Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Monday, March 7, 2011
Permerhatian jauh Pilihanraya Kecil, Pemerhatian dekat tugas dan industri automotif
Tuesday, January 25, 2011
PRK N5 Tenang : Akal cetek pon boleh jadi menteri
Monday, July 19, 2010
Pengalaman.....Proton Exora
Tuesday, June 15, 2010
Bagaimana Bumiputera Ditipu Sedangkan Yang Kaya Hanyalah BNputra dan Umnoputra
Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.
Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.
awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.
"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.
Saturday, February 13, 2010
Pengkhianat Rakyat Kelantan
Sunday, January 3, 2010
Umno dan BN sudah tidak upaya malah sudah tidak layak tadbir negara
Friday, October 23, 2009
Belanjawan 2010, Cadangan 2009
Tuesday, September 1, 2009
Isu Minyak : Perasankah kita, rakyat ditipu lagi.
Walaupun saya tidak bersetuju dengan penukaran RON97 kepada RON99 manakala RON92 kepada RON95 disebabkan kita adalah pengeluar minyak. Tapi jika itu sahaja yang mampu UBN buat silakanlah. Ini disebabkan harga yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, rakyat akan menikmati RON95 dengan harga RM1.75 iaitu RM0.05 lebih murah dari RON97 yang akan dimansuhkan. Maka saya terima.
Saya mencadangkan minyak RON97 dan RON99 dalam pasaran supaya rakyat menikmati minyak yang berkualiti dengan hak sebagai pengeluar minyak. Tekaan saya tepat, sebenarnya tujuan UBN adalah pemansuhan RON92 yang mana sangat minoriti rakyat menggunakannya, seterusnya memperkenalkan RON95 bagi memberi peluang kerajaan memanipulasi harga. Kemudian memansuhkan RON97 dan memperkenalkan RON99 untuk yang berkemampuan semata-mata mengabui rakyat marhaen. Sehingga penulisan ini harga minyak dunia masih lagi disekitar USD69 - USD71. Tidak ada kepentingan untuk kerajaan menaikkan harga minyak.
Ini semua adalah pembohongan secara teknikal yang dirancang untuk mengabui hak rakyat sebagai pembayar cukai. RON95 yang diwar-warkan untuk dilancarkan adalah dengan membohogi rakyat. Adakah dengan cara ini hendak diberikan imbuhan bonus kepada penjawat awam??? adakah ingin mengurangkan cukai??? pembohongan tetap pembohongan.
Saturday, August 15, 2009
Halal : Pusat data tidak dipusatkan
Friday, August 7, 2009
Boleh ke Malaysia jadi Halal Hub?
Thursday, July 30, 2009
Rakan-rakan usahawan sedang menunggu permohonan Halal
Wednesday, June 3, 2009
Maklumat berkenaan Halal
OK, Saya ingin kongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari Halal directory yang dibangunkan oleh HDC, saya dapat maklumat dari mihas bulan lepas tapi semalam baru cuba, dalam fikiran saya sama sahaja macam JAKIM punya directory (dikategorikan sebagai tak friendly langsung) tapi rupanya dah memang jauh lebih baik dari jakim. Saya nak kongsi sebab ada sahabat dekat sini tanya Kopitiam White Coffee tu dah pernah dapat sijil Halal dari JAKIM atau HDC ke? rupa2nya Kopitiam Old Town White Coffee tu hanya dapat sijil untuk produk minuman instant coffee nya. Kalau tak percaya boleh rujuk kat sini ala-ala google halal sikit.

Terbukti tak ada satu pun premis tersebut ada Kopitiam Old Town, nasib baik minggu lepas saya tak minum kebetulan singgah dirumah kawan di KL beliau ajak minum kopi di Kopitiam Old Town, semasa tiba saya agak ragu2 sebab tak ada logo Halal Malaysia yang ada adalah lain. HDC pon kata tak iktiraf logo selain yang tersenarai didalam portal mereka. Sedangkan kawan saya kata pada packaging yang dibelinya di Tesco ada logo Halal Malaysia. Perlu peka tidak semestinya produk mereka dapat sijil premis mereka dapat sijil.Tuesday, April 21, 2009
Coklat lemak babi, coklat enak import didakwa ada lemak babi
Saya merujuk juga tulisan saya sebelum ini di sini
Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)
Saya kira sebagai pendokong sebuah gerakan Islam yang mulia, kita perlu persiapkan dengan ilmu yang cukup untuk mempertahankan atau memberi pendapat dalam sesuatu isu. Pimpinan PAS peringkat atasan sering mengeluarkan hujah yang bijak, menewaskan pimpinan2 dari parti politik lain terutama dari Barisan Nasional.
Masalahnya penyokong dan pendokong tidak perlu beremosi atau membuta tuli seperti orang UMNO yang memang telah diketahui langsung tidak kritis.
Saya masih tidak berkesempatan melengkapkan artikel Halal Siri 2. Tapi memikirkan bulan depan sahaja ada tiga program berkenaan Halal iaitu MIHAS, World Halal Forum, dan yang terbaru World Halal Research. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan ulas sebaiknya. Kerana saya bersetuju bahawa Halal adalah industri yang perlu kita perluaskan bagi mendukung kesucian umat Islam sejagat.
Tahun ini lebih dari 10 syarikat sahabat saya akan menyertai MIHAS, manakala World Halal Forum adalah program yang tidak pernah saya terlepas setakat ini, dan World Halal Research yang pertama kali di adakan (menurut penganjur tahun lepas ada tapi saya tak perasan pon)
bagaimanapun saya akan hadir juga dan akan berkongsi dengan pengunjung blog yang lain.
Saturday, January 31, 2009
Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)
JAKIM telah mempelopori industri Halal dari mengeluarkan surat pengesahan halal hinggalah sehingga lah mengeluarkan sijil halal. Bagaimanapun saya tidak boleh menafikan tahap perkhidmatan merekan kelas D saya berikan. Adakah patut syarikat rakan saya telah bersedia untuk mengeksport barangan ke UAE dalam tempoh 5 bulan. Permohonan kepada Jakim telah dibuat 4 bulan sebelum. Setelah bayaran dibuat dan dokumen disahkan oleh pegawai Jakim, mereka datang buat "inspection" 6 bulan kemudian, tak ke sakit hati kami. Jumlah perdagangan bukan kecil hampir mencecah RM3 juta. Rakan saya hampir kerugian kerana janji tak dapat ditunaikan menghantar produk ke sana tanpa logo Halal Jakim. Keseluruhan tempoh rakan saya mendapat sijil hampir 11 bulan. Tu belum masuk pegawai mereka bising kata ramai lagi orang nak apply lah.
Tahun lepas Kerajaan mengumumkan menyerahkan persijilan Halal kepada HIDC. Saya mengikuti dari jauh perkembangan mereka melalui pemerhatian, seminar, forum serta bertanya rakan-rakan di agensi kerajaan. Malah saya sendiri bertanya kepada staff mereka bila berpeluang. Paling tidak dilupakan pada tahun 2007 saya menghadiri forum halal sedunia, program tersebut di hostkan oleh HIDC tetapi di kendalikan oleh Kasehdia yang diketahui umum milik keluarga Pak Lah. Jadi saya mengambil peluang bertanya staff HIDC siapa pemilik HIDC ni, mereka kata ia milik Kerajaan Malaysia, saya tanya kenapa tak cerdik Kerajaan letak HIDC ni sdn bhd macam syarikat kawan-kawan saya je.
Pegawai mereka kata itu adalah strategi Kerajaan untuk menubuhkan HIDC sehingga menjadi entiti Kerajaan yang kukuh. Saya boleh terima jawapan tu. Kemudian saya pergi ke kaunter Kasehdia, saya tanya siapa pemilik HIDC tu? dia kata HIDC tu Kasehdia punya. Bayangkan lah dikatakan HIDC dimiliki oleh Kasehdia.
Bagaimana saya nak percaya dengan HIDC ni? Maka saya dapatkan penjelasan dari salah seorang rakan saya yang mengetahui berkenaan industri halal di Malaysia. Dia menyatakan bahawa HIDC ni memang dimiliki oleh kerajaan tapi Kasehdia adalah salah sebuah konsultan kepada HIDC ini. Menurutnya melalui HIDC berjuta-juta telah dibayar kepada Kasehdia. Untuk apa dia tak berani nak sebut. Nantilah bila Pakatan Rakyat menang aku ceritalah.
Tapi rupanya kini kasehdia tidak lagi menjadi sebahagian dari HIDC. Nanti pada forum halal sedunia tak lama lagi saya ingin menguju mereka lagi hehe.
Balik semula kepada usaha kami untuk mendapatkan sijil Halal. Pada penghujung tahun lepas saya ada membantu rakan untuk membuat pembaharuan sijil Halal kepada produk-produk syarikat beliau. Mengejutkan juga kerana dalam tempoh 2 bulan setengah syarikat rakan saya telah mendapat sijil Halalnya. Servis mereka juga jauh lebih baik sekarang, walaupun saya mendapat tahu pegawai Jakim juga ada diserap kedalamnya.
Teringat semula kepada peristiwa tersebut, sebelum menaip tulisan ini saya sempat menjengah kembali laman web mereka. Pada pendapat peribadi saya perkembangan HIDC ini amat baik dan memberangsangkan (saya kira proksi khairy ada target lain... nanti saya sentuh). Laman webnya kini mempunyai informasi yang amat penting bagi industri Halal, sila rujuk http://knowledge.hdcgobal.com .
Ini adalah langkah bijak dalam mengembangkan perkhidmatan Halal. Seperti saya nukilkan di awal tulisan saya Malaysia tidak akan mampu untuk menjadi pengeksport produk Halal, tapi perkhidmatan dalam pengetahuan ini lah mampu membawa Malaysia lebih jauh. Dalam siri satu ini tidak bijak kerana HIDC yang berpotensi ini adalah sendirian berhad (amat memalukan).
Bersambung di siri 2....
Thursday, December 18, 2008
Harga Minyak sudah memadai
Bagi menampung minyak RM1.90 sudah memadai, kerajaan menurunkan lagi RM1.80 baru-baru ini, sedangkan impak yang perlu difikirkan sekarang mengurangkan harga barang makanan yang mana semua rakyat terlibat. Jika subsidi minyak nelayan dapat diturunkan lagi itu lebih saya setuju. Kemudian harga makanan laut sepatutnya boleh diturunkan sejurus selepas itu.
Kenyataan keras kepala bahawa kerajaan tidak akan menurunkan lagi subsidi minyak untuk nelayan adalah tidak munasabah sama sekali. Melalui penjimatan subsidi yan dijaja sana sini saya tidak nampak dimana penjimatannya. Sekadar turunkan harga minyak apakah perancangan rapi kerajaan? adakah perancangannya naikkan minyak apabila harga minyak dunia naik semula? Adakah masa itulah baru terkebil-kebil buat keputusan tak masuk akal?
Hakikat yang perlu diketahui pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sudah tidak mampu lagi untuk memerintah. Dalam kepala mereka sibuk untuk bertanding pemilihan UMNO, melobi perwakilan, syarikat2 milik perwakilan serta tumpuan terbaru adalah Kuala Terengganu. Hanya fikir untuk menang dan kemudian belanja yang bukan-bukan. Kepentingan rakyat hanya lakonan semata-mata. Jika tidak mana mungkin RM27k sehari habis dibelanjakan untuk rumah PM dan TPM amat tidak masuk akal. Satulagi projek Kerajaan Zalim..
Monday, November 3, 2008
Harga Minyak Kepada Rakyat Malaysia Sahaja... Pak Menteri terlalu lembab
- Selalunya apabila harga minyak dunia naik maka berbunyilah suara-suara Pak Menteri menyatakan bahawa harga minyak kita lebih rendah daripada Thailand, Singapura dan Indonesia.
- Maka apabila kerajaan mengaut sedikit hasil akibat daripada kekurangan subsidi berbanding sebelum ini maka perkara ini disenyapkan begitu sahaja.
- Jika tidak masa itulah hendak buat kaedah ad-hoc dan tidak masuk. Sekarang ini sibuk hendak menilai semula rebet lah, hedak menafikan subsidi 30sen lah dan sebagainya.
- Tapi apa langkah kawalan yang boleh menunjukkan kerajaan sayang rakyat Malaysia lebih daripada orang asing.
- Saya pernah mencadangkan agar harga minyak bersubsidi dikawal seperti di Brunei, tapi tak perlulah sampai hendak mengisi borang seperti Brunei.
- Kita ada teknologi dan kepakaran, saya merasa tidak rela bila melihat pelajar2 asing, kereta-kereta dari Thailand, Singapura serta Indonesia (di Bintulu) menggunakan subsidi yang kerajaan beri untuk kenderaan mereka.
- Apa salahnya rakyat Malaysia, yang bayar cukai pintu, bayar cukai jalan, bayar cukai pendapatan dan sebagainya bentuk sumbangan hasil kerajaan ini sahaja diberi keistimewaan.
- Selain itu kerajaan juga mempunyai Petronas, melalui pemerhatian saya apabila harga minyak naik stesen-stesen minyak akan mengambil kesempatan menyatakan mnyak mereka habis dan melalui pemerhatian saya Shell, Esso Mobil dan BP yang sering tutup awal, sedangkan Petronas masih ada minyak.
- Mungkin ditempat lain tidak begitu tapi ini mengikut pemerhatian saya sahaja. Oleh yang demikian ketika harga minyak turun mereka ini jugalah yang sering kehabisan minyak kerana tidak mengambil stok baru. Tapi petronas tidak begitu.
- Selain dari menyaman mereka ini, saya cadangkan kita semua memboikot stesen stesen minyak ini. Disini kita dapat lihat tahap kejujuran mereka dalam mematuhi polisi.
- Saya berpendapat kerajaan perlu mengurangkan sedikit rebet kepada RM500 sahaja, menurunkan harga minyak kepada RM2 tidak lebih dan tindak kurang dari itu, serta memberi kupon makanan RM30 sebulan seorang (saudara sebol mencadangkan RM50).
- Mungkin ramai yang kurang bersetuju tapi pendapat saya tanggungjawab lain yang perlu kerajaan laksanakan ialah dengan cuba meningkatkan pendapatan rakyat bukan membeli belah barang yang murah dengan harga yang mahal.
- Kerajaan yang ada jika bertanggungjawab akan membantu rakyat bukan menggunakan wang rakyat untuk bailout kroni.
Monday, October 20, 2008
Imbangan Harga Untuk Menangani Krisis
Sebenarnya tidak perlu, memang nampak menarik tetapi kesan langsung yang telah merosakkan ekosistem ekonomi negara akibat kenaikan mendadak harga petrol menghampiri 80sen pada masa lalu telah menyebabkan pemulihan yang sukar. Pendapat saya harga munasabah adalah dalam RM2 seliter sudah memadai tetapi dengan syarat terdapat pakej kawalan ekonomi untuk mengurangkan kesan langsung kepada rakyat antaranya :
- Tindakan kawalan harga makanan dalam negara dengan tegas dan komprehnsif. (aktifkan enforcement dari KPDNHEP)
- Kemudahan kredit untuk sektor industri kecil dan sederhana bagi merangsang pertumbuhan syarikat dalam negara. (dapat membantu pertumbuhan syarikat swasta)
- Pakej rangsangan terhadap industri pelancongan dalam negara, dan tidak menggalakkan pelancongan ke luar negara. (harga minyak turun pada tahap munasabah, manakala sektor perhotelan dibantu dengan pakej menarik akan merangsang pelancongan dalam negara)
- Semua projek kerajaan perlu di kecilkan pakej bagi merangsang industri kecil dan sederhana melibatkan diri dalam sbutharga dan tender. (Terutama industri yang agak terjejas seperti kontrak khidmat penyelenggaraan elektrik dan teknologi maklumat serta pembinaan.)
- Mengurangkan cukai luar biasa kepada komoditi getah dan kelapa sawit. (disamping pakej membantu pekebun kecil dalam subsidi baja dsb)
- Meningkatkan kawalan pemberian subsidi minyak hanya kepada rakyat Malaysia (kawalan dengan menggunakan mykad atau pengasingan stesen petrol, jadikan Brunei sebagai asas tapi ubahsuai kaedah perlaksanaannya)
- Menggalakkan atau mewajibkan agensi kerajaan melaksanakan program di hotel-hotel yang mempunyai sijil Halal Malaysia. (Kesan langsung ialah meningkatkan pasaran permintaan barangan Halal dan promosi Halal Toyyiban, sekaligus boleh membantu Malaysia menjadi Hub Halal dunia)
- Meningkatkan insentif Foreign Direct Investment. Kerajaan mengatakan FDI tinggi, tapi peningkatan FDI diletakkan pada nilai USD dan RM yang lemah, sebenarnya amat tidak memadai dan perlu dilipatgandakan. Kerajaan perlu profesional dan perlu memberi laluan kepada pelabur untuk melabur di negeri dibawah Pakatan Rakyat, kurangkan sekatan yang kononnya "tidak disengajakan".
Ini adalah antara pakej yang saya cadangkan mungkin para blogawan, parti-politik, profesional dan kerajaan mempunyai cadangan lain, tetapi saya mengharapkan pakej ini dimasukkan. Rakyat Malaysia diharap memahami nilai US Dollar jatuh, nilai Ringgit lemah, inflasi tinggi, dan ekosistem ekonomi perlu diperbaiki. Oleh itu tidak munasabah harga petrol diletak dibawah paras RM1.99. Tahap munasabah adalah RM2 dengan pakej tertentu boleh membantu memperbaiki ekosistem ekonomi.
Wednesday, October 15, 2008
Penurunan Harga Minyak... Kita tunggu 100 hari
Saya kira kini Dato Najib tidak perlu mengumumkan Belanjawan baru secara terus menerus kerana saya pasti selagi ada Menteri Kewangan II tidak kemana perginya. Saya lebih mencadangkan agar wujudkan langkah awal dengan pertamanya YAB TPM setuju buang jawatan Menteri Kewangan II, kemudian panggil Gabenor Bank Negara serta profesor ekonomi di IPTA negara bentangkan pelan krisis mereka kepada YAB. Kemudian barulah boleh bentang belanjawan baru.
Saya setuju tindakan semua YB YB parlimen untuk meyertai Pakatan Rakyat sekiranya YAB TPM gagal melakukan tindakan sewajarnya dalam menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh 100 hari menjadi Menteri Kewangan. Pelan ekonomi untuk menangani krisis global!
Sunday, October 12, 2008
Trend Pasaran Minyak Mentah Dunia..
Kerajaan disaran bertindak menurunkan harga minyak dan berhenti buat spekulasi dan alasan.. Penurunan awal harga minyak mungkin sedikit sebanyak dapat membantu menstabilkan harga beberapa keperluan bukan dalam jangkamasa terdekat tapi dalam jangkamasa 2 - 3 bulan. Kami rakyat tidak mengharapkan minyak turun hari ini besok turun harga kerana dari segi logiknya tindakan mengejut Kerajaan menaikkan miyak RM0.78 sen pada bulan jun tempoh hari telah merosakkan ekologi ekonomi negara. Ia akan mengambil masa untuk pulih, malah lebih lambat mengambil tindakan lebih lambat ekonomi "cycle" ini akan pulih. Diharap Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri bertindak segera tanpa perlu menunggu report dari Menteri Kewangan II yang terbukti nasihat kepada Menteri Kewangan yang lalu telah merosakkan cycle ekonomi.
Pulihkan ekologi ekonomi, perlu diingat pasaran komoditi termasuk sawit dan getah mengalami kemerosotan, para petani telah menerima kesan sedikit demi sedikit... Kerajaan perlu bertindak segera. Saya tidak sempat hendak mengolah lebih lanjut, tapi berdasarkan kajian secara am di pasaran global di Asia Timur, Eropah dan Amerika kerajaan perlu bertindak awal. Saya hanya sempat menyatakan Tukar polisi kewangan negara jadikan emas sebagai transaksi dalaman negara, tingkatkan simpanan emas, lebihkan simpanan minyak digali, kurangkan harga minyak segera, mansuhkan jawatan Menteri Kewangan II dan lebihkan 15% import minyak.
Monday, October 6, 2008
Cadangan Pelan Awal Ekonomi Malaysia
1)Beliau digunakan untuk membantu PM yang tak reti ekonomi
2)Beliau ni lah yang banyak menasihati berkenaan kenaikan harga minyak dlm negara (bila nak turunkan minyak mesyuarat kabinet bila naikkan suka hati dia jer)
3)YB Menteri Kewangan ada asas ekonomi dan saya kira cukup untuk beliau menggunakan platform yang ada seperti Gabenor Bank Negara dan pakar2 ekonomi lain untuk menjadi penasihat
4)Beliau dilihat terlalu banyak meluluskan rundingan secara terus dan tender terhad keatas projek2 kerajaan.
5)Pengurusan kewangan negara dilihat semakin tidak telus
6)Khidmat beliau semasa di Bank Negara dahulu banyak boleh dipertikaikan, dan klihatan nasihat beliau kepada PM banyak mudarat dari kebaikan.
7)Beliau dilihat lebih menguasai Kementerian kewangan berbanding Menteri Kewangan.
8)Krisis ekonomi yang berlaku di US dilihat masih tiada protection lagi disediakan untuk membendungnya di negara ini. Jawapan standard adalah "ASAS EKONOMI ADALAH KUKUH"