Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Kenapa Pertahankan PPSMI

Sedih melihat bekas PM iaitu TDM menyatakan "adakah anda hendak membiarkan orang terjemahkan semuanya kepada anda?" pada pendapat saya apa salahnya Kerajaan menggunakan UKM dan DBP untuk terjemahkan semuanya. Itulah yang dilakukan oleh Jepun, itulah juga yang dilakukan oleh Tamadaun Barat terjemahkan buku sains dan matematik dari Bahasa Arab kepada bahasa mereka. Untuk rakyat mereka, kerana sayangkan rakyat mereka, kerana mereka mengembangkan ilmu itu untuk rakyat mereka, dan bukan disorok sorok serta berbangga bahawa aku seorang tahu!!! Hasilnya bahasa kebangsaan mereka berkembang dan tidak ketinggalan. Berbanding bahasa Melayu kini dah semakin terkebelakang. Kita patut sudah masuk gear 5 menuju negara maju, tapi kita telah tarik gear undur, mengundurkan kereta untuk maju kehadapan. Bukankah buruk sebenarnya?

Tepuk dada tanya iman

Monday, March 9, 2009

PPSMI tidak memberi banyak kesan yang positif.

Melalui pemerhatian pengamatan dan pengalaman saya PPSMI ini pada suatu masa kelak akan menyebabkan
  1. Pelajar Melayu semakin lemah dalam matematik dan sains
  2. Bahasa Melayu gagal menjadi bahasa ilmu.

Saya bukanlah seorang yang pandai berbahasa Inggeris pada satu ketika dulu, saya kira ramai juga hampir sama dengan saya. UPSR saya hanya memperolehi D dalam Bahasa Inggeris tetapi matematik saya memperolehi A. Malah peperiksaan akhir tahun saya mendapat 100% dan mendapat hadiah bagi subjek matematik menewaskan ramai lagi rakan yang mendapat 4A pada ketika itu.

Dalam peperiksaan PMR saya hanya mendapat C dalam bahasa Inggeris tetapi dapat menguasai semua subjek dengan memperolehi A. Pada ketika saya ditingkatan 4 ada seorang rakan memperolehi keputusan seperti saya. Cuma malangnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah beliau tidak begitu cemerlang menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat tempat ke matrikulasi bersama saya.

Sewaktu melangkah ke alam matrikulasi habis semua subjek Matematik, Fizik, Kimia, diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya yang memperolehi keputusan A2 dan A1 untuk semua subjek sains tetapi subjek Bahasa Inggeris saya memperolehi C4 pada mulanya kelabu asap mata dibuatnya. Tetapi KERANA TEORI DAN KONSEP SAINS ITU TELAH DIFAHAMI tugas seterusnya ialah memantapkan Bahasa Inggeris. Saya tidak nafikan terpaksa bekerja keras untuk memantapkan Bahasa Inggeris demi memenuhi cita-cita masuk ke fakulti yang diingini. Ringkasnya saya berjaya menamatkan Ijazah dan tidak ada masalah untuk melalui interview

Apa yang ingin saya nyatakan ialah sepanjang tempoh dari UPSR PMR SPM MATRIKULASI SEHINGGALAH IJAZAH PERTAMA. Berapa ramai anak Melayu tersangkut dalam memahami konsep dan teori sains matematik itu kini? Rakan saya ketika ini mampu mengajar tiusyen matematik dan sains meskipun Bahasa Inggeris nya lebih teruk dari saya ketika di bangku sekolah. Saya juga tidak menjadi masalah dalam membincangkan kontrak dan perjanjian dengan banyak syarikat di luar negara.

Sepatutnya tidak sampai 10 tahun dari sekarang, siapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Malaysia hendaklah mengambil peperiksaan khas Bahasa Melayu kerajaan Malaysia, seperti mana Jepun, Korea, Perancis, dan German. Ketika melawat Kyoto beberapa tahun yang lalu antara tempat persinggahan yang saya pergi adalah di Kyoto Universiti iaitu universiti kedua tertua di Jepun dan ketika itu adalah dalam 10 universiti terbaik didunia. Pelajaran sepenuhnya dijalankan dalam Bahasa Jepun, malah pelajar Melayu yang ada disitu juga dapat menguasai Bahasa Jepun dengan amat baik.

Dalam perbincangan dengan mereka, sahlah yang penting bukan Bahasa Inggeris tetapi ilmu teori dan konsep dalam matematik dan sains itulah lebih penting dari Bahasa Inggeris itu. Janganlah menjatuhkan Bahasa Kebangsaan semata-mata kerana nafsu serakah politik untuk kepentingan kroni dan beberapa pihak.

Friday, October 17, 2008

Peringatan Raja Melayu

Saya bersetuju bahawa peringatan Raja Melayu bagi peruntukan di dalam perlembagaan menuntut bahawa “Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Oleh demikian semua rakyat perlu memahami peruntukan ini dan orang Melayu sebenarnya tidak perlu risau untuk menukar kerajaan sedia ada, jika tidak dalam masa terdekat ialah pada masa Pilihanraya ke 13 (PRU 13) kelak. Selain dari itu orang Melayu disamping meminta bangsa lain hormat kepada Raja mereka juga perlu hormat. Tidak perlulah mengangkat kain rentang mengeji Raja dan sebagainya.

Orang Melayu perlu memelihara dan melindungi agama Islam, jangan lah mengharapkan Raja atau guru-guru agama sahaja memelihara Islam sedangkan sikap dan tindak tanduk kita lebih kepada kera. Melindungi agama Islam dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup, menjadikan Islam sebagai teras kehidupan serta membangunkan negara bersama Islam.

Selain dari itu sebagai orang Melayu yang memimpin negara janganlah kita meminggirkan Bahasa Melayu, menjatuhkan standard Bahasa Melayu dan merendah-rendahkan Bahasa Melayu. Satu ketika dahulu Bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca". Kini Bahasa Melayu hanya digunakan di nusantara. Tapi di Malaysia sains dan matematik dahulunya di ajar dalam Bahasa Inggeris pada awal kemerdekaan, kemudian dengan titik peluh bertahun-tahun Pegawai Pendidikan mengusahakan Bahasa Melayu didaulatkan sehingga menjadikan Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Apa yang membanggakan Sains dan Matematik yang di ajar dalam Bahasa Melayu satu ketika dahulu telah menjadi sumber rujukan anak-anak Melayu di Selatan Thai, Melayu Singapura, Brunei dan ada sesetengahnya dibawa kepada anak Melayu yang berada diperantauan. Tidak semena-mena Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris semula tanpa perancangan yang rapi. Jika tidak mungkin dalam tahun 2020 dah ada orang eropah buat rujukan untuk sains dan matematik yang dikaji oleh orang Malaysia di dalam buku bahasa Melayu. Tapi perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dirosakkan oleh pemimpin korup yang sudah tidak dapat menilai perjuangan.

Kepentingan kaum-kaum lain juga perlu dipelihara, tidak boleh sekiranya kita sebagai pemimpin Melayu meminggirkan bangsa lain yang duduk bersama-sama dalam satu negara. Kita tidak boleh manafikan sama sekali sumbangan mereka untuk negara kita. Mereka bekerja, bayar cukai, membeli belah, membuka gedung dan sebagainya. Jadi tidak boleh sesekali kita menzalimi mereka. Sudahlah dengan mereka tidak boleh dizalimi dengan orang Islam apatah lagi... Jadi apakah perlu akta zalim wujud.. sekian dahulu, tepuk dada tanya Iman