Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Tuesday, November 1, 2011

Isteri dan Anak Najib berbelanja mewah di Australia?

Sempena Persidangan CHOGM di Australia baru-baru ini, satu keratan akhbar di Australia memaparkan berita seperti ini. Kini ianya tersebebar luas di Internet.



Tak ubah seperti keluarga Marcos satu ketika dahulu, hutang negara dah melampaui batas, bukan sampai pada rakyat sangat pon. Seorang dah cekup beratus ribu, rakyat lain disuruh beli barangan yang ada logo 1 Malaysia kalau nak murah, patutnya bagi FREE je pada rakyat.

Kerajaan Selangor Kecam Pembohongan Menteri Belia dan Sukan


Saya mengecam kenyataan palsu dan berunsur fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek di Parlimen bahawa Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, “The Challenger Muay Thai.”
Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain. Sebagai seorgan menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.
Selangor telah berjaya menarik siri televisyen bercorak realiti tersebut untuk difilemkan di negeri Selangor. Penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti “The Contender,” “The Biggest Loser Asia” dan “The Apartment.”
Walau bagaimanapun, Selangor langusung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut. Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia. Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut.
Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel. Hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan kalau dan apabila ia mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas terhadap negara-negara jiran.
Ini merupakan kali kedua tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas. Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin.
YB Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Selangor


Semuanya boleh dirujuk disini http://anwaribrahimblog.com/2011/11/01/mengenai-kenyataan-palsu-dan-berunsur-fitnah-oleh-menteri-belia-dan-sukan-di-parlimen-pada-31hb-oktober-2011/

Monday, October 31, 2011

Lagi Proton Exora

Saya pernah menulis berkenaan Perodua Exora, sehingga kini sekalipun agak lama saya tidak update blog artikel berkenaan Exora masih menjadi top 5 dalam carian ke dalam blog ini. Artikel tersebut boleh dilihat disini http://sitopimerah.blogspot.com/2010/07/pengalamanproton-exora.html .

Bagaimanapun Proton melalui inisiatif VIP nya, beberapa pengguna berpeluang merasa pengalaman menggunakan Proton Exora selama seminggu. Antara artikel yang menarik yang boleh diperolehi di http://www.allaboutexora.com/ adalah

http://c33ram00n.blogspot.com/2011/04/keselesaan-berganda-ganda-dengan-proton.html

http://redmummy.com/2011/04/08/exora-sememangnya-kenderaan-dengan-pelbagai-guna/

Selamat membaca..

Wednesday, June 22, 2011

Hunusan Lidah : Antara Negara Berkebajikan PAS dengan Negara Islam Umno.

Hari ni saya terbaca blog Hunusan Lidah yang menarik... sila baca




Assalamualaikum.

PAS sebutlah Negara Islam ke, Negara Berkebajikan ke, Hadharah Islamiah ke atau apa sahaja, namun hakikatnya parti Islam ini sudah pun bergerak ke arah cita-cita Islam. Yang pertamanya lihat pada parti itu sendiri, dasarnya adalah Islam, seruan PAS ialah Allahu akbar dan tujuan PAS dalam kurungan pertama ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah (adakah kebajikan tidak termasuk dalam nilai-nilai hidup Islam?). Dalam organisasi kepimpinan pula PAS meletakkan Majlis Syura Ulama' dalam hierarki yang paling tinggi mengatasi Presiden dan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja PAS mengambil alih negeri Kelantan daripada BN pada tahun 1990, parti Islam ini terus menghapuskan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam seperti judi, pusat hiburan dan mengawal penjualan minuman keras hanya untuk bukan beragama Islam dan ianya diikuti oleh negeri Terengganu sebaik sahaja diambil alih oleh PAS pada tahun 1999. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam PAS pernah merangka rang undang-undang Hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh Umno yang menguasai Kerajaan Persekutuan. Dari segi ekonomi walaupun tidak semua, PAS tetap sedaya upaya untuk melaksanakan ekonomi Islam misalnya menghindari riba dalam urusan kewangan negeri.

Di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor walaupun PAS tidak dapat melaksanakan seperti di Kelantan tetapi sedikit sebanyak Islam tetap dapat dibawa oleh mereka yang memerintah bersama PKR dan DAP. Melalui surau dan masjid serta Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) penerangan tentang Negara Islam, Hukum Hudud kepada masyarakat Islam telah diberi ruang yang seluas-luasnya agar masyarakat faham dan tidak takut dengan konsep negara Islam khususnya hukum hudud itu sendiri. Dengan adanya wakil rakyat PAS dalam exco agama dan exco pendidikan, pendidikan Islam telah diperkasakan dan sekolah-sekolah agama rakyat mendapat perhatian penuh daripada kerajaan negeri.

Dari segi amal maaruf nahi mungkar walaupun pusat-pusat maksiat tidak dapat ditutup tetapi dengan kuasa yang ada penguatkuasaan telah dipertingkatkan agar umat Islam negeri ini tidak terlibat dengan perkara yang melanggar syariat Islam ini. Tidak cukup dengan itu pasukan mencegah kemungkaran turut ditubuhkan di peringkat kampung-kampung dan masjid. Orang Islam di negeri Selangor juga tidak dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang terdapat aktiviti yang bertentangan dengan Islam. Begitulah betapa PAS walaupun tidak disebut negara Islam sekalipun tetapi usaha ke arah cita-cita Islam itu sudah ada. Kita lihat sahajalah pimpinan tertinggi PAS bagaimana Islam itu dilaksanakan dalam diri dan keluarga mereka.

Ini berbeza dengan Umno. Parti Melayu ini bukan tidak pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam ketika zaman Tun Dr Mahathir dahulu. Namun daripada negara Islam beralih kepada Islam Hadhari dan kembali kepada negara Islam Najib, tiada tanda-tanda menunjukkan Umno bercita-cita untuk melaksanakan Islam. Lihat kepada isteri perdana-perdana Menteri Malaysia pun cukuplah sebagai gambaran. Ketika Umno memerintah Selangor bersama BN dahulu bukan kata hendak beri penerangan tentang Islam yang sebenar kepada rakyat, malahan ustaz-ustaz yang menyatakan kebenaran Islam mereka sekat dengan tuduhan ustaz-ustaz ini berpolitik. Masjid-masjid yang dikawal oleh mereka dibiarkan lesu tanpa pengajian agama, kalau ada pun hanya berkisar soal ibadah ritual semata-mata. Sekolah-sekolah agama rakyat dibiarkan tanpa pembelaan. Yang disuburkan hanyalah pusat hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan.

PAS yang berkawan dengan DAP oleh kerana risalah dakwah yang disampaikan kepada mereka maka DAP tidak pernah meminta PAS membuang perjuangan Islam. Namun Umno yang berkawan dengan MCA tidak pernah pun cuba untuk berdakwah kepada mereka mengakibatkan parti ini meminta PAS membuang perjuangan Islam sebagai syarat untuk parti Islam itu menyertai BN. Kesimpulannya sudah 56 tahun Umno memerintah Malaysia tetapi kita tidak nampak usaha-usaha mereka ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam. Namun apabila disebut tentang ini mereka akan menyebut pembinaan masjid, bank Islam, Pusat Islam dan pajak gadai Islam sebagai bukti negara ini negara Islam.

Monday, June 6, 2011

Kenapalah ada TPM macam ni di Malaysia

Sudahlah PM nya tak berapa nak cerdik malah "agak jahil" dalam agama, TPM pula memalukan dan sangat memalukan, apabila detik berita pagi di televisyen hari ni Muhyiddin Yassin, sebaliknya berkata PAS sudah lari daripada landasan Islam kerana tidak mahu mencari kebenaran mengenai isu itu, sebaliknya meluluskan usul mengutuk BN pada muktamar parti itu semalam kerana didakwa membenarkan penayangan video lucah di televisyen dan media cetak.

“Dia (PAS) membicarakan soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira hak, tuntutan agama, mencari keredaan Allah... itu tidak menjadi perjuangan mereka, (tetapi) yang menjadi perjuangan ialah kepentingan politik mereka.

Nak gelak pon ada, yang jelas pemilik video seks tersebut adalah Trio Dato T sahaja, video tersebut tak pernah ada di youtube sebelum pendedahan mereka di Carcosa Seri Negara. Selain mereka Polis juga ada salinan video tersebut. Sudah tentu kalau Polis yang mendedahkan ianya mencemar kredibiliti Polis. Sepatutnya pihak Polis mengambil tindakan terhadap Trio Dato T seperti mana tindakan terhadap 2 orang yang mengedar video lucah Chua Soi Lek yang kini Presiden MCA. Mereka itu bukan sahaja membuat tayangan video lucah di Carcosa, malah membuat salinan sama ada mereka sendiri atau melalui pihak ketiga mengedarkannya ke dalam Youtube.

Pelik dan lebih ajaib Polis macam berani tak berani atau takut untuk menangkap Dato' T , kerana dalam UMNO edar video lucah adalah halal seperti mana puak mereka beberapa tahun lepas kata ada Bir Halal. UMNO ni dah tak layak pimpin negara sebab mereka ini berpolitik kotor dan jijik.

UMNO yang sebenarnya memperjuangkan isu video tersebut untuk kepentingan politik mereka, Trio itu sendiri pon terdiri dari orang UMNO. Malah tindakan PAS dalam meluluskan usul tersebut patut dipuji kerana majoriti ulamak telah lama mengharamkan penayangan video lucah tersebut. Yang salah adalah yang menghasil dan mengedar itu sudah jelas. Perkara yang tidak jelas tidak perlu di politikkan, UMNO hanya mempolitikkan isu untuk kepentingan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah.

Sunday, June 5, 2011

Pemilihan Jawatankuasa PAS 2011 Benar-benar Menakutkan UMNO

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada semua perwakilan dan ahli-ahli PAS. Setelah agak lama saya menyepi dek kerana kekangan masa yang melanda disebabkan tugas yang perlu dijana bagi memastikan cukup dana untuk peribadi dan infak kepada Jemaah terutama dikala Pilihanraya Umum ke-13 yang baka berlangsung tidak lama lagi.

Perjalanan pemilihan dan muktamar PAS tetap menjadi agenda penting dalam Lanskap Politik Tanah Air yang akan menentukan barisan yang akan diketuai oleh tokojh-tokoh politik Islam yang terbaik bagi memimpin umat Islam di Malaysia merampas dan tatkala menduduki Putrajaya.

Dalam masa yang sama akhbar politik rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia melancarkan kempen subversif sebelum muktamar dan selepas muktamar menjadi bukti sebenar ketakutan mereka.

UMNO melalui Utusan Meloyakan nampak sangat tidak faham gerakan Islam yang di bawa oleh PAS, gendang terbaru mengatakan ahli PAS menolak ulamak. Ini adalah sesuatu yang kelakar Presiden PAS yang pertama iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy bukanlah pemegang sarjana Pengajian Islam, beliau adalah tokoh Profesional dalam Perubatan Homopati. Beliau yang di gasak dan dikurung teruk oleh UMNO dan BN menggunakan nama Kerajaan Malaysia meninggal akhirnya akibat aniaya UMNO.

PAS diterajui dan dinasihati oleh ulama melalui Mursyidul Am dan Dewan Ulamak yang masih teguh dan kukuh menjadi tonggak tulang belakang PAS. Tonggak itu meletakkan Quran dan Hadis didepan jauh daripada UMNO yang meletakkan assobiyah di depan.

Setelah lebih 50 tahun PAS menjadi parti politik berdaftar tertua di Malaysia, PAS lebih matang kerana memahami rakan dan musuh, mereka tahu bagaimana PKR dan DAP menjalankan organisasi mereka, malah mereka juga sangat faham bagaimana UMNO MCA dan MIC bergerak. PAS adalah parti yang mempunyai ahli yang pintar rajin dan sangat kuat. Mereka tidak mudah disogok kerana tarbiyyah yang dibina serta profesionalisme yang ada pada ahli-ahlinya.

Oleh yang demikian terbukti pemilihan PAS kali ini sangat menakutkan UMNO malah lebih dahsyat lagi selepas peilihan PAS 2011 sangat jelas mereka sangat takut dan gentar.

Rakyat Malaysia kini jelas nampak kematangan parti PAS serta keberaian melaksanakan pemilihan dikala PRU-13 yang bakal menjelma. Pemilihan yang berlangsung dengan sangat berjaya menjelaskan lagi PAS sudah bersedia melangkah ke Putrajaya melaksanakan agenda Islam untuk kesejahteraan semua, dan menjadikan Malaysia yang lebih berjaya.


TAKBIR!! Allahu-akbar

Monday, April 4, 2011

Video Fitnah oleh Dato' T : 6 persoalan asas masih belum terjawab


Enam persoalan asas masih belum terjawab:


1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato’ T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan

menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Friday, March 11, 2011

Berita dan Video : Jepun dilanda tsunami hari ini 11 Julai 2011

Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut adalah rakaman video





Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utaroa terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

Monday, March 7, 2011

Permerhatian jauh Pilihanraya Kecil, Pemerhatian dekat tugas dan industri automotif

Setelah agak lama, hari ini barulah berkesempatan membuat sedikit "entry" dalam blog ini. Selama dua minggu ini saya agak sibuk di Eropah, dah kini sedang berada di London City Airport. Saya hanya sempat mengikuti berita melalui telefon bimbit kerana terlalu sibuk.

Kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat saya ucapkan tahniah atas kerja keras anda, kekalahan adalah biasa bagi kita. Memang pemerhatian saya kita berhadapan dengan lawan yang ikat kaki da tangan kita, cuma mulut sahaja belum terkatup itulah sebabnya maklumat tidak sampai kepada penduduk DUN Kerdau dan Merlimau. Kepada pemimpin BN jangan terlalu ego, kemenangan anda tidak lebih dari menggunakan jentera kerajaan dan memanipulasi media. Tahniah BN kerana pandai berbohong dan pembohongan anda dipercayai.

Saya berkesempatan berada di Munich, Paris dan London sepanjang dua minggu ini. Pemerhatian saya dari dekat untuk industri automotif negara serta Kerajaan Malaysia. Saya kira pembelian kereta sport untuk PDRM menggunakan Mitsubishi Evo 10 agak membazir, memandangkan keuntungan Proton yang agak baik bagi segmen kereta Proton serta kerugian Kumpulan Proton disebabkan penjenamaan semula Lotus, saya kira adalah lebih baik PDRM dan Kerajaan Malaysia menghentikan pembelian kereta Polis Sport dari kenderaan luar, gunakan Lotus Evora.

Saya terperanjat Polis U.K menggunakan Lotus Evora tetapi Polis Malaysia menggunakan Evo 10. Daripada kerajaan membiarkan Kumpulan Proton rugi sebab Lotus, baik bantu Proton menggunakan produk Lotus. Lotus Evora mempunyai kekuatan disemua segi bagi sebuah kenderaan sport berbanding Evo 10 kecuali ianya didatangkan dengan 2 tempat duduk. Bagaimanapun setakat saya nampak Evo 10 yang dibawa oleh Polis tidak lebih dari 2 orang di dalam kereta. Saya juga percaya harga Evora juga lebih murah berbanding Evo 10, jadi adalah lebih baik daripada wang pembelian dihantar ke Mitsubishi ianya dihantar ke Lotus Group anak syarikat Proton, setidak-tidaknya Lotus Group boleh mengurangkan perbelanjaan menggunakan wang Kumpulan Proton.

Monday, February 28, 2011

Mengenali Dr Yusuf al-Qaradawi

Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama berusia 84 tahun yang diberi penghormatan dan pengiktirafan olehKerajaan Malaysia dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa 2009 kerana jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi kepada kemanusiaan itu sendiri, Najib mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan kebimbangan yang amat sangat terhadap tokoh yang disegani itu.

(Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib.)

Bukankah kata-kata Najib itu satu pandangan yang selari dan senada dengan apa yang telah dan sedang diperkatakan oleh golongan Zionis, Amerika Syarikat dan Barat terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi, tokoh yang Malaysia melihat sebagai cukup layak dan bertepatan untuk diberi anugerah tertinggi Ma'al Hijrah.

Bolehkah kita samakan Malaysia sebagai pendokong dan penyokong kegananasan kerana kita sendiri memberi anugerah kepada seorang yang dituduh sebagai menyokong dan mewajarkan keganasan? (Qaradawi's support and justification for terrorism).

Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang betul daripada para penasihatnya termasuk penasihat media yang berpengalaman luas sehingga dia tidak kenal siapa itu Dr Yusuf al-Qaradawi dan apa itu Ikhwanul Muslimin.

Oleh itu, elok juga diperturunkan sedikit sebanyak mengenai cendekiawan Islam yang dilahirkan di Shaft Turaab, Kaherah atau Cairo, Mesir pada 9 September 1926.

Pada usia 10 tahun Dr Yusuf sudah hafal al-Quran. Dia menamatkan pendidikan di Ma'had Thanta dan Ma'had Tsanawi dan melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus pada 1952. Dia memperolehi ijazah kedoktoran pada 1972 melalui tesis yang kemudian dijadikan buku ilmiah 'Fiqh Zakat'.

Dr Yusuf meninggalkan Mesir pada 1961 kerana tidak tahan menerima sekatan dan tekanan oleh sebuah rejim yang kejam. Dia menuju ke Qatar dan di sana dia menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan kemudian Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi.

Dr Yusuf al-Qaradawi melalui pengalaman pahit dipenjarakan seawal usianya 23 tahun kerana terlibat dalam Ikhwanul Muslimin pada 1949, pada 1956 semasa revolusi Jun dia dipenjara selama dua tahun oleh rejim tentera.

Dia ditakuti kerana keberaniannya berkhutbah mengakibat dia dilarang sebagai khatib kerana isi khutbahnya yang menyentuh soal ketidak adilan rejim yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Dr Yusuf al-Qaradawi adalah seorang Mujtahid zaman semasa, seorang ketua majlis fatwa dimana banyak fatwanya dijadikan bahan rujukan atas permasalahan yang dihadapi walaupun banyak juga yang mengkritik fatwanya.

Namun begitu, adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak adil untuk menuduh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang pengganas, atau seorang yang menyokong dan mewajarkan keganasan. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian sebenarnya terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pihak-pihak tertentu yang amat takut akan kebangkitan Islam.

Pandangan Merbahaya Seorang PM

Saya terbaca artikel ini beberapa hari lalu, menyimpan rasa bimbang terhadap agenda Pro Zionis dalam kepemimpin negara. Mereka ini tidak ubah menjadikan bangsa sebagai alat mempertahankan kuasa. Selain dari itu pandangan dalam dan luar negara juga begitu menampakkan agenda pembohongan kepada rakyat.

Bagaimana seorang PM negara rasminya Islam boleh menggelar Dr. Yusof al-Qaradawi menyokong keganasan. Merompak hasil rakyat, menyekat hak royalti negeri, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya itu bukan keganasan dan pengkhianatan?

Marilah bangkit mempertahankan yang hak dan menyingkirkan yang batil. Dalam keadaan ini pon ulamak Umno tak boleh diharap, malah dilihat Umno semakin teruk disebabkan ajaran teguran "sir" mereka.

Berikut adalah artikel berkenaan kenyataan Najib di Turkey.

Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out

Posted on February 23, 2011 1:01 PM

Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”

“Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy,” Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. “It’s not just about having a vote and choosing your leaders; it’s also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well.”

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as “modern, progressive, and moderate.”

“We shouldn’t want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we’ve done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country,” he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. “I think they’re not paying enough attention to the values associated with being a moderate,” he said. “Moderate doesn’t mean that you’re a wimp — far from it. It means that you’ve chosen a path because you believe that’s the only way for global harmony and peace.”

— Seth Mandel is a fellow in the Foundation for Defense of Democracies National Security Fellowship Program.



Wednesday, February 23, 2011

Jangan Lupa Sejarah : Kezaliman Umno yang mengkhianat Melayu

Di kala menutup TV sebab berita fitnah di TV3 Buletin Utama, kami layari internet. Sedar tidak sedar terjumpa Video Sejarah Kezaliman dan Pengkhianatan Umno kepada Melayu.

Mungkin orang Melayu di ulu Pahang tidak sedar kerana persekitaran mereka belum lagi maju, cuba lihat bila sudah maju harga hartanah naik, dijual tanah kepada taukeh yang kaya raya tapi Melayu yang dah berpuluh tahun duduk disitu dihalaunya.

Selamat menonton






Friday, February 18, 2011

Memang Mahathir seorang diktator

Saya malu baca kenyataan Tun Dr. Mahathir yang nyata masih bongkak dan berbahaya apabila tohmah kepada Tok Guru Nik Aziz. Langsung tiada alasan agama, beliau hanya merasakan dirinya betul dan semua orang salah. Menyalahkan pihak lain menjadi kegemaran beliau. Saya berikan kredit kepada Hanief Malaysianews blog terhadap video yang dipaparkan ini.




Thursday, February 17, 2011

Proton Exora Turbocharge

Selain berkenaan topik politik ada dua topik yang hangat dari blog ini yang sering dicari adalah Proton Exora serta Penapis Air Halal.

Bagaimanapun disebabkan kebetulan hari ini Paul Tan telah melepaskan topik Proton Campro CFE di talian, maka saya menumpang sekaki selain memberi pendapat serta maklumat risikan yang saya terima berkenaan Proton Exora Turbo. Anda boleh membaca topik berkenaan Proton Campro CFE dari blog Paul Tan di sini serta topik pengalaman saya memandu Proton Exora selama beberapa hari di sini.

Melalui pandu uji yang dilakukan Proton di dalam cuaca salji, kelihatan Proton sedang menguji salah sebuah model jentera MPV/SUV menggunakan enjin Campro Fuel Efficient atau Campro CFE, yang berkemungkinan berkuasa Turbo. Selain itu melalui maklumat risikan berkemungkinan Proton akan menggunakan kotak gear berteknologi CVT dari Mitsubishi yang dijangka menggunakan model kotak gear INVECS-III CVT.

INVECS = Intelligent & Innovative Vehicle Electronic Control System
CVT = Continuously Variable Transmission
Menurut Mitsubishi teknologi INVECS-III membantu enjin mencapai penjimatan minyak dan pemanduan yang lancar. Tidak silap saya Inspira juga menggunakan teknologi INVECS-III CVT.
Bagaimanapun ianya masih diperingkat ujian dan saya amat berharap Proton dapat menyelesaikan ujian ini dengan jayanya. Jika ianya berjaya, tidak mustahil Proton Exora boleh menjadi di antara salah satu MPV terbaik di dunia. Dengan pelbagai variasi, Campro CPS atau Campro CFE pelbagai golongan mampu menggunakan MPV. Saya berpendapat tiada masalah Campro CPS dijadikan nadi kepada Exora, tetapi bagi memastikan rakyat Malaysia berupaya memiliki MPV yang bukan setakat mampu milik malah berkuasa adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat rakyat dibekalkan dengan pilihan enjin yang lebih baik.

Wednesday, February 16, 2011

Ikhwan Cadang Tubuh Parti

Ikhwan cadang tubuh parti

13 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH, 16 Feb: Ikhwan Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu jika diberi kebebasan berpolitik.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik, lapor AFP.

“Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni),” katanya kepada media, semalam.

Mereka turut mendakwa waktu ini adalah peluang terbaik selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.

Pada 2005, mereka menggunakan slogan 'Islam Adalah Penyelesaian' dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwan Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.

Difahamkan hanya Ikhwan Muslimin sahaja yang bersedia menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat.
Pada masa sama, mereka dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir.

Ulama muktabar dunia Islam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebelum ini turut berpendapat bahawa menuntut kebebasan adalah lebih utama berbanding melaksanakan undang-undang Islam di negara Tmur Tengah itu.


Friday, February 11, 2011

DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi

Pelbagai rektorik dan fitnah dilemparkan kepada YAB Dato Seri Nizar oleh Umno, BN, media arus perdana, serta kaki-kaki ampu regim Umno BN. Prestasi dan Integriti Nizar tidak boleh dinafikan, beliau adalah tokoh pemimpin Perak yang boleh dibanggai bukan sahaja oleh rakyat Perak malah seluruh Malaysia.

Beliau bukan sahaja pintar mengatur Kerajaan Negeri tanpa perlu berbelanja besar dengan membina syarikat kerajaan negeri atau melantik konsultan sesuka hati untuk menjadi penasihat beliau. Dalam kepimpinan "Decision Making" adalah penting, terbukti sepanjang pemerintahan beliau meskipun sebentar tetapi dirasai bukan sekadar penjawat awam di Perak malah rakyat yang berbilang kaum menghormati ketegasan dan kepintaran beliau.

Kenyataan ini saya petik dari laman YB Drs Idham Lim. Oleh yang demikian apa perlu dirisaukan oleh orang Melayu di Perak? pilih sahaja PR nafikan terus Umno dan BN, tidak kira kecil atau besar DUN dikuasai oleh PAS, DAP tetap akan menyokong PAS untuk meletakkan Nizar sebagai Menteri Besar. Jalan paling mudah pangkah PAS pangkah Pakatan Rakyat.

DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi



8 Rabiul Awal 1432H.

IPOH, 10 Feb.:- DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan juga oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.

"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.

Dr. Asri :REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.

tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg

First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

mubarak-image.jpg

Gambar Hiasan

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Monday, January 31, 2011

Yusof al-Qardawi : Semua pemimpin Arab korup "Harus bertanggung jawab"


Dr Yusuf al-Qaradawi
Ulama Islam terkenal Dr Yusuf al-Qardawi menuduh para pemimpin Arab yang korup melayan rakyat mereka dan menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang untuk tetap berkuasa.


Dalam khutbah Jumaat-nya, Syeikh Qardhawi, Presiden General Union of Muslim Scholars, menuduh rejim Tunisia menggunakan kekerasan berlebihan terhadap pendemonstrasi, serta menyalahkan presiden digulingkan Ben Ali untuk semua rusuhan awam di negara itu.

Dr Qardhawi menyeru warga Tunisia untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan tanpa bergantung pada kekuatan Barat yang dianggap musuh-musuh Islam.

Beliau mengulangi kritikannya terhadap cadangan Perancis yang kononnya untuk memberikan bantuan kepada rejim yang sedang sakit di Tunisia bagi menindakkan pendemonstrasi. "Kami mengucapkan terima kasih kepada Perancis, kami tidak memerlukan bantuan anda" kata Dr Qardhawi.

Beliau berterusan mengkritik sikap Perancis yang canggung pada isu-isu Arab dan Muslim seperti konflik Palestin-Israel dan larangan atas tudung di Perancis.

Syeikh Qaradhawi menyeru semua pemimpin korup di dunia Arab dan Muslim untuk menghentikan sikap mereka sambil menggesa supaya mereka membentuk sebuah badan bebas untuk mengadili semua pemimpin korup supaya bertanggung jawab atas perbuatan mereka.

"Tiada siapa yang harus mengatasi undang-undang. Siapapun yang mencuri wang atau melakukan penyelewengan harus dihukum, "kata Dr Qardhawi. Beliau merujuk pada apa yang berlaku di Tunisia dan menggambarkannya sebagai tuntutan yang adil dan hanya tuntutan yang biasa untuk melalui kehidupan yang sewajarnya.

Beliau juga berkata: "Masyarakat perlu membuat penilaian mereka sendiri dan menyingkirkan para pemimpin korup yang kaya sedangkan rakyat mereka tidak boleh atau sukar mencari sesuatu untuk dimakan." Ia menyeru kepada warga Tunisia untuk waspada dan berserah kepada Allah dan berdoa untuk menyingkirkan pengkhianat dan menjalani kehidupan yang selayaknya.


Wednesday, January 26, 2011

Singapore kata Najib rasional?

Seketika tadi saya meneliti artikel di Malaysia Insider berkenaan Lee Kuan Yew menyatakan Najib rasional. Artikel tersebut boleh di baca di sini.

Terfikir juga saya kenapa? Sebab Lee Kuan Yew ini tidak puji tanpa sebab, era Tun Dr Mahathir seringkali hubungan antara Malaysia - Singapura tegang beberapa kali, bagaimanapun sejak Malaysia membatalkan rancangan membina jambatan bengkok Singapura mula berlembut, lebih berlembut lagi apabila Malaysia menyerahkan pulau batu putih dan terbaru KTM di Tanjung Pagar.

Pada tahun 2003 saya bekerja di Singapura dan masih teringat lagi papan tanda ini

Setelah sekian lama, papan tanda ini akhirnya di tarik pada tahun 2004 demi untuk menjaga hati Singapura walaupun benar itu adalah tanah milik Malaysia.

Kini bukan sahaja papan tanda, tanah milik KTM juga akan diserah semula kepada Singapura, maka hilanglah tanda bahawa Singapura satu ketika dahulu dimiliki oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Johor.

Oleh yang demikian rasional lah jadinya. Saya rasa rakyat Johor masih menantikan permohonan Sultan Johor supaya jambatan bengkok tersebut dibina. Adakah mampu jadi kenyataan, kerana jika difikirkan Tun Dr Mahathir cukup marah kepada Tun Abdullah, tapi berlembut juga dengan Najib walaupun Najib berpegang kepada tidak membina jambatan bengkok seperti Tun Abdullah.

Kita bukan mahu ketegangan, tapi kita mahu hak rakyat dan negara sampai kepada negara dan rakyat. Perairan Johor di selatan sehingga kini masih kotor dek kerana tambak, jalan juga sesak, kapal juga tidak mampu lalu dek kerana tambak yang sekian lama menghalang.

Saya fikir rakyat Johor melalui pengundi Tenang perlu memberi signal tambahan kepada Kerajaan Johor dan Persekutuan supaya mereka menjawab permohonan Sultan Johor dengan kadar segera.

Selamat mengundi kepada Pengundi DUN N5 Tenang. PR Kecil ini beri signal, PRU-13 beri kuasa kepada PR saya yakin PR mampu mengubahnya.

Tenang : Suara Wanita. Suara Muslimat. Mampu menggegar DUN Johor

Gambar : Cikgu Mala dan YB Nurul Izzah

Pimpinan Pelapis Pakatan Rakyat di Parlimen dan DUN. Wanita PR mampu mewakili Malaysia untuk menggegar dunia.

Tuesday, January 25, 2011

PRK N5 Tenang : Akal cetek pon boleh jadi menteri

Seketika tadi saya baru sahaja selesai membuat laporan untuk pra-audit kepada salah sebuah syarikat gergasi berpengkalan di Bangkok. Kemudian sambil minum kopi saya membelek akbar di dalam talian dan terketawa kecil apabila membaca kenyataan Ahmad Maslan berkenaan harga barang. Jawapan paling dungu dan bodoh dikeluarkan oleh seorang Ketua Penerangan Umno dan juga seorang menteri boleh dirujuk disini.

Bagaimanakah kerajaan negeri hendak turunkan harga barang? Segala jenis cukai dibayar kepada kerajaan pusat, subsidi mintak kerajaan negeri yang bagi. Saya beri jawapan mudah, kalau mahu tengok Kerajaan PR bantu kurangkan harga barang, hang pi bagi kerusi majoriti kepada PR. PR bentuk kerajaan hang tengok lah sendiri. Selangor berpuluh tahun BN pegang, sehingga hari terakhir Khir Toyo jadi MB tak pernah pon air diberi percuma 20meter padu. Itu pon dah cukup besar bagi penduduk Selangor.

Amat malang bagi rakyat yang berkerajaan BN air bertambah mahal, letrik yang dipakai dijana di negara sendiri berlipat kali ganda mahalnya setiap 3 hingga 5 tahun. Lebih malang lagi letrik yang dipakai mahal oleh rakyat tapi subsidi pula untuk penjana elektrik bebas. Bukan RM300 tapi berbillion ringgit.

Tujuan sebenar bukanlah untuk melindungi rakyat, cuma memperkudakan rakyat bagi memperkayakan kroni masing-masing.

Monday, January 24, 2011

Muhyiddin patut minta MCA mohon maaf bukan setakat henti permainkan Islam

Setelah saya menulis semalam berkenaan isu salam yang dimainkan oleh MCA melalui CSL. Ianya jelas menunjukkan MCA anti Islam bergayut dengan Umno untuk kepentingan politik.

Sepatutnya CSL memohon maaf secara terbuka kepada Cikgu Mala, PAS dan seluruh umat Islam.

Ayuh rakyat tenang kita tumbangkan pengkhianat agama, inilah peluang kita naikkan tokoh muslimat yang bakal menggegar DUN Johor seperti mana YB Dr. Lo'Lo di Dewan Rakyat, YB Dr. Siti Mariah di DUN Selangor dan ramai lagi tokoh muslimat di Parlimen dan Negeri-negeri.

Satim Diman Pembohong dan Pengkhianat

Media hari ini RTM, TV3, NTV7, Channel 8 dan TV9 memutarbelit pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959. Selain dari itu Ketua Pembangkang yang tidak rasional dan putar alam iaitu YB Satim Diman berbohong dan khianat kepada pengembalian kuasa kepada Sultan dan Rakyat Negeri Selangor.

Berikut adalah teks ucapan YAB MB Selangor dengan jelas dan terang, malah lengkap dengan kronologi bagi menjelaskan kewajaran Kerajaan untuk di amati.

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.

Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road showke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

  1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

  2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

  3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.