Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Sunday, May 30, 2010

Karnival Industri Halal di Kedah

Tahniah atah komitmen kerajaan negeri dan pusat dalam memperkembangkan industri halal.

Perkembangan tersebut boleh dirujuk di blog Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu

Thursday, May 27, 2010

Hanya dengan menghapuskan subsidi, kerajaan tidak akan muflis?

Benarkah hanya dengan menghapuskan subsidi, kerajaan tidak akan muflis?

Hakikat sebenarnya, Menteri Kewangan serta menteri-menteri bekaitan tidak bijak. Banyak lagi aspek tidak diperbetulkan, soal integriti, akauntabiliti, kebijaksanaan kerajaan serta banyak lagi.

Langkah mudah adalah melepaskan subsidi itu dan ini. Begitu mudah sedangkan ekonomi diumumkan sangat baik, dengan perkembangan nilai RM berbanding mata wang lagi disekitar ASEAN sangat baik. Benarkah??

Jika benar masakan isu subsidi gula masih timbul? Disini saya tak mahu ulas banyak lagi, kerana di Buletin Utama sedang memaparkan isu ini. Idris Jala berkobar-kobar menceritakan berkenaan kerugian berterusan kerajaan jika masih menanggung subsidi.

Masalahnya rakyat tidak dapat petrol percuma, tidak dapat touch n go percuma, kereta perdana V6 juga tidak diberi, mesyuarat dengan makan menggunakan caterer dan lauk pauk yang mahal-mahal tidak pula diterima. Begitu dahsyatnya penipuan, seluruh anggota kerajaan dikerah untuk mencari jalan mendapatkan kembali wang untuk kerajaan dalam masa yang sama satu bahagian yang lain melaksanakan program Juara "Perabiskan Duit" Rakyat, projek2 rundingan terus, pembaziran pebelanjaan luar biasa ketika pilihanraya kecil dan banyak lagi,

Belanjawan yang diumum tidak berkadar secara langsung dengan tindakan kerajaan, yang jelas Bajet 2010 yang diumumkan semata-mata wayang dan penipuan.

Ini mahu rakyat terima penghapusan subsidi??? Siapa boleh jawab?? Rakyat mahu PM, Kabinet, termasuk Idris Jala jawab persoalan ini dahulu. Silakan jawab, jika tak mampu jawab jelas pemimpin BN adalah pengkhianat Negara.

Friday, May 21, 2010

Patutlah Rakyat Sarawak Mula Sedar


Perkara paling pelik berlaku apabila seorang Adun tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri walaupun digantung. Tiada dalam mana-mana peraturan pon Adun atau MP yang digantung tidak dibenar untuk masuk menyaksikan persidangan DUN di kerusi pemerhati atau menerusi lobi Dewan.

YB Dominique Ng telah dihalang oleh Polis yang juga tak reti peraturan, ini sudah tentu arahan dari Raja Beruk Sarawak yang tidak sedar diri. Ini menampakkan kezaliman dan ketidakadilan dalam Sarawak makin terserlah. Bayangkan undang-undang tidak diletak ditempatnya. Sudahlah digantung tanpa sebab yang munasabah, tak boleh masuk dewan adalah paling melampau. Mungkin kerana Raja Beruk Sarawak tak boleh tahan telinga sebab kekalahan di Sibu sehingga sangup membalas cara yang paling kurang ajar.

Aksi paling kurang ajar kepada rakyat Sarawak oleh pemerintah, menganggap peraturan atau undang-undang adalah kebal kepada Raja Beruk Sarawak. Sarawak perlu beralih arah kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan kebertanggungjawaban, akauntabiliti, integriti dan sanggup bersama rakyat.

Ini adalah peristiwa yang semakin memburukkan Malaysia di mata antarabangsa sebagai negara bukan demokrasi tetapi negara demo-kukubesi.

Satu lagi projek kesesatan UBN.


Wednesday, May 19, 2010

Melatahnya seorang YB Terbebas

Gelisah sungguh YB Zul dalam blognya yang terbaru ini bertajuk Reformasi? Rembatkasi?

Beliau memfokuskan isu KSSB yang diutarakan oleh YB Kapar, tanpa perlu menghargai keperihatinan YAB MB Selangor yang mencadangkan kes ini di bawa ke Selcat. Mungkin UMNO dan YB Zul merasakan yang kes ini akan disiasat dibawah SPRM, mungkin kes ini akan dibawa kepada SPRM tetapi Selcat akan membuat siasatan terbuka terlebih dahulu. Kalau hendak diharap SPRM entah apakah yang terjadi kita pon tak tahu.

Melalui Selcat Kerajaan Selangor telah berjaya membongkar kes dengan lebih telus, dan kesan positif adalah, kakitangan awam bekerja dengan lebih selesa tanpa ada tangan-tangan ghaib ahli politik. Campurtangan ghaib itu mungkin disukai oleh YB Zul dan Umno.

Kalau hendak diharap YB Umno, adakah mereka membongkar isu PKFZ? Isu kapal selam tak boleh selam, isu Jet pejuang Sukhoi, isu judi yang dihalalkan oleh Awang Adek dan menteri kabinet? TIDAK MUNGKIN. Tiada satu pon dibongkar oleh Ahli Parlimen atau Adun BN, mungkin matanya menjadi kelam kelabu maka YB Zul menempelak Kerajaan Negeri Selangor dan MB nya.

Sebagai rakyat yang bertungkus lumus membantu YB YB Pakatan rakyat, yang tidak mampu menjadi YB di Parlimen, malah tidak dibayar oleh YB YB, ahli politik termasuk yang telah melompat kami tetap teguh mendokong aspirasi soal keadilan, kebertanggungjawaban, dan ketelusan. Tidak mungkin kami kembali menyokong Umno BN dan meninggalkan PR. Selagi mana PR menjadi alternatif buat rakyat Malaysia.

Telah ramai rakan-rakan yang menyatakan bahawa YB Zul adalah salah seorang agen untuk menjatuhkan PR di negeri-negeri, saya malas hendak percaya bulat-bulat beberapa minggu sebelum YB Zul keluar dari PKR. Tapi kali ini saya hampir mulai percaya, apabila YB Zul mengeluarkan ayat

“Kalau benar saudara/i mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, saya cabar saudara/i supaya segera keluar daripada PKR dan menjadi WARAS-Wakil Rakyat Bebas. Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan negara. PKR dan Pakatan Rakyat adalah parti yang telah di"hijack" oleh golongan Firaun-Firaun Kecil yang hanya berminat untuk melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia”

Ayat yang cukup terdesak, menggalakkan lompatan katak, menunding kepada rakan-rakan sebagai firaun kecil, sedangkan tidak perasan sedang membawa firaun besar. Nauzubillah.

Ramalan saya UBN tidak akan mempercepatkan Pilihanraya Umum 13 tidak sepertimana ramalan Datuk SU Agung PAS. Saya melihat orang-orang seperti YB Zul, YB Ibrahim Ali dan rakan-rakan sewaktu dengan mereka ini akan memainkan peranan untuk mengurangkan penguasaan PR untuk menambah kerusi sehingga UBN mencapai majoriti 2/3. Apabila tercapai seperti biasa UBN akan buat persempadanan semula dan seterusnya melaksanakan Pilihanraya Umum. 

Tuesday, May 18, 2010

Politik baru Malaysia masih relevan. Selamatkan Malaysia

Keputusan PRK Sibu memang agak mengejutkan. Di kala tekanan diaturkan untuk memburukkan imej PKR, di Sibu yang nyata PAS dan DAP telah dilagakan. Mungkin kerana mereka yakin bahawa PAS dan DAP tidak akan mampu bersatu menentang BN maka fitnah dan adu domba diteruskan. Mungkin juga kerana mereka memikirkan rakyat di Sibu bodoh maka adu domba dilambakkan. 

Di Sibu yang menggelikan hati, kempen BN iaitu satu undi untuk DAP satu undi untuk Negara Islam. Negara Malaysia ini bukan Negara Islam kah? Saya tidak dapat hadir ke Sarawak disebabkan kekangan tugas, tetapi rakan di Sibu ada memberitahu saya melalui YM ada kempen BN yang menuju rumah ke rumah memberitahu bahawa undi DAP orang Cina kena sunat (khatan). Apa kejadahnya kempen sebegitu rupa. Janganlah ingat rakyat Malaysia di Sibu itu sebodoh UMNO SUPP dan keseluruhan BN.

Di negeri Kelantan dan Kedah yang MB nya PAS, adakah semua orang Cina disunat? Ketika Perak diterajui oleh MB dari PAS adakah exco-exco yang bukan Islam juga disunat? Punyalah teruknya, itulah akhlak pendokong BN, UMNO tidak berjaya menerangkan kemurnian dan kesucian Islam kepada bukan Islam. Mereka hanya memperjuangkan orang Melayu yang sokong UMNO dan BNputra bukan bumiputra dan seluruh rakyat Malaysia.

Islam itu indah, suci dan bersih, selain daripada aspek akidah, mengutamakan prinsip keadilan kepada semua kehidupan di dunia.

BN sudah tidak relevan ketika ini, mereka hanya lebih kepada omongan kosong, fitnah dan adu domba. Mereka masih merasakan semua rakyat Malaysia boleh dibeli dengan wang ringgit, seperti mereka dan segelintir ahli lompat katak.

Orang Melayu, Cina, India, Bumiputra di Sabah Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit untuk merobah kerajaan kepada yang lebih baik.

Tuesday, May 11, 2010

Kaedah kempen yang membodohkan rakyat.

Teringat ketika PRK Bukit Gantang sentimen dimainkan PAS gadai prinsip, PAS bagi tanah pada Cina, Nizar pinggirkan Melayu. PRK Hulu Selangor pula, PKR tutup cawangan sana dan sini, MB selangor tidak bela nasib org melayu org india masih terpinggir, zaid liberal.

Di PRK sibu pula sokong DAP sokong Negara Islam, ada pulak yg mengapi sokong DAP bermakna org Cina akan dipinggirkan. Punyalah nampak sgt kempen kebudak budakan, tidak matang dan plg nyata sekali adalah bertujuan dan menganggap org Malaysia terutama Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah Sarawak bodoh.

Kempen membodohkan rakyat ini harus dihukum oleh rakyat.Sebagai rakyat yang paling jelas adalah Melayu terbela di bwh PR kerana bukan PAS dan PKR sahaja yang bela malah DAP juga membela org Melayu yang miskin, bukan DAP sahaja yg bela org Cina dan India, malah PAS dan PKR memainkan peranan membantu org Cina dan India yang susah.

Sokong BN bermakna rasis dan berat sebelah, perlembagaan diketepikan, Umno kata kena berhati hati dengan cina dan india, MCA dan SUPP pula kata org melayu dan india tidak perlu dibela. MIC pula kata hanya Samy Vellu yg boleh jaga org India.

Secara keseluruhan PAKATAN RAKYAT adalah yang terbaik kerana membela semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, warna kulit, keturunan, kekayaan dan politik.