Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Monday, June 6, 2011
Kenapalah ada TPM macam ni di Malaysia
“Dia (PAS) membicarakan soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira hak, tuntutan agama, mencari keredaan Allah... itu tidak menjadi perjuangan mereka, (tetapi) yang menjadi perjuangan ialah kepentingan politik mereka.
Nak gelak pon ada, yang jelas pemilik video seks tersebut adalah Trio Dato T sahaja, video tersebut tak pernah ada di youtube sebelum pendedahan mereka di Carcosa Seri Negara. Selain mereka Polis juga ada salinan video tersebut. Sudah tentu kalau Polis yang mendedahkan ianya mencemar kredibiliti Polis. Sepatutnya pihak Polis mengambil tindakan terhadap Trio Dato T seperti mana tindakan terhadap 2 orang yang mengedar video lucah Chua Soi Lek yang kini Presiden MCA. Mereka itu bukan sahaja membuat tayangan video lucah di Carcosa, malah membuat salinan sama ada mereka sendiri atau melalui pihak ketiga mengedarkannya ke dalam Youtube.
Pelik dan lebih ajaib Polis macam berani tak berani atau takut untuk menangkap Dato' T , kerana dalam UMNO edar video lucah adalah halal seperti mana puak mereka beberapa tahun lepas kata ada Bir Halal. UMNO ni dah tak layak pimpin negara sebab mereka ini berpolitik kotor dan jijik.
UMNO yang sebenarnya memperjuangkan isu video tersebut untuk kepentingan politik mereka, Trio itu sendiri pon terdiri dari orang UMNO. Malah tindakan PAS dalam meluluskan usul tersebut patut dipuji kerana majoriti ulamak telah lama mengharamkan penayangan video lucah tersebut. Yang salah adalah yang menghasil dan mengedar itu sudah jelas. Perkara yang tidak jelas tidak perlu di politikkan, UMNO hanya mempolitikkan isu untuk kepentingan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah.
Monday, April 4, 2011
Video Fitnah oleh Dato' T : 6 persoalan asas masih belum terjawab
Enam persoalan asas masih belum terjawab:
1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?
2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato’ T.
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan
menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?
4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
Tuesday, January 25, 2011
PRK N5 Tenang : Akal cetek pon boleh jadi menteri
Monday, January 24, 2011
Muhyiddin patut minta MCA mohon maaf bukan setakat henti permainkan Islam
Friday, November 26, 2010
MB Kedah: "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"
Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah)
ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'
Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.
Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.
Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.
Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.
Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.
Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.
Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.
Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.
Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.
Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.
Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.
"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."
Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.
"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.
Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.
Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.
Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.
Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!
Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.
"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.
Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"
Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.
"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.
"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.
Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.
Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.
"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.
"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.
"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...
"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.
Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.
Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.
Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:
"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.
Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.
"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.
Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.
Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.
Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.
Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.
"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.
Dipetik dari artikel KedahLanie : http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/mb-kedah-saya-bekas-md-harakah-mereka.html
Wednesday, November 24, 2010
Bersiap sedia tanpa Anwar
Thursday, November 11, 2010
TV3 kononnya nak tanya banjir Kedah
Merujuk kepada soalan wartawan yang tidak dihiraukan oleh YAB MB Kedah yang disiarkan di Buletin Utama tadi dah lama dah banjir baru terhegeh hegeh jumpa MB tanya hal ni
Sudah berminggu YAB MB Kedah ke hulu hilir tanpa dipedulikan media arus perdana, beliau tidak kisah malah kemudian beliau dipinggirkan pula oleh YAB TPM ditambah dengan pelbagai tuduhan, petang tadi kononnya baru terhegeh-hegeh nak tanya berkenaan banjir kat beliau. Terutama TV3, RTM dan NST.
Tuesday, May 18, 2010
Politik baru Malaysia masih relevan. Selamatkan Malaysia
Keputusan PRK Sibu memang agak mengejutkan. Di kala tekanan diaturkan untuk memburukkan imej PKR, di Sibu yang nyata PAS dan DAP telah dilagakan. Mungkin kerana mereka yakin bahawa PAS dan DAP tidak akan mampu bersatu menentang BN maka fitnah dan adu domba diteruskan. Mungkin juga kerana mereka memikirkan rakyat di Sibu bodoh maka adu domba dilambakkan.
Di Sibu yang menggelikan hati, kempen BN iaitu satu undi untuk DAP satu undi untuk Negara Islam. Negara Malaysia ini bukan Negara Islam kah? Saya tidak dapat hadir ke Sarawak disebabkan kekangan tugas, tetapi rakan di Sibu ada memberitahu saya melalui YM ada kempen BN yang menuju rumah ke rumah memberitahu bahawa undi DAP orang Cina kena sunat (khatan). Apa kejadahnya kempen sebegitu rupa. Janganlah ingat rakyat Malaysia di Sibu itu sebodoh UMNO SUPP dan keseluruhan BN.
Di negeri Kelantan dan Kedah yang MB nya PAS, adakah semua orang Cina disunat? Ketika Perak diterajui oleh MB dari PAS adakah exco-exco yang bukan Islam juga disunat? Punyalah teruknya, itulah akhlak pendokong BN, UMNO tidak berjaya menerangkan kemurnian dan kesucian Islam kepada bukan Islam. Mereka hanya memperjuangkan orang Melayu yang sokong UMNO dan BNputra bukan bumiputra dan seluruh rakyat Malaysia.
Islam itu indah, suci dan bersih, selain daripada aspek akidah, mengutamakan prinsip keadilan kepada semua kehidupan di dunia.
BN sudah tidak relevan ketika ini, mereka hanya lebih kepada omongan kosong, fitnah dan adu domba. Mereka masih merasakan semua rakyat Malaysia boleh dibeli dengan wang ringgit, seperti mereka dan segelintir ahli lompat katak.
Orang Melayu, Cina, India, Bumiputra di Sabah Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit untuk merobah kerajaan kepada yang lebih baik.
Saturday, April 24, 2010
Sejak Bila Menyatakan Kebenaran Ketika Khutbah Itu Salah?
Apa anggapan berpolitik yang tidak boleh di dalam masjid? Adakah tiada kaedah pemilihan pemimpin di dalam Islam? Adakah siasah itu tiada dalam Islam? Salah kah menyatakan kebenaran di dalam masjid?
Dilihat jelas tidak boleh, bukan sahaja di dalam masjid malah di luar masjid juga salah adalah membuka aib orang yang telah bertaubat.
Kempenlah dengan cara bijak, BN berceramah berbohong, membuka aib orang yang telah bertaubat menggunakan semua jentera kerajaan, pegawai kerajaan, kenderaan jabatan kerajaan, kerahan guru-guru, serta sekolah-sekolah dijadikan pentas politik tidak apa? Tidak salah? Halal?
Sudahlah, jangan bodohkan rakyat lagi. Bodohkan rakyat membuatkan Negara akan ketinggalan. Bijakkan rakyat membuatkan Negara lebih ke hadapan. Berpolitik cara kotor itu lebih hina dari memberi kesedaran di Masjid rumah Allah.
Wednesday, February 17, 2010
YB Zul, Saudara kini benar-benar melampau
Sunday, August 16, 2009
Puaka TV3: Cerita pasal rasuah salah guna kuasa konon.
Saturday, August 15, 2009
Halal : Pusat data tidak dipusatkan
Friday, August 7, 2009
Boleh ke Malaysia jadi Halal Hub?
Thursday, August 6, 2009
Puaka lagi? Influenze A, H1N1, Selsema Babi
Kenapa tindakan2 yang telah didapati tidak berkesan tidak diubah modus operandinya?
Wabak ini telah menyebabkan kematian yang sehingga hari ini 12 orang, dan mungkin ada lagi pada hari dan esok. Wabak ini sebenarnya menjadi lebih parah
apabila penularan tempatan telah meningkat. Ini disebabkan penularan luar tempoh hari tidak diawasi dengan baik. Mungkin kerana tidak mahu
rakyat panik Kerajaan tidak membendung secara fizikal dengan agak serius.
Saya mencadangkan semua negeri perlu diwujudkan satu hospital sementara khas untuk mengawasi penularan wabak ini. Selain
itu perlu ada satu kawasan disetiap negeri perlu diwujudkan sebagai kawasan kuarantin. Dimana mereka2 yang telah disyaki mempunyai hubungan (contact)
ditempatkan dikawasan ini sehingga sesuatu tempoh yang dipastikan tiada jangkitan pada mereka.
Pintu masuk dan keluar dari Malaysia perlu diawasi dengan alat pengesan haba, ini termasuk pintu masuk pasaraya2 besar. Selain itu kempen bagi mereka
yang demam, batuk atau selsema perlu dipergiatkan bagi menghalang mereka hadir ditempat awam. Cuti sakit, cuti kuarantin, cuti wabak dsb perlu diperkenalkan
bagi membendung wabak ini. Selain itu topeng-topeng perlu dibekalkan dan mewajibkan semua yang keluar rumah memakai topeng ini. Tidak kira sama ada hendak
pergi kekedai, minum di kedai, pergi pejabat, berjalan kaki, dsb. Jika tidak masih ada yang malu-malu untuk memakan topeng ini.
inilah masalahnya bila dah terkena baru beringat.
Setakat tutup sekolah, universiti, pejabat dsb tidak memberi kesan sekiranya mereka yang telah ada hubungan dengan pesakit bebas balik kerumah, dan
menyebabkan penularan tempatan berlaku.
Saya pelik bila PAS dan PR ingin membawa isu tergempar ini kedalam Parlimen, speaker tidak bertindak. Kami pembayar cukai wahai tuan speaker. Isu ini
perlu dijelaskan dan dibahas di dalam Parlimen. Jika perlu wujudkan segera akta kecemasan memberi kebenaran kepada pegawai polis, penguatkuasa PBT,
dan Pegawai KKM menyaman mereka yang tidak memakai topeng ketika berada di luar. Sekali sekala demi kerana rakyat Malaysia ketepikanlah perbezaan
politik wahai tuan speaker dan YB YB kerajaan sekalian. Saya percaya PAS tidak akan cadang jika tidak melibatkan kepentingan negara.
Pada pendapat saya kerajaan dan KKM tidak serius. Saya tahu mungkin rakan-rakan di KKM terkilan, tapi saya kira dasar Kerajaan melalui KKM perlu jelas
dalam mengawal wabak ini.
Wednesday, August 5, 2009
UBN Terdesak
Cekup mencekup, fitnah memfitnah yang dibuat oleh KDN, Polis, dan media arus perdana menampakkan rasa benci mereka kepada rakyat. Sebagai pembayar cukai kita sebagai rakyat berhak menyatakan pendirian secara aman.
Selain itu aduan dari peniaga berkenaan kerugian tersebut perlu disiasat, kerana perhimpunan tersebut menyebabkan ada gerai kehabisan makanan awal daripada biasa. Selain itu kerugian berjuta-juta dalam masa 2 jam itu perlu disiasat kerana benarkah pendapatan dan kerosakan sebanyak itu.
Sepatutnya polis disaman kerana baling bom dan sembur air. Sasaran mereka bukan setakat sebelum dan semasa perhimpunan aman malah selepas perhimpunan rakyat terus dikutuk oleh UBN.
Sangat terdesak nampaknya...
Saturday, August 1, 2009
Peniaga??
masalah orang teraniaya siapa yang bela?
Monday, July 27, 2009
YB Salahuddin menjawab TPM
Saya menjawab pula, sebenarnya TG Nik Aziz pernah memberi ucapan berkenaan kerjasama kerajaan Pusat dan Negeri ni dah lama sejak Koridor Timur zaman Pak Lah. Masalahnya Umno ni biasalah dah tak da modal. Depa dok tafsir lain, maka saya putar balik kenyataan TG Haji Hadi dalam siasah, kerana saya kira jawapan itu adalah lebih tepat iaitu Umno elok undur diri kerana mereka sudah tidak relevan lagi.
Sekian
Thursday, July 9, 2009
UBN Sahih Memang Flip Flop : Halal
Tuesday, June 9, 2009
Kerajaan Perpaduan? Apa kena mengena dengan UBN?
Saturday, October 18, 2008
TV3 putar alam, sikap kewartawanan tidak beretika
Slot yang saya kira tidak beretika ialah ulasan slot DSAI dan YB Umno di parlimen. Kalau benar-benar profesional keluarkan secara penuh slot tersebut. Tunjuk sikit berapa ramai YB UMNO yang makan gaji buta tak muncul di Parlimen pada masa itu. Mana dia menteri-menteri?
Nasihat saya kepada TV3 janganlah memperbodohkan rakyat