Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label krisis perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label krisis perlembagaan. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

PRK N5 Tenang : Akal cetek pon boleh jadi menteri

Seketika tadi saya baru sahaja selesai membuat laporan untuk pra-audit kepada salah sebuah syarikat gergasi berpengkalan di Bangkok. Kemudian sambil minum kopi saya membelek akbar di dalam talian dan terketawa kecil apabila membaca kenyataan Ahmad Maslan berkenaan harga barang. Jawapan paling dungu dan bodoh dikeluarkan oleh seorang Ketua Penerangan Umno dan juga seorang menteri boleh dirujuk disini.

Bagaimanakah kerajaan negeri hendak turunkan harga barang? Segala jenis cukai dibayar kepada kerajaan pusat, subsidi mintak kerajaan negeri yang bagi. Saya beri jawapan mudah, kalau mahu tengok Kerajaan PR bantu kurangkan harga barang, hang pi bagi kerusi majoriti kepada PR. PR bentuk kerajaan hang tengok lah sendiri. Selangor berpuluh tahun BN pegang, sehingga hari terakhir Khir Toyo jadi MB tak pernah pon air diberi percuma 20meter padu. Itu pon dah cukup besar bagi penduduk Selangor.

Amat malang bagi rakyat yang berkerajaan BN air bertambah mahal, letrik yang dipakai dijana di negara sendiri berlipat kali ganda mahalnya setiap 3 hingga 5 tahun. Lebih malang lagi letrik yang dipakai mahal oleh rakyat tapi subsidi pula untuk penjana elektrik bebas. Bukan RM300 tapi berbillion ringgit.

Tujuan sebenar bukanlah untuk melindungi rakyat, cuma memperkudakan rakyat bagi memperkayakan kroni masing-masing.

Sunday, June 20, 2010

Apa UBN itu ikut perlembagaan kah?

Pelik juga apabila komen DS Najib menyatakan bahawa notis pilihanraya tiga bulan tiada dalam Perlembagaan. Adakah rampasan Kerajaan Negeri Perak itu mengikut perlembagaan, adakah rasuah itu mengikut perlembagaan, adakah perlembagaan minta lesen judi bola?, adakah peruntukan perlembagaan terdahap hak kerajaan negeri dalam hasil Petroleum di ikuti? adakah hak Kerajaan Negeri seperti dalam peruntukan Perlembagaan dalam konsep Persekutuan itu dipatuhi?

Kalau cakap tidak serupa bikin usah bicara pasal perlembagaan. Idea pintar dari PR bahawa tiada kebebasan penuh kepada PM sahaja untuk umum pembubaran Parlimen dan DUN telah memeningkan dan memalukan DS Najib.

Kesimpulannya nampak sangat PM tidak bijak, malah memperbodohkan diri bukan sahaja rakyat. Krisis perlembagaan bermula apabila pemimpin Kerajaan tidak faham perlembagaan.

Tuesday, November 17, 2009

SPR bermasalah, tunggang langgang perlembagaan dibuatnya

Hairan melihatkan keputusan SPR yang memohon penangguhan terhadap keputusan mahkamah berkenaan DUN Kota Seputeh. Apa kaitan SPR untuk memohon tangguh, SPR agen umno atau agen rakyat? Sepatutnya dari awal lagi SPR melaksanakan pilihanraya, bukan sibuk campurtangan urusan patut atau tidak. Peraturan ini biasa, apabila speaker dah umum dgn berdasarkan perlembagaan kerja SPR hanya melaksanakan pilihanraya.

Saturday, August 1, 2009

Peniaga??

TV3 cerita masalah peniaga?
masalah orang teraniaya siapa yang bela?

Monday, May 11, 2009

Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang

Tidak terkesan sekiranya keputusan Mahkamah membelakangkan undang-undang. Bagaimanapun indahnya badan legislatif apabila mendepankan undang-undang.

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Saturday, May 9, 2009

Demokrasi musnah di Perak, samseng di angkat pembela di lucut

Sayang, Kesultanan Perak adalah sebuah negeri yang dipercayai penyambung legasi Kesultanan Melaka. Lagu negeri Perak juga dijadikan irama Lagu Negaraku, negeri ini juga adalah yang pertama menerima residen British, khamis lalu mencatat satu lagi sejarah hitam iaitu samseng bermaharajalela. Dewan Undangan Negeri Perak dihina-sehina hinanya oleh UBN Perak, Pegawai PTD Perak serta Pegawai Polis di Perak.

Rakan-rakan di luar negara juga memberi respons yang semakin negatif terhadap kebobrokan UBN di Perak. Apalah nasib Malaysia menerima pemimpin sekotor UBN ini, tapi sayang masih ada rakyat atau penyokong UBN merasakan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan undang-undang dan rakyat. Merasakan diri mereka tidak terkesan biarlah nasib sahabat lain teraniaya, UBN hanya pandai membuat retorik politik.

Saya menyeru sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang Pakatan Rakyat dan melaknat pemimpin UBN.

Thursday, April 30, 2009

UMNO amat bahaya, bertindak ala komunis

Dalam Islam tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara malah Haram disisi Islam, dari sudut sosial juga tidak boleh diterima.

UMNO boleh menggunakan pegawai kerajaan untuk mencapat matlamat mereka. Jika di Parlimen dan DUN yang dikuasai BN. Speaker ada hak untuk menerima atau menolak sesuatu usul. Tapi jika negeri itu bukan BN pula, Speaker tidak ada hak untuk membawa usul malah pegawai kerajaan pulak yang boleh membawa usul. Inilah yang dinamakan bahaya, kerana UMNO meletakkan negara dan negeri ini seolah-olah hak mereka. Hanya mereka yang boleh menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh. Tidak cukupkan dengan pengajaran yang rakyat berikan? 

Oleh itu kerajaan UMNO/BN sentiasa meletakkan negara ini sebagai hak mereka adalah haram sama sekali. Jika mereka tidak suka Sultan mereka akan mencaci disetiap akhbar arus perdana, mereka juga boleh ubah apa sahaja untuk mengikut kehendak mereka, campak dan keluarkan ISA adalah mainan mereka, peraturan juga boleh diubah mengikut kesesuaian mereka. Mereka kuasai Selangor, air adalah milik Selangor, bila mereka tidak menguasai Selangor air adalah milik pusat, mereka menguasai Parlimen DUN speaker berkuasa / kebal di dewan, mereka tidak menguasai Parlimen/DUN Speaker tiada kuasa dan tiada hak. Kehendak rakyat memang diketepikan, hak rakyat juga diketepikan. Tidak ubah seperti komunis.

UMNO/BN tidak berubah dan tidak akan berubah. Amat memalukan mempunyai pemimpin seperti ini. Terus terang dari luar negara imej kita amat teruk.   Ini adalah regim yang sangat bahaya diktator berparti seperti komunis. PRU 13, rakyat perlu ajar penafsu, pemeras, penzalim, pemusnah, dan pemandi darah ini perlu ditumbangkan sama sekali. Bukan kita membenci mereka tapi penzalim memang perlu dibenci.

Saya tidak rasa mustahil apabila mereka kalah dalam PRU13 mereka akan menjadi seperti penyokong Thaksin di Thailand, kerana mereka tidak dilatih dan diajar dengan erti menang dan kalah dan adab perjuangan.

Saturday, April 4, 2009

Cukupkah?

Setelah menjadi perancang utama menjatuhkan kerajaan yang sah kini setelah menjadi PM cuba menunjukkan keterbukaan beliau dengan melepaskan pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta melepaskan tahanan ISA.

Sudah sempurnakah bungan demokrasi? Belum

Saya kira sebagai langkah pertama sepatutnya beliau menyerahkan kembali Kerajaan tersebut kepada yang hak atau membantu YAB Nizar untuk membubarkan DUN Perak. Serahkan kepada yang hak. Selesaikan krisis Perlebagaan Perak dengan sesegera mungkin.

Monday, March 30, 2009

PRU Kecil 3B - UMNO tidak muhasabah masih mahu memfitnah

Persepsi pertama saya selepas selesai persidangan UMNO, mungkin akan berlaku sedikit perubahan mungkin mereka akan lebih profesional dalam berpolitik. Jika dilihat selain Presiden baru UMNO yang terpalit dengan tuduhan berat, mereka mempunyai barisan kepimpinan baru yang lebih baik dari sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyidin, Datuk Zahid Hamidi, dan Datuh Shafei Apdal.

Malangnya yang buruk lebih menguasai UMNO rupanya, fitnah pertama dilempar oleh MB tidak rasmi perak dalam Berita Harian kepada YAB MB Perak DS Nizar iaitu:

--------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel fitnah Zambry Kadiaq di Berita Harian :

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Lihatlah betapa buruknya fitnah tersebut. Kita lihat jawapan rasmi DS Nizar di blog peribadinya, saya tampal semula dibawah :

Ulasan blog Hj Nizar:

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Thursday, February 19, 2009

SultanSepatutnya Bubarkan DUN Perak sekarang

Sultan Perak pada ketika ini sepatutnya tidak boleh memandang ke belakang lagi, yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Akibat dari krisis Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak segala bentuk pentadbiran tidak dapat bergerak secara rasional.


Saya mengambil pendekatan adil dalam dua hala.


Katalah PRU baru-baru ini BN menang seperti mana PR, dan katalah PR buat seperti BN dengan menyorokkan ADUN serta membeli belah mereka. Maka Sultan Perak akan menerima kunjungan wakil PR dan mengiktraf mereka sebagai Kerajaan Baru Perak dengan melantik YAB Nizar sebagai MB baru menggantikan YB Tajul Rosli. Sudah tentu perkara yang sama berlaku YB Tajul tidak akan meletak jawatan kerana dia dilantik secara sah, dan dia masih ketua Kerajaan Negeri kerana :



1) Sultan tidak boleh memecat beliau, walaupun boleh melantik beliau.

2) YB Tajul (sebagai MB) hanya boleh dipecat oleh ADUN melalui undi tidak percaya di dewan.

3) YB Tajul sukarela meletakkan jawatan.

4) YB Tajul tidak meninggal dunia


Sekiranya YAB Nizar meneruskan hasrat untuk berjumpa Sultan Perak bagi memohon pekenan menubuhkan kerajaan Perak yang baru dengan melantik Exco baru, Sultan tidak sepatutnya bersetuju kerana beliau bukan Ketua Kerajaan yang sah apatah lagi orang luar Perak. Perak masih mempunyai Ketua Kerajaan suka atau tidak Sultan tidak boleh memecat MB iaitu YB Tajul. Jika terjadi Speaker DUN boleh mengeluarkan arahan mesyuarat jawatankuasa kebebasan dewan kerana YAB Nizar tidak menghormati dewan dengan menerima perlantikan baru sedangkan MB lama masih berfungsi. Lihatlah betapa kucar-kacirnya kerajaan apabila peraturan yang sepatutnya diikuti dilanggar oleh pelbagai pihak.


Speaker DUN yang masih berfungsi boleh menjalankan apa yang perlu, oleh yang demikian tiada istilah tidak menghormati keputusan Sultan, kerana Sultan kelihatan tidak menghormati Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Beliau bertindak betul masakan boleh ada dua MB dalam satu negeri, keengganan YB Tajul meletak jawatan adalah hak beliau. Yang perlu berlaku adalah sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya kepad YB Tajul. Sekiranya YB Tajul tumbang dengan undi tidak percaya maka barulah laluan terbuka untuk YAB Nizar memohon perkenan kepada Sultan untuk menubuhkan kerajaan baru. Tetapi sekiranya tidak diperkenankan maka DUN boleh dibubarkan, kerana sudah tiada Ketua Kerajaan dan Sultan tidak memperkenankan Kerajaan baru kerana kerajaan tersebut tidak stabil.

Oleh yang demikian jalan terbaik adalah membubaran DUN, kerana pilihan rakyat menjadi azimat dalam amalan demokrasi.

Gangguan yang telah dibuat oleh DS Najib amat hina dan keji, kerana gangguan tersebut bersifat mementingkan diri sendiri dari keharmonian demokrasi di Malaysia.


Tuesday, February 10, 2009

Siapa Sibuk Mentadbir Siapa Sibuk Berpolitik

Sepanjang tempoh urusan jual beli kredit dan tunai dimana kini menjadikan Perak ada dua MB seorang TPM sibuk berpolitik huduh untuk motivasikan dirinya, keluarganya dan rakan-rakannya. Apa akibatnya?

Tanpa disedari indeks Bursa KL jatuh merudum kerana Menteri Kewangannya tak reti bekerja.
Kemudian inflasi tidak dikawal oleh Menteri Kewangan, sibuk ke Perak akhirnya harga beras dan gula bakal naik.

Rakyat yang menjadi mangsa, orang yang menghancurkan orang Melayu dianggap pembela Melayu.
Orang yang membela Melayu glokal melupakan Melayu, Cina dan India marhaen disanjung oleh pembesar,
Orang yang membela Melayu, Cina dan India marhaen pula dianggap pengkhianat.

Orang yang sibuk berpolitik untuk gologan glokal dia diangkat

Orang yang sibuk mentadbir untuk rakyat marhaen di tumbangkan

Apalah nasib rakyat apabila pilihan di pena tidak diiktiraf. Semoga Allah membalas mereka dengan sewajarnya

Friday, February 6, 2009

Babak Seterusnya : Perak Dilanda Krisis Perlembagaan

Hari ini Perak melalui satu kejadian yang menyedihkan iaitu Krisis Perlembagaan. Bagaimana mungkin boleh baginda Sultan Perak memecat Menteri Besar, dan melantik Menteri Besar yang baru sedangkan Pilihanraya tidak berlaku. Hanya dengan membawa 28 anggota BN + 3 YB yang Bebas dan diragui mereka boleh membentuk Kerajaan? Jika difikir mustahil Sultan Perak akan membuat keputusan sebegitu rupa tanpa ada tekanan tertentu.


Pendapat saya YAB Dato Seri MB tidak mengingkari Sultan, malah membela Sultan dengan memohon untuk membubarkan DUN atau memanggil satu Persidangan DUN negeri untuk membolehkan ianya disahkan oleh Persidangan DUN sama ada undi tidak percaya atau tidak. Tindakan Sultan ini telah menyebabkan kelihatan Sultan seolah-olah ditekan kerana ianya tidak selaras dengan undang-undang sedangkan Sultan Perak adalah antara pengamal undang-undang.


UMNO/BN telah merampas kerajaan dengan cara yang amat tidak senonoh dan kelam kabut.
Semoga Allah membalas perbuatan mereka yang zalim ini. Subhanallah