Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label krisis kewangan. Show all posts
Showing posts with label krisis kewangan. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Isu Minyak : Perasankah kita, rakyat ditipu lagi.

Saya masih ingat ketika Datuk Shahrir Samad memegang portfolio Menteri PDNHEP. Beliau menyatakan formula terbaik untuk membantu rakyat dalam krisis harga minyak adalah dengan mengubah RON minyak mengikut keperluan rakyat.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan penukaran RON97 kepada RON99 manakala RON92 kepada RON95 disebabkan kita adalah pengeluar minyak. Tapi jika itu sahaja yang mampu UBN buat silakanlah. Ini disebabkan harga yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, rakyat akan menikmati RON95 dengan harga RM1.75 iaitu RM0.05 lebih murah dari RON97 yang akan dimansuhkan. Maka saya terima.

Saya mencadangkan minyak RON97 dan RON99 dalam pasaran supaya rakyat menikmati minyak yang berkualiti dengan hak sebagai pengeluar minyak. Tekaan saya tepat, sebenarnya tujuan UBN adalah pemansuhan RON92 yang mana sangat minoriti rakyat menggunakannya, seterusnya memperkenalkan RON95 bagi memberi peluang kerajaan memanipulasi harga. Kemudian memansuhkan RON97 dan memperkenalkan RON99 untuk yang berkemampuan semata-mata mengabui rakyat marhaen. Sehingga penulisan ini harga minyak dunia masih lagi disekitar USD69 - USD71. Tidak ada kepentingan untuk kerajaan menaikkan harga minyak.

Ini semua adalah pembohongan secara teknikal yang dirancang untuk mengabui hak rakyat sebagai pembayar cukai. RON95 yang diwar-warkan untuk dilancarkan adalah dengan membohogi rakyat. Adakah dengan cara ini hendak diberikan imbuhan bonus kepada penjawat awam??? adakah ingin mengurangkan cukai??? pembohongan tetap pembohongan.

Friday, May 29, 2009

Malaysiakini : PKA Report for PKFZ by PwC

Ini adalah report yang saya tiru dan tampal dari Malaysiakini.

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong | May 28, 09 6:04pm
Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.

Kerajaan Malaysia juga, tambah laporan tersebut, perlu mengambil tindakan bersepadu untuk memperbaiki semula kedudukan PKFZ supaya menjadi satu pelaburan yang berjaya.

Kabinet meluluskan projek PKFZ pada bulan Mac 1999. Ia mengikut model Zon Bebas Jebel Ali di Dubai.

Bagaimanapun, kos pelaksanaannya telah meningkat dari RM1.957 bilion pada 2001/2002 kepada RM3.522 bilion pada 2008, tidak termasuk kos faedah.

Jika mengambilkira kos faedah, jumlahnya boleh mencecah RM7.453 bilion

Menurut laporan itu lagi, PKA telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk membeli tanah dan memaju projek itu secara turnkey.

Kos anggaran asalnya untuk membeli tanah dan kerja-kerja memajukannya pada 2001 adalah sebanyak RM1.957 bilion.

Bagaimanapun, kos berbelanjaan projek itu telah meningkatkan kepada RM3.522 bilion pada 31 Disember 2008.

Manakala kos faedah daripada bayaran tertangguh kepada KDSB berjumlah RM1.425 bilion, dan ini menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan projek tersebut ialah RM4.947 bilion.

Laporan itu menyebut, PKA tidak mampu membiayai obligasinya kepada KDSB dari sumber kewangannya sendiri pada jadual pertama pembayaran pada tahun 2007.

Berikutan itu, PKA mendapatkan pinjaman mudah RM4.632 bilion dari Kementerian Kewangan (MOF). Pinjaman tersebut menyebabkan kos faedah tambahan RM2.506 bilion, dan menjadikan kos keseluruhan PKFZ mencecah RM7.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, PKA mesti menstrukturkan semula pinjaman mudah dari MOF itu bagi mengelak kemungkinan kegagalan pembayaran pada 2012.

Katanya, unjuran aliran tunai yang disediakan oleh pengurusan PKA menunjukkan bahawa lembaga itu akan mengalami defisit terkumpul tunai antara tahun 2012 dan 2041, selepas membayar dua bayaran ansuran kepada MOF.

Sekiranya PKA gagal untuk menjelaskan bayaran ansuran pinjaman MOF mengikut jadual, dan pembayaran ansuran itu ditangguhkan untuk dipadankan dengan unjuran aliran tunainya, maka menurut laporan tersebut, lembaga itu akan menanggung kos faedah tambahan kira-kira RM5 bilion.

Keadaan itu, tambahnya, akan melonjakkanlagi perbelanjaan projek tersebut kepada RM12.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, tidak dapat dipastikan sama ada PKA telah menerima nilai wang bagi jumlah yang telah dibelanjakan untuk memajukan PKFZ.

Pendekatan PKA dalam melaksanakan projek tersebut, tambahnya, ialah - sebagai satu pembangunan turnkey - tanggungjawab terletak di bahu KDSB untuk menyerahkan kerja-kerja yang telah siap kepada PKA, dengan kadar penyeliaan yang minima.

Tambahan lagi, tegas laporan itu, ia terlalu bergantung kepada juruukur bahan, QS4, untuk mengesahkan kos anggaran berdasarkan kepada rekabentuk-rekabentuk yang telah siap yang dikemukakan oleh KDSB.

PKA, tambahnya, boleh menguruskan projek itu dengan lebih baik lagi, umpamanya, dengan melantik pegawai penyelia yang berkelayakan, bagi memastikan ada pelan induk JAFZI/TSG dan spesifikasi terperinci bangunan/infrastruktur sebelum kerja-kerja dimulakan; menggunakan tender terbuka dalam pemberian kontrak; dan menggunakan juruukur bahan (GS4) sendiri secara lebih berkesan lagi.

Menurut laporan tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT)/PKA boleh mendapat faedah daripada kos pembiayaan yang rendah sekiranya ia mengeluarkan bon jaminan kerajaan untuk membiayai projek tersebut.

Sebagai contohnya, kata laporan itu lagi, PKA boleh mengeluarkan bon pada kadar 4.27 peratus seperti yang dinikmati Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) untuk membeli tanah secara langsung pada harga RM21 sekali persegi (psf) (secara tunai), berbanding RM25 psf (secara bayaran tertangguh).

Oleh itu, tambahnya, jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan bagi membeli tanah tersebut adalah RM1.276 bilion berbanding dengan RM1.808 bilion - membolehkan penjimatan sebanyak RM0.532 bilion.

PKA juga, kata laporan itu, boleh menjimatkan lagi kos pembiayaannya seandainya ia memajukan unit industri ringan (ILU) dalam tempoh lapan tahun sepertimana yang disyorkan dalam pelan induk JAFZI/TSG dan bukannya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Tuesday, March 10, 2009

Belanjawan Mini Tapi Mega - Belanjawan Malaysia

Dalam meneliti belanjawan mini atau bahasa Perbendaharaan Malaysia
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) . Saya dapat merasakan pakej ini hanya memberi kesan jangka pendek manakala kesan jangka panjangnya akan lebih menyukarkan negara dan rakyat. Kenapa??

Yang paling jelas adalah defisit pada belanjawan ini pendapat saya terlalu tinggi iaitu 7.6%, apabila di nilai dengan simpanan emas negara yang terlalu rendah serta nilai eksport terlalu rendah pada Januari 2009. Menjadikan sandaran Ringgit terlalu lemah akan menyebabkan tekanan inflasi yang terlalu tinggi.

Sekiranya rakyat tidak dapat bekerja apa perkara minimum yang perlu rakyat tanggung? Makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Oleh yang demikian pertambahan nilai kepada belanjawan yang sebegini lemah sepatutnya dikaji semula.

Dengan kerajaan membuka peluang pekerjaan terlalu besar melalui perjawatan Kerajaan apakah kesan jangka panjangnya? Kadar pertambahan pekerja sektor awam perlu menokok bersama dengan pekerja sektor swasta menunjukkan secara relatifnya ekonomi meningkat. Jika pertambahan pekerja awam berkadar songsang dengan sektor swasta bermakna ekonomi sedang menguncup.

Keadaan ketika ini adalah tidak boleh dibiarkan semakin tinggi jurang kaya dan miskin, pembelaan yang terlalu besar kepada golongan kaya akan hanya memparahkan lagi rakyat marhaen. Teras pertama dan Teras kedua dilihat seolah-olah banyak memberi fokus kepada rakyat yang mana membawa kepada nilai RM12 billion. Manakala Teras ketiga dan keempat dilihat seolah-olah akan digunakan untuk menyelamatkan dan meningkatkan dana untuk kroni iaitu membawa kepada RM48 billion.

Saya ringkaskan petikan yang saya kutip dari sasaran Belanjawan mini tapi mega ini.

Teras Pertama, 2 bilion ringgit;
MENGURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

Teras Kedua, 10 bilion ringgit;
MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

Teras Ketiga, 29 bilion ringgit;
TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

Teras Keempat, 19 bilion ringgit.
MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN

Itu pun sekiranya Teras pertama dan kedua mencapai pada sasarannya. Selalunya dibawah pentadbiran UMNO/BN 50% telah disebat oleh pencacai UMNO. Jika ini terjadi hanya 6 billion sampai kepada rakyat. Bayangkan jika projek SPNB disebat oleh kroni, dana latihan disebat oleh kroni, kemudahan awam juga di sebat oleh kroni, dan pelbagai lagi jadi apa yang tinggal??

Juak-juak ini pula jenis menghabiskan duit melancong dan joli kesana kesini. Maka tidak sampai kemana. Teras ketiga dan keempat adalah mimpi dan nombor untuk rakyat marhaen, apabila dana Khazanah Nasional digunakan untuk bail out atau menambah modal syarikat kroni apa lagi baki yang tinggal di negara?? Teras ketiga dan keempat saya simpulkan untuk membantu kroni menghadapi krisis dan membina keupayaan untuk masa depan kroni.

Saya cabar kerajaan :

1)membantu rakyat seikhlas yang mungkin dengan memberi kupon makanan kepada mereka yang hilang sumber pekerjaan.
2)membantu kerajaan negeri yang ingin membantu rakyat (seperti Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli Syabas)
3)Meluaskan dan memperkenalkan Malaysia sebagai hub sektor perkhidmatan. Seperti sektor kepakaran Perbankan Islam, Jururawat, Hub Halal dsb
4)Menurunkan kadar faedah institusi perbankan dalam sewa beli rumah dan kenderaan.
5)Mengetatkan syarat pemilikan kad kredit.
6)Perlahan-lahan meningkatkan simpanan emas negara.
7)Mempromosikan dengan lebih meluas sawit Malaysia.


Saya tidak menafikan kerja rakan-rakan di EPU dan Perbendaharaan, bagaimanapun rakan-rakan perlu bertindak lebih proaktif dalam menyasarkan Belanjawan. Saya amat memahami bebanan yang dipikul dalam tema penjawat awam "Saya yang menurut perintah" bagaimanapun dalam mengawal perbelanjaan Belanjawan ini bantuan rakan-rakan di Perbendaharaan,EPU, ICU, dan yang terbaru SPRM amat diperlukan bagi mempertahankan negara Malaysia tercinta ini.