Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Halal dan Industri Berkaitannya Di Ketepikan??

Tahun lepas ketika Belanjawan 2010 dibentangkan saya masih ingat antara sasaran Kerajaan adalah untuk mempertingkatkan Industri Halal. Ianya akan diperkuatkan dengan langkah melaksanakan Akta Halal untuk mempermudahkan urusan JAKIM dan JAIN dalam menguatkuasakan isu berkaitan Halal. Secara tidak langsung ianya juga akan menggalakkan industri dengan sokongan dari beberapa agensi kerajaan.

Malangnya sehingga hari ini, pada waktu ini Parlimen sedang membahaskan Belanjawan 2011 dan hasil 2010 untuk mewujudkan akta Halal masih lagi tiada bunyi. Yang menyedihkan yang Halal diketepikan yang Haram di galakkan. Fesyen Islamic yang ternyata bercanggah, kedengaran pula mahu mewujudkan Hub Hiburan dan selepas ini apa lagi?

Halal ini hanya berbunyi ketika era Pak Lah dan setahun selepas DSNR jadi PM. Selepas itu diketepikan, sedangkan negara kita mempunyai pengetahuan dan kepakaran sekalipun tiada sumber "raw material" yang besar. Pengetahuan lebih banyak mendatangkan manfaat dari segi ekonomi jika kerajaan bijak. Bagaimana Malaysia satu ketika dahulu sebuah Negara yang berpengetahuan menjadi pendahulu kepada kewangan Islam, tapi kerana banyak sangat campur tangan politik, Malaysia kini tertinggal kebelakang dan sejak tahun 2000 memang Malaysia antara yang terkebelakang berbanding negara lain yang kini menjadi pendahulu sedangkan awalnya mereka ini hanya meniru.

Adakah kita mahu pisang berbuah dua kali? Industri Halal ketika era Pak Lah tidak dirancang dengan betul, bagaimanapun ianya di sokong. Ketika ini adalah masa untuk menstrukturkan dan memperkukuhkan Malaysia sebagai Hub Halal untuk semua sektor.

Untuk makluman semua pihak yang saya lihat kini semakin jauh melupakan hal berkenaan logo Halal, kerajaan hanya mengiktiraf logo Halal JAKIM sahaja yang dikeluarkan oleh JAKIM, JAIN dan satu ketika dahulu oleh HIDC sahaja. Logonya adalah seperti ini :

Dan ini pula sebenarnya tidak diiktiraf :
Malangnya ada sahabat keliru dengan logo-logo ini, maka saya nasihatkan sila teliti logo berkenaan. Jangan main redah sahaja.. Perkara ini telah lama saya ikuti, beberapa tahun yang lalu saya juga keliru, maka kesempatan yang ada ketika MIHAS saya gunakan untuk jumpa pihak seperti JAKIM, SIRIM, HIDC dan sebagainya.

Saya mohon mereka untuk mengharamkan logo, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kecuali hanya dengan tidak mengiktiraf. Saya faham kerana banyak terlibat dalam urusan "consultation" kepada badan-badan kerajaan. Mereka ini tidak mampu berbuat apa-apa yang lebih tegas kerana tidak diperkuatkan dengan akta. Tanpa akta badan-badan kerajaan ini berisiko untuk disaman balas. Fungsi yang jelas adalah kepada pihak seperti Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Akta BPR kepada SPRM sepantas kilat boleh lulus, takkanlah akta Halal yang dah bertahun dibahas dipelbagai seminar tidak mampu nak buat.

Yang paling ajaib, penubuhan HIDC belum sepenuhnya digunakan untuk meningkatkan industri Halal telah dicemarkan dengan Laporan Juru Audit Negara seperti tersiar di akhbar The Sun

"uditor-General's Report 2009: HDC pays out RM1.69m to consultant without proper contract

newsdesk@thesundaily.com

KUALA LUMPUR (Oct 26, 2010): The Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) did not have proper documentations for rebranding works and expenditures for its World Halal Forum (WHF).

The international event, was the annual agenda of KasehDia Sdn Bhd, the consultant and advertising company which published the Halal Journal.

It had asked HDC to host the WHF and sponsor RM500,000 in January 2007.

However, the audit findings showed that there was no formal agreement signed between HDC and KasehDia regarding the sponsorship but only conditions laid out by the Board of Directors.

The audit also found that the miscellaneous fees of RM1.15 million paid to KasehDia in 2007 and 2008 did not have a strong basis as there were no details of the expenditures provided.

According to KasehDia’s brief expenditure report, the payment was used the advertising and promotional activities for WHF, Public Relations Campaign, promotional trips to overseas, television and documentary participation programmes.

HDC also did not state the specific terms and conditions regarding WHF’s expenditure proper especially for the overseas promotional trips like daily allowances, phone allowances, the number of participants and the number of days."......sambungan

Inilah dia kaitan antara KJ dan HIDC, seperti sedia maklum Kasehdia adalah proksi kepada KJ dan Anak Pak Lah, darimana mereka dapat sumber kewangan. Rupanya menggunakan Halal untuk membuat perkara yang Haxxx?

Dalam blog saya ini pernah saya bersua dengan pegawai-pegawai HIDC untuk bertanya berkenaan kaitan antara HIDC dan Kasehdia anda boleh rujuk disini. Saya bentangkan di bawah topik

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)


Nasihat saya kepada rakyat tukarlah kerajaan yang sedia ada bila berpeluang setiap yang mereka lakukan adalah kononnya membantu negara dan rakyat, tetapi dibelakangnya ada niat yang tidak baik. Kerajaan yang ada kini langsung tidak peka dan tidak mampu memerintah lagi.

Wednesday, October 20, 2010

Inikah Fensyen Islam? Nauzubillah

Saya akui baru sedar akan perkara ini, yang menyedihkan ianya telah berlangsung 2 tahun, saya salin dan tampal url dari laman Baginda Reformasi. Sila rujuk link ini.

Apa kejadahnya perlakuan sebegini rupa isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri mengikuti acara yang menghina Islam ini. Kenapa perlu anjur atau ikuti program yang sebegini memalukan umat Islam.

Apa agaknya yang mereka faham dalam kepala mereka ini berkenaan Islam? Adakah hanya nama? adakah dengan tulisan arab?

Mana dia ulamak muda UMNO? tolong lah nasihat ketua kamu ini. Inikah halal ala UMNO

Kredit kepada Laman Baginda Reformasi

Sunday, May 30, 2010

Karnival Industri Halal di Kedah

Tahniah atah komitmen kerajaan negeri dan pusat dalam memperkembangkan industri halal.

Perkembangan tersebut boleh dirujuk di blog Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu

Saturday, August 15, 2009

Halal : Pusat data tidak dipusatkan

Hari ini saya terbaca satu berita di NST, rujuk disini.

Saya pon tak tahu bagaimana nak mohon sijil Halal dgn Jab Agama Islam Pahang. Bila di cari didalam internet memang tak dijumpai. Sama juga kes dgn lain-lain negeri. Saya melalui seorang kawan pernah bertanya kepada talian HDC, mereka juga tidak pasti bagaimana. Kenapa saya bertanya? disebabkan ada sebilangan rakan-rakan mempunyai kilang di Johor, Pahang dsb. Memikirkan kemudahan juru audit datang ke kilang maka diusahakan melalui negeri. Masalahnya tidak seragam, borang pon kadangkala berubah, kemudian SOP pon berterabur inilah Jabatan Agama Negeri.

Oleh yang demikian 2 tahun lepas saya menyarankan rakan-rakan memohon dengan JAKIM, walaupun dinegeri yang lain. JAKIM agak teratur walaupun sangat banyak boleh diperbaiki. Sistem permohonan separa online agak memudahkan. Bagaimanapun masalah lain pula timbul permohonan yang mencecah setahun lebih pon ada, sesetengahnya dah dibayar tapi 9 bulan tidak diaudit.

Pada ketika itu sesetengah kilang yang besar saya nasihatkan mengadu terus kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Menteri, mereka mengadu tapi terus terang saya katakan pemilik kilang terperanjat mereka dapat sijil tanpa perlu di audit. Memeranjatkan saya ketika itu JAKIM mengeluarkan sijil, kemudian ketika HDC mengendalikan sijil, saya lagi ragu-ragu. Khabar angin meniup ianya adalah milik keluarga Pak Lah. Pengarah urusannya pula dikatakan rapat dengan Pak Lah, pengerusinya juga adalah orang kuat Pak Lah, saya masih ingat ketika isu Dewina dihangatkan oleh pelajar2 UPM lebih 10 tahun yang lalu, Naib Canselor UPM telah menandatangani perjanjian lebih 15 tahun dengan Dewina untuk UPM, dengan hidangan yang teruk sistem kupon yang kejam dan penuh penipuan. Naib Canselor itu kini adalah pengerusi HDC.

Bagaimanapun dah itu inisiatif yang dikeluarkan oleh kerajaan maka saya teruskan juga membantu rakan-rakan usahawan. Disamping menjalankan kerja, siasatan terus dibuat. Saya dapat maklumat yang sahih bahawa HDC ini adalah 100% milik kerajaan. Cuma yang dianggap proksi keluarga Pak Lah adalah pengerusi dan pengarah urusan mereka.

seterusnya saya akui kerja yang dilakukan oleh pihak HDC, dari segi proses dokumentasi sehingga diaudit tidak jauh bezanya dengan JAKIM, cuma yang mengagumkan adalah layanan kepada usahawan, tindakan susulan yang segera, serta prosesnya yang tersusun. sesetengah rakan yang prosesnya tidak lancar (disebabkan beberapa proses tidak kena) paling lama pon 5 bulan dah terima sijil, permohonan yang memang lancar pernah memerima sijil kurang dari 1 bulan paling lewat pon 2 bulan.

Berbalik kepada 15 sijil Halal untuk Hotel di Pahang, carian saya melalui laman web JAKIM serta HDC tidaklah pula menjumpai sebarang maklumat tambahan berkenaan senarai Hotel tersebut. Maka saya melalui seorang rakan membuat pertanyaan. Pegawai HDC yang menjawab panggilan menyatakan bahawa mereka hanya menyenaraikan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM dan HDC sahaja.

Inilah masalahnya jika data tidak dipusatkan, saya rasa umno tidak serius dalam membuat kerja. Pemimpin umno hanya akan bergerak bila kocek atau wang berbunyi. Sebagai sebuah kerajaan semua dasar perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Data tidak berpusat ini menjadikan pengguna sukar untuk membuat carian. Ini disebabkan pusat data kerajaan tidak dipusatkan.

Friday, August 7, 2009

Boleh ke Malaysia jadi Halal Hub?

Rujuk semula post saya sebelum ini .

Saya tak faham, ada beberapa rakan saya sepatutnya kilang mereka telah diaudit dalam seminggu dua ini, ada juga yang tak diketahui statusnya, bayaran bila nak keluar? pon tak diketahui. ada juga pendaftaran dah lebih 3 hari belum lagi di luluskan. Bila telefon 1800 HDC yang jawab, layanan memang mesra lah. Tapi nampak sangat nak cover JAKIM, berapa JAKIM dah bayar kat HDC??? Saya mintak cerita sebenar dari operator HDC yang bertugas. Tapi mereka tetap menyatakan yang JAKIM telah ambil alih sepenuhnya dan akan menjalankan yang terbaik. HDC membantu JAKIM dalam hubungan pelanggan, konon2nya 1 Malaysia lah tu..

Kalau telefon pejabat di JAKIM di Cyberjaya jangan haraplah nak cakap. Dah 3 hari telefon semalam dapat cakap sekejap, tapi jawapan "Kami tak pasti lah encik, pegawai tak ada" sebijik macam telefon pejabat kerajaan. Kesimpulannya LEMBAB.


Thursday, July 30, 2009

Rakan-rakan usahawan sedang menunggu permohonan Halal

Kami menanti penuh minat, bahawa maklumat diperolehi pegawai yang bakal ditempatkan oleh JAKIM lebih ramai dari HDC menjelang 3 Ogos 2009 ini. Saya dan rakan-rakan usahawan menanti permohonan yang tergendala selama seminggu kerana proses transisi ini.

Kami berharap permohonan akan diproses segera, kerana menurut talian bantuan pelanggan HDC memang benar JAKIM akan memulakan operasi pada Isnin minggu depan iaitu pada 3 Ogos. Info awal diterima dari maklumat dalaman, sebenarnya menyebabkan saya ada rasa tak sedap hati. Semasa berurusan di pejabat KDRM saya singgah sebentar di Parel D, kedengaran cakap2 orang tertentu dilihat berdegar-degar di Parcel D berkenaan penyerahan semula ini. Tapi diharapkan mereka ini jangan cakap2 kosong seperti Menteri UBN sahaja, amanah tetap amanah, jangan ambil sambil lewa, jika tidak andalah puncanya.

Tapi seperti dahulu saya akan memerhatikan dan akan memberi komen atas pengalaman saya sendiri.

Wednesday, July 29, 2009

Penapis Air: Halal

Saya terfikir apabila seorang rakan datang membuat promosi berkenaan produk Bio-Aura yang begitu diketengahkan dlm TV sekarang ini. Iklan tersebut menunjukkan pencapaian mereka di dalam MLM melalui produk Bio-Aura, saya tak mahu cerita berkenaan MLM itu sendiri tapi berkenaan produk.

Memandangkan saya juga telah 5 tahun menggunakan penapis air yang biasa maka saya pon teringin juga mempunyai penapis air yang boleh minum terus tanpa masak, jimat sikit lah gas dan elektrik. Penapis air versi saya dirumah terdiri dari 2 jenis penapis kasar dan halus yang dipasang diluar rumah, selepas laluan meter air. Kemudian satu lagi menuju kedalam tangki air dan satu lagi jenis penapis satu lapis. Masalahnya setiap 1 hngga 2 bulan nak kena buat maintenance dan kadangkala tak sempat kerana semua sekali ada 4 penapis dan yang tak larat kena panjang tangki. Itu pon nak minum terus memang tak yakin. Kos berganda adalah penapis air yang tak boleh dicuci perlu ditukar.

Kehadiran rakan saya membuat promosi memang kena pada masanya. Panjanglah penerangan beliau, setelah rakan saya selesai bercerita malangnya saya tak jadi beli, pertamanya saya diberitahu yang produk ini mendapat sijil halal. Setelah mengamatinya ianya bukan lah logo halal dari JAKIM atau HDC. Tapi dari salah satu syarikat swasta yang diragui sijilnya. Saya pernah bertanya kepada pegawai HDC tak silap saya 2 bulan lalu ketika menghadiri satu seminar. Memang jelas kerajaan melalui JAKIM atau HDC tidak pernah mengiktiraf logo berkenaan. Di Malaysia hanya logo Halal Malaysia yang kini diproses oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja diiktiraf.

Maka saya mengambil inisiatif dengan melawati salah satu blogger myhalal yang ada search tools disini. Setelah membuat searching, confirm memang Hai-O melalui produk Bio Aura tidak ada rekod dalam sijil Halal Malaysia. Saya tidak kata haram, sebab menurut pegawai HDC yang saya temui semasa MIHAS 2009 tidak bermakna tiada logo Halal Malaysia produk mereka Haram, cuma kita mungkin ragu-ragu. Ia betul dan saya memang ragu-ragu, memandangkan logo yang digunakan adalah logo yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih kepada penulis blog myhalal kerana saya membuat carian dan berjumpa pula dengan syarikat IMP Global didalam carian tersebut menemukan produk penapis air yang mendapat pengesahan dan sijil halal JAKIM. Saya google pula dan jumpa penulis blog ini http://halalan-thoiyiban.blogspot.com/2009/06/blog-ini-bakal-menyediakan-platform.html

Ada rupanya syarikat yang menerima sijil Halal dengan penapis air. Saya fikir kalau benar syarikat-syarikat ini ingin berniaga di Malaysia dan ingin produk mereka dibeli oleh Muslim, apa salahnya memohon sijil Halal Malaysia memandangkan ianya diiktiraf oleh JAKIM.

Memandangkan ramai orang Islam terlibat dgn MLM dan jual Bio-Aura ini, serta logo Halal yang digunakan pula tidak diiktiraf maka saya nasihatkan kepada wakil-wakil Hai-O yang terbaca blog saya ni, bagitaulah upline-upline anda serta pengarah syarikat Hai-O mohonlah sijil dengan JAKIM. Jangan dok promosi nak kaya sahaja, promosi mencari yang Halal itu adalah fardhu.

Untuk perhatian sijil yang dikeluarkan oleh syarikat swasta ini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, sama ada JAKIM, MAIN, JAIN, dan HDC.


Thursday, July 9, 2009

UBN Sahih Memang Flip Flop : Halal

Saya adalah antara pengkritik awal ketika penyerahan sijil Halal kepada HDC (ketika itu saya panggil HIDC) kerana dibuat mengejut tiada kajian menyeluruh, saya akui walaupun memang banyak perkara tidak puas hati tahap pengurusan JAKIM ketika mengendalikan sijil Halal. Tapi saya mengambil keputusan positif kerana ingin melihat ianya menjadi industri yang boleh menguasai dunia satu hari nanti.

Tidak berbeza dengan mereka menganaktirikan Kedah, P.Pinang, Perak (tidak sampai setahun), Selangor dan Kelantan, berbanding mereka 50 tahun menguasai Malaysia, orang politik UMNO berdegar sana sini, termasuklah ustaz2 UMNO yang dah tak boleh cari makan ketika ini berbuat kepada anak syarikat kerajaan mereka sendiri.

Sebenarnya mengikut kajian saya JAKIM dulu BAHEIS pernah menyerahkan kepada swasta pensijilan Halal ini (Jika tidak silap Ilham Maya), kemudian ambil balik tak lama kemudian tidak silap saya penghujung 90an, setelah beberapa lama tahun 2008 mereka serah kepada salah sebuah anak syarikat kerajaan iaitu HDC yang mana jika dibimbing oleh orang2 seperti Husam Musa, dan Shaifuddin Nasution sudah tentu menjadi seperti baby Petronas. Maksud saya ianya bakal menjadi syarikat kerajaan gergasi kerana potensi industri itu sendiri. Tapi kerana diletakkan kepada penanung yang kurang pintar seperti Pak Lah dan Jamil Khir maka mereka ini termangu-mangu menjawab soalan di Parlimen. Langsung tidak ada kredibiliti.

Beberapa tahun dahulu sebagai orang yang mahu memohon sijil halal kami dilayan macam sampah, diherdik ditengking, kelulusan mencecah setahun tidak diketahui status, mintak duit bawah meja, dan banyak lagi itulah JAKIM kendalikan Halal ketika itu. Kemudian hujung tahun lepas hingga bulan May tahun ini saya membantu menguruskan permohonan syarikat rakan2 saya kepada HDC jauh bezanya, dengan layanan ditelefon mesra, tindakan yang segera, status permohonan kami yang jelas, nasihat yang tulus ikhlas. Saya sedar itu juga pegawai dari JAKIM cuma bekerja dengan HDC kenapa boleh menjadi sebegitu rupa? Pelik dan ajaib permohonan dahulu mencecah berbulan-bulan kali ini paling lambat pon 2 bulan lebih.

Saya fikir Ustaz Jamil Khir ini tidak fikir masak2 mungkin satu hari nanti CEO HDC itu adalah dikalangan Ustaz yang terkemuka, Memang saya tidak kenal benar dengan CEO HDC itu tapi CEO itu adalah lantikan kerajaan sahaja, boleh dibuang dan diambil bila2 masa sahaja (kalau ikut amalan UMNO) tapi kerana tidak bijak itulah jadinya tidak berfikir panjang.

Saya kira jalan terbaik sepatutnya adalah mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Islam, dan persijilan Halal ditubuhkan satu anak syarikat (menyerupai BIOCORP dibawah MOSTI) Lembaga Akreditasi Halal Malaysia (atau apa sahaja) yang penting ianya tidak diletak terus dibawah JAKIM itu sendiri.

Mungkin JAKIM akan belajar sesuatu kini, diharapkan mengambil yang positif dari HDC untuk diteruskan dibawah JAKIM, yang mana dah lebih 20tahun JAKIM uruskan sijil Halal tetapi keharmonian dengan 14 negeri lain tidak jelas, HDC yang baru setahun sekurang-kurangnya berjaya menaikkan persepsi Halal ketahap yang boleh diterima.

Apapun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada HDC atas khidmat dalam persijilan Halal ini, dam Selamat maju jaya kepada JAKIM.

Dua entiti kerajaan yang sepatutnya saling melengkapi tapi tidak duduk dibumi nyata dek dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional.

Wednesday, June 17, 2009

Isu Halal:Pengalaman dari seorang blogger

Kebetulan kerana bosan duduk didalam bas dari KL Sentral ke terminal LCCT saya melayari laman web menggunakan nokia E71 google sana dan sini, saya terjumpa pengalaman seorang blogger yang agak menarik berkenaan persoalan Halal. Sila rujuk blog beliau disini

Wednesday, June 3, 2009

Maklumat berkenaan Halal

Saya sedang mengikuti Seminar Industry Halal peluang di Timur Tengah anjuran HDC di One Utama, menarik tapi penat disebabkan bawa rakan sekolah lama yang buat bisnes, SPM beliau pon cukup makan, selepas bertani nenas selama 5 tahun beliau bukak bisnes jus nenas. Teringin nak kembangkan perniagaan saya pon temanlah sebagai fasilitator. komen saya smidec ke matrade ke mecd ke hdc ke sama je guna english, salah ke guna Bahasa Melayu. Mat Saleh dan Pak Arab tu ok lah yang rakyat Malaysia tu gunalah Bahasa Melayu.

OK, Saya ingin kongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari Halal directory yang dibangunkan oleh HDC, saya dapat maklumat dari mihas bulan lepas tapi semalam baru cuba, dalam fikiran saya sama sahaja macam JAKIM punya directory (dikategorikan sebagai tak friendly langsung) tapi rupanya dah memang jauh lebih baik dari jakim. Saya nak kongsi sebab ada sahabat dekat sini tanya Kopitiam White Coffee tu dah pernah dapat sijil Halal dari JAKIM atau HDC ke? rupa2nya Kopitiam Old Town White Coffee tu hanya dapat sijil untuk produk minuman instant coffee nya. Kalau tak percaya boleh rujuk kat sini ala-ala google halal sikit.

Cuba perhatikan saya cari old town:
Yang berkaitan, produk ada 1 tapi premis ada 3, bila saya klik premis yang keluar adalah :
Terbukti tak ada satu pun premis tersebut ada Kopitiam Old Town, nasib baik minggu lepas saya tak minum kebetulan singgah dirumah kawan di KL beliau ajak minum kopi di Kopitiam Old Town, semasa tiba saya agak ragu2 sebab tak ada logo Halal Malaysia yang ada adalah lain. HDC pon kata tak iktiraf logo selain yang tersenarai didalam portal mereka. Sedangkan kawan saya kata pada packaging yang dibelinya di Tesco ada logo Halal Malaysia. Perlu peka tidak semestinya produk mereka dapat sijil premis mereka dapat sijil.

Marilah kita panjang2kan perkara ini.

Tuesday, April 21, 2009

Coklat lemak babi, coklat enak import didakwa ada lemak babi

Tajuk di atas merujuk kepada tajuk di dalam blog dan komen di dalam Kedahlanie .

Saya merujuk juga tulisan saya sebelum ini di sini
Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)

Saya kira sebagai pendokong sebuah gerakan Islam yang mulia, kita perlu persiapkan dengan ilmu yang cukup untuk mempertahankan atau memberi pendapat dalam sesuatu isu. Pimpinan PAS peringkat atasan sering mengeluarkan hujah yang bijak, menewaskan pimpinan2 dari parti politik lain terutama dari Barisan Nasional.

Masalahnya penyokong dan pendokong tidak perlu beremosi atau membuta tuli seperti orang UMNO yang memang telah diketahui langsung tidak kritis.

Saya masih tidak berkesempatan melengkapkan artikel Halal Siri 2. Tapi memikirkan bulan depan sahaja ada tiga program berkenaan Halal iaitu MIHAS, World Halal Forum, dan yang terbaru World Halal Research. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan ulas sebaiknya. Kerana saya bersetuju bahawa Halal adalah industri yang perlu kita perluaskan bagi mendukung kesucian umat Islam sejagat.

Tahun ini lebih dari 10 syarikat sahabat saya akan menyertai MIHAS, manakala World Halal Forum adalah program yang tidak pernah saya terlepas setakat ini, dan World Halal Research yang pertama kali di adakan (menurut penganjur tahun lepas ada tapi saya tak perasan pon)
bagaimanapun saya akan hadir juga dan akan berkongsi dengan pengunjung blog yang lain.

Saturday, January 31, 2009

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)

Daripada pemerhatian saya, Malaysia berpotensi untuk mengembangkan produk perkhidmatan dalam Islam. Antara produk awal yang dipelopori adalah Perbankan Islam, bagaimanapun kerana ketidakbijaksanaan UMNO/BN memilih pemimpin akhirnya tidak berkembang pesat, malah kini ditinggalkan oleh negara lain. Sedangkan diperingkat awal dipopularkan oleh Malaysia.
Kini pula Malaysia telah mengetengahkan dua lagi produk iaitu Dinar Emas dan Industri Halal. Saya tidak mahu menyentuh isu Dinar Emas pada waktu ini, kerana ramai lagi blogger telah membawa isu ini.
Saya ingin fokuskan kepada industri halal. Telah lama rasanya ingin menaip berkenaan industri Halal bagaimanapun tidak berkesempatan. Di dalam pemerhatian saya sepanjang mengikuti seminar dan forum berkenaan Halal di samping terlibat membantu rakan-rakan di Qatar dan UAE dalam menyalurkan bantuan, Malaysia bukan lah negara yang sesuai dalam jangkamasa panjang untuk menjadi pembekal utama produk halal kepada umat Islam. Dengan kekuatan tenaga rakyat dan hasil bumi amat mustahil dalam jangkamasa panjang Malaysia menjadi pengeksport utama barangan berasaskan Halal ke seluruh dunia.
Cuba lihat link yang saya senaraikan dibawah:

JAKIM telah mempelopori industri Halal dari mengeluarkan surat pengesahan halal hinggalah sehingga lah mengeluarkan sijil halal. Bagaimanapun saya tidak boleh menafikan tahap perkhidmatan merekan kelas D saya berikan. Adakah patut syarikat rakan saya telah bersedia untuk mengeksport barangan ke UAE dalam tempoh 5 bulan. Permohonan kepada Jakim telah dibuat 4 bulan sebelum. Setelah bayaran dibuat dan dokumen disahkan oleh pegawai Jakim, mereka datang buat "inspection" 6 bulan kemudian, tak ke sakit hati kami. Jumlah perdagangan bukan kecil hampir mencecah RM3 juta. Rakan saya hampir kerugian kerana janji tak dapat ditunaikan menghantar produk ke sana tanpa logo Halal Jakim. Keseluruhan tempoh rakan saya mendapat sijil hampir 11 bulan. Tu belum masuk pegawai mereka bising kata ramai lagi orang nak apply lah.

Tahun lepas Kerajaan mengumumkan menyerahkan persijilan Halal kepada HIDC. Saya mengikuti dari jauh perkembangan mereka melalui pemerhatian, seminar, forum serta bertanya rakan-rakan di agensi kerajaan. Malah saya sendiri bertanya kepada staff mereka bila berpeluang. Paling tidak dilupakan pada tahun 2007 saya menghadiri forum halal sedunia, program tersebut di hostkan oleh HIDC tetapi di kendalikan oleh Kasehdia yang diketahui umum milik keluarga Pak Lah. Jadi saya mengambil peluang bertanya staff HIDC siapa pemilik HIDC ni, mereka kata ia milik Kerajaan Malaysia, saya tanya kenapa tak cerdik Kerajaan letak HIDC ni sdn bhd macam syarikat kawan-kawan saya je.

Pegawai mereka kata itu adalah strategi Kerajaan untuk menubuhkan HIDC sehingga menjadi entiti Kerajaan yang kukuh. Saya boleh terima jawapan tu. Kemudian saya pergi ke kaunter Kasehdia, saya tanya siapa pemilik HIDC tu? dia kata HIDC tu Kasehdia punya. Bayangkan lah dikatakan HIDC dimiliki oleh Kasehdia.

Bagaimana saya nak percaya dengan HIDC ni? Maka saya dapatkan penjelasan dari salah seorang rakan saya yang mengetahui berkenaan industri halal di Malaysia. Dia menyatakan bahawa HIDC ni memang dimiliki oleh kerajaan tapi Kasehdia adalah salah sebuah konsultan kepada HIDC ini. Menurutnya melalui HIDC berjuta-juta telah dibayar kepada Kasehdia. Untuk apa dia tak berani nak sebut. Nantilah bila Pakatan Rakyat menang aku ceritalah.

Tapi rupanya kini kasehdia tidak lagi menjadi sebahagian dari HIDC. Nanti pada forum halal sedunia tak lama lagi saya ingin menguju mereka lagi hehe.

Balik semula kepada usaha kami untuk mendapatkan sijil Halal. Pada penghujung tahun lepas saya ada membantu rakan untuk membuat pembaharuan sijil Halal kepada produk-produk syarikat beliau. Mengejutkan juga kerana dalam tempoh 2 bulan setengah syarikat rakan saya telah mendapat sijil Halalnya. Servis mereka juga jauh lebih baik sekarang, walaupun saya mendapat tahu pegawai Jakim juga ada diserap kedalamnya.

Teringat semula kepada peristiwa tersebut, sebelum menaip tulisan ini saya sempat menjengah kembali laman web mereka. Pada pendapat peribadi saya perkembangan HIDC ini amat baik dan memberangsangkan (saya kira proksi khairy ada target lain... nanti saya sentuh). Laman webnya kini mempunyai informasi yang amat penting bagi industri Halal, sila rujuk http://knowledge.hdcgobal.com .

Ini adalah langkah bijak dalam mengembangkan perkhidmatan Halal. Seperti saya nukilkan di awal tulisan saya Malaysia tidak akan mampu untuk menjadi pengeksport produk Halal, tapi perkhidmatan dalam pengetahuan ini lah mampu membawa Malaysia lebih jauh. Dalam siri satu ini tidak bijak kerana HIDC yang berpotensi ini adalah sendirian berhad (amat memalukan).

Bersambung di siri 2....