Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, February 22, 2010

Sedih dituduh pengkhianat, Rakyat sedih dikhianati

Rentetan tulisan saya pada 13 Februari 2010 bertajuk Pengkhianat Rakyat Kelantan. Serta ceramah penerangan di seluruh pelosok negara, maka kesedihan dipancarkan oleh Tok Pa antaranya di MStar.

Rakyat lebih sedih lagi apabila Tok Pa dan Awang Adek lebih mempolitikkan isu hak rakyat Kelantan. Jika diambil iktibar dari rentetan peristiwa Wang Royalti Terengganu cuba lihat disini, PAS Terengganu tidak mempolitikkan isu HAK RAKYAT TERENGGANU meskipun PAS Terengganu tidak memerintah Negeri Terengganu. Malah kesedihan terpancar oleh ADUN PAS Terengganu apabila wang ihsan dibelanjakan oleh Persekutuan dan bukan Negeri. Ini adalah pengkhianatan kepada Rakyat dan Kerajaan Terengganu. PAS dengan bersungguh-sungguh menyokong Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh UBN Terengganu bagi mendapatkan hak royalti rakyat Terengganu.

Cuba Tok Pa, Awang Adek dan rakan2 sewaktu dengan mereka berfikir, siapa yang bercakap sekadar rektorik?? PAS dan Pakatan atau Umno dan Barisan?? Nyata terang bersuluh bahawa Pengkhianatan telah berlaku oleh pemimpin UBN Kelantan diketuai oleh Tok Pa dan Awang Adek kerana lebih berpolitik dari kepentingan Rakyat Kelantan.

Siapa yang patut bersedih? Rakyat Kelantan atau Tok Pa?? Siapa yang tidak menghormati pilihan rakyat Kelantan? Bagaimana PAS dan Pakatan yang tidak memerintah Terengganu boleh menghormati Rakyat Terengganu? Siapa lebih ikhlas? Siapa lebih berpolitik? Siapa yang tegakkan benang yang basah? Siapa yang berpolitik tahap kuno seperti komunis, berpakaian suite dan bertali leher tapi berpolitik sempit ala Mugabe.

Tok Pa boleh berfikir kenapa KuLi bersikap memberi penjelasan kerana Hak. Jangan kerana jawatan selaku menteri maka Tok Pa sanggup tidak berkata benar. YAB MB Terengganu lebih berani berkata benar walaupun pahit, merisikokan dirinya dengan mendapatkan sokongan PAS dan Pakatan di DUN Terengganu semata-mata untuk hak royalti minyak Terengganu yang nyata lebih jauh dari Kelantan.

YAB MB Kelantan memperjuangkan Royalti Minyak bukan untuk dirinya, tapi adalah untuk seluruh Rakyat Kelantan, yang hak tetap hak. Royalti Minyak bukan hak Umno Kelantan, atau Kerajaan Pusat tapi adalah hak Rakyat Kelantan untuk diuruskan oleh Kerajaan pilihan Rakyat Kelantan.

Khianat tetap khianat, tetapi belum terlambat untuk bersama menyatakan kebenaran.

Wednesday, February 17, 2010

YB Zul, Saudara kini benar-benar melampau

Saya fikir YB Zul ini dah benar-benar melampau. Teguran YAB TGNA lepada orang yang melompat tarik gear undur memang ada asasnya, perjuangan memperkukuhkan Umno kah yang lebih utama atau memperkukuhkan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengeluarkan komen seperti ini (klik di sini)

Mungkin kerana terlalu angkuhkan kuasa Sdr sanggup celupar. Ya saya kata celupar, kerana apa? kerana Sdr memikirkan bahawa Sdr mampu menjadi YB Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana Sdr sendiri dan bukan kerana Allah SWT yang memberi kekuatan kepada jentera Pakatan untuk memenangkan saudara.

Saya berdoa dan berharap sebelum PRU 13 segala anasir2 yang tidak sihat yang tidak meletakkan agenda membela rakyat ditunjukkan oleh Allah SWT dan dikeluarkan dari barisan pejuang agenda membela rakyat. Saya kira YB Zul lebih selesa jika pengkhianatan, penipuan, rasuah, dan salah guna kuasa diteruskan. Selangor, P.Pinang, dan Kedah kini memperolehi kebebasan dakwah yang jauh lebih terbuka berbanding dizaman BN, YB Zul tidak bersyukur? YB Zul tidak ingin membantu supaya ruang dakwah itu menjadi lebih luas? atau cuba menjadi agen untuk menyempitkan lagi ruang dakwah?

Ya saya akui lah bahawa kami rakyat ini tidak sehebat saudara, perjuangan rakan2 saya di Kulim yang bertungkus lumus menaikkan Sdr itu juga tidak penting, harapan kami kepada Sdr juga tidak penting, kerana apa yang penting adalah ego saudara itu, kesucian dan kejernihan islam itu juga tidak penting kerana yang penting Ego saudara itu. kebijaksanaan dakwah juga tidak penting kerana yang paling penting ego saudara itu.
Kalau Sdr nak keluar Pakatan keluarlah, buat apa nak jawab kenyataan YAB TGNA. Perjuangan saudara lebih mulia dan suci berbanding YAB TGNA. Benarkah Sdr punya perjuangan dan dakwah lebih lama dari TGNA? Sudah tentu Ya kerana ego saudara itu lebih mulia. Memang patut pon insan se ego Sdr ini tidak masuk kedalam PAS, saya kira YB Khalid Samad jauh lebih sopan menghormati pimpinannya walaupun beliau agak kritis berbanding pimpinan lain di dalam PAS. Jika Sdr terlibat dalam perang seperti perang uhud, khandak dsb sudah tentu sdr tidak memikirkan langsung strategi yang diatur oleh ketua panglima perang. Panglima perang suruh standby lembing saudara baling keris.

Jika saudara tidak reti strategi dan hendak mufarakah dalam barisan sehingga menjejaskan strategi keseluruhan anggota perang, eloklah saudara jangan menyertai perang bersama-sama Pakatan, keluarkan dari awal.

Tetapi jika saudara boleh tolak ego seketika dan berfikir secara rasional, dan rasa wajar saudara terus berjuang bersama Pakatan maka susun barisan bersama.Jika tidak keluarlah dari awal. Memang benar sekarang ini zaman politik lebih terbuka tapi bukan sampai menunjukkan jalan kepada musuh. Jika tidak reti berperang jangan berperang, kelak bukan sahaja Sdr yang binasa seluruh pasukan akan binasa.

Wahai YB Zahrain Kau Fitnah ni!! Ni apa kes?

Tuesday, February 16, 2010

Kes DSAI : cakap tak serupa bikin

Pelik tetapi benar, merujuk kpd malaysiakini kenyataan shafie apdal mengatakan kerajaan Australia perlu menghormati undang-undang Malaysia.
Masalahnya sekarang ini di dalam kes anwar sangat jelas, undang-undang sudah dimanipulasi serta sedang menuju ketidakadilan kepada rakyat, sehingga kini tidak ada senarai saksi penuh dikeluarkan oleh pendakwa kepada peguambela. Ini adalah luarbiasa, apa yang menghairankan mahkamah tidak menjawap secara jelas, tetapi puak umno diluar pula yang kcoh mengatakan biasalah macam tu.
Inilah dia umno yang terjun dengan labunya sesat lagi menyesatkan

Saturday, February 13, 2010

Pengkhianat Rakyat Kelantan

Isu Royalti minyak kali ini telah mencetuskan satu rahsia ketidakikhlasan pemimpin UBN Kelantan. Setelah jelas Kelantan berhak mendapat royalti, Tok Pa dan Awang Adek jelas sebagai pengkhianat rakyat Kelantan.

Sehingga hari ini, Tok Pa dan Awang Adek menyokong tindakan Pusat untuk hanya memberikan wang ihsan kerana sebagai ihsan, bukan royalti minyak kerana rakyat Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak. Ini telah dinyatakan berulang kali oleh kedua orang Tokoh Pengkhianat Rakyat Kelantan iaitu Tok Pa dan Awang Adek.

Mereka ini langsung tidak menyokong usaha Kerajaan yang dilantik oleh rakyat Kelantan yang dipimpin oleh TG Nik Aziz. Lihat di Terengganu, PAS Terengganu menyokong usaha MB Terengganu untuk mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu iaitu royalti minyak. Apa kan daya Tok Pa dan Awang Adek cuba memperbodohkan rakyat Kelantan, dan menjadi duri dalam daging kepada rakyat Kelantan.

Bayangkan KuLi juga telah menyatakan bahawa hak royalti adalah kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Wang Ihsan adalah penipuan secara jelas.

Tok Pa, Awang Adek dan seluruh Umno Kelantan adalah PENGKHIANAT KEPADA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.

Sunday, February 7, 2010

"Apa ke bodoh punya Pi Emm" Kata Wak

Saya terkejut seketika tadi minum di kedai mamak, ada seorang yang agak berumur dan berpakaian seolah baru keluar dari kebun. Orang disitu memanggilya wak. Di TV buletin utama sedang menayangkan PM iaitu DSNR mengulas persoalan dari wartawan tanya berkenaan idea TGNA.

Wak: Apa ke bodohnya punya PM, malu aku. Dah terang2 TGNA kata "kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS" jadi apa masalahnya? Kenapa jawab soalan macam orang tak ada setiausaha politik / akhbar / sulit. Aku yang berkebun ni pon ada simpan lagi ajakan berita TGNA untuk ajak DSNR 3 bulan lepas dalam ni (sambil menunjukkan blackberry nya)

Pelanggan 1: Wak tak tau ke dulu kan PAS pernah kata tidak akan bergabung dengan UMNO.

Wak: Masalahnya TGNA bukan mintak bergabung, berbincang kenapa UBN tak boleh terima islam sebagai dasar parti dan apa salahnya Islam diperjuangkan PAS.

Pelanggan 1: Betul juga ye wak nampak sangat PM kita bodoh. Soalan dah ada, kenapa pulak tidak jelas, aku pon rasa dah jelas.

Pelanggan 2: Putar alam, terputar kepala sendiri, jawapan berputar kena hidung sendiri

Semua pelanggan : betul betul haha..