Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Monday, February 28, 2011
Mengenali Dr Yusuf al-Qaradawi
Tuesday, January 18, 2011
Review Blog Abg Roslan SMS : PAS memegang amanah memperkasakan Islam
Enakmen ini telah dilulus dan diwartakan pada tahun 1995 iaitu di bawah kerajaan BN yang diterajui Umno. Namun demikian ia tinggal di atas kertas tanpa sebarang inisiatif untuk memastikan ia dilaksana dan dikuatkuasakan memandangkan Umno tidak meletakkannya sebagai suatu keutamaan. Enakmen ini dijaja apabila berhadapan dengan pengaruh PAS semasa kempen pilihanraya tetapi setelah kempen ia kekal sebagai hiasan dalam kertas.
Kini PAS merupakan rakan kongsi dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. PAS jelas prinsip dan dasar perjuangannya iaitu bermatlamat mahu memartabatkan Islam. Walaubagaimanapun kedudukan PAS dalam kerajaan campuran ini tidaklah mutlak sebagaimana contohnya di Kelantan. Oleh itu capaian keupayaan politiknya terbatas, namun tidak bermakna ia harus diam dan berpeluk tubuh.
Dengan sedikit kuasa yang ada ia perlu berusaha, tidak seperti Umno yang punya kuasa mutlak namun sunyi menikus apabila berhadapan dengan tuntutan Islam.
Perkembangan yang melibatkan MPSJ adalah satu contoh dimana PAS di Selangor akan berusaha secara hikmah, mencari peluang member makna dan keperkasaan kepada Islam dimana sahaja ada ruang.
Enakmen ini telah sedia ada, ia mungkin tidak menepati sepenuhnya tuntutan syariat Islam sebenar sebagaimana termaktub dalam al Quran dan Hadis, tetapi sekurang-kurangnya ia suatu permulaan, suatu ruang terbuka, yang perlu dipergunakan bagi menjelas mesej Islam dan bagaimana Islam berusaha menyelamtkan ummah dari kancah kebinasaan.
Selangor adalah sebuah negeri yang bermasyarakat majmuk. Kehadiran masyarakat berbilang kaum di Selangor menuntut PAS membawa kaedah yang berhikmah dalam menerap dan memperkenalkan Islam walaupun sekadar dikalangan masyarakat Islam sahaja.
Masyarakat bukan Islam, bukan pasti akan merasa terancam, gelisah dan tidak senang apabila kita mengambil langkah melaksanakan Islam dalam masyarakat. Inilah realiti yang ada, oleh itu kita dituntut agar sentiasa bijaksana, yang penting kita ada usaha dan iltizam.
Seluruh ahli dan pimpinan PAS sedar bahawa dengan amanah yang ada walaupun bukan mutlak, pertanggungjawaban terhadap amanah itu sentiasa berdiri di hadapan. Menang bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat kemenangan ini akan dipersoal oleh Allah swt. Oleh itu ruang kemenangan ini perlu diperguna bagi membawa mesej Islam dan mempamirkan keadilannya kepada masyarakat.
PAS Selangor menyumbang dalam berbagai peringkat untuk memartabatkan Islam melalui kerajaan Pakatan rakyat ini. Gaya kepimpinan Islam dikalangan pimpinan masyarakat dari EXCO ke ahli parlimen, ADUN terus ke ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, JKKK PAS perlu diserlahkan. Program-program Islam termasuklah memerdekakan masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, menjadikan masjid sebagai wahana transformasi ummah, menghidupkan institusi pengajian dan pendidikan Islam, membawa keadilan dalam pengagihan zakat dan bantuan, menerapkan unsure Islam dalam aktiviti dan program kerajaan, semua ini dihidupkan hasil kehadiran PAS dalam kerajaan.
Biar ada bezanya antara PAS memerintah dan Umno walaupun kedudukan PAS hanya kecil berbanding Umno dalam kerajaan. PAS mahu ganti Umno, kerana itu PAS perlu serius dan berterusan dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt di Selangor ini untuk menzahirkan keadilan Islam.
Credit to Roslan SMS
Thursday, September 2, 2010
Hairan
Apabila PAS bersama2 PKR dan DAP, pimpinan Islam berjaya membina dakwah, malah bersama-sama sedaya mungkin menunjukkan keindahan bersama pemimpin Islam yang bijak. Maka wujudnya pemulihan terhadap Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan masjid menjadi meriah dgn aktiviti dek kerana pemimpin negeri masing2 mengembalikan peruntukan. selain itu sudah ada pemimpin bukan Islam berani mengambil contoh ayat dari Quran, menentang lesen arak dan judi yg terlalu berleluasa. selain itu mereka kini mahu mendekati masyarakat Islam di masjid2 dan disurau2.
Adakah kerana kejayaan itu orang Melayu terasa terancam? Orang Cina merasa diri mereka dijerat? Org India merasa terpinggir? Sama sekali tidak malah mereka gembira bersama kerajaan yang prihatin. Malah ada negeri yang sanggup di saman oleh syarikat air swasta semata-mata mahu pertahankan hak air rakyat. Yang ajaibnya syarikat air ini begitu berkuasa sehingga TPM pertahankan mereka yang hendak menekan rakyat sedangkan empunya syarikat bergaji beratus ribu Ringgit duduk di atas perniagaan yang asalnya adalah hak rakyat di negeri yang berdaulat.
kehairanan ini memuncak kerana kebenaran dirasai tapi fitnah dan pembohongan menghiasi media arus perdana tanpa malu dan segan silu. mereka berani berbohong kerana pada mereka aku boleh buat apa sahaja.
PAS PKR DAP sangat biasa kalah dlm PRU dan PRK. tidak pernah dgn kekalahan itu mereka mengangkat keganasan melalui fitnah mahupun pembunuhan. tetapi hairan dikala pengaruh PAS melebar di era 60 an dikala itu wujud pembunuhan ADUN api perkauman sengaja dibakar, Mujtahid di Memali dibunuh, pemimpin utama PAS dan DAP ditangkap dikala Umno sedang bergolak penghuhung 80an. Tiada dari mereka membakar api perkauman, malah tiada yang mengheret kepala lembu, mahupun merampas kerajaan secara haram. Tetapi merekalah difitnah dan diperlakukan dengan kejam.
Kerana itu rakyat sangat risau kerana melihatkan keadaan tanpa keadilan ini. kerana UBN amat ganas, berlatar belakangkan samseng, jika mereka kalah tidak mustahil mereka ini akan bertindak ganas seperti mana berlaku di Sudan satu ketika dulu parti dominan kalah kepada parti Islam ataupun seperti di Palestin apb Fatah tewas mengejut. juga beberapa kali berlaku di Turkey parti pro Islam dan keamanan diguling malah parti diharamkan.
Adakah polis mampu berlaku adil? Hairan atau tidak?
Wednesday, September 1, 2010
Jenis-jenis Kafir
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)
4. Kafir Harbi, selain dari tiga jenis kafir di atas iaitu kafir yang boleh diperangi.
Saturday, August 28, 2010
Teguran Kepada Progam Singgah Sahur
Bagaimanapun kesempatan yang ada tidak dilupakan untuk duduk bersama keluarga, bersahur, berpuasa, menyediakan juadah berbuka, berterawih, bertadarus dan berqiamulail bersama sahabat dan keluarga bila berkesempatan bersama.
Bagaimanapun ketika menonton program Singgah Sahur anjuran TV3 ada beberapa perkara yang tidak kena dilakukan oleh stesen TV swasta tersebut. Saya perhatikan tiada teguran diberikan, disini ingin saya tegur ketika melawat / menggerak anak-anak yatim muslimah hormatilah aurat mereka. Bayangkan satu Malaysia menonton rancangan ini, sudahlah wartawan TV3 ada yang tidak bertudung siap dengan rambut berwarna, malas hendak persoalkan sembahyang atau tidak. Tidak hairan lah jika anda hendak bersedih atau insaf tapi biarlah beradab dan berakhlak Islam. Kalau benar Islam beradab lah dan berakhlak lah cara Islam, bezakanlah anda dengan orang bukan Islam dengan kaedah Islam.
Saya nasihatkan tak perlulah tunjuk tuan/puan gerak anak muslimah di dalam tv cukuplah sekadar anak2 muslimin sahaja. Hendak melaksanakan sesuatu program perlulah ada ilmu, ada akhlak, dan amalkan.
Monday, January 4, 2010
Petikan Hansard Parlimen YB Ust Taib Azamuddin Berikutan Isu nama Allah awal tahun 2009
Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.
Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...
Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.
Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.
Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,
“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.
Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...
Sunday, August 23, 2009
Majlis Fatwa Boleh Keluar Fatwa rujukan Utusan Malaysia?
Saya teringat bahan bacaan ilmiah menceritakan bagaimana ulamak-ulamak muktabar sanggup dipenjara semata-mata tidak mahu mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan. Dari dahulu lagi antaranya telah ada ulamak yang sanggup menyokong khalifah yang zalim.
Wahh kini, ulamak di Malaysia terutama majlis fatwa kebangsaan boleh mengeluarkan fatwa terhadap seseorang individu tanpa memanggil atau memutuskan melalui tulisan individu itu tersebut. Aurad Muhhammadiah diharamkan oleh Majlis Fatwa dengan mengambil kira kandungan kitab tersebut mahupun sebelum memanggil Ashaari Muhammad itu masih boleh diterima. dan kini Majlis Fatwa memutuskan fatwa melalui utusan Malaysia, atau rakaman separuh-separuh dalam media arus perdana berkenaan kenyataan TG Nik Aziz, tanpa memanggil beliau, malah tulisan di dalam utusan itu adalah kitab umno. Boleh pula begitu?
Tak bolehkah jawatankuasa fatwa kebangsaan memanggil TG Nik Aziz untuk berdialog antara semua jawatankuasa dengan YAB TG Nik Aziz sendiri? Beranikah tindakan yang sama juga dibuat dengan memanggil YAB PM untuk didialogkan berkenaan ISA?
hebat sungguh Majlis Fatwa, dimana integriti? dimana akauntabiliti? dimana prinsip keadilan dalam Islam?
Seorang Islam yang menolak satu ayat dari Al-Quran telah dikira tidak beriman dengan Allah. Bagaimana pula orang yang mempersendakan hukuman hudud? orang yang menangkap, mengurung, dsb insan lain tanpa bicara adakah dibolehkan? banyak lagi untuk disenaraikan.
Hancur musnah Malaysia ini, daripada keutuhan perlembagaan kononnya, sistem kehakimannya, kini Majlis Fatwanya dimusnahkan kerana ingin mempertahankan kuasa umno/bn.
Zaman ini lebih teruk daripada zaman sebelum ini. Kepada ahli Majlis Fatwa saya menyeru, jangan berlaku zalim seperti pemerintah umno dan bn. Adakah gaji dan jawatan menjadi kesusahan kepada tuan-tuan? jika saya yang tidak sehebat ilmu tuan tuan boleh meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan beberapa tahun lalu kerana berboskan orang yang zalim. Dan kini saya cuba berjuang mengikut jalan saya, saya pula sangat kecil berbanding tuan-tuan, adakah tuan-tuan sanggup meninggalkan jawatan menyatakan kebenaran kepada sizalim?
Nasihat dari orang kecil ini berkata benarlah biarpun pahit. Gaji saya, saya usahakan sendiri, selain dari zakat cukai kerajaan tidak pernah saya alpa, tapi saya tidak akan menghalalkan cukai yang dikutip dari saya untuk kerajaan untuk membayar perbuatan zalim serta membayar gaji orang yang menyokong kezaliman. Berapa ramai lagi yang seperti saya? Fikir-fikirkanlah... Nauzubillah hi minzalik.
Friday, June 5, 2009
Pemilihan Muktamar PAS, Cabaran Kepada Perwakilan
Monday, May 11, 2009
Daulah Islamiyyah
Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.
2. Secangkir ayat ini memberi makna yang cukup luas sekali. Tidak lebih dari ingin berkongsi selain memberi peringaran kepada diri ini yang mana dalam ulasan itu lebih penting dinyatakan adalah dakwah itu adalah matlamat, politik itu adalah senjata, demokrasi itu adalah peluru.
3. Akhlak yang terpuji harus ditunjukkan sepanjang proses dakwah yang mungkin memakan masa kerana cabaran itu datang dari banyak sudut.
4. Ketika mana dalam keadaan orang Islam sendiri menentang Islam masakan boleh meminta orang bukan Islam menerima Islam. Jadi akhlak Islam itu harus ditunjukkan oleh semua pemimpin dan pengikut gerakan Islam. kerana telah disebutkan Allah SWT tidak memandang harta, nama, dan pangkat tetapi siapa yang meninggikan kalimah Allah itulah makanya dia berada di jalan Allah.
5. Kasih dan sayang dalam Islam itu merentasi kaum, warna kulit atau bahasa. Kasih sayang itu mampu menjadi pemangkin dalam meredah belukar assabiyyah.
6. Pangkat, jawatan, sanjungan, atau taraf sama ada dia doktor, jurutera, perunding, guru, atau rakyat biasa tidak bermakna jika tidak meninggikan kalimah Allah. Tetapi jika seorang perunding ekonomi itu berniat dengan kental untuk menjadikan Daulah Islamiyyah itu matlamat maka InsyaAllah akan berada di jalanNya.
Monday, April 20, 2009
PAS For All
- Sempena menyambut bakal berlangsungnya Muktamar Parti Islam Se Malaysia (PAS), saya ingin memaparkan sedikit pembaharuan dalam menyampaikan konsep PAS untuk semua di dalam blog ini.
- Di dalam satu usrah baru-baru ini, kami ada berkongsi bersama Naqib berkenaan dengan matlamat PAS itu adalah menegakkan Islam dimuka bumi ini, dengan konsep dakwah meletakkan asas Al-Quran dan Sunnah agar menjadi teladan kepada semua pimpinan politik yang lain serta rakyat Malaysia secara amnya.
- Secara hakikatnya di dalam 50 tahun pentadbiran UMNO/BN mereka meletakkan Islam itu sebagai sampingan atau sekadar syarat sahaja.
- Tetapi dakwah Islam itu tidak diletakkan ditempat yang wajar. Dalam petadbiran, PAS berjaya menunjukkan dakwah dan akhlak Islam kepada semua pemimpin parti politik yang lain sehingga menjadikan mereka tidak takut dengan Islam, tidak takut mendampingi ulama, mencontohi disiplin dan banyak lagi.
- Masalahnya UMNO/BN tidak senang dengan perkara itu, mereka dahulu berjaya melabelkan PAS ini anti Cina dan India, sedangkan tidak pernah ada dalam dasar PAS untuk anti bangsa lain. Malah PAS amat menolak politik perkauman kerana itulah yang Rasulullah hapuskan ketika hijrah ke Madinah.
- Kini setelah jurang pemahaman rakyat Malaysia itu semakin meluas, mereka kini faham perjuangan PAS. PAS telah lama berjuang, pemimpin PAS bukan setakat pernah dikurung di dalam ISA, tetapi pernah mati di dalam ISA, selain itu juga pemimpin dan pengikut PAS pernah dibunuh, dan ditindas.
- Amat wajar kini orang Melayu yang beragama Islam merubah haluan dari UMNO/BN kepada PAS/Pakatan Rakyat. PAS/PR telah berjaya menunjukkan pentadbiran yang baik penuh dedikasi, gentleman, dan berwawasan.
- Bukan BN sahaja boleh memerintah, PR jauh lebih baik dalam memerintah. PR menunjukkan politik adalah politik, pentadbiran adalah pentadbiran. Dasar kerajaan dijalankan dengan penuh beramanah, tidak bercelaru dan komprehensif.
- Saya bandingkan sementara, BN parti yang sama memerintah benyak merugikan wang rakyat dengan membuat polisi sesuka hati untuk kepentingan sendiri sahaja.
- Semasa Pak Lah memerintah semua memukul gendang Islam Hadhari, memukul gendang jambatan lurus menggantikan bengkok, pertukaran jawatan dari JKKK, hingga pentadbiran pegawai kanan kerajaan, dan GLC sana dan sini yang mana memberi jaminan politik.
- Kemudian bila berubah kepada Tok Jib, Islam Hadhari dikaji semula, jambatan bengkok lebih baik dari lurus, tukar orang ini kepada orang itu, MB ini tidak sesuai untuk mengetuai negeri ini, orang ini lebih sesuai dan banyak lagi.
- Sebagai rakyat kita peduli apa kalau itu duit BN masalahnya itu adalah wang rakyat.
- Tahap profesionalisma yang rendah ini adalah wajar mereka berundur diri atau jika mahu meneruskan pentadbiran, teruskan dengan perubahan yang drastik bukan kosmetik seperti yang berlaku sekarang ini.
- Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab PAS untuk merubah semua ini kepada yang terbaik untuk rakyat.
- Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah.
Saturday, August 16, 2008
Muktamar PAS Mendapat Liputan Hebat
Alhamdulillah permulaan yg cukup baik, walaupun hotel penuh dan bas penuh KL ke Ipoh penat tapi terpaksa memandu dan menumpang dirumah kawan, namun puas hati kerana PAS tetap utuh dengan prinsip perjuangan hanya takut kepada Allah bukan kepada pemimpin, wala' kepada pemimpin tidak bermakna takut kepada pemimpin, malah Muktamar inilah platform terbaik untuk bermesyuarah dan bermuzakarah secara kolektif. Inilah hebatnya struktur organisasi PAS berbanding organisasi politik lain di negara ini.
Namun tahun ni media massa yang menjadi alat UMNO BN seperti hilang arah setelah cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat hampir gagal kini mereka tanpa pengetahuan yg mendalam mensensasikan isu didalam Muktamat baru2 ini. Kesian....
Monday, July 28, 2008
Adakah UMNO sedia menerima Dakwah??
Seperti diketahui PAS adalah sebuah parti yg berteraskan Islam, yg mana dakwah menjadi satu tugasan wajib kepada semua ahli-ahlinya. Sebagai muslim ahli PAS diajar dari peringkat akar umbi konsep dakwah yg meletakkan al-Quran dan al-Hadis sebagai landasan.
Saya menyeru kepada presiden umno yg beria-ria dengan muzakarah padahal Mursyidul Am PAS sudah menyatakan dengan jelas Muqabalah, mungkin presiden umno ini telah lama meninggalkan bidang pengajiannya di Universiti Malaya dahulu tu sebab dia lupa, marilah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai landasan. Hapuskan kezaliman kamu, jangan rompak wang rakyat, kembalikan hak rakyat, jangan menabur fitnah, lawan cara jantan, jangan lawan cara pondan, dan sedarilah kesilapan kamu. Secara jelasnya tutup parti umno dan marilah sertai PAS.
Maka Tuan Guru Mursyidul Am menyatakan klu tak nak masuk PAS kita masuk sama2 Parti Islam yg baru. Maka media perdana umno iaitu utusan malaysia tidak habis2 memperbodohkan diri mereka untuk memperbodohkan rakyat dengan memutarkan berita semata-mata untuk memutarkan kepala rakyat.
Dengan cara masuk Parti Islam yg baru kita akan duduk dalam kem dakwah dari akar umbi sehingga peringkat tertinggi. Jangan lupa PAS adalah parti yg berdaftar tertua di negara ini, walaupun majoriti pemimpin PAS ini asalnya guru-guru agama sekolah pondok dahulunya tapi mereka inilah yg tau peraturan, reti nak daftar pertubuhan, reti membaca, dan reti menurut undang-undang.
Bagaimanapun jangan lupa inilah juga parti yg telah dianiaya oleh umno dari dahulu, ahli PAS dibunuh, dihina, dinafikan hak mendapat bantuan kerajaan, dizalimi menggunakan ISA, ditangkap, disembur dan banyak lagi semata-mata kerana mempertahankan agama dan rakyat Malaysia.
Sejarah telah membuktikan kerjasama dengan umno hanya akan merosakkan PAS akhirnya, bayangkan berapa tahun PAS bertungkus lumus menguatkan jentera dari akar umbi,dengan dakwah yg berterusan untuk duduk menjadi Parti Islam yang terulung di dunia kini. Jika tidak kerana kerjasama dengan umno dahulu sudah tentu PAS sudah lama menjadi parti semantap ini.
Oleh yang demikian langkah terbaik ialah dakwah kepada umno untuk sama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat membangunkan Malaysia tanah air tercinta. Masuk PAS tinggalkan umno dan Barisan Nasional, klu tak sanggup masuk PAS sanggupkanlah diri untuk menyemai benih dakwah Islamiyah dalam diri kita kemudian tubuh Parti Islam baru. Sama-sama kita duduk dalam Pakatan Rakyat yg terdiri dari PKR dan DAP. Saya tidak rasa umno boleh buat seperti PAS PKR dan DAP di Perak, jika umno dalam keadaan seperti PAS sudah tentu sekarang ini Perak tengah darurat. Tapi PAS PKR dan DAP lain ideologi tapi ada titik pertemuan. Titik itu tidak terdapat didalam umno kerana terlalu mengagungkan keris dari Quran dan Sunnah.
Jika umno hayati Quran dan Sunnah didalamnya tidak ada kezaliman, tidak ada peras ugut, tidak ada menyuruh menyebar fitnah, tidak ada rompak wang rakyat dan sebagainya. Didalamnya terkandung peraturan lengkap menyatupadukan insan, memperkasakan insan, dan membina rohani insan menjadi pelengkap kepada negara yg kuat dan bersatu. Marilah bersama-sama Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dinegara Malaysia tercinta ini.
Bersedialah menerima dakwah Islamiyyah!!
Monday, July 21, 2008
PAS bukan untuk dipermainkan
- Sudah diduga Pak Lah ada agenda menggunakan PAS setelah keputusan PRU-12 baru2 ini tidak memihak kepada mereka. Adalah menjadi sesuatu yang menjengkelkan apa sebuah parti yang kononnya membela nasib orang Melayu tetapi merekalah yg gagal menaikkan nilai bangsa Melayu malah merosakkan dan melalaikan org Melayu. Kini mereka riuh semula selepas tanah rakyat dirampas dan dibail out pula oleh kerajaan di Port Klang, selepas setinggan2 melayu diroboh tanpa pembelaan, kini barulah teringat semula kepada orang Melayu.
- Asas UMNO kepada memajukan bangsa Melayu semata-mata meletakkan kaedah nasionalis Melayu, cintakan bangsa melebihi segalanya. Dengan semangat nasionalis itulah lahirlah golongan nasionalis kepada Melayu negerinya (Perlis, Kedah, P.Pinang, etc....) , Melayu kaumnya (Bugis, Jawa, Banjar, Minang,....etc) dan Melayu keluarganya (ini yg paling byk)
- Perlu diingat kehebatan bangsa Melayu tidak terletak kepada Melayunya tetapi pada Islamnya Melayu itu. Malah kehebatan empayar Melaka dan Johor-Riau dahulu bukan kerana Melayu tetapi kerana Islamnya bangsa.
- Kerajaan Melayu Melaka zaman kegemilangannya ketika Islam berkembang mekar, malah sejarah membuktikan keadilan dijalankan sewajarnya kepada semua penduduk Melaka, sehingga ada golongan atau bangsa lain memeluk agama Islam dan lahirlah bangsa yang juga dimasukkan dalam rumpun Melayu ketika itu seperti mamak dsb. Rosak pula empayar ini juga kerana Melayunya lebihkan kepada kronisme dan nepotisme.
- Kenapa gemilangnya Melayu ketika itu?kerana konsep Islam digunapakai sebagai satu cara hidup, Islam itu meninggikan martabat manusia tidak kira warna kulit, miskin atau kaya, kerana Islam itu mengutamakan kebajikan kepada yg susah, kerana Islam itu menyatakan perpaduan membangunkan umat tidak mengira bangsa, kerana Islam itulah yang menolak assabiyyah.
- Disitulah konsep yang dibawa oleh PAS untuk rakyat Malaysia, yang diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.
- Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan UMNO? kerana UMNO selama ini telah terbukti menjayakan aspirasi kronisme dan nepotisme yang telah merosakkan nilai bangsa negara Malaysia ini. UMNO dipertanggungjawabkan pada satu ketika dahulu oleh rakyat dan Raja-raja Melayu, tetapi kerana asasnya diletakkan kepada nasionalis semata-meta maka ada sikap menjaga kepentingan bangsa dan keluarga sahaja. Kerana itulah pemimpin utama mereka akan keluar parti bila tidak berkuasa, kerana mereka hanya akan nampak kerosakan UMNO setelah keluar dari awan yang putih rupa-rupanya gelap dibawahnya.
- Adalah tidak mustahil PAS boleh bekerja dengan MCA malah MIC sekalipun, malah jika DAP dan PKR menjadi seperti UMNO tidak mustahil PAS akan akan keluar dari Pakatan Rakyat. Perlu diingat dasar PAS bersama PKR dan DAP ialah kerana matlamatnya tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan dan kebajikan untuk semua. Adakah itu tidak selari dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS? adakah UMNO, MCA dan MIC selama ini memegang kepada prinsip yang tersebut?
- UMNO, MCA dan MIC sama sekali tidak memegang prinsip yang sama, jika orang itu telah diketahui orang PAS dikampung-kampung dahulu sudah tentu subsidi baja sengaja dilewatkan, Pengerusi atau AJK JKKK sudah tentu diberi kepada puak mereka sahaka, majlis perbandaran juga sudah tentu kepada kroni mereka, apatah lagi syarikat2 kerajaan Ahli Lenbaga Pengarah selagi boleh dipilih no.1 umno no. 2 barulah talented, sehingga akhir sekali Naib2 Canselor universiti juga diberi kepada mereka yg no.1 umno, no.2 kelayakan dsb.
- Maka terhasillah Naib Canselor seperti dalam Debat isu harga minyak baru-baru ini. Bila disuruh tanya soalan dia pulak nak berhujjah seolah nak berdebat, bila disuruh tanya kepada shabery ditanya kepada Anwar tapi seruh Shabery jawab, maka tidak hairanlah Mahasiswa kita semakin tidak berdaya saing kerana dah Naib Canselornya sebegitu rupa. Kesian sungguh Malaysia mempunya Naib Canselor sebegitu rupa.
- Sebab itulah saya menegaskan semakin lama UMNO berkuasa semakin rosak lah negara ini. Mereka tidak meletakkan keadilan kena pada tempatnya, lebih kepada kepentingan sendiri. Lihat sahaja pertemuan antara PAS dan UMNO selama ini dirahsiakan kerana titik permuafakatan adalah supaya pertembungan politik tidak menjejaskan akidah umat Islam, Tetapi Pak Lah seperti hilang pedoman menceritakan itu dan ini kerana ingin menagih kekuatan. Belum apa-apa sudah khianat kepada matlamat pertemuan, ini pon sudah menampakkan DAP lebih baik dari sikap UMNO yg hanya inginkan kuasa.
- Kesimpulannya saya setuju kepada pandangan Mursyidul Am PAS bahawa tidak perlu bermuzakarah dengan orang seperti pimpinan UMNO ini, kita lihat PRU 13 mungkin pimpinan mereka sudah berubah jika belum berubah dan masih lagi dengan sikap ingin mengambil kesempatan, tunggu pula selepas PRU yg akan datang, begitulah berlangsung seterunya.