Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Tuesday, April 27, 2010

Siapa Pengkhianat Melayu, Kenapa Khir Berduka?

Mungkin kerana sedih orang Cina tidak menyokong umno maka diherdik orang Cina Selangor perkauman. Cuba lihat calon Pakatan di Hulu Selangor adalah seorang Melayu beragama Islam, peguam terkenal di Malaysia, bekas Menteri Kabinet. Tapi umno menentang beliau.

Meka umno menentang Melayu, jadi umno pengkhianat Melayu.

Itulah yang boleh saya tafsirkan bila membaca posting beliau yang memalukan, meletakkan dirinya lebih rendah dari penjenayah. Saya malas nak link posting Dr Khir kerana rasa malu bila memikirkan beliau tu berkelulusan doktor gigi, orang Melayu pulak tu. Dalam 23ribu lebih penyokong Pakatan tiada orang Melayukah? di Kelantan tu bukan orang Melayukah yang telah dinafikan hak oleh umno? Setinggan2 di Selangor yang diroboh ketika Khir jadi MB dulu bukan orang Melayukah? yang merempat akibat rumah diroboh tu bukan orang Melayu kah? Sekolah agama rakyat yang telah ditarik peruntukan itu bukan majoritinya orang Melayukah?

Sudah lah Khir, insaflah. Akuilah kesalahan kamu dan bertaubatlah. Contohilah orang Melayu bernama Zaid Ibrahim, mengaku kesalahannya serta bertaubat.

Sudahlah menabur fitnah, bertaubat, berhentilah taksub. Rasulullah tidak suka umatnya terlalu taksub kepada bangsa.

Saturday, April 24, 2010

Sejak Bila Menyatakan Kebenaran Ketika Khutbah Itu Salah?

Apa anggapan berpolitik yang tidak boleh di dalam masjid? Adakah tiada kaedah pemilihan pemimpin di dalam Islam? Adakah siasah itu tiada dalam Islam? Salah kah menyatakan kebenaran di dalam masjid?

Dilihat jelas tidak boleh, bukan sahaja di dalam masjid malah di luar masjid juga salah adalah membuka aib orang yang telah bertaubat.

Kempenlah dengan cara bijak, BN berceramah berbohong, membuka aib orang yang telah bertaubat menggunakan semua jentera kerajaan, pegawai kerajaan, kenderaan jabatan kerajaan, kerahan guru-guru, serta sekolah-sekolah dijadikan pentas politik tidak apa? Tidak salah? Halal?

Sudahlah, jangan bodohkan rakyat lagi. Bodohkan rakyat membuatkan Negara akan ketinggalan. Bijakkan rakyat membuatkan Negara lebih ke hadapan. Berpolitik cara kotor itu lebih hina dari memberi kesedaran di Masjid rumah Allah.

Selagi Tidak Saman, Malaysia di anggap Pro Zionis

Nauzubillah, mengucap panjang saya. Malam tadi sahabat dari berbangsa Turki yang menetap di Scotland telah menghubungi saya untuk kepastian. Adakah benar Malaysia Pro Israel?

Mengucap panjang saya bila mendengar. Saya katakan tidak. Masalahnya di luar sana, di Dunia Islam Eropah telah beranggapan sedemikian rupa. Kenapa? Kerana Malaysia telah menghentikan bekalan gasolin atas kehendak dasar luar Amerika yang berkehandakkan sedemikian.

Jawapan saya, PM kami memaklumkan bahawa Iran tidak perlukan bekalan lagi. Beliau menambah, mana mungkin, dia sedang menguruskan rundingan dengan China untuk tambahan bekalan kerana Malaysia telah menghentikan bekalan. Selain itu katanya akhbar di Eropah pro Israel gembira dengan sokongan Malaysia.

Saya kesal dengan kenyataan itu. Masakan Negara bukan Islam seperti China boleh membantu Iran sedangkan Malaysia lemah longlai. Adakah ini peranan utama Apco? Memulihkan hubungan Malaysia dengan Israel?

Apa kejadahnya? Adakah rakyat Hulu Selangor masih sudi memangkah dacing yang telah senget, yang kini menjadi alat Amerika untuk menekan Iran? Israel dan Zionis telah banyak membunuh umat Islam di Palestin dan sempadan lainnya.

Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parimen BN Hanya pandai berbohong dan menipu. Menyatakan kebenaran menasihati pemimpin mereka jauh sekali.

Selagi PM tidak saman akhbar di France dan di Eropah lainnya yang telah memburukkan Malaysia di mata umat Islam serta mencantikkan Malaysia kepada Zionis, selagi itu rakyat Malaysia terutamanya kini pengundi Hulu Selangor menghukum Najib Razak dan konco-konconya.

Siapa hendak bersubahat, silalah. Tapi ingatlah dihadapan Mahkamah Allah akhirat kelak jawablah. Subhanallah

Tuesday, April 20, 2010

Perjuangan..

Berjuang perlukan berkorban, jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Pemimpin seperi YAB MB Kelantan, YB Presiden PAS, Haji Mat Sabu, YB Salehuddin Ayob, YB Mahfudz Omar, YB Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan ramai lagi. Ini adalah contoh pemimpin yang pernah susah serta disusahkan, ditekan habis-habisan, dihenyak di dalam penjara, difitnah, dinafikan hak ini begitu kental.

Tidak hairan mereka bersungguh bekerja, bersemangat, kental, tidak goyah dalam berjuang.

Tidak berbaloi jika berjuang kerana mahukan jawatan semata-mata, mahu dilantik sebagai calon, mahu diangkat di syarikat kerajaan negeri atau pusat. Kerana itu semua hanya akan menyebabkan diri itu tiada nilai kerana berpotensi untuk menjual perjuangan.

Keluar dari perjuangan yang menuntut hijrah (berubah kepada yang lebih baik) adalah perjuangan yang tiada nilai, tiada harga dan tiada maruah. Mungkin kerana tidak tahan dengan perjuangan maka mereka letih, tidak salah letih dengan bersara dari arena politik, tapi kerana mahukan kesenangan itu yang menjadikan diri itu hina

Tepuk dada tanya Iman

Alhamdulillah Nasib Baik, Kalau Tidak...

Begitulah kelegaan disuarakan oleh rakan-rakan (termasuk saya sendiri sebenarnya). Dikala kemeriahan pengumuman calon oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, saya hadir ketika itu (kebetulan singgah setelah berurusan di Perak) untuk melihat calon. Ketika itu memang kelihatan wajah Dr. Halili, sejurus diumum Nama Datuk Zaid Ibrahim, terus terdetik di dalam hati seperti telah dijangka. Mungkin ada strategi Dato Seri Anwar tidak mengumumkan nama Dr. Halili.

Pagi tadi salah seorang rakan dapat SMS bahawa Dr. Halili masuk UMNO keluar PKR. Sungguhpun sahabat-sahabat tersebut adalah penokong tegar PAS, semuanya melepaskan kelegaan Alhamdulillah, nasib baik PKR tak pilih Dr. Halili jika tidak dah tentu akan ada lagi geng pendekar si katak lompat di Parlimen.

Kami semua mendoakan agar PKR akan lebih mantap dan teliti memilih calon. PR tidak akan kuat jika hanya PAS yang kuat, PR tidak akan kuat hanya PKR yang kuat, malah tidak akan kuat jika hanya DAP yang kuat. Tapi PR akan jadi kuat bila semua pemimpin dan penjaga amanah yang terdiri dari PAS PKR dan DAP meletakkan agenda perjuangan rakyat di hadapan, dan kepentingan kroni dan peribadi nun jauh dibelakang.

Penyertaan Dr. Halili ke dalam UMNO melegakan semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, jika tidak episod lompatan katak mungkin berulang kurang 12 bulan selepas kemenangan PR.

Kenyataan Dr. Halili menyatakan kepimpinan PKR berhaluan kiri dan sebagainya memang melucukan yang pertama bila bekas SU Agung PKR berada disebelahnya yang kedua apabila keputusan letak jawatan PKR dan masuk UMNO dibuat dalam tempoh berkempen. Menampakkan kedangkalan politik beliau. Kesian dia...

Tuesday, April 13, 2010

Pendirian Antarabangsa Malaysia Yang Paling Bodoh

Sidang Nuklear di Amerika Syarikat baru-baru ini menampakkan keakuran Malaysia kepada Amerika dan sekutu mereka Israel.

Amat memalukan kerana Perdana Menteri lebih banyak kepada syok sendiri dapat berjumpa Barrack Obama berbanding menyampaikan hasrat dan pendirian rakyat Malaysia.

Apa yang lebih menyedihkan lagi media barat menyokong tindakan Malaysia melalui Petronas menghentikan penyaluran gasolin ke Iran. PM pula dalam kenyataan berasingan mengatakan tindakan tersebut bukan kerana sekatan tetapi kerana setakat itu sahaja.

Sudahlah Malaysia tampak semakin lembik diambah pula kenyataan yang tidak tegas.

Sedih sungguh. Media antarabangsa seperti di Asia Timur beberapa bulan yang lalu menyoal PM berkenaan Altantuya, kini mereka mempersendakan Malaysia tunduk kepada Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.

Rakyat cabar PM untuk menyaman media luar negara, seperti yang dilakukan oleh YB Tuan Guru Presiden PAS