Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Sunday, May 30, 2010
Karnival Industri Halal di Kedah
Thursday, May 27, 2010
Hanya dengan menghapuskan subsidi, kerajaan tidak akan muflis?
Friday, May 21, 2010
Patutlah Rakyat Sarawak Mula Sedar
Perkara paling pelik berlaku apabila seorang Adun tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri walaupun digantung. Tiada dalam mana-mana peraturan pon Adun atau MP yang digantung tidak dibenar untuk masuk menyaksikan persidangan DUN di kerusi pemerhati atau menerusi lobi Dewan.
Wednesday, May 19, 2010
Melatahnya seorang YB Terbebas
Gelisah sungguh YB Zul dalam blognya yang terbaru ini bertajuk Reformasi? Rembatkasi?
Beliau memfokuskan isu KSSB yang diutarakan oleh YB Kapar, tanpa perlu menghargai keperihatinan YAB MB Selangor yang mencadangkan kes ini di bawa ke Selcat. Mungkin UMNO dan YB Zul merasakan yang kes ini akan disiasat dibawah SPRM, mungkin kes ini akan dibawa kepada SPRM tetapi Selcat akan membuat siasatan terbuka terlebih dahulu. Kalau hendak diharap SPRM entah apakah yang terjadi kita pon tak tahu.
Melalui Selcat Kerajaan Selangor telah berjaya membongkar kes dengan lebih telus, dan kesan positif adalah, kakitangan awam bekerja dengan lebih selesa tanpa ada tangan-tangan ghaib ahli politik. Campurtangan ghaib itu mungkin disukai oleh YB Zul dan Umno.
Kalau hendak diharap YB Umno, adakah mereka membongkar isu PKFZ? Isu kapal selam tak boleh selam, isu Jet pejuang Sukhoi, isu judi yang dihalalkan oleh Awang Adek dan menteri kabinet? TIDAK MUNGKIN. Tiada satu pon dibongkar oleh Ahli Parlimen atau Adun BN, mungkin matanya menjadi kelam kelabu maka YB Zul menempelak Kerajaan Negeri Selangor dan MB nya.
Sebagai rakyat yang bertungkus lumus membantu YB YB Pakatan rakyat, yang tidak mampu menjadi YB di Parlimen, malah tidak dibayar oleh YB YB, ahli politik termasuk yang telah melompat kami tetap teguh mendokong aspirasi soal keadilan, kebertanggungjawaban, dan ketelusan. Tidak mungkin kami kembali menyokong Umno BN dan meninggalkan PR. Selagi mana PR menjadi alternatif buat rakyat Malaysia.
Telah ramai rakan-rakan yang menyatakan bahawa YB Zul adalah salah seorang agen untuk menjatuhkan PR di negeri-negeri, saya malas hendak percaya bulat-bulat beberapa minggu sebelum YB Zul keluar dari PKR. Tapi kali ini saya hampir mulai percaya, apabila YB Zul mengeluarkan ayat
“Kalau benar saudara/i mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, saya cabar saudara/i supaya segera keluar daripada PKR dan menjadi WARAS-Wakil Rakyat Bebas. Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan negara. PKR dan Pakatan Rakyat adalah parti yang telah di"hijack" oleh golongan Firaun-Firaun Kecil yang hanya berminat untuk melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia”
Ayat yang cukup terdesak, menggalakkan lompatan katak, menunding kepada rakan-rakan sebagai firaun kecil, sedangkan tidak perasan sedang membawa firaun besar. Nauzubillah.
Ramalan saya UBN tidak akan mempercepatkan Pilihanraya Umum 13 tidak sepertimana ramalan Datuk SU Agung PAS. Saya melihat orang-orang seperti YB Zul, YB Ibrahim Ali dan rakan-rakan sewaktu dengan mereka ini akan memainkan peranan untuk mengurangkan penguasaan PR untuk menambah kerusi sehingga UBN mencapai majoriti 2/3. Apabila tercapai seperti biasa UBN akan buat persempadanan semula dan seterusnya melaksanakan Pilihanraya Umum.Tuesday, May 18, 2010
Politik baru Malaysia masih relevan. Selamatkan Malaysia
Keputusan PRK Sibu memang agak mengejutkan. Di kala tekanan diaturkan untuk memburukkan imej PKR, di Sibu yang nyata PAS dan DAP telah dilagakan. Mungkin kerana mereka yakin bahawa PAS dan DAP tidak akan mampu bersatu menentang BN maka fitnah dan adu domba diteruskan. Mungkin juga kerana mereka memikirkan rakyat di Sibu bodoh maka adu domba dilambakkan.
Di Sibu yang menggelikan hati, kempen BN iaitu satu undi untuk DAP satu undi untuk Negara Islam. Negara Malaysia ini bukan Negara Islam kah? Saya tidak dapat hadir ke Sarawak disebabkan kekangan tugas, tetapi rakan di Sibu ada memberitahu saya melalui YM ada kempen BN yang menuju rumah ke rumah memberitahu bahawa undi DAP orang Cina kena sunat (khatan). Apa kejadahnya kempen sebegitu rupa. Janganlah ingat rakyat Malaysia di Sibu itu sebodoh UMNO SUPP dan keseluruhan BN.
Di negeri Kelantan dan Kedah yang MB nya PAS, adakah semua orang Cina disunat? Ketika Perak diterajui oleh MB dari PAS adakah exco-exco yang bukan Islam juga disunat? Punyalah teruknya, itulah akhlak pendokong BN, UMNO tidak berjaya menerangkan kemurnian dan kesucian Islam kepada bukan Islam. Mereka hanya memperjuangkan orang Melayu yang sokong UMNO dan BNputra bukan bumiputra dan seluruh rakyat Malaysia.
Islam itu indah, suci dan bersih, selain daripada aspek akidah, mengutamakan prinsip keadilan kepada semua kehidupan di dunia.
BN sudah tidak relevan ketika ini, mereka hanya lebih kepada omongan kosong, fitnah dan adu domba. Mereka masih merasakan semua rakyat Malaysia boleh dibeli dengan wang ringgit, seperti mereka dan segelintir ahli lompat katak.
Orang Melayu, Cina, India, Bumiputra di Sabah Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit untuk merobah kerajaan kepada yang lebih baik.