Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Sunday, August 29, 2010

Islam difitnah oleh Melayu. Beriman atau tidakkah Melayu itu?

Kesempatan dikampung ini saya nukilkan seketika, sudah banyak tertulis di blog pada mulanya saya hanya membaca, tapi kali ini saya ingin nukilkan kerana peristiwa berlaku sebentar tadi. Topik di atas bukanlah hendak mengherdik Melayu, kerana saya sendiri juga bangsa Melayu, tapi sekadar "tap to the ice" belum pon sampai "pecah ais tersebut" cukup sekadar orang Melayu berfikir samada Melayu itu bersyukur menerima Islam atau tidak. Sedangkan dalam Al-Quran juga Allah membezakan ayat antara manusia/insan dan orang Islam yang beriman.

sebentar tadi sebelum pulang ke rumah selepas menemani anak2 saudara membeli belah terserempak dengan rakan lama yang berbangsa cina. Beliau kini adalah seorang ahli perniagaan yang agak berjaya di Klang. Pulang ke Pahang kerana ingin berjumpa rakan-rakan lama yang beragama Islam, kerana pada Hari Raya nanti beliau akan berangkat ke Jepun untuk menguruskan perniagaan spare part terpakai disana. Agak lama kami berbual sahabat saya bertanyakan soalan kepada saya, adakah Islam memandang bukan muslim sebagai najis? Selama ini koi pandang aku macam najis ke? saya bertanya kenapa? Ada sebut dalam paper Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. Hadas besar tu kawan aku cakap dalam keadaan bernajis.

Ini mungkin salah faham, saya maklumkan kepada beliau. Hadas besar bermaksud tidak suci dari segi hukum. Tidak bermaksud najis. Habistu kenapa tidak boleh masuk masjid? Bukan tak boleh langsung masuk, apa salahnya masuk untuk melawat dan menghayati kesucian masjid. Kenapa dia kata tak boleh masuk?

Agak panjang saya terangkan kepada beliau, bayangkanlah potensi seseorang bukan Islam untuk diajak memeluk Islam ditarik hanya dengan salah penjelasan oleh akhbar dan jika benar Pengarah JAIS berkata sedemikian eloklah beliau berundur jaga JPJ atau benda lain. Janganlah jaga Islam di negeri Selangor. Sebagai seorang Islam kita perlu menunjukkan kemurnian Islam bukan menakutkan orang Islam dengan Islam.

UMNO secara jelas telah menakutkan bukan Islam dengan Islam. Tidak hairan jika Lim Kit Siang atau Karpal Singh tidak setuju dengan Hudud. MCA MIC apatah lagi, ditambah pula dengan orang yang bernama Mahathir Mohamad pon pernah mencerca Hudud, tidak masuk dengan pimpinan UMNO yang menakutkan bukan Islam. Melarang orang bukan Islam memahami al-Quran, tidak membenarkan berdoa supaya pemimpin bukan Islam dibukakan hati menerima Islam, kini ditambah lagi dengan tidak membenarkan bukan Islam memasuki masjid sedangkan Majlis Fatwa kebangsaan telah mengharuskan lawatan.

Ayat akhbar mengatakan tazkirah juga adalah fitnah, mana mungkin orang bukan Islam menyampaikan Tazkirah. Mungkin mazhab UMNO ada tazkirah oleh bukan Islam seperti bacaan Yassin untuk Abg "Kamal" di Hulu Selangor tempoh hari, bukan sahaja sebelum malah sesudah PR Kecil Hulu Selangor Abg "Kamal" telah didoakan oleh orang Umno. Mungkin ceramah abg Kamal dianggap Tazkirah oleh Umno.

Yang perlu ditegur adalah YB berkenaan tidak memakan tudung, bagaimanapun perlu diteliti AJK Surau sepatutnya menyarankan YB berkenaan bertudung jika tidak cukup sekadar diluar dewan. Bagaimanapun isu itu telah dibesarkan. Sedangkan perempuan Islam sepatutnya juga bertudung tidak terkecuali yang membaca berita, menteri-menteri wanita, malah isteri isteri menteri dan Perdana Menteri. Tidak ada ayat dalam Quran atau Hadis mengecualikan wanita Islam dari bertudung. Maka berhati-hatilah, kerana orang Islam tanpa Iman tiada ertinya.

Saturday, August 28, 2010

Teguran Kepada Progam Singgah Sahur

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat yang beragama Islam. Agak lama saya meninggalkan laman blogger.com ini. Sekadar membaca suapan RSS dari blog rakan-rakan blogger yang lain disebabkan kesuntukan masa dikala tugasan yang amat sibuk.

Bagaimanapun kesempatan yang ada tidak dilupakan untuk duduk bersama keluarga, bersahur, berpuasa, menyediakan juadah berbuka, berterawih, bertadarus dan berqiamulail bersama sahabat dan keluarga bila berkesempatan bersama.

Bagaimanapun ketika menonton program Singgah Sahur anjuran TV3 ada beberapa perkara yang tidak kena dilakukan oleh stesen TV swasta tersebut. Saya perhatikan tiada teguran diberikan, disini ingin saya tegur ketika melawat / menggerak anak-anak yatim muslimah hormatilah aurat mereka. Bayangkan satu Malaysia menonton rancangan ini, sudahlah wartawan TV3 ada yang tidak bertudung siap dengan rambut berwarna, malas hendak persoalkan sembahyang atau tidak. Tidak hairan lah jika anda hendak bersedih atau insaf tapi biarlah beradab dan berakhlak Islam. Kalau benar Islam beradab lah dan berakhlak lah cara Islam, bezakanlah anda dengan orang bukan Islam dengan kaedah Islam.

Saya nasihatkan tak perlulah tunjuk tuan/puan gerak anak muslimah di dalam tv cukuplah sekadar anak2 muslimin sahaja. Hendak melaksanakan sesuatu program perlulah ada ilmu, ada akhlak, dan amalkan.