.

Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.

Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.

"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."

Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.

"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.

"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.

Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.

Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.

Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.

Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!

Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.

"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.

Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"

Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.

"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.

"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.

Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.

Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.

"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.

"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.

"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...

"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.

Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.

Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.

Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:

"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.

Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.

"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.

Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.

Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.

Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.

Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.

"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.


Dipetik dari artikel KedahLanie : http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/mb-kedah-saya-bekas-md-harakah-mereka.html

Wednesday, November 24, 2010

Browser ke Sitopimerah Blogs


Pageviews by Browsers
Internet Explorer
1490 (36%)
Chrome
1130 (27%)
Firefox
1120 (27%)

melihat kepada pageview blog ini, majoriti yang melawat blog ini adalah pengguna Internet Explorer, bagaimanapun jumlah Chrome + Firefox adalah jauh lebih besar. Saya tak pasti unruk blog lain, tapi pendapat peribadi saya jika trend Chrome + Firefox boleh meningkat seperti ini 2% sebulan, dalam 3 tahun lagi orang boleh melupakan sistem operasi Windows kerana teknologi yang mendatang adalah berkonsep perkomputeran awan (cloud computing).

Apa kata developer yang ada kita bina game 3D menggunakan web browser dengan menggunakan teknologi java dsb. Lagi cepat orang ramai melupakan Windows bertambah bebas masyarakat menggunakan menilai dan menghargai komputer.

Perlu di ingat, ubah minda tanpa perisian Microsoft anda masih mampu menggunakan komputer.

Bersiap sedia tanpa Anwar

Kelihatan keputusan-keputusan dan perbicaraan Mahkamah kini semakin pelik apabila ia bersangkutan dengan Anwar Ibrahim. Semua pihak perlu bersiap sedia dan terus menerus menjalankan usaha untuk menyelamatkan Malaysia. Tidak perlu berhenti rehat seketika, usaha bertali arus perlu diperkukuhkan tidak kira PAS, PKR dan DAP.

Dalam usaha menerajui parti komponen saya kira tidak bermasalah kepada PAS dan DAP kerana masing-masing dilihat tiada kes atau isu berat. Cuma PKR perlu bersedia dalam jika ketiadaan Anwar. DS Wan Azizah dan Timb Presiden yang baru perlu melaksanakan pelan gerak kerja akar umbi bagi memastikan momentum yang ada bersama Anwar tidak susut. Bukan hendak mengajar, cuma mohon untuk dipertimbangkan. Anwar sangat relevan dalam politik tanah air, tidak cukup dengan akhbar arus perdana menghentam Anwar, bekas ahli seperti Zaid Ibrahim, Zul Kulim, dan terbaru Tun Dr Maharhir juga menghentam beliau.

Kenapa ingin menghentam Anwar? Sedangkan manusia ini tiada kuasa, cuma berkuasa dalam PKR tidak menguasai Malaysia, beliau tiada kepentingan projek mega berbillion, tubuhnya pernah dobogelkan, dibelasah, dikurung, dan sebagainya. Beliau dihina oleh akhbar arus perdana ketika kes pemecatannya dan kini beliau disibukkan dan di hina lagi melalui kes Saiful.

Jika beliau tidak relevan sudah tentu beliau tidak disibukkan sebegitu rupa. Beliau masih relevan, mereka tahu ketika PRU 12 Anwar tidak mempunyai kes, beliau bebas kesa-kesini, beliau tiada tugas di Parlimen, serta tiada tugas di kawasan, cuma mengoperasikan kerjanya melalui pejabat rumahnya di Segambut. Dalam keadaan itu beliau berjaya memberi kesedaran baru dalam situasi politik Malaysia walau dikurung melalui media arus perdananya.

Bayangkan dalam perlawanan tomoi salah seorang diikat tangan dan kaki, cuma mulutnya sahaja dibuka, sudah tentu dibelasah teruk, bagaimanapun dalam keadaan di belasah itu melalui 14 pusingan, yang diikat itu berjaya menumbangkan seorang lagi sebanyak 6 pusingan.

Tapi kali ini Anwar diikat lebih dahsyat, beliau disibukkan dengan kes yang pelik, dan diserang diluar dan di dalam, Sudah tentu ini adalah untuk mengurangkan pergerakan beliau. Jika selepas PRU10 ketiadaan Allahyarham Datuk Fadzil Nor memberi kesan kepada Barisan Alternatif, adalah diharapkan ketiadaan Anwar kelak tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Memang jika dilihat sejak akhir-ahir ini PR di Selangor P.Pinang Kedah dan Kelantan bergerak secara pintar, mereka tidak terlalu bergantung dengan Anwar. Tetapi PR di negeri lain yang tidak dimenangi perlu juga bergerak sebegitu rupa.

Tidak perlu menunggu kehadiran Anwar di kawasan anda baru hendak bekerja, gunakan pimpinan semasa yang ada di negeri dan pusat sama ada dari PAS, DAP dan PKR. Anwar bersebab mengapa beliau tidak memimpin PKR sebagai Presiden, sekalipun saya hanya menjangka sahaja tapi saya fikir ianya benar, beliau tidak mahu orang terlalu bergantung kepadanya.

Selamat berjuang semua

Friday, November 19, 2010

Bangsa Cina yang bijak atau bangsa Cina yang pembohong?

Tajuk ini telah saya fikir sejak selepas bersembang dengan sahabat saya berbangsa Cina. Beliau adalah usahawan yang berjaya di Lembah Klang.

Topik kami yang terakhir tadi adalah politik Malaysia kini, beliau melahirkan kehairanan bagaimana ada orang Melayu boleh terima pemimpin Cina seperti Chua Soi Lek, tetapi mengutuk Lim Guan Eng.
Orang seperti Chua Soi Lek tidak dikutuk YB Zul, Zahrain, Brahim Ali, Reezal Merican dsb. Orang ini selain pandai aksi video lucah dia hanya pandai mengutuk sambutan Hari Raya Eiduladha di kelantan, mengampu Najib dan Umno, merendahkan Islam, merendahkan usaha murni Lim Guan Eng. Orang yang dihina oleh Zul Zahrain Brahim Ali dan Reezal iaitu YAB Lim Guan Eng inilah terpaksa merengkok dipenjara kerana mempertahankan anak melayu, memberi nafas baru kepada sek agama rakyat di P.Pinang, ingin mengambil contoh Umar Abd Aziz, memberi bantuan kepada org tua, dan banyak lagi.

Adakah orang Melayu yang menyokong dan percaya Umno Mca dan Mic ini terlalu rendah maruah mereka sehingga sanggup ditipu, dibodohkan, dihina, digula dengan wang ringgit dan sebagainya?

Ringkas sahaja, jika masih ramai org Melayu sanggup ditipu maka menanglah lagi UBN sekalipun tidak 2/3 spt disebut oleh Tun M tapi ia tetap kuasa.

Adakah orang Melayu mahu pemerintah yang bersama PAS ada orang cina sepintar Lim Guan Eng atau mahu bersama Umno ada orang Cina yang kuat menipu seperti Chua Soi Lek? yang Melayu dalam Umno penuh dengan penipu, pembelit dan mcm2 lagi palitan itu disokong jua ditambah dengan MCA nya pon sama, maka rakyat fikirlah

Monday, November 15, 2010

Komen Pertandingan Dalam PKR Bah. 2

Merujuk kepada catitan saya yang lalu berkenaan pertandingan dalam PKR bahagian 1 di sini.

Sekali lagi bukan saya hendak menyibuk kepada PKR, tetapi sekadar tambahan pandangan. Saya melihat kaedah yang diperkenalkan oleh PKR ini adalah kaedah baru yang amat terbuka untuk di amalkan. Saya setuju kaedah pemilihan seperti ini mencabar memandangkan PKR adalah parti yang sangat muda. Selain itu ianya adalah jelas terus kepada akar umbi, bagaimanapun tempoh masa perlaksanaanya di lakukan ketika hampir PRU ke-13.

Itu mungkin merisaukan akar umbi Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kita sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku, siapa akan diganggu, dan siapa yang bakal menganggu. Kesempatan ini digunakan oleh agen-agen BN untuk merobek PKR yang dipimpin oleh Ketua Umumnya DSAI.

Manusia bernama DSAI ini saya percaya tidak akan letih berjuang untuk mengotakan apa yang dijanjikannya. Suara-suara bukan orang PKR dan bekas PKR yang menyatakan Anwar ini menipu dan sebagainya adalah suara sumbang. Saya besyukur peristiwa 9 September tidak menjadi kenyataan kerana kini orang-orang yang bising seperti Zahrain, Zul Kulim dan ramai lagi begitu dengan terharunya untuk membantu Umno yang dah nak nazak dengan melemparkan talian hayat untuk Umno. Mereka ini jika berlaku peristiwa 9 Sept saya percaya DSAI yang mempercayai mereka sebelum ini akan mencadangkan nama mereka-mereka ini sebagai Menteri Pusat. Bayangkan Zul Kulim jadi Menteri atau Zahrain jadi menteri, atau ramai lagi mat dan minah lompat jadi menteri, hancurlah PR yang akan jadi kerajaan lebih teruk dari BN.

Jadi tidak hairanlah, mereka yang sebenarnya menipu rakyat. Penipu-penipu ini selayaknya keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku kepada Datuk Zaid sebenarnya dilakukan oleh dirinya sendiri. Masing-masing saya lihat ada kaedah kempennya, saya percaya jika semua yang bertanding ikhlas mereka boleh duduk bersama-sama memimpin Malaysia pada masa akan datang. Saya lihat pertandingan Timb Presiden PKR ini tidak lah sehebat pertandingan antara Obama dan Hillary satu ketika dahulu. Namun atas dasar parti yang sama kini mereka boleh duduk bersama memimpin Amerika Syarikat. Jika prinsip demokrasi ingin dibawa pertandingan perlu berlaku tetapi yang paling penting idealisma, karisma dan profesionalisma. Diharap Azmin dan Mustafa teruskan pertandingan dengan sihat. Kepada PKR selamat maju jaya semoga anda perbaiki kelemahan yang terdapat di dalam parti anda.

Saya mohon maaf sebagai orang luar PKR saya dengar kata orang diluar cerita berkenaan Datuk Zaid sepatutnya bertanding AJK Pusat atau Naib Presiden terlebih dahulu, bina Idealisma Datuk dalam PKR sebelum bertanding menjadi Timb Presiden, saya tahu ianya dibuka kepada semua. Tapi benar kata ramai di luar, perjuangan bukan untuk tempoh sehari tapi panjang dan lama. Datuk masih baru di dalam PKR walaupun lama dalam Umno. Ramai yang benar-benar reformis asal penubuhan Keadalian @ kini PKR ingin benar tahu idealisma Datuk dalam parti muda ini, sekurang-kurangnya kemampuan Datuk dalam sepenggal (4 - 5 tahun) musim pilihanraya.

Kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat, elakkan dari temubual ekslusif dari akhbar milik Umno atau BN seperti NST atau Media Prima, Utusan, The Star dan lain-lain yang jelas milik Umno dan BN. Dari akar umbi yang seperti kami ini mudah sahaja kesimpulan, pengkhianat kepimpinan PR selalunya di temubual secara ekslusif dan mendapat liputan putar alam mereka dari laporan tersebut. Jadi awas, mungkin rakyat yang berjaya dibodohkan sahaja yang percaya tapi ramai lagi yang bijak tidak mampu dibodohkan.

Thursday, November 11, 2010

TV3 kononnya nak tanya banjir Kedah

Merujuk kepada soalan wartawan yang tidak dihiraukan oleh YAB MB Kedah yang disiarkan di Buletin Utama tadi dah lama dah banjir baru terhegeh hegeh jumpa MB tanya hal ni


Sudah berminggu YAB MB Kedah ke hulu hilir tanpa dipedulikan media arus perdana, beliau tidak kisah malah kemudian beliau dipinggirkan pula oleh YAB TPM ditambah dengan pelbagai tuduhan, petang tadi kononnya baru terhegeh-hegeh nak tanya berkenaan banjir kat beliau. Terutama TV3, RTM dan NST.


Kita tahu YAB MB tentu berkecil hati dengan tindakan YAB TPM dan media arus perdana. Beliau jika diikutkan disebalik ketegasannya beliau antara MB PR yang berlembut dengan Pusat.

Malangnya beliau diperlakukan dan diperlehkan. Ust Azizan adalah antara ADUN senior dan berpengalaman malah sangat profesional. Kedudukannya sebagai MB Kedah tidak sedikit pon digunakan untuk kepentingan dirinya atau pun Parti. Sepenuh keringatnya ditumpahkan untuk rakyat Kedah. Jika beliau ini jenis berkepentingan itu lainlah, bukan sedikit jasanya kepada Kedah meskipun beliau hanyalah ADUN biasa dan Ketua Pembangkang satu ketika dahulu.

Beliau menghormati semua pihak dari dulu sehingga kini, malangnya TPM datang kenegeri Kedah langsung tidak menghormati Kerajaan Negeri, saya kira YB Datuk Mukhriz yang jauh lebih muda jauh lebih beradab dari YAB TPM yang tidak layak dipanggil Amat Berhormat. Jika saya berasal dari Johor saya sudah tentu malu mengaku TPM ini adalah orang Melayu Johor, takkanlah orang Johor terlalu kurang ajar? Disebabkan RTM dan TV3 menyokong tindakan kurang ajar TPM itu maka wajarlah mereka ditegur sebegitu rupa oleh YAB MB Kedah.

Kepada YAB PM dan Ulamak Muda Umno tegurlah TPM tersebut, suka hati lah nak secara bertulis ke, sir ke apa ke, bak kata orang Kedah, 'hang salah mai lah pi mintak maaf. Jangan dok sombong, tinggi mana hang nak mendongak ke langit no".

Seperti mana biasa media arus perdana ni adalah suara penghasut....agen penghasut dan pemfitnah nombor 1.


Wednesday, November 10, 2010

Pembohongan : Muhyiddin Politikkan Isu Banjir

Cuba rujuk fitnah UBN melalui Timb Presiden Umno aka Timb. Perdana Menteri di akhbar rasmi Umno ini, klik di sini.

Fitnah yang dahsyat tersebut di jawab dengan berhemah oleh YAB MB Kedah, ianya boleh dirujuk di banyak blog PR termasuk di blog YB Khalil Idham Lim sila klik di sini.

Adakah Politik fitnah diamalkan oleh Umno ini diredhai oleh Ulamak Muda Umno. Fitnah yang dahsyat ini melihatkan kebodohan mereka.

Tuesday, October 26, 2010

Halal dan Industri Berkaitannya Di Ketepikan??

Tahun lepas ketika Belanjawan 2010 dibentangkan saya masih ingat antara sasaran Kerajaan adalah untuk mempertingkatkan Industri Halal. Ianya akan diperkuatkan dengan langkah melaksanakan Akta Halal untuk mempermudahkan urusan JAKIM dan JAIN dalam menguatkuasakan isu berkaitan Halal. Secara tidak langsung ianya juga akan menggalakkan industri dengan sokongan dari beberapa agensi kerajaan.

Malangnya sehingga hari ini, pada waktu ini Parlimen sedang membahaskan Belanjawan 2011 dan hasil 2010 untuk mewujudkan akta Halal masih lagi tiada bunyi. Yang menyedihkan yang Halal diketepikan yang Haram di galakkan. Fesyen Islamic yang ternyata bercanggah, kedengaran pula mahu mewujudkan Hub Hiburan dan selepas ini apa lagi?

Halal ini hanya berbunyi ketika era Pak Lah dan setahun selepas DSNR jadi PM. Selepas itu diketepikan, sedangkan negara kita mempunyai pengetahuan dan kepakaran sekalipun tiada sumber "raw material" yang besar. Pengetahuan lebih banyak mendatangkan manfaat dari segi ekonomi jika kerajaan bijak. Bagaimana Malaysia satu ketika dahulu sebuah Negara yang berpengetahuan menjadi pendahulu kepada kewangan Islam, tapi kerana banyak sangat campur tangan politik, Malaysia kini tertinggal kebelakang dan sejak tahun 2000 memang Malaysia antara yang terkebelakang berbanding negara lain yang kini menjadi pendahulu sedangkan awalnya mereka ini hanya meniru.

Adakah kita mahu pisang berbuah dua kali? Industri Halal ketika era Pak Lah tidak dirancang dengan betul, bagaimanapun ianya di sokong. Ketika ini adalah masa untuk menstrukturkan dan memperkukuhkan Malaysia sebagai Hub Halal untuk semua sektor.

Untuk makluman semua pihak yang saya lihat kini semakin jauh melupakan hal berkenaan logo Halal, kerajaan hanya mengiktiraf logo Halal JAKIM sahaja yang dikeluarkan oleh JAKIM, JAIN dan satu ketika dahulu oleh HIDC sahaja. Logonya adalah seperti ini :

Dan ini pula sebenarnya tidak diiktiraf :
Malangnya ada sahabat keliru dengan logo-logo ini, maka saya nasihatkan sila teliti logo berkenaan. Jangan main redah sahaja.. Perkara ini telah lama saya ikuti, beberapa tahun yang lalu saya juga keliru, maka kesempatan yang ada ketika MIHAS saya gunakan untuk jumpa pihak seperti JAKIM, SIRIM, HIDC dan sebagainya.

Saya mohon mereka untuk mengharamkan logo, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kecuali hanya dengan tidak mengiktiraf. Saya faham kerana banyak terlibat dalam urusan "consultation" kepada badan-badan kerajaan. Mereka ini tidak mampu berbuat apa-apa yang lebih tegas kerana tidak diperkuatkan dengan akta. Tanpa akta badan-badan kerajaan ini berisiko untuk disaman balas. Fungsi yang jelas adalah kepada pihak seperti Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Akta BPR kepada SPRM sepantas kilat boleh lulus, takkanlah akta Halal yang dah bertahun dibahas dipelbagai seminar tidak mampu nak buat.

Yang paling ajaib, penubuhan HIDC belum sepenuhnya digunakan untuk meningkatkan industri Halal telah dicemarkan dengan Laporan Juru Audit Negara seperti tersiar di akhbar The Sun

"uditor-General's Report 2009: HDC pays out RM1.69m to consultant without proper contract

newsdesk@thesundaily.com

KUALA LUMPUR (Oct 26, 2010): The Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) did not have proper documentations for rebranding works and expenditures for its World Halal Forum (WHF).

The international event, was the annual agenda of KasehDia Sdn Bhd, the consultant and advertising company which published the Halal Journal.

It had asked HDC to host the WHF and sponsor RM500,000 in January 2007.

However, the audit findings showed that there was no formal agreement signed between HDC and KasehDia regarding the sponsorship but only conditions laid out by the Board of Directors.

The audit also found that the miscellaneous fees of RM1.15 million paid to KasehDia in 2007 and 2008 did not have a strong basis as there were no details of the expenditures provided.

According to KasehDia’s brief expenditure report, the payment was used the advertising and promotional activities for WHF, Public Relations Campaign, promotional trips to overseas, television and documentary participation programmes.

HDC also did not state the specific terms and conditions regarding WHF’s expenditure proper especially for the overseas promotional trips like daily allowances, phone allowances, the number of participants and the number of days."......sambungan

Inilah dia kaitan antara KJ dan HIDC, seperti sedia maklum Kasehdia adalah proksi kepada KJ dan Anak Pak Lah, darimana mereka dapat sumber kewangan. Rupanya menggunakan Halal untuk membuat perkara yang Haxxx?

Dalam blog saya ini pernah saya bersua dengan pegawai-pegawai HIDC untuk bertanya berkenaan kaitan antara HIDC dan Kasehdia anda boleh rujuk disini. Saya bentangkan di bawah topik

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)


Nasihat saya kepada rakyat tukarlah kerajaan yang sedia ada bila berpeluang setiap yang mereka lakukan adalah kononnya membantu negara dan rakyat, tetapi dibelakangnya ada niat yang tidak baik. Kerajaan yang ada kini langsung tidak peka dan tidak mampu memerintah lagi.

Wednesday, October 20, 2010

Inikah Fensyen Islam? Nauzubillah

Saya akui baru sedar akan perkara ini, yang menyedihkan ianya telah berlangsung 2 tahun, saya salin dan tampal url dari laman Baginda Reformasi. Sila rujuk link ini.

Apa kejadahnya perlakuan sebegini rupa isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri mengikuti acara yang menghina Islam ini. Kenapa perlu anjur atau ikuti program yang sebegini memalukan umat Islam.

Apa agaknya yang mereka faham dalam kepala mereka ini berkenaan Islam? Adakah hanya nama? adakah dengan tulisan arab?

Mana dia ulamak muda UMNO? tolong lah nasihat ketua kamu ini. Inikah halal ala UMNO

Kredit kepada Laman Baginda Reformasi

Monday, October 18, 2010

Rintihan rakan-rakan penjawat awam

Minggu lepas selesai pembentangan Belanjawan, PM tidak mengumumkan sebarang bentuk bonus kecuali imbuhan. Saya ada banyak komen berkenaan belanjawan kali ini, bagaimanapun tidak larat nak tulis sebab terlalu banyak kepincangan.

Selama dua hari kesemmpatan yang ada di tanah air sebelum terpaksa bertugas di luar negara miggu ini, telah saya gunakan untuk bertemu rakan-rakan. Keluh kesah rintihan mereka menyatakan bahawa harapan untuk mendapat bonus tidak kesampaian. Tidak silap saya PM ada menyebut implikasi kewangan yang tinggi melebihi perbelanjaan RM1.2 billion bagi pemberian bonus satu bulan gaji. Oleh yang demikian imbuhan RM500 diberi, setelah imbuhan awal sebelum Raya RM500 menjadikan jumlah sebenar adalah RM1000.

Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mampu untuk memberi sebulan bonus, apa salahnya dengan setengah bulan bonus dan minimum RM1000 kepada mereka yang gaji dibawah RM1000. Perbelanjaan tersebut bertujuan untuk memberi sedikit galakan kepada penjawat awam, bukan itu sahaja kebanyakan penjawat awam terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk naik pangkat, belum cukup dengan penilaian tahunan peperiksaan PTK dan sebagainya. Sebahagian besar mereka juga masih di gred yang lama contohnya gred 41 sedangkan telah berkhidmat hampir 10tahun. Semakin bertambah lah jurang antara pegawai PTD dan bukan PTD. Saya tidak menyalahkan PTD tetapi saya menyalahkan sistem. Saya ada begitu ramai rakan yang bekerja Kerajaan, dan ini sangat jelas sistem tidak membantu mereka. Ungkapan seperti "kau PTD tak apalah sama servis dengan aku tapi sekarang dah Gred 48, aku ni masih Gred 41 PTK dah aras 4 alasan tiada kekosongan".

Berilah satu sistem yang adil kepada penjawat awam, jika masih tidak mampu berlaku adil kepada sistem, berilah imbuhan berupa bonus 1/2 bulan pon saya kira sudah memadai jika terpaksa juga kerajaan menanggung pembanggunan Permata yang "dilihat sangat penting" oleh PM dan isteri beliau. Bagaimana kerajaan hendak meneruskan projek Talent Corp jika sistem penjawat awam juga masih terlalu banyak lompongan.

Thursday, September 30, 2010

Proton: Model Gantian Waja, Sekadar Pandangan

sejak akhir-akhir ini blog, forum, malah media elektronik tidak ketinggalan menceritakan berkenaan model baru Proton iaitu gantian Waja.

Tidak perlu saya sibuk bincangkan lagi di sini kerana ianya telah jelas di ambil dari mana, kerana telah jelas bersuluh ianya datang dari model Mitsubishi Lancer. Kerana apakah Proton tidak meneruskan legasi asalnya sejak kemunculan Waja? di mana sedikit demi sedikit Proton mengeluarkan model kereta dari lakaran hinggalah mampu berjalan di jalanraya. Model yang terbaru adalah Exora, mpv 7 tempat duduk rekaan anak tempatan, menggunakan enjin yang juga dicipta oleh anak tempatan.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua industri automotif kini serba kompetitif, model baru perlu dihasilkan kurang dari 10 tahun bagi satu satu model. Ditambah pula pasaran kini semakin terbuka, lindung melindung, payung mamayung sesuatu industri itu tidak boleh lagi dijadikan amalan kerana ia akan merosakkan lain-lain industri yang perllu bersaing di luar.

Walaupun saya sedar kerajaan masih menggunakan sedikit ruang untuk melindungi Proton, sepatutnya sudah tidak perlu. Bagaimanapun dalam situasi sekarang ianya masih perlu biarpon sedikit kerana kepimpinan baru Proton yang kini diketuai oleh gandingan automotif Dato' Nadzmi dan Datuk Syed Zainal tidak perlu dihukum akibat kecuaian kerajaan dikala melantik Tengku Mahalel sebagai CEO Proton.

Mungkin ramai tidak sedar, tapi hakikat yang nyata kini kuasa automotif sudah semakin kecil, gergasi automotif seperti General Motors dan Ford juga sudah tidak mampu menjaga syarikat-syarikat kecil yang lain. Yang terbaru adalah Volvo, kini sudah diserahkan kepada sebuah syarikat di China. Kereta Mini yang dahulunya dibanggai oleh orang Inggeris kini sudah menjadi milik BMW. Perkongsian teknologi amat diperlukan ketika ini bagi mengekalkan jangka hayat sesebuah industri automotif.

Langkah Proton untuk bergerak bersama kembali dengan Mitsubishi adalah langkah bijak, Mitsubishi juga sebenarnya menghadapi situasi yang sangat mencabar sejak tidak bersama dengan Proton hampir 10 tahun yang lalu. Mereka nyaris menjadi seperti Nissan yang kini berjaya mendapatkan rakan strategik iaitu Renault walaupun terpaksa berkorban pegangan saham.

Pegangan seperti Renault - Nissan inilah yang saya nampak ditolak oleh kepimpinan Proton untuk menjalin hubungan strategik bersama Volkswagen. Hendak mudah kerja memang benar serahkan sahaja 51% saham Proton, dalam masa yang sama Lotus juga sudah menjadi milik Volkswagen. Dalam masa 2 - 3 tahun hilanglah anak-anak tempatan dari menjadi teraju utama pakar automotif. Barisan jurutera dan pakar RnD Proton termasuk ketua-ketua operasi Proton kini adalah anak tempatan terdiri dari bangsa Melayu Cina dan India. Sebahagian mereka yang telah berjaya juga sudah "di beli" oleh syarikat automotif antarabangsa.

Perjuangan Industri Automotif yang sangat kompetitif ini sangat berkait rapat dengan supply chain dari vendor - pemasangan hinggalah penjualan. Rantaian itu telah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kepakaran kepada anak bangsa. jika Thailand berbangga mempunya kilang pemasangan kereta Toyota terbesar di luar Jepun, tetapi berapa ramaikah pakar RnD Toyota dari mereka yang berbangsa Thai? adakah hanya ramai yang pasang atau ramai yang merekacipta? Adakah rakyat Thailand yang menjadi CEO/MD bagi Honda, Toyota, dan Ford. Tidak sama sekali, dengan adanya Proton kita dapat mengetengahkan nama seperti Dato Nadzmi dan Datuk Syed Zainal sebagai peneraju automotif Proton.

Sunday, September 26, 2010

Retorik : Isu wang RM100

Kalau benar Reezal nak berjuang pasal wang RM100 di P.Pinang lebih baik dimulakan dengan tanya Menteri Kewangan. Berkenaan kumpulan wang disatukan yang digunakan untuk bayar gaji kakitangan awam, bayar projek pembanggunan, dan lain lain lagi juga diperolehi melalui cukai judi dan arak yang bukan kecil dari atas bukit sampai lah atas laut.

Sila mohon Menteri Kewangan jawab kerana langsung tiada pengasingan dalam akaun kerajaan pusat malah wang2 tersebut telah disatukan. Sila jelaskan, jangan sibuk berpolitik dan beretorik.

Saturday, September 25, 2010

Umno Seperti Ayam Berak Kapur

Selepas kenyataan Umno P.Pinang melalui Reezal Merican yang tidak berapa Melayu itu semalam mempertikaikan jawapan Ketua Menteri P.Pinang bahawa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas itu bukanlah sumbangan dari syarikat judi, Reezal menghentam tanpa bukti selain melalui berita tv tanya Ketua Menteri tapi malangnya betita tak pergi tanya Ketua Menteri sebaliknya buat andaian.

Reezal ni menggelupur setelah jawapan Ketua Menteri beberapa minggu lepas diselitkan dengan 'wang itu juga bukanlah dari judi bola piala dunia' yang mana seperti pistol ditembak kepada Ketua Menteri tapi peluru terkena Perdana Menteri.

Menggelupur itu tidak terhenti setakat itu, malam tadi Rais Yatim memperkudakan artikel 153 Perlembagaan kononnya jika kuasa diserah kepada Pakatan orang Melayu akan hilang kuasa. Secara mudahnya ambil senario di P.Pinang. tanah orang Melayu dilesapkan dikala Pakatan atau BN? Sekolah Agama Rakyat ditekan ketika Pakatan atau BN? Sebenarnya mereka sanggup menggadai maruah orang Melayu menggunakan artikel 153 untuk kepentingan orang Umno bukan orang Melayu.

kelantan itu diperintah oleh siapa? tok Guru Nik Aziz itu bukan orang Melayukah? exco Kelantan setahu saya YB Anuar Tan sahaja bukan Melayu? siapakah menafikan hak negeri itu dari menerima royalti minyak? Siapakah yang menekan kerajaan negeri dengan peruntukan pusat tidak disalur kepada Kerajaan yang dipilih rakyat? menteri Kewangan bukan orang Melayukah sehingga sanggup menekan orang Melayu?

Politik Umno adalah politik kotor, cuba lihat penyerahan tampuk MB sahaja kita sudah tahu, Kedah, Perak dan Selangor tambahan Terengganu pada 1999 bekas MB nya langsung tidak profesional jika dibandingkan dengan bekas KM P.Pinang kepada KM P.Pinang yang baru, walaupun 2 ideologi yang berlainan serahan tugas lebih kemas. Serahan kuasa dari Kerajaan Terengganu dipimpin PAS kepada UBN pada 2004 juga dilakukan dengan serahan yang sempurna.

Hakikatnya negara ini tidak mempu lagi dipimpin oleh golongan berkepentingan ini, ianya patut ditadbir oleh pasukan yang benar=benar ingin bekerja untuk rakyat. Golongan rasis ini memang harus diketepikan kerana mereka merasakan orang Melayu harus diperbodohkan dan dibutakan informasi supaya mereka kekal sebagai pemimpin.

Friday, September 17, 2010

Komen Pertandingan di dalam PKR

Salam Eidulfitri dan Sejahtera kepada pembaca blog ini.
Kesibukan kerja sebelum Eidulfitri tahun ini mmg mencabar, tiba dikampung dari luar negara betul2 selepas waktu berbuka malam 1 Syawal, ketika diperantauan keluh kesah rasanya takut pengumuman Raya jatuh pada hari Khamis ;).
Bagaimanapun hari ini telah seminggu berlalu, percutian berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bagaimanapun kelihatan rancak berbual di kedai kopi, blog dan akhbar online berkenaan pertandingan pemilihan pucuk pimpinan PKR. Berkemungkinan pertandingan sengit pucuk pimpinan PKR mungkin berlaku. Bagaimanapun analisis begitu banyak dikeluarkan ada versi kedai kopi, versi blog, versi cabang dan ranting, versi umno pon ada. Apa yang menjadi perhatian adalah keberanian PKR menggunakan sistem pemilihan terbuka rasanya yang pertama dilaksanakan di Malaysia. ini satu pujian kepada PKR kerana kelainan yang ditunjukkan berbading amalan perti parti politik di negara kita. Pada awal pemilihan PKR agak kelam kabut kerana mereka bergerak berdasarkan pengaruh individu individu tertentu, oleh itu kaedahnya juga tidak jauh berbeza dengan umno. Tetapi sejak DSAI keluar saya lihat beliau sedaya mungkin memperkukuhkan PKR dengan rombakan kaedah perjalanan parti yang di adaptasi dari beberapa parti politik di luar negara dan dalam negara.

Ianya mungkin berisiko tinggi memandangkan majoriti ahlinya adalah bekas Umno dan telah terbiasa dengan amalan Umno yang menyelangselikan perlembagaan dan politik wang. Bagaimanapun pembersihan yang berlaku secara tidak langsung mungkin memberi peluang untuk DSAI menjayakan agenda murninya. memandangkan beliau juga dalam keadaan berisiko untuk disumbat semula ke dalam penjara, pengukuhan PKR perlu disegerakan supaya tidak merencatkan agenda parti. Mungkin kerana itu juga DSAI tidak mahu bertanding kerusi Presiden PKR kerana beliau tidak mahu agenda PKR terpenjara bersama-sama beliau jika beliau terpenjara. Anwar adalah Anwar, PKR adalah PKR.

Anwar mungkin tidak kisah sejak dari beliau masih muda remaja sehinggalah menjawat jawatan Timb Perdana Menteri penjara tidak akan mampu memenjarakan semangatnya saya percaya sehingga Anwar dihujung hayatnya juga beliau akan terus berjuang sekalipun gagal menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Anwar adalah Anwar, tetapi PKR padanya perlu disusun gerak nadinya agar lancar dan mempunyai prinsip perjuangan tersendiri yang betah bergerak dalam pelbagai situasi dan cabaran pelbagai cuaca politik.

Walaupun ramai yang mahu beliau bertanding Presiden bagi mengelakkan perpecahan, tapi pada pendapat saya Anwar harus melaksanakan sesuatu untuk membentuk jatidiri PKR itu sendiri. Kalau mereka percaya pertandingan mewujudkan perpecahan ianya tidak ubah seperti Umno MCA dan MIC yang mana setiap kali pemilihan parti yang kalah akan habis karier politiknya. kenapakah di dalam PAS tidak berlaku? Pertandingan sengit Ust Nasaruddin, Husam, dan Abg Mat adakah menjadikan Husam dan Abg Mat tidak mampu berpolitik lagi? Mereka masih berjuang dan masih berkhidmat dengan padu dibelakang kepimpinan PAS. malah tugas mereka sangat penting pada PAS. Kenapa? Kerana PAS ada prinsip yang tidak ada pada parti lain. Di luar negara seperti di England, Amerika, dan Indonesia. Politik mereka juga pelbagai kaum, kenapa mereka berjuang dengan kental di dalam parti mereka? Untuk siapakah itu?

Saya percaya DSAI ingin membentuk kekuatan dan prinsip yang diperjuangkan di seluruh negara bermula dengan PKR, PKR masih baru perlu kepada persediaan yang kukuh sebelum duduk bersama-sama PAS dan DAP di Putrajaya. Pengalaman tumbangnya Pakatan di Perak dek kerana kurangnya prinsip kpd beberapa org Adun PKR telah cukup banyak mengajar DSAI. tindakan disiplin tidah cukup kerana PKR baru, jika sudah lama seperti PAS dan DAP tindakan disiplin berkesan, tetapi PKR perlukan nadi tersendiri untuk pergi jauh dan menghasilkan ahli yang berdisiplin dek kerana prinsip yang telah tertanam dalam setiap ahlinya.

Bagi saya pula semua parti, tidak kira Pakatan atau Barisan perlu berubah memodenkan parti komponen masing-masing kerana dengan cara itu rakyat akan jadi lebih bijak dan pintar. Kebijakan dan kepintaran rakyat akan menghasilkan negara yang maju dengan rakyat yang bijak.

Thursday, September 2, 2010

Hairan

Kadangkala rasa hairan, Umno bekerjasama dgn MCA dan MIC, ketiga2 pemimpin utama parti2 tersebut terpalit dgn pelbagai skandal. Tapi mazhab UBN disokong pula oleh ulamak muda Umno tiada menjadi halangan. Bayangkan skandal kapal selam, skandal video lucah, skandal saham, dan pelbagai lagi skandal tapi kesemuanya di ampunkan dek kerana mereka UBN. Adakah wujudnya dakwah?

Apabila PAS bersama2 PKR dan DAP, pimpinan Islam berjaya membina dakwah, malah bersama-sama sedaya mungkin menunjukkan keindahan bersama pemimpin Islam yang bijak. Maka wujudnya pemulihan terhadap Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan masjid menjadi meriah dgn aktiviti dek kerana pemimpin negeri masing2 mengembalikan peruntukan. selain itu sudah ada pemimpin bukan Islam berani mengambil contoh ayat dari Quran, menentang lesen arak dan judi yg terlalu berleluasa. selain itu mereka kini mahu mendekati masyarakat Islam di masjid2 dan disurau2.

Adakah kerana kejayaan itu orang Melayu terasa terancam? Orang Cina merasa diri mereka dijerat? Org India merasa terpinggir? Sama sekali tidak malah mereka gembira bersama kerajaan yang prihatin. Malah ada negeri yang sanggup di saman oleh syarikat air swasta semata-mata mahu pertahankan hak air rakyat. Yang ajaibnya syarikat air ini begitu berkuasa sehingga TPM pertahankan mereka yang hendak menekan rakyat sedangkan empunya syarikat bergaji beratus ribu Ringgit duduk di atas perniagaan yang asalnya adalah hak rakyat di negeri yang berdaulat.

kehairanan ini memuncak kerana kebenaran dirasai tapi fitnah dan pembohongan menghiasi media arus perdana tanpa malu dan segan silu. mereka berani berbohong kerana pada mereka aku boleh buat apa sahaja.

PAS PKR DAP sangat biasa kalah dlm PRU dan PRK. tidak pernah dgn kekalahan itu mereka mengangkat keganasan melalui fitnah mahupun pembunuhan. tetapi hairan dikala pengaruh PAS melebar di era 60 an dikala itu wujud pembunuhan ADUN api perkauman sengaja dibakar, Mujtahid di Memali dibunuh, pemimpin utama PAS dan DAP ditangkap dikala Umno sedang bergolak penghuhung 80an. Tiada dari mereka membakar api perkauman, malah tiada yang mengheret kepala lembu, mahupun merampas kerajaan secara haram. Tetapi merekalah difitnah dan diperlakukan dengan kejam.

Kerana itu rakyat sangat risau kerana melihatkan keadaan tanpa keadilan ini. kerana UBN amat ganas, berlatar belakangkan samseng, jika mereka kalah tidak mustahil mereka ini akan bertindak ganas seperti mana berlaku di Sudan satu ketika dulu parti dominan kalah kepada parti Islam ataupun seperti di Palestin apb Fatah tewas mengejut. juga beberapa kali berlaku di Turkey parti pro Islam dan keamanan diguling malah parti diharamkan.

Adakah polis mampu berlaku adil? Hairan atau tidak?

Wednesday, September 1, 2010

Jenis-jenis Kafir

1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/upeti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin)
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)
4. Kafir Harbi, selain dari tiga jenis kafir di atas iaitu kafir yang boleh diperangi.

Sunday, August 29, 2010

Islam difitnah oleh Melayu. Beriman atau tidakkah Melayu itu?

Kesempatan dikampung ini saya nukilkan seketika, sudah banyak tertulis di blog pada mulanya saya hanya membaca, tapi kali ini saya ingin nukilkan kerana peristiwa berlaku sebentar tadi. Topik di atas bukanlah hendak mengherdik Melayu, kerana saya sendiri juga bangsa Melayu, tapi sekadar "tap to the ice" belum pon sampai "pecah ais tersebut" cukup sekadar orang Melayu berfikir samada Melayu itu bersyukur menerima Islam atau tidak. Sedangkan dalam Al-Quran juga Allah membezakan ayat antara manusia/insan dan orang Islam yang beriman.

sebentar tadi sebelum pulang ke rumah selepas menemani anak2 saudara membeli belah terserempak dengan rakan lama yang berbangsa cina. Beliau kini adalah seorang ahli perniagaan yang agak berjaya di Klang. Pulang ke Pahang kerana ingin berjumpa rakan-rakan lama yang beragama Islam, kerana pada Hari Raya nanti beliau akan berangkat ke Jepun untuk menguruskan perniagaan spare part terpakai disana. Agak lama kami berbual sahabat saya bertanyakan soalan kepada saya, adakah Islam memandang bukan muslim sebagai najis? Selama ini koi pandang aku macam najis ke? saya bertanya kenapa? Ada sebut dalam paper Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. Hadas besar tu kawan aku cakap dalam keadaan bernajis.

Ini mungkin salah faham, saya maklumkan kepada beliau. Hadas besar bermaksud tidak suci dari segi hukum. Tidak bermaksud najis. Habistu kenapa tidak boleh masuk masjid? Bukan tak boleh langsung masuk, apa salahnya masuk untuk melawat dan menghayati kesucian masjid. Kenapa dia kata tak boleh masuk?

Agak panjang saya terangkan kepada beliau, bayangkanlah potensi seseorang bukan Islam untuk diajak memeluk Islam ditarik hanya dengan salah penjelasan oleh akhbar dan jika benar Pengarah JAIS berkata sedemikian eloklah beliau berundur jaga JPJ atau benda lain. Janganlah jaga Islam di negeri Selangor. Sebagai seorang Islam kita perlu menunjukkan kemurnian Islam bukan menakutkan orang Islam dengan Islam.

UMNO secara jelas telah menakutkan bukan Islam dengan Islam. Tidak hairan jika Lim Kit Siang atau Karpal Singh tidak setuju dengan Hudud. MCA MIC apatah lagi, ditambah pula dengan orang yang bernama Mahathir Mohamad pon pernah mencerca Hudud, tidak masuk dengan pimpinan UMNO yang menakutkan bukan Islam. Melarang orang bukan Islam memahami al-Quran, tidak membenarkan berdoa supaya pemimpin bukan Islam dibukakan hati menerima Islam, kini ditambah lagi dengan tidak membenarkan bukan Islam memasuki masjid sedangkan Majlis Fatwa kebangsaan telah mengharuskan lawatan.

Ayat akhbar mengatakan tazkirah juga adalah fitnah, mana mungkin orang bukan Islam menyampaikan Tazkirah. Mungkin mazhab UMNO ada tazkirah oleh bukan Islam seperti bacaan Yassin untuk Abg "Kamal" di Hulu Selangor tempoh hari, bukan sahaja sebelum malah sesudah PR Kecil Hulu Selangor Abg "Kamal" telah didoakan oleh orang Umno. Mungkin ceramah abg Kamal dianggap Tazkirah oleh Umno.

Yang perlu ditegur adalah YB berkenaan tidak memakan tudung, bagaimanapun perlu diteliti AJK Surau sepatutnya menyarankan YB berkenaan bertudung jika tidak cukup sekadar diluar dewan. Bagaimanapun isu itu telah dibesarkan. Sedangkan perempuan Islam sepatutnya juga bertudung tidak terkecuali yang membaca berita, menteri-menteri wanita, malah isteri isteri menteri dan Perdana Menteri. Tidak ada ayat dalam Quran atau Hadis mengecualikan wanita Islam dari bertudung. Maka berhati-hatilah, kerana orang Islam tanpa Iman tiada ertinya.

Saturday, August 28, 2010

Teguran Kepada Progam Singgah Sahur

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat yang beragama Islam. Agak lama saya meninggalkan laman blogger.com ini. Sekadar membaca suapan RSS dari blog rakan-rakan blogger yang lain disebabkan kesuntukan masa dikala tugasan yang amat sibuk.

Bagaimanapun kesempatan yang ada tidak dilupakan untuk duduk bersama keluarga, bersahur, berpuasa, menyediakan juadah berbuka, berterawih, bertadarus dan berqiamulail bersama sahabat dan keluarga bila berkesempatan bersama.

Bagaimanapun ketika menonton program Singgah Sahur anjuran TV3 ada beberapa perkara yang tidak kena dilakukan oleh stesen TV swasta tersebut. Saya perhatikan tiada teguran diberikan, disini ingin saya tegur ketika melawat / menggerak anak-anak yatim muslimah hormatilah aurat mereka. Bayangkan satu Malaysia menonton rancangan ini, sudahlah wartawan TV3 ada yang tidak bertudung siap dengan rambut berwarna, malas hendak persoalkan sembahyang atau tidak. Tidak hairan lah jika anda hendak bersedih atau insaf tapi biarlah beradab dan berakhlak Islam. Kalau benar Islam beradab lah dan berakhlak lah cara Islam, bezakanlah anda dengan orang bukan Islam dengan kaedah Islam.

Saya nasihatkan tak perlulah tunjuk tuan/puan gerak anak muslimah di dalam tv cukuplah sekadar anak2 muslimin sahaja. Hendak melaksanakan sesuatu program perlulah ada ilmu, ada akhlak, dan amalkan.

Wednesday, July 28, 2010

Nak jual air ke Selangor, air sendri tak sampai kepada Rakyat

kesian pulak apabila menonton Aduan Rakyat, Pahang antara kubu BN, tapi bukan setakat Felda Bera, malah ketika saya menghadiri program Hari Raya Perdana Menteri tahun lalu, penduduk Pekan bercerita air di Pekan dah bertahun saban tahun semakin kecil 'laju lagi air kencing nak' kata bapa angkat saya.

Tapi apakan daya, mereka hanya menerima sahaja, aduan dibuat tapi tidak dilayan, kerana yang penting mereka setia memangkah BN.

Kepada rakyat Selangor, mari bangkit kita teruskan memastikan Selangor dikuasai PR dengan lebih banyak, malah kerusi2 parlimen di Selangor juga pastikan diserahkan kepada PR. Kenapa?? Kerana isu air ini salah satu punca naiknya bil air adalah disebabkan perjanjian bodoh Umno yang membenarkan rakyat diseksa dengan bil yang melampau oleh Syabas. Isu air ini bukan lah isu air Selangor tak cukup, atau isu air Pahang salur ke Selangor, tetapi yang lebih besar adalah isu kerajaan Selangor bantu rakyat dengan subsidi air, tapi kerajaan pusat menyokong Syabas naikkan tarif air, ditambah pula dengan perjanjian bodoh antara Khir dan Syabas ketika Khir jadi MB.

Siapa pentingkan rakyat?? lu pikir lah sendiri beb. Isu pasir hanyalah konspirasi!!

Saturday, July 24, 2010

isu pasir, penyangak dibela

Malam tadi Noh Omar dan rakan2 yang sewaktu dengannya memulakan ceramah yang meniru agenda PR dan Blog ini iaitu Selamatkan Malaysia. agenda selamatkan Selangor sedang dilaksanakan oleh PR setelah Selangor ditarah dan diratah oleh perut buncit pemimpin Umno dan BN selama 50 tahun.

Apa yang lawaknya, rasanya klu Noh dan rakan2 masuk Raja Lawak boleh menang, Noh mengatakan kerajaan terdahulu membantu bumiputera, kali ini bumiputera tidak dibantu. bang oi apa ke banganglah depa ni, mcm mana boleh jadi menteri, patulah Malaysia boleh habis duit. Bayangkanlah ketika hasil pasir diberi kepada yang tak berhak dah lah terus tanpa tender utk memastikan ianya diperolehi ileh kroni, ditambah keuntungan hasil pasir negeri hanya menerima dari rm2-rm4juta setahun manakala dibawahpakatan rakyat melebihi rm10juta setahun. patutlah hutang Selangor meningkat saban tahun dibawah Umno dan BN.

Sesungguhnya kerajaan Pakatan Rakyat sedang menyelamatkan Selangor dan Secara tidak langsung akan menyelamatkan Malaysia, kenapa Noh dan Khir bising?? Kali ini Ezam si hantu kotak juga terlibat?? kerana kroni dah tak ada duit.

Terima kasih Tan Sri Khalid, Exco2 dan ADUN PR, teruskan berjuang merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan, tolonglah merakyatkan lagi informasi kerana orang Melayu masih ramai ditipu dan dibutakan oleh Umno dan BN. Kesian Melayu dibodohkan oleh Umno, mari membangun bersama Islam kerana anda tidak akan rugi malah diangkat kerana memperjuangkan Islam dan kesuciannya yang membawa rahmat keseluruh alam.

Thursday, July 22, 2010

PTD Pentadbir Pusat

Wah bukan main lagi Sidek Hassan, kalau tidak kerana kepakaran membodek, serta kertas kerja yang dibuat oleh pegawai bawahannya untuk mengangkat dirinya masakan tidak masih disambung kontraknya. siapa tidak kenal bila dah sampai tahap turus itu, kerja KSN membodek PM, KSN pula dibodek KPPA dan SUK pusat, KPPA pula dibodek oleh KSU KSU dan begitulah seterusnya. jika difikirkan bersepah PTD yang berani memberi teguran tapi lebih sikit mulalah di peti aiskan ke jabatan-jabatan kecil. itulah tradisinya, dan itulah diajar kepada yang aktif dgn PPTD. boleh dibilang KSU yang kompiten dan bijak serta berani, yang lain angguk2 geleng2, dengan pegawai bawahan mcm nak makan orang pon ada.

Jadi kenapa disibuknya dengan pegawai yang ditegur oleh KM Penang? Bukan sekali dua banyak kali Nik Ali ni lebih kepada ikut arahan dari Putrajaya bukan dari Komtar. Si Sidek ni pulak nak tunjuk konon org lain zalim, yang dia tak zalim duduk dalam mesyuarat kabinet tulis minit angguk sengih tu je lah, nasihat PM? Poddaahhh.. Yg penting aku hebat, aku boleh sambung kontrak. Baik masuk UMNO je, apa tindakan si Sidek ni bila penjawat awam dihadiahkan penyapu???? Oleh si khir tak sedar diri??? si Sidek ni buat bodoh je, sbb Khir Umno.

Jadi dinasihatkan Sidek jangan cakap tak serupa bikin, orang malas nak pecah tembelang je sbb kamu tu dah kerja kerajaan lebih 30 tahun kesian, jadi cakap tu baik2 kalau nak tegur, baik hang tegur semua sekali termasuk perbelanjaan JPM yang bukan2, lepastu dah lah bagilah can orang lain jadi KSN pulak, bukan hebat sangat hang tu pon, masing2 bila jadi KSN nak jadi macam Ahmad Sarjie, tak payah lah macam tu gaji hang campur pencen tu dah boleh bayar gaji beberapa orang pegawai baru.

Wednesday, July 21, 2010

Air Selangor, kenapa UBN kecoh?

KENAPA KAPASITI AIR DARI PAHANG DIPERLUKAN SEDANGKAN KAPASITI DALAMAN SELANGOR TIDAK SEPENUHNYA DITEROKA SERTA KAEDAH GUNA SEMULA AIR TIDAK DIPERKENALKAN KEPADA RAKYAT??   SEBABNYA KOS KINI BERNILAI RM8 BILLION MENINGKAT MENDADAK BERBANDING RM2 BILLION. MAKA JUMLAH KOMISEN PON MENINGKAT, DAN AMALAN DUIT MALAYSIA NI IKUT SUKA AKU NAK BELANJA MASIH DIAMALKAN OLEH KEPIMPINAN BANGSAT YANG MEPERGUNAKAN MELAYU IAITU UBN. APA MEREKA FIKIR MELAYU BOLEH DIBODOHKAN? KALAU DIPERKENALKAN KAEDAH GUNA SEMULA AIR SUDAH TENTU SYABAS TIDAK DPAT KAUT UNTUNG KERANA BIL RAKYAT SEMAKIN RENDAH. BIL RENDAH ADALAH KEBENCIAN SYABAS DAN NAMPAKNYA MUHYIDDIN PON SAMA.

Monday, July 19, 2010

Pengalaman.....Proton Exora

Pengalaman memandu Exora ketika bertugas di Tawau selama 2 minggu baru-baru ini memberi saya pandangan baru berkenaan model ini.

Ketika mula dilancarkan saya hanya memberi respond negatif kepada kapasiti enjin yang ditawarkan iaitu Campro CPS 1.6 seperti Waja CPS yang saya miliki. Saya membayangkan dengan berat yang ada pada Exora serta dengan mengisi 7 penumpang serta barangan sudah tentulah ianya akan membebankan pemandu.

Tahun lalu saya telah melihat secara dekat Proton Exora ketika menghantar Waja CPS kesayangan saya di Proton Subang Jaya (COE). Saya memberi penarafan 5 bintang kepada Exora H-Line jika dibandingkan dengan Naza Citra, Rondo, Avanza, Grand Livina, Innova serta Rush. Rekabentuknya menarik, luas serta posisi penumpang sangat selesa dan lapang, penghawa dingin disetiap baris penumpang, kemudahan Audio Video yang menarik, dan paling penting harga yang murah.

Pengalaman pertama diberi Proton Exora, saya dapati pemanduannya amat mengkagumkan, tidak seperti memandu MPV / VAN. Selekoh yang diambil sangat jitu, suspensi kesemua bahagian tayarnya juga mengkagumkan dengan permukaan jalan di Tawau yang tidak sebaik mana. Ketika membawa rakan-rakan dengan kapasiti penuh7 penumpang, saya tidak nafikan "pick-up" tidak berapa kencang, bagaimanapun pemanduan seterusnya berjalan dengan lancar. Malah ketika menarik enjin untuk memotong bunyi enjin ketika mencecah 4000rpm tidak sekuat Waja CPS milik saya. Hmmm nampaknya disini Proton telah berlaku tidak adil kepada Waja CPS.

Selain itu kemudahan elektroniknya juga sebaris dengan kereta-kereta import. Ketika hujan, pengelap cermin yang diset auto akan mengikut rentak pemanduan, sekiranya berhenti sela masanya lama, jika bergerak ianya akan automatik laju. Sebagai pemandu kita tidak perlu untuk meningkatkan kelajuan pengelap kereta, sekejap lajukan sekejap perlahankan itu semua sudah boleh ditinggalkan oleh pemilik Exora.

Selain itu jika hendak membuka pintu kereta, ianya dibolehkan untuk membuka pintu pemandu sahaja. Tekan punat kunci kali kedua, barulah kesemua pintu akan terbuka. Saya pernah menggunakan aplikasi ini ketika menggunakan Suzuki Swift 4 tahun yang lalu. Kemudahan lain seperti auto cruise adalah seperti Waja CPS. Cuma stereng pemandu adalah seperti stereng kenderaan lain, kerana saya merasakan stereng kereta Waja CPS adalah masih yang terbaik. Ketika menyerahkan kembali Exora kepada agen sewa kereta tersebut, saya telah jatuh cinta kepada Exora. Malangnya saya tidak pula perlu memiliki MPV. Tetapi jika perlu saya akan memilihnya berbanding model lain, saya pasti penjimatan yang diperolehi terutama ketika servis amat berbaloi berbanding memiliki kenderaan import yang sudah tentu hanya kadar faedah sahaja yang rendah, tetapi harga serta penyelenggaraannya hanya akan membazirkan wang saya sahaja.

Saya kira Proton semakin berubah, jika hendak dibandingkan Proton dengan UBN jauh panggang dari api kerana Proton jauh lebih berubah kepada yang lebih baik. Tahniah Proton, Datuk Nadzmi, Datuk Syed Zainal serta kakitangan Proton yang lain. Jadikanlah Proton seumpama Volkswagen di Jerman sebuah kereta dibina untuk rakyat.

Perpaduan Melayu?

ATAS ALASAN PERPADUAN MELAYU DIAJAK PAS UNTUK KERJASAMA DENGAN UMNO. KERJASAMA YANG PALING MUDAH MELAYU TIDAK ADA MAKNA TANPA ISLAM, MAKA KAEDAH YANG PALING MUDAH MUHYIDIN DAN YANG LAIN-LAIN JOM MASUK PAS. YANG PALING MUDAH DAN RINGKAS. UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN OLEH ITU TAK PERLULAH NAK BERSATU GUNA UMNO. APA SALAHNYA DENGAN PAS? DIJEMPUT JUGA MUFTI PERAK YANG LEBIH KEPADA PERPADUAN MELAYU ITU SUPAYA BALIK KEPADA PERPADUAN ISLAM SEBAGAI NO 1 DAN TERAS SUDAH LAH MEMPERTAHANKAN MANUSIA ZALIM DALAM UMNO ITU, JOM MASUK PAS. MARI KITA MURNIKAN HATI DENGAN AKTIVITI PEMUDA WANITA ULAMAK DAN PIMPINAN PUSAT PAS YANG HANYA MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI TERAS DAN AD DIN. USAH RISAU PASAL MELAYU, KERANA MELAYU TIADA MAKNAA TANPA ISLAM.

Friday, July 16, 2010

Pasir Punya Pasal, Minyak Gula, Gas Naik Harga

SAYA MENJEMPUT PASUKAN DEMO SEMLM YANG BERDEMO DI DEPAN SUK SELANGOR UNTUK BERDEMO DI DEPAN JPM ESOK. ADA BERANI?? TAPI KALI NI TAK DAPAT ELAUN, CUMA TOLONG RAKYAT SATU MALAYSIA YANG MASIH LAGI DIDAHULUKAN UNTUK DIKELENTONG. 

Tuesday, July 13, 2010

Isu Pasir:Muhyiddin, Khir Toyo, dan MP BN PENIPU BESAR

Kecurian pasir di daerah Sepang berlaku sejak tahun 2002 lagi, bermula besar-besaran pada 2005. Lagi yang kelakar, tanah Wetland pula adalah milik Persekutuan, ditadbir oleh agensi dibawah Kementerian Alam Sekitar.

Ketika tahun 2005 telah banyak aduan dibuat, malangnya syarikat haram tersebut mempunyai kaitan dengan pemimpin besar ketika itu.

Apa fungsi polis? jabatan alam sekitar? kementerian yang terlibat??

Memperbodohkan rakyat adalah agenda pemimpin UBN terutama Muhyiddin, Khir si penyapu dll.

Wednesday, July 7, 2010

Duit Raya Ada - kenyataan kurang ajar PM

Kenyataan Paling kurang ajar PM, adalah berjanji duit Raya tetap ada. Duit poket Najib atau Ahmad Maslan? Duit peneroka adalah hak peneroka bukan hak kamu. Bayangkan duit kita dalam Bank, kemudian Bank kata kami akan bagi tuan-tuan duit tuan-tuan nak masuk raya nanti.

Sikap memperbodohkan rakyat ini masih berterusan, dan kini mereka anggap Peneroka Felda Bodoh dan boleh dijual beli. Jika anda anak Felda seperti saya, sudikah anda diperbodohkan oleh orang-orang seperti ini? Inilah pengkhianat orang Melayu, kerana menipu dan membodohkan orang Melayu.

Friday, July 2, 2010

TPM mengata Selangor sebenarnya perli Umno negeri

Cuba bayangkan, tiada apa faedah yang TS Muhyiddin hendak mengata berkenaan Pengerusi PKR Selangor berpindah dari YAB Tan Sri Khalid kepada YB Azmin. Kedua-dua mereka memang anak Selangor, malah mereka berdua adalah kekuatan PKR yang memang digeruni oleh UBN. Kebijaksanaan permainan politik YB Azmin dan kepakaran pengurusan YAB Khalid tidak dinafikan seolah-olah gandingan yang digeruni Rivaldo Ronaldo ketika World Cup 2002.

Hakikat sebenar adalah kerana ingin memerli Umno Negeri Selangor yang tiada bakat kepimpinan sehingga terpaksa mengambil Pengerusi Umno dari Pahang, belum masuk Negeri Terengganu, Perlis yang sudah tentu MB nya tidak menjadi Pengerusi Umno Negeri. Muhyiddin membuktikan bahawa Umno Johor adalah Umno terbaik, kerana sekalipun ada diperingkat Umno Pusat yang tidak berkenan dengan MB Johor, Pengerusi Perhubungan masih lagi MB Johor.

Sikap denial syndrom pemimpin UBN masih tidak dapat dipisahkan, mereka cuba mengatakan orang lain bermasalah sedangkan mereka mempunyai masalah lebih besar diperingkat dalaman.

Tuesday, June 29, 2010

Ada Profesor 'pembohong'

Seorang Prof telah mengeluarkan kenyataan pembohong, beliau mengatakan bahawa secara tradisinya jawatan MB Selangor dipegang oleh Pengerusi PKR Selangor. sejak bila itu tradisi PKR? Bukankah Tan Sri khalid MB pertama dari PKR?

Saturday, June 26, 2010

'Takkan Felda nak tipu orang Melayu, sedangkan Felda bantu orang Melayu??'

Suara selamatkan Malaysia sekali lagi berkumandang kerana kehairanan dengan jawapan yang menganggap rakyat bodoh. Sebagai rakyat kami berhak tau kenapa, kerana itu adalah sumbangan rakyat.

Apa yang berlaku dengan PKFZ, tanah rakyat diniagakan digunakan duit rakyat pula untuk bayar urusan pembayaran, pembinaan bernilai billion Ringgit sehingga kini tiada penjelasan, isu kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi harga yang melanpau melalui orang tengah juga tiada penjelasan, isu PERWAJA tiada jawapan, isu empangan Bakun yg dulu melibatkan wang rakyat kini Mengakibatkan kerugian kepada SIME DARBY, dan byk lg pengkhianatan, jawab dahulu perkara ini barulah menteri boleh jwb sebegitu rupa.

Sudahlah Timb Menteri yang menjawab itu jenis redah "gila babi". Ceramah politik di sekolah ketika PRK Hulu Selangor di hadapan pelajar dan guru di dalam sekolah, sahaja kita tidak highlightkan ketika PRK tersebut, ramai lagi yang perangai macam Ahmad Maslan ni. kali ini orang yang telah memperbodohkan Melayu ini patut dicampak kedalam hutan, tidak layak memimpin negara.

Yang paling BACUL sekali tindakan ingin menarik permit Suara Keadilan, kalau berani cuba jawab isu kenapa dahulu (sebelum tahun 2004) sebanyak RM4.08 Billion tinggal kini hanya RM1.35 Billion selepas Pak Lah serahkan kepada dibawah pengurusan TPM ketika itu. Adakah itu dikatakan bijak, dari mana datangnya wang yang telah digunakan sebanyak RM2.73 Billion itu? Bukan dari titik peluh peneroka kah? RM2.73 Billion itu bukan RM2.73, tapi dua ribut juta lebih bukan sedikit, jika dilaburkan RM2.73 Billion tersebut dalam bentuk saham / simpanan tetap dan dibahagikan kepada setiap peneroka Felda, sudah tentu mereka akan menghadapi kehidupan yang lebih baik.

Jangan jadi BACUL wahai Ahmad Maslan, apa kata debatkan isu tersebut secara terbuka dengan Persatuan Anak Peneroka, atau pemimpin Pakatan Rakyat. Biar rakyat tahu kebenaran, bukan hanya menutup mulut orang lain, ikat tangan dan kakinya kemudian belasah cukup-cukup, itu BACUL namanya.

Thursday, June 24, 2010

Apa punya senjata daa??

Dengan hanya membisu, seolah-olah UBN tidak menjawab, ada beberapa orang dan organisasi kelihatan menangguk di air yang "tenang" untuk menjadi perwakilan menjawab tindak tanduk UBN.

Antaranya YB bebas, YB terbebas (Lebih tertumpu kepada serangan terhadap DSAI, PKR dan kadangkala PAS dan DAP), Kickdafella (lebih serangan kepada Kerajaan Kelantan terutama TG Nik Aziz dan melagakan kepimpinan PAS di Kelantan), PERKASA (lebih kepada menonjolkan ketaksuban bangsa terutama di Selangor, P.Pinang, dan Kedah), isu JI (untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam).

Pusing punya pusing inilah askar gurkha yang antara mereka sedar atau tidak sedar menjadi gurkha kepada UBN untuk melemahkan PR. Kini sekalipun tampak jelas UBN salah, mereka juga tidak akan menyerang habis-habisan jika ada pun hanya sentuh dipermukaan sekadar cukup syarat. Sedangkan sepatutnya mereka sedar yang menguasai Kerajaan Pusatlah banyak bertanggungjawab terhadap kesan kepada masyarakat Malaysia secara holistik.

Sunday, June 20, 2010

Apa UBN itu ikut perlembagaan kah?

Pelik juga apabila komen DS Najib menyatakan bahawa notis pilihanraya tiga bulan tiada dalam Perlembagaan. Adakah rampasan Kerajaan Negeri Perak itu mengikut perlembagaan, adakah rasuah itu mengikut perlembagaan, adakah perlembagaan minta lesen judi bola?, adakah peruntukan perlembagaan terdahap hak kerajaan negeri dalam hasil Petroleum di ikuti? adakah hak Kerajaan Negeri seperti dalam peruntukan Perlembagaan dalam konsep Persekutuan itu dipatuhi?

Kalau cakap tidak serupa bikin usah bicara pasal perlembagaan. Idea pintar dari PR bahawa tiada kebebasan penuh kepada PM sahaja untuk umum pembubaran Parlimen dan DUN telah memeningkan dan memalukan DS Najib.

Kesimpulannya nampak sangat PM tidak bijak, malah memperbodohkan diri bukan sahaja rakyat. Krisis perlembagaan bermula apabila pemimpin Kerajaan tidak faham perlembagaan.

Thursday, June 17, 2010

World Cup 2010 : Analysis On Spain Vs Swiss Yesterday

Spain, one of the odds-on favorites to win the 2010 World Cup, looked every bit as dangerous as predicted in their opening game against Switzerland.

Problem was, the Spanish could never find the back of the net while the Swiss managed a goal in the 52nd minute and held on for the tournament’s biggest upset so far, a 1-0 win over the No. 2 team in the world. Gelson Fernandes’ rebound goal stood up as Spain dominated late possession but could never put their most dangerous shots on target.

It all made for a terrifically tense final minutes, and even the Swiss got into the act with a few late chances of their own, including one off the posts. But the Spanish dominated the late possession behind their world-class forwards even if they were unable to convert.

The result makes for a very interesting Group H, with the second-place team likely having to face Brazil in the Round of 16. Spain could still easily advance with a pair of victories, particularly since Chile was unable to score more than one goal while dominating Honduras in the group’s first match.

Winning the group is still in sight as well, but it was the worst possible start for a Spanish side that has never finished better than fourth in a World Cup. Like the Portuguese, the Spanish have a reputation for being unable to rise to the biggest stages, and no matter how many chances they produced Wednesday, that legacy will continue to haunt them with another unexpected loss.

Tuesday, June 15, 2010

Bagaimana Bumiputera Ditipu Sedangkan Yang Kaya Hanyalah BNputra dan Umnoputra

Bersua kembali, rentetan pengumuman RMK10 baru-baru ini, pasaran saham dijangka meningkat dengan sentimen positif pelabur. Malangnya apabila diumumkan, ianya tidak lebih dari rektorik politik dan pembohongan semata-mata. Kebanyakannya telah dirosakkan oleh UBN ketika era Tun Dr Mahathir. Hampir dipulih dipertengahan perjalanan 90an, tapi dirosakkan kembali ketika Tun Abdullah, dan lebih penipuan diera DS Najib.

Catatan dibawah dipetik dari Malaysiakini ulasan Jomo KS
===========================================================

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera," jelasnya.

Sunday, May 30, 2010

Karnival Industri Halal di Kedah

Tahniah atah komitmen kerajaan negeri dan pusat dalam memperkembangkan industri halal.

Perkembangan tersebut boleh dirujuk di blog Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu

Thursday, May 27, 2010

Hanya dengan menghapuskan subsidi, kerajaan tidak akan muflis?

Benarkah hanya dengan menghapuskan subsidi, kerajaan tidak akan muflis?

Hakikat sebenarnya, Menteri Kewangan serta menteri-menteri bekaitan tidak bijak. Banyak lagi aspek tidak diperbetulkan, soal integriti, akauntabiliti, kebijaksanaan kerajaan serta banyak lagi.

Langkah mudah adalah melepaskan subsidi itu dan ini. Begitu mudah sedangkan ekonomi diumumkan sangat baik, dengan perkembangan nilai RM berbanding mata wang lagi disekitar ASEAN sangat baik. Benarkah??

Jika benar masakan isu subsidi gula masih timbul? Disini saya tak mahu ulas banyak lagi, kerana di Buletin Utama sedang memaparkan isu ini. Idris Jala berkobar-kobar menceritakan berkenaan kerugian berterusan kerajaan jika masih menanggung subsidi.

Masalahnya rakyat tidak dapat petrol percuma, tidak dapat touch n go percuma, kereta perdana V6 juga tidak diberi, mesyuarat dengan makan menggunakan caterer dan lauk pauk yang mahal-mahal tidak pula diterima. Begitu dahsyatnya penipuan, seluruh anggota kerajaan dikerah untuk mencari jalan mendapatkan kembali wang untuk kerajaan dalam masa yang sama satu bahagian yang lain melaksanakan program Juara "Perabiskan Duit" Rakyat, projek2 rundingan terus, pembaziran pebelanjaan luar biasa ketika pilihanraya kecil dan banyak lagi,

Belanjawan yang diumum tidak berkadar secara langsung dengan tindakan kerajaan, yang jelas Bajet 2010 yang diumumkan semata-mata wayang dan penipuan.

Ini mahu rakyat terima penghapusan subsidi??? Siapa boleh jawab?? Rakyat mahu PM, Kabinet, termasuk Idris Jala jawab persoalan ini dahulu. Silakan jawab, jika tak mampu jawab jelas pemimpin BN adalah pengkhianat Negara.