Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Thursday, September 30, 2010

Proton: Model Gantian Waja, Sekadar Pandangan

sejak akhir-akhir ini blog, forum, malah media elektronik tidak ketinggalan menceritakan berkenaan model baru Proton iaitu gantian Waja.

Tidak perlu saya sibuk bincangkan lagi di sini kerana ianya telah jelas di ambil dari mana, kerana telah jelas bersuluh ianya datang dari model Mitsubishi Lancer. Kerana apakah Proton tidak meneruskan legasi asalnya sejak kemunculan Waja? di mana sedikit demi sedikit Proton mengeluarkan model kereta dari lakaran hinggalah mampu berjalan di jalanraya. Model yang terbaru adalah Exora, mpv 7 tempat duduk rekaan anak tempatan, menggunakan enjin yang juga dicipta oleh anak tempatan.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua industri automotif kini serba kompetitif, model baru perlu dihasilkan kurang dari 10 tahun bagi satu satu model. Ditambah pula pasaran kini semakin terbuka, lindung melindung, payung mamayung sesuatu industri itu tidak boleh lagi dijadikan amalan kerana ia akan merosakkan lain-lain industri yang perllu bersaing di luar.

Walaupun saya sedar kerajaan masih menggunakan sedikit ruang untuk melindungi Proton, sepatutnya sudah tidak perlu. Bagaimanapun dalam situasi sekarang ianya masih perlu biarpon sedikit kerana kepimpinan baru Proton yang kini diketuai oleh gandingan automotif Dato' Nadzmi dan Datuk Syed Zainal tidak perlu dihukum akibat kecuaian kerajaan dikala melantik Tengku Mahalel sebagai CEO Proton.

Mungkin ramai tidak sedar, tapi hakikat yang nyata kini kuasa automotif sudah semakin kecil, gergasi automotif seperti General Motors dan Ford juga sudah tidak mampu menjaga syarikat-syarikat kecil yang lain. Yang terbaru adalah Volvo, kini sudah diserahkan kepada sebuah syarikat di China. Kereta Mini yang dahulunya dibanggai oleh orang Inggeris kini sudah menjadi milik BMW. Perkongsian teknologi amat diperlukan ketika ini bagi mengekalkan jangka hayat sesebuah industri automotif.

Langkah Proton untuk bergerak bersama kembali dengan Mitsubishi adalah langkah bijak, Mitsubishi juga sebenarnya menghadapi situasi yang sangat mencabar sejak tidak bersama dengan Proton hampir 10 tahun yang lalu. Mereka nyaris menjadi seperti Nissan yang kini berjaya mendapatkan rakan strategik iaitu Renault walaupun terpaksa berkorban pegangan saham.

Pegangan seperti Renault - Nissan inilah yang saya nampak ditolak oleh kepimpinan Proton untuk menjalin hubungan strategik bersama Volkswagen. Hendak mudah kerja memang benar serahkan sahaja 51% saham Proton, dalam masa yang sama Lotus juga sudah menjadi milik Volkswagen. Dalam masa 2 - 3 tahun hilanglah anak-anak tempatan dari menjadi teraju utama pakar automotif. Barisan jurutera dan pakar RnD Proton termasuk ketua-ketua operasi Proton kini adalah anak tempatan terdiri dari bangsa Melayu Cina dan India. Sebahagian mereka yang telah berjaya juga sudah "di beli" oleh syarikat automotif antarabangsa.

Perjuangan Industri Automotif yang sangat kompetitif ini sangat berkait rapat dengan supply chain dari vendor - pemasangan hinggalah penjualan. Rantaian itu telah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kepakaran kepada anak bangsa. jika Thailand berbangga mempunya kilang pemasangan kereta Toyota terbesar di luar Jepun, tetapi berapa ramaikah pakar RnD Toyota dari mereka yang berbangsa Thai? adakah hanya ramai yang pasang atau ramai yang merekacipta? Adakah rakyat Thailand yang menjadi CEO/MD bagi Honda, Toyota, dan Ford. Tidak sama sekali, dengan adanya Proton kita dapat mengetengahkan nama seperti Dato Nadzmi dan Datuk Syed Zainal sebagai peneraju automotif Proton.

Sunday, September 26, 2010

Retorik : Isu wang RM100

Kalau benar Reezal nak berjuang pasal wang RM100 di P.Pinang lebih baik dimulakan dengan tanya Menteri Kewangan. Berkenaan kumpulan wang disatukan yang digunakan untuk bayar gaji kakitangan awam, bayar projek pembanggunan, dan lain lain lagi juga diperolehi melalui cukai judi dan arak yang bukan kecil dari atas bukit sampai lah atas laut.

Sila mohon Menteri Kewangan jawab kerana langsung tiada pengasingan dalam akaun kerajaan pusat malah wang2 tersebut telah disatukan. Sila jelaskan, jangan sibuk berpolitik dan beretorik.

Saturday, September 25, 2010

Umno Seperti Ayam Berak Kapur

Selepas kenyataan Umno P.Pinang melalui Reezal Merican yang tidak berapa Melayu itu semalam mempertikaikan jawapan Ketua Menteri P.Pinang bahawa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas itu bukanlah sumbangan dari syarikat judi, Reezal menghentam tanpa bukti selain melalui berita tv tanya Ketua Menteri tapi malangnya betita tak pergi tanya Ketua Menteri sebaliknya buat andaian.

Reezal ni menggelupur setelah jawapan Ketua Menteri beberapa minggu lepas diselitkan dengan 'wang itu juga bukanlah dari judi bola piala dunia' yang mana seperti pistol ditembak kepada Ketua Menteri tapi peluru terkena Perdana Menteri.

Menggelupur itu tidak terhenti setakat itu, malam tadi Rais Yatim memperkudakan artikel 153 Perlembagaan kononnya jika kuasa diserah kepada Pakatan orang Melayu akan hilang kuasa. Secara mudahnya ambil senario di P.Pinang. tanah orang Melayu dilesapkan dikala Pakatan atau BN? Sekolah Agama Rakyat ditekan ketika Pakatan atau BN? Sebenarnya mereka sanggup menggadai maruah orang Melayu menggunakan artikel 153 untuk kepentingan orang Umno bukan orang Melayu.

kelantan itu diperintah oleh siapa? tok Guru Nik Aziz itu bukan orang Melayukah? exco Kelantan setahu saya YB Anuar Tan sahaja bukan Melayu? siapakah menafikan hak negeri itu dari menerima royalti minyak? Siapakah yang menekan kerajaan negeri dengan peruntukan pusat tidak disalur kepada Kerajaan yang dipilih rakyat? menteri Kewangan bukan orang Melayukah sehingga sanggup menekan orang Melayu?

Politik Umno adalah politik kotor, cuba lihat penyerahan tampuk MB sahaja kita sudah tahu, Kedah, Perak dan Selangor tambahan Terengganu pada 1999 bekas MB nya langsung tidak profesional jika dibandingkan dengan bekas KM P.Pinang kepada KM P.Pinang yang baru, walaupun 2 ideologi yang berlainan serahan tugas lebih kemas. Serahan kuasa dari Kerajaan Terengganu dipimpin PAS kepada UBN pada 2004 juga dilakukan dengan serahan yang sempurna.

Hakikatnya negara ini tidak mempu lagi dipimpin oleh golongan berkepentingan ini, ianya patut ditadbir oleh pasukan yang benar=benar ingin bekerja untuk rakyat. Golongan rasis ini memang harus diketepikan kerana mereka merasakan orang Melayu harus diperbodohkan dan dibutakan informasi supaya mereka kekal sebagai pemimpin.

Friday, September 17, 2010

Komen Pertandingan di dalam PKR

Salam Eidulfitri dan Sejahtera kepada pembaca blog ini.
Kesibukan kerja sebelum Eidulfitri tahun ini mmg mencabar, tiba dikampung dari luar negara betul2 selepas waktu berbuka malam 1 Syawal, ketika diperantauan keluh kesah rasanya takut pengumuman Raya jatuh pada hari Khamis ;).
Bagaimanapun hari ini telah seminggu berlalu, percutian berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bagaimanapun kelihatan rancak berbual di kedai kopi, blog dan akhbar online berkenaan pertandingan pemilihan pucuk pimpinan PKR. Berkemungkinan pertandingan sengit pucuk pimpinan PKR mungkin berlaku. Bagaimanapun analisis begitu banyak dikeluarkan ada versi kedai kopi, versi blog, versi cabang dan ranting, versi umno pon ada. Apa yang menjadi perhatian adalah keberanian PKR menggunakan sistem pemilihan terbuka rasanya yang pertama dilaksanakan di Malaysia. ini satu pujian kepada PKR kerana kelainan yang ditunjukkan berbading amalan perti parti politik di negara kita. Pada awal pemilihan PKR agak kelam kabut kerana mereka bergerak berdasarkan pengaruh individu individu tertentu, oleh itu kaedahnya juga tidak jauh berbeza dengan umno. Tetapi sejak DSAI keluar saya lihat beliau sedaya mungkin memperkukuhkan PKR dengan rombakan kaedah perjalanan parti yang di adaptasi dari beberapa parti politik di luar negara dan dalam negara.

Ianya mungkin berisiko tinggi memandangkan majoriti ahlinya adalah bekas Umno dan telah terbiasa dengan amalan Umno yang menyelangselikan perlembagaan dan politik wang. Bagaimanapun pembersihan yang berlaku secara tidak langsung mungkin memberi peluang untuk DSAI menjayakan agenda murninya. memandangkan beliau juga dalam keadaan berisiko untuk disumbat semula ke dalam penjara, pengukuhan PKR perlu disegerakan supaya tidak merencatkan agenda parti. Mungkin kerana itu juga DSAI tidak mahu bertanding kerusi Presiden PKR kerana beliau tidak mahu agenda PKR terpenjara bersama-sama beliau jika beliau terpenjara. Anwar adalah Anwar, PKR adalah PKR.

Anwar mungkin tidak kisah sejak dari beliau masih muda remaja sehinggalah menjawat jawatan Timb Perdana Menteri penjara tidak akan mampu memenjarakan semangatnya saya percaya sehingga Anwar dihujung hayatnya juga beliau akan terus berjuang sekalipun gagal menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Anwar adalah Anwar, tetapi PKR padanya perlu disusun gerak nadinya agar lancar dan mempunyai prinsip perjuangan tersendiri yang betah bergerak dalam pelbagai situasi dan cabaran pelbagai cuaca politik.

Walaupun ramai yang mahu beliau bertanding Presiden bagi mengelakkan perpecahan, tapi pada pendapat saya Anwar harus melaksanakan sesuatu untuk membentuk jatidiri PKR itu sendiri. Kalau mereka percaya pertandingan mewujudkan perpecahan ianya tidak ubah seperti Umno MCA dan MIC yang mana setiap kali pemilihan parti yang kalah akan habis karier politiknya. kenapakah di dalam PAS tidak berlaku? Pertandingan sengit Ust Nasaruddin, Husam, dan Abg Mat adakah menjadikan Husam dan Abg Mat tidak mampu berpolitik lagi? Mereka masih berjuang dan masih berkhidmat dengan padu dibelakang kepimpinan PAS. malah tugas mereka sangat penting pada PAS. Kenapa? Kerana PAS ada prinsip yang tidak ada pada parti lain. Di luar negara seperti di England, Amerika, dan Indonesia. Politik mereka juga pelbagai kaum, kenapa mereka berjuang dengan kental di dalam parti mereka? Untuk siapakah itu?

Saya percaya DSAI ingin membentuk kekuatan dan prinsip yang diperjuangkan di seluruh negara bermula dengan PKR, PKR masih baru perlu kepada persediaan yang kukuh sebelum duduk bersama-sama PAS dan DAP di Putrajaya. Pengalaman tumbangnya Pakatan di Perak dek kerana kurangnya prinsip kpd beberapa org Adun PKR telah cukup banyak mengajar DSAI. tindakan disiplin tidah cukup kerana PKR baru, jika sudah lama seperti PAS dan DAP tindakan disiplin berkesan, tetapi PKR perlukan nadi tersendiri untuk pergi jauh dan menghasilkan ahli yang berdisiplin dek kerana prinsip yang telah tertanam dalam setiap ahlinya.

Bagi saya pula semua parti, tidak kira Pakatan atau Barisan perlu berubah memodenkan parti komponen masing-masing kerana dengan cara itu rakyat akan jadi lebih bijak dan pintar. Kebijakan dan kepintaran rakyat akan menghasilkan negara yang maju dengan rakyat yang bijak.

Thursday, September 2, 2010

Hairan

Kadangkala rasa hairan, Umno bekerjasama dgn MCA dan MIC, ketiga2 pemimpin utama parti2 tersebut terpalit dgn pelbagai skandal. Tapi mazhab UBN disokong pula oleh ulamak muda Umno tiada menjadi halangan. Bayangkan skandal kapal selam, skandal video lucah, skandal saham, dan pelbagai lagi skandal tapi kesemuanya di ampunkan dek kerana mereka UBN. Adakah wujudnya dakwah?

Apabila PAS bersama2 PKR dan DAP, pimpinan Islam berjaya membina dakwah, malah bersama-sama sedaya mungkin menunjukkan keindahan bersama pemimpin Islam yang bijak. Maka wujudnya pemulihan terhadap Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan masjid menjadi meriah dgn aktiviti dek kerana pemimpin negeri masing2 mengembalikan peruntukan. selain itu sudah ada pemimpin bukan Islam berani mengambil contoh ayat dari Quran, menentang lesen arak dan judi yg terlalu berleluasa. selain itu mereka kini mahu mendekati masyarakat Islam di masjid2 dan disurau2.

Adakah kerana kejayaan itu orang Melayu terasa terancam? Orang Cina merasa diri mereka dijerat? Org India merasa terpinggir? Sama sekali tidak malah mereka gembira bersama kerajaan yang prihatin. Malah ada negeri yang sanggup di saman oleh syarikat air swasta semata-mata mahu pertahankan hak air rakyat. Yang ajaibnya syarikat air ini begitu berkuasa sehingga TPM pertahankan mereka yang hendak menekan rakyat sedangkan empunya syarikat bergaji beratus ribu Ringgit duduk di atas perniagaan yang asalnya adalah hak rakyat di negeri yang berdaulat.

kehairanan ini memuncak kerana kebenaran dirasai tapi fitnah dan pembohongan menghiasi media arus perdana tanpa malu dan segan silu. mereka berani berbohong kerana pada mereka aku boleh buat apa sahaja.

PAS PKR DAP sangat biasa kalah dlm PRU dan PRK. tidak pernah dgn kekalahan itu mereka mengangkat keganasan melalui fitnah mahupun pembunuhan. tetapi hairan dikala pengaruh PAS melebar di era 60 an dikala itu wujud pembunuhan ADUN api perkauman sengaja dibakar, Mujtahid di Memali dibunuh, pemimpin utama PAS dan DAP ditangkap dikala Umno sedang bergolak penghuhung 80an. Tiada dari mereka membakar api perkauman, malah tiada yang mengheret kepala lembu, mahupun merampas kerajaan secara haram. Tetapi merekalah difitnah dan diperlakukan dengan kejam.

Kerana itu rakyat sangat risau kerana melihatkan keadaan tanpa keadilan ini. kerana UBN amat ganas, berlatar belakangkan samseng, jika mereka kalah tidak mustahil mereka ini akan bertindak ganas seperti mana berlaku di Sudan satu ketika dulu parti dominan kalah kepada parti Islam ataupun seperti di Palestin apb Fatah tewas mengejut. juga beberapa kali berlaku di Turkey parti pro Islam dan keamanan diguling malah parti diharamkan.

Adakah polis mampu berlaku adil? Hairan atau tidak?

Wednesday, September 1, 2010

Jenis-jenis Kafir

1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/upeti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin)
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)
4. Kafir Harbi, selain dari tiga jenis kafir di atas iaitu kafir yang boleh diperangi.