Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Friday, February 20, 2009
Dato' Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan ini Pengerusi Tetap UMNO ke Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tak tahulah saya statement anak Pakcik Hamdan ni tak habis-habis "kami profesional, kami tidak akan komen dan kami salurkan ke Peguam Negara", kemudian mengulang "Dia lah yang menimbulkan perkara ini" Dialah itu Dialah ini.
Semua orang disini sebut "Kepala penipu". Memang tak malu mereka ini. Dia tidak salah guna kuasa, orang lain semua salah guna kuasa.
Apalah nasib Malaysia, dah la PM nya ngantuk, TPM nya pulak penipu, Menteri Pelajaran Samseng, Ketua Pesuruhjaya SPRM pulak nampak dungu.
Thursday, February 19, 2009
SultanSepatutnya Bubarkan DUN Perak sekarang
Saya mengambil pendekatan adil dalam dua hala.
Katalah PRU baru-baru ini BN menang seperti mana PR, dan katalah PR buat seperti BN dengan menyorokkan ADUN serta membeli belah mereka. Maka Sultan Perak akan menerima kunjungan wakil PR dan mengiktraf mereka sebagai Kerajaan Baru Perak dengan melantik YAB Nizar sebagai MB baru menggantikan YB Tajul Rosli. Sudah tentu perkara yang sama berlaku YB Tajul tidak akan meletak jawatan kerana dia dilantik secara sah, dan dia masih ketua Kerajaan Negeri kerana :
1) Sultan tidak boleh memecat beliau, walaupun boleh melantik beliau.
2) YB Tajul (sebagai MB) hanya boleh dipecat oleh ADUN melalui undi tidak percaya di dewan.
3) YB Tajul sukarela meletakkan jawatan.
4) YB Tajul tidak meninggal dunia
Sekiranya YAB Nizar meneruskan hasrat untuk berjumpa Sultan Perak bagi memohon pekenan menubuhkan kerajaan Perak yang baru dengan melantik Exco baru, Sultan tidak sepatutnya bersetuju kerana beliau bukan Ketua Kerajaan yang sah apatah lagi orang luar Perak. Perak masih mempunyai Ketua Kerajaan suka atau tidak Sultan tidak boleh memecat MB iaitu YB Tajul. Jika terjadi Speaker DUN boleh mengeluarkan arahan mesyuarat jawatankuasa kebebasan dewan kerana YAB Nizar tidak menghormati dewan dengan menerima perlantikan baru sedangkan MB lama masih berfungsi. Lihatlah betapa kucar-kacirnya kerajaan apabila peraturan yang sepatutnya diikuti dilanggar oleh pelbagai pihak.
Speaker DUN yang masih berfungsi boleh menjalankan apa yang perlu, oleh yang demikian tiada istilah tidak menghormati keputusan Sultan, kerana Sultan kelihatan tidak menghormati Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Beliau bertindak betul masakan boleh ada dua MB dalam satu negeri, keengganan YB Tajul meletak jawatan adalah hak beliau. Yang perlu berlaku adalah sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya kepad YB Tajul. Sekiranya YB Tajul tumbang dengan undi tidak percaya maka barulah laluan terbuka untuk YAB Nizar memohon perkenan kepada Sultan untuk menubuhkan kerajaan baru. Tetapi sekiranya tidak diperkenankan maka DUN boleh dibubarkan, kerana sudah tiada Ketua Kerajaan dan Sultan tidak memperkenankan Kerajaan baru kerana kerajaan tersebut tidak stabil.
Oleh yang demikian jalan terbaik adalah membubaran DUN, kerana pilihan rakyat menjadi azimat dalam amalan demokrasi.
Gangguan yang telah dibuat oleh DS Najib amat hina dan keji, kerana gangguan tersebut bersifat mementingkan diri sendiri dari keharmonian demokrasi di Malaysia.
Wednesday, February 18, 2009
TV3 dan Polis cakap kepada siapa?
Adakah rakyat menipu? UMNO/BN masih belum mahu berubah. Rasakan hukuman yang akan diberikan oleh rakyat. Ayuh rakyat Malaysia bersatu
Friday, February 13, 2009
Awas 7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau : Persediaan untuk pengganas
Secara kasarnya rakyat memerhatikan bahawa SPR mengikut telunjuk UMNO/BN supaya pengikut mereka bersedia menerima kepimpinan baru yang tak mau berubah itu.
Jika selepas March 09 ni sipengganas berkuasa, sudah tentu akan jadi lebih ganas dan tidak berperikemanusiaan
Tuesday, February 10, 2009
Siapa Sibuk Mentadbir Siapa Sibuk Berpolitik
Tanpa disedari indeks Bursa KL jatuh merudum kerana Menteri Kewangannya tak reti bekerja.
Kemudian inflasi tidak dikawal oleh Menteri Kewangan, sibuk ke Perak akhirnya harga beras dan gula bakal naik.
Rakyat yang menjadi mangsa, orang yang menghancurkan orang Melayu dianggap pembela Melayu.
Orang yang membela Melayu glokal melupakan Melayu, Cina dan India marhaen disanjung oleh pembesar,
Orang yang membela Melayu, Cina dan India marhaen pula dianggap pengkhianat.
Orang yang sibuk berpolitik untuk gologan glokal dia diangkat
Orang yang sibuk mentadbir untuk rakyat marhaen di tumbangkan
Apalah nasib rakyat apabila pilihan di pena tidak diiktiraf. Semoga Allah membalas mereka dengan sewajarnya
Alftihah buat Ustaz Haji Roslan Shaharum
Buat sahabat-sahabat dan seluruh rakyat Malaysia hayatilah beberapa rangkap lagu ini :
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Takbir !! Allah hu akbar
Friday, February 6, 2009
Babak Seterusnya : Perak Dilanda Krisis Perlembagaan
Pendapat saya YAB Dato Seri MB tidak mengingkari Sultan, malah membela Sultan dengan memohon untuk membubarkan DUN atau memanggil satu Persidangan DUN negeri untuk membolehkan ianya disahkan oleh Persidangan DUN sama ada undi tidak percaya atau tidak. Tindakan Sultan ini telah menyebabkan kelihatan Sultan seolah-olah ditekan kerana ianya tidak selaras dengan undang-undang sedangkan Sultan Perak adalah antara pengamal undang-undang.
UMNO/BN telah merampas kerajaan dengan cara yang amat tidak senonoh dan kelam kabut.
Semoga Allah membalas perbuatan mereka yang zalim ini. Subhanallah
Wednesday, February 4, 2009
Babak Seterusnya
Semoga Allah SWT membalas kerja jahat tersebut dengan kuasanya. Saya menyeru rakan-rakan solat hajat memohon kepada Allah semoga ikatan kita kuat bersatu dan rakyat bersama pemimpin Pakatan Rakyat.
Dibelakang Tabir ... Drama di Perak berlaku sebegini (babak 2)
Monday, February 2, 2009
Dibelakang Tabir ... Drama di Perak berlaku sebegini
DS Najib call Pak Lah "Macam mana ni Pak Lah?",
Pak Lah pon kata, "hang dah mula hang kena habihkan, malu aku semalam dah sebut kat TV", hang jangan sampai aku malukan hang pulak".
DS Najib kata "OK Pak Lah, Saya call SPR"
Babak seterusnya kita tunggu keputusn SPR.
Rasuah, Politik Wang UMNO - Merepek sahaja
Takut sungguh mereka bila SPRM nak siasat, kejap kata nak berubah sekarang kelihatan tidak berubah.
Saya kira wajar penyokong UMNO tinggalkan sahaja dahan yang rapuh itu, penuh dengan fitnah, kebobrokan, rasuah, salahguna kuasa, kezaliman, dan banyak lagi.
Sunday, February 1, 2009
Tidak Hairan bila ADUN PR lompat ke BN
Seperti biasa sertai UMNO semua kesalahan akan hilang, bila bukan parti mereka semua orang itu berdosa.
Rakyat pasti akan menghukum mereka. Semoga Allah juga membalas perbuatan mereka.