Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Hunusan Lidah : Antara Negara Berkebajikan PAS dengan Negara Islam Umno.

Hari ni saya terbaca blog Hunusan Lidah yang menarik... sila baca




Assalamualaikum.

PAS sebutlah Negara Islam ke, Negara Berkebajikan ke, Hadharah Islamiah ke atau apa sahaja, namun hakikatnya parti Islam ini sudah pun bergerak ke arah cita-cita Islam. Yang pertamanya lihat pada parti itu sendiri, dasarnya adalah Islam, seruan PAS ialah Allahu akbar dan tujuan PAS dalam kurungan pertama ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah (adakah kebajikan tidak termasuk dalam nilai-nilai hidup Islam?). Dalam organisasi kepimpinan pula PAS meletakkan Majlis Syura Ulama' dalam hierarki yang paling tinggi mengatasi Presiden dan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja PAS mengambil alih negeri Kelantan daripada BN pada tahun 1990, parti Islam ini terus menghapuskan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam seperti judi, pusat hiburan dan mengawal penjualan minuman keras hanya untuk bukan beragama Islam dan ianya diikuti oleh negeri Terengganu sebaik sahaja diambil alih oleh PAS pada tahun 1999. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam PAS pernah merangka rang undang-undang Hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh Umno yang menguasai Kerajaan Persekutuan. Dari segi ekonomi walaupun tidak semua, PAS tetap sedaya upaya untuk melaksanakan ekonomi Islam misalnya menghindari riba dalam urusan kewangan negeri.

Di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor walaupun PAS tidak dapat melaksanakan seperti di Kelantan tetapi sedikit sebanyak Islam tetap dapat dibawa oleh mereka yang memerintah bersama PKR dan DAP. Melalui surau dan masjid serta Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) penerangan tentang Negara Islam, Hukum Hudud kepada masyarakat Islam telah diberi ruang yang seluas-luasnya agar masyarakat faham dan tidak takut dengan konsep negara Islam khususnya hukum hudud itu sendiri. Dengan adanya wakil rakyat PAS dalam exco agama dan exco pendidikan, pendidikan Islam telah diperkasakan dan sekolah-sekolah agama rakyat mendapat perhatian penuh daripada kerajaan negeri.

Dari segi amal maaruf nahi mungkar walaupun pusat-pusat maksiat tidak dapat ditutup tetapi dengan kuasa yang ada penguatkuasaan telah dipertingkatkan agar umat Islam negeri ini tidak terlibat dengan perkara yang melanggar syariat Islam ini. Tidak cukup dengan itu pasukan mencegah kemungkaran turut ditubuhkan di peringkat kampung-kampung dan masjid. Orang Islam di negeri Selangor juga tidak dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang terdapat aktiviti yang bertentangan dengan Islam. Begitulah betapa PAS walaupun tidak disebut negara Islam sekalipun tetapi usaha ke arah cita-cita Islam itu sudah ada. Kita lihat sahajalah pimpinan tertinggi PAS bagaimana Islam itu dilaksanakan dalam diri dan keluarga mereka.

Ini berbeza dengan Umno. Parti Melayu ini bukan tidak pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam ketika zaman Tun Dr Mahathir dahulu. Namun daripada negara Islam beralih kepada Islam Hadhari dan kembali kepada negara Islam Najib, tiada tanda-tanda menunjukkan Umno bercita-cita untuk melaksanakan Islam. Lihat kepada isteri perdana-perdana Menteri Malaysia pun cukuplah sebagai gambaran. Ketika Umno memerintah Selangor bersama BN dahulu bukan kata hendak beri penerangan tentang Islam yang sebenar kepada rakyat, malahan ustaz-ustaz yang menyatakan kebenaran Islam mereka sekat dengan tuduhan ustaz-ustaz ini berpolitik. Masjid-masjid yang dikawal oleh mereka dibiarkan lesu tanpa pengajian agama, kalau ada pun hanya berkisar soal ibadah ritual semata-mata. Sekolah-sekolah agama rakyat dibiarkan tanpa pembelaan. Yang disuburkan hanyalah pusat hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan.

PAS yang berkawan dengan DAP oleh kerana risalah dakwah yang disampaikan kepada mereka maka DAP tidak pernah meminta PAS membuang perjuangan Islam. Namun Umno yang berkawan dengan MCA tidak pernah pun cuba untuk berdakwah kepada mereka mengakibatkan parti ini meminta PAS membuang perjuangan Islam sebagai syarat untuk parti Islam itu menyertai BN. Kesimpulannya sudah 56 tahun Umno memerintah Malaysia tetapi kita tidak nampak usaha-usaha mereka ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan Islam. Namun apabila disebut tentang ini mereka akan menyebut pembinaan masjid, bank Islam, Pusat Islam dan pajak gadai Islam sebagai bukti negara ini negara Islam.

Monday, January 24, 2011

Satim Diman Pembohong dan Pengkhianat

Media hari ini RTM, TV3, NTV7, Channel 8 dan TV9 memutarbelit pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959. Selain dari itu Ketua Pembangkang yang tidak rasional dan putar alam iaitu YB Satim Diman berbohong dan khianat kepada pengembalian kuasa kepada Sultan dan Rakyat Negeri Selangor.

Berikut adalah teks ucapan YAB MB Selangor dengan jelas dan terang, malah lengkap dengan kronologi bagi menjelaskan kewajaran Kerajaan untuk di amati.

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.

Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road showke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

  1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

  2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

  3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

Friday, September 17, 2010

Komen Pertandingan di dalam PKR

Salam Eidulfitri dan Sejahtera kepada pembaca blog ini.
Kesibukan kerja sebelum Eidulfitri tahun ini mmg mencabar, tiba dikampung dari luar negara betul2 selepas waktu berbuka malam 1 Syawal, ketika diperantauan keluh kesah rasanya takut pengumuman Raya jatuh pada hari Khamis ;).
Bagaimanapun hari ini telah seminggu berlalu, percutian berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bagaimanapun kelihatan rancak berbual di kedai kopi, blog dan akhbar online berkenaan pertandingan pemilihan pucuk pimpinan PKR. Berkemungkinan pertandingan sengit pucuk pimpinan PKR mungkin berlaku. Bagaimanapun analisis begitu banyak dikeluarkan ada versi kedai kopi, versi blog, versi cabang dan ranting, versi umno pon ada. Apa yang menjadi perhatian adalah keberanian PKR menggunakan sistem pemilihan terbuka rasanya yang pertama dilaksanakan di Malaysia. ini satu pujian kepada PKR kerana kelainan yang ditunjukkan berbading amalan perti parti politik di negara kita. Pada awal pemilihan PKR agak kelam kabut kerana mereka bergerak berdasarkan pengaruh individu individu tertentu, oleh itu kaedahnya juga tidak jauh berbeza dengan umno. Tetapi sejak DSAI keluar saya lihat beliau sedaya mungkin memperkukuhkan PKR dengan rombakan kaedah perjalanan parti yang di adaptasi dari beberapa parti politik di luar negara dan dalam negara.

Ianya mungkin berisiko tinggi memandangkan majoriti ahlinya adalah bekas Umno dan telah terbiasa dengan amalan Umno yang menyelangselikan perlembagaan dan politik wang. Bagaimanapun pembersihan yang berlaku secara tidak langsung mungkin memberi peluang untuk DSAI menjayakan agenda murninya. memandangkan beliau juga dalam keadaan berisiko untuk disumbat semula ke dalam penjara, pengukuhan PKR perlu disegerakan supaya tidak merencatkan agenda parti. Mungkin kerana itu juga DSAI tidak mahu bertanding kerusi Presiden PKR kerana beliau tidak mahu agenda PKR terpenjara bersama-sama beliau jika beliau terpenjara. Anwar adalah Anwar, PKR adalah PKR.

Anwar mungkin tidak kisah sejak dari beliau masih muda remaja sehinggalah menjawat jawatan Timb Perdana Menteri penjara tidak akan mampu memenjarakan semangatnya saya percaya sehingga Anwar dihujung hayatnya juga beliau akan terus berjuang sekalipun gagal menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Anwar adalah Anwar, tetapi PKR padanya perlu disusun gerak nadinya agar lancar dan mempunyai prinsip perjuangan tersendiri yang betah bergerak dalam pelbagai situasi dan cabaran pelbagai cuaca politik.

Walaupun ramai yang mahu beliau bertanding Presiden bagi mengelakkan perpecahan, tapi pada pendapat saya Anwar harus melaksanakan sesuatu untuk membentuk jatidiri PKR itu sendiri. Kalau mereka percaya pertandingan mewujudkan perpecahan ianya tidak ubah seperti Umno MCA dan MIC yang mana setiap kali pemilihan parti yang kalah akan habis karier politiknya. kenapakah di dalam PAS tidak berlaku? Pertandingan sengit Ust Nasaruddin, Husam, dan Abg Mat adakah menjadikan Husam dan Abg Mat tidak mampu berpolitik lagi? Mereka masih berjuang dan masih berkhidmat dengan padu dibelakang kepimpinan PAS. malah tugas mereka sangat penting pada PAS. Kenapa? Kerana PAS ada prinsip yang tidak ada pada parti lain. Di luar negara seperti di England, Amerika, dan Indonesia. Politik mereka juga pelbagai kaum, kenapa mereka berjuang dengan kental di dalam parti mereka? Untuk siapakah itu?

Saya percaya DSAI ingin membentuk kekuatan dan prinsip yang diperjuangkan di seluruh negara bermula dengan PKR, PKR masih baru perlu kepada persediaan yang kukuh sebelum duduk bersama-sama PAS dan DAP di Putrajaya. Pengalaman tumbangnya Pakatan di Perak dek kerana kurangnya prinsip kpd beberapa org Adun PKR telah cukup banyak mengajar DSAI. tindakan disiplin tidah cukup kerana PKR baru, jika sudah lama seperti PAS dan DAP tindakan disiplin berkesan, tetapi PKR perlukan nadi tersendiri untuk pergi jauh dan menghasilkan ahli yang berdisiplin dek kerana prinsip yang telah tertanam dalam setiap ahlinya.

Bagi saya pula semua parti, tidak kira Pakatan atau Barisan perlu berubah memodenkan parti komponen masing-masing kerana dengan cara itu rakyat akan jadi lebih bijak dan pintar. Kebijakan dan kepintaran rakyat akan menghasilkan negara yang maju dengan rakyat yang bijak.

Friday, July 2, 2010

TPM mengata Selangor sebenarnya perli Umno negeri

Cuba bayangkan, tiada apa faedah yang TS Muhyiddin hendak mengata berkenaan Pengerusi PKR Selangor berpindah dari YAB Tan Sri Khalid kepada YB Azmin. Kedua-dua mereka memang anak Selangor, malah mereka berdua adalah kekuatan PKR yang memang digeruni oleh UBN. Kebijaksanaan permainan politik YB Azmin dan kepakaran pengurusan YAB Khalid tidak dinafikan seolah-olah gandingan yang digeruni Rivaldo Ronaldo ketika World Cup 2002.

Hakikat sebenar adalah kerana ingin memerli Umno Negeri Selangor yang tiada bakat kepimpinan sehingga terpaksa mengambil Pengerusi Umno dari Pahang, belum masuk Negeri Terengganu, Perlis yang sudah tentu MB nya tidak menjadi Pengerusi Umno Negeri. Muhyiddin membuktikan bahawa Umno Johor adalah Umno terbaik, kerana sekalipun ada diperingkat Umno Pusat yang tidak berkenan dengan MB Johor, Pengerusi Perhubungan masih lagi MB Johor.

Sikap denial syndrom pemimpin UBN masih tidak dapat dipisahkan, mereka cuba mengatakan orang lain bermasalah sedangkan mereka mempunyai masalah lebih besar diperingkat dalaman.

Thursday, June 24, 2010

Apa punya senjata daa??

Dengan hanya membisu, seolah-olah UBN tidak menjawab, ada beberapa orang dan organisasi kelihatan menangguk di air yang "tenang" untuk menjadi perwakilan menjawab tindak tanduk UBN.

Antaranya YB bebas, YB terbebas (Lebih tertumpu kepada serangan terhadap DSAI, PKR dan kadangkala PAS dan DAP), Kickdafella (lebih serangan kepada Kerajaan Kelantan terutama TG Nik Aziz dan melagakan kepimpinan PAS di Kelantan), PERKASA (lebih kepada menonjolkan ketaksuban bangsa terutama di Selangor, P.Pinang, dan Kedah), isu JI (untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam).

Pusing punya pusing inilah askar gurkha yang antara mereka sedar atau tidak sedar menjadi gurkha kepada UBN untuk melemahkan PR. Kini sekalipun tampak jelas UBN salah, mereka juga tidak akan menyerang habis-habisan jika ada pun hanya sentuh dipermukaan sekadar cukup syarat. Sedangkan sepatutnya mereka sedar yang menguasai Kerajaan Pusatlah banyak bertanggungjawab terhadap kesan kepada masyarakat Malaysia secara holistik.

Sunday, June 20, 2010

Apa UBN itu ikut perlembagaan kah?

Pelik juga apabila komen DS Najib menyatakan bahawa notis pilihanraya tiga bulan tiada dalam Perlembagaan. Adakah rampasan Kerajaan Negeri Perak itu mengikut perlembagaan, adakah rasuah itu mengikut perlembagaan, adakah perlembagaan minta lesen judi bola?, adakah peruntukan perlembagaan terdahap hak kerajaan negeri dalam hasil Petroleum di ikuti? adakah hak Kerajaan Negeri seperti dalam peruntukan Perlembagaan dalam konsep Persekutuan itu dipatuhi?

Kalau cakap tidak serupa bikin usah bicara pasal perlembagaan. Idea pintar dari PR bahawa tiada kebebasan penuh kepada PM sahaja untuk umum pembubaran Parlimen dan DUN telah memeningkan dan memalukan DS Najib.

Kesimpulannya nampak sangat PM tidak bijak, malah memperbodohkan diri bukan sahaja rakyat. Krisis perlembagaan bermula apabila pemimpin Kerajaan tidak faham perlembagaan.

Wednesday, May 19, 2010

Melatahnya seorang YB Terbebas

Gelisah sungguh YB Zul dalam blognya yang terbaru ini bertajuk Reformasi? Rembatkasi?

Beliau memfokuskan isu KSSB yang diutarakan oleh YB Kapar, tanpa perlu menghargai keperihatinan YAB MB Selangor yang mencadangkan kes ini di bawa ke Selcat. Mungkin UMNO dan YB Zul merasakan yang kes ini akan disiasat dibawah SPRM, mungkin kes ini akan dibawa kepada SPRM tetapi Selcat akan membuat siasatan terbuka terlebih dahulu. Kalau hendak diharap SPRM entah apakah yang terjadi kita pon tak tahu.

Melalui Selcat Kerajaan Selangor telah berjaya membongkar kes dengan lebih telus, dan kesan positif adalah, kakitangan awam bekerja dengan lebih selesa tanpa ada tangan-tangan ghaib ahli politik. Campurtangan ghaib itu mungkin disukai oleh YB Zul dan Umno.

Kalau hendak diharap YB Umno, adakah mereka membongkar isu PKFZ? Isu kapal selam tak boleh selam, isu Jet pejuang Sukhoi, isu judi yang dihalalkan oleh Awang Adek dan menteri kabinet? TIDAK MUNGKIN. Tiada satu pon dibongkar oleh Ahli Parlimen atau Adun BN, mungkin matanya menjadi kelam kelabu maka YB Zul menempelak Kerajaan Negeri Selangor dan MB nya.

Sebagai rakyat yang bertungkus lumus membantu YB YB Pakatan rakyat, yang tidak mampu menjadi YB di Parlimen, malah tidak dibayar oleh YB YB, ahli politik termasuk yang telah melompat kami tetap teguh mendokong aspirasi soal keadilan, kebertanggungjawaban, dan ketelusan. Tidak mungkin kami kembali menyokong Umno BN dan meninggalkan PR. Selagi mana PR menjadi alternatif buat rakyat Malaysia.

Telah ramai rakan-rakan yang menyatakan bahawa YB Zul adalah salah seorang agen untuk menjatuhkan PR di negeri-negeri, saya malas hendak percaya bulat-bulat beberapa minggu sebelum YB Zul keluar dari PKR. Tapi kali ini saya hampir mulai percaya, apabila YB Zul mengeluarkan ayat

“Kalau benar saudara/i mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, saya cabar saudara/i supaya segera keluar daripada PKR dan menjadi WARAS-Wakil Rakyat Bebas. Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan negara. PKR dan Pakatan Rakyat adalah parti yang telah di"hijack" oleh golongan Firaun-Firaun Kecil yang hanya berminat untuk melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia”

Ayat yang cukup terdesak, menggalakkan lompatan katak, menunding kepada rakan-rakan sebagai firaun kecil, sedangkan tidak perasan sedang membawa firaun besar. Nauzubillah.

Ramalan saya UBN tidak akan mempercepatkan Pilihanraya Umum 13 tidak sepertimana ramalan Datuk SU Agung PAS. Saya melihat orang-orang seperti YB Zul, YB Ibrahim Ali dan rakan-rakan sewaktu dengan mereka ini akan memainkan peranan untuk mengurangkan penguasaan PR untuk menambah kerusi sehingga UBN mencapai majoriti 2/3. Apabila tercapai seperti biasa UBN akan buat persempadanan semula dan seterusnya melaksanakan Pilihanraya Umum. 

Tuesday, May 18, 2010

Politik baru Malaysia masih relevan. Selamatkan Malaysia

Keputusan PRK Sibu memang agak mengejutkan. Di kala tekanan diaturkan untuk memburukkan imej PKR, di Sibu yang nyata PAS dan DAP telah dilagakan. Mungkin kerana mereka yakin bahawa PAS dan DAP tidak akan mampu bersatu menentang BN maka fitnah dan adu domba diteruskan. Mungkin juga kerana mereka memikirkan rakyat di Sibu bodoh maka adu domba dilambakkan. 

Di Sibu yang menggelikan hati, kempen BN iaitu satu undi untuk DAP satu undi untuk Negara Islam. Negara Malaysia ini bukan Negara Islam kah? Saya tidak dapat hadir ke Sarawak disebabkan kekangan tugas, tetapi rakan di Sibu ada memberitahu saya melalui YM ada kempen BN yang menuju rumah ke rumah memberitahu bahawa undi DAP orang Cina kena sunat (khatan). Apa kejadahnya kempen sebegitu rupa. Janganlah ingat rakyat Malaysia di Sibu itu sebodoh UMNO SUPP dan keseluruhan BN.

Di negeri Kelantan dan Kedah yang MB nya PAS, adakah semua orang Cina disunat? Ketika Perak diterajui oleh MB dari PAS adakah exco-exco yang bukan Islam juga disunat? Punyalah teruknya, itulah akhlak pendokong BN, UMNO tidak berjaya menerangkan kemurnian dan kesucian Islam kepada bukan Islam. Mereka hanya memperjuangkan orang Melayu yang sokong UMNO dan BNputra bukan bumiputra dan seluruh rakyat Malaysia.

Islam itu indah, suci dan bersih, selain daripada aspek akidah, mengutamakan prinsip keadilan kepada semua kehidupan di dunia.

BN sudah tidak relevan ketika ini, mereka hanya lebih kepada omongan kosong, fitnah dan adu domba. Mereka masih merasakan semua rakyat Malaysia boleh dibeli dengan wang ringgit, seperti mereka dan segelintir ahli lompat katak.

Orang Melayu, Cina, India, Bumiputra di Sabah Sarawak dan seluruh rakyat Malaysia perlu bangkit untuk merobah kerajaan kepada yang lebih baik.

Tuesday, May 11, 2010

Kaedah kempen yang membodohkan rakyat.

Teringat ketika PRK Bukit Gantang sentimen dimainkan PAS gadai prinsip, PAS bagi tanah pada Cina, Nizar pinggirkan Melayu. PRK Hulu Selangor pula, PKR tutup cawangan sana dan sini, MB selangor tidak bela nasib org melayu org india masih terpinggir, zaid liberal.

Di PRK sibu pula sokong DAP sokong Negara Islam, ada pulak yg mengapi sokong DAP bermakna org Cina akan dipinggirkan. Punyalah nampak sgt kempen kebudak budakan, tidak matang dan plg nyata sekali adalah bertujuan dan menganggap org Malaysia terutama Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah Sarawak bodoh.

Kempen membodohkan rakyat ini harus dihukum oleh rakyat.Sebagai rakyat yang paling jelas adalah Melayu terbela di bwh PR kerana bukan PAS dan PKR sahaja yang bela malah DAP juga membela org Melayu yang miskin, bukan DAP sahaja yg bela org Cina dan India, malah PAS dan PKR memainkan peranan membantu org Cina dan India yang susah.

Sokong BN bermakna rasis dan berat sebelah, perlembagaan diketepikan, Umno kata kena berhati hati dengan cina dan india, MCA dan SUPP pula kata org melayu dan india tidak perlu dibela. MIC pula kata hanya Samy Vellu yg boleh jaga org India.

Secara keseluruhan PAKATAN RAKYAT adalah yang terbaik kerana membela semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, warna kulit, keturunan, kekayaan dan politik.

Tuesday, April 27, 2010

Siapa Pengkhianat Melayu, Kenapa Khir Berduka?

Mungkin kerana sedih orang Cina tidak menyokong umno maka diherdik orang Cina Selangor perkauman. Cuba lihat calon Pakatan di Hulu Selangor adalah seorang Melayu beragama Islam, peguam terkenal di Malaysia, bekas Menteri Kabinet. Tapi umno menentang beliau.

Meka umno menentang Melayu, jadi umno pengkhianat Melayu.

Itulah yang boleh saya tafsirkan bila membaca posting beliau yang memalukan, meletakkan dirinya lebih rendah dari penjenayah. Saya malas nak link posting Dr Khir kerana rasa malu bila memikirkan beliau tu berkelulusan doktor gigi, orang Melayu pulak tu. Dalam 23ribu lebih penyokong Pakatan tiada orang Melayukah? di Kelantan tu bukan orang Melayukah yang telah dinafikan hak oleh umno? Setinggan2 di Selangor yang diroboh ketika Khir jadi MB dulu bukan orang Melayukah? yang merempat akibat rumah diroboh tu bukan orang Melayu kah? Sekolah agama rakyat yang telah ditarik peruntukan itu bukan majoritinya orang Melayukah?

Sudah lah Khir, insaflah. Akuilah kesalahan kamu dan bertaubatlah. Contohilah orang Melayu bernama Zaid Ibrahim, mengaku kesalahannya serta bertaubat.

Sudahlah menabur fitnah, bertaubat, berhentilah taksub. Rasulullah tidak suka umatnya terlalu taksub kepada bangsa.

Saturday, April 24, 2010

Selagi Tidak Saman, Malaysia di anggap Pro Zionis

Nauzubillah, mengucap panjang saya. Malam tadi sahabat dari berbangsa Turki yang menetap di Scotland telah menghubungi saya untuk kepastian. Adakah benar Malaysia Pro Israel?

Mengucap panjang saya bila mendengar. Saya katakan tidak. Masalahnya di luar sana, di Dunia Islam Eropah telah beranggapan sedemikian rupa. Kenapa? Kerana Malaysia telah menghentikan bekalan gasolin atas kehendak dasar luar Amerika yang berkehandakkan sedemikian.

Jawapan saya, PM kami memaklumkan bahawa Iran tidak perlukan bekalan lagi. Beliau menambah, mana mungkin, dia sedang menguruskan rundingan dengan China untuk tambahan bekalan kerana Malaysia telah menghentikan bekalan. Selain itu katanya akhbar di Eropah pro Israel gembira dengan sokongan Malaysia.

Saya kesal dengan kenyataan itu. Masakan Negara bukan Islam seperti China boleh membantu Iran sedangkan Malaysia lemah longlai. Adakah ini peranan utama Apco? Memulihkan hubungan Malaysia dengan Israel?

Apa kejadahnya? Adakah rakyat Hulu Selangor masih sudi memangkah dacing yang telah senget, yang kini menjadi alat Amerika untuk menekan Iran? Israel dan Zionis telah banyak membunuh umat Islam di Palestin dan sempadan lainnya.

Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parimen BN Hanya pandai berbohong dan menipu. Menyatakan kebenaran menasihati pemimpin mereka jauh sekali.

Selagi PM tidak saman akhbar di France dan di Eropah lainnya yang telah memburukkan Malaysia di mata umat Islam serta mencantikkan Malaysia kepada Zionis, selagi itu rakyat Malaysia terutamanya kini pengundi Hulu Selangor menghukum Najib Razak dan konco-konconya.

Siapa hendak bersubahat, silalah. Tapi ingatlah dihadapan Mahkamah Allah akhirat kelak jawablah. Subhanallah

Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah Nasib Baik, Kalau Tidak...

Begitulah kelegaan disuarakan oleh rakan-rakan (termasuk saya sendiri sebenarnya). Dikala kemeriahan pengumuman calon oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, saya hadir ketika itu (kebetulan singgah setelah berurusan di Perak) untuk melihat calon. Ketika itu memang kelihatan wajah Dr. Halili, sejurus diumum Nama Datuk Zaid Ibrahim, terus terdetik di dalam hati seperti telah dijangka. Mungkin ada strategi Dato Seri Anwar tidak mengumumkan nama Dr. Halili.

Pagi tadi salah seorang rakan dapat SMS bahawa Dr. Halili masuk UMNO keluar PKR. Sungguhpun sahabat-sahabat tersebut adalah penokong tegar PAS, semuanya melepaskan kelegaan Alhamdulillah, nasib baik PKR tak pilih Dr. Halili jika tidak dah tentu akan ada lagi geng pendekar si katak lompat di Parlimen.

Kami semua mendoakan agar PKR akan lebih mantap dan teliti memilih calon. PR tidak akan kuat jika hanya PAS yang kuat, PR tidak akan kuat hanya PKR yang kuat, malah tidak akan kuat jika hanya DAP yang kuat. Tapi PR akan jadi kuat bila semua pemimpin dan penjaga amanah yang terdiri dari PAS PKR dan DAP meletakkan agenda perjuangan rakyat di hadapan, dan kepentingan kroni dan peribadi nun jauh dibelakang.

Penyertaan Dr. Halili ke dalam UMNO melegakan semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, jika tidak episod lompatan katak mungkin berulang kurang 12 bulan selepas kemenangan PR.

Kenyataan Dr. Halili menyatakan kepimpinan PKR berhaluan kiri dan sebagainya memang melucukan yang pertama bila bekas SU Agung PKR berada disebelahnya yang kedua apabila keputusan letak jawatan PKR dan masuk UMNO dibuat dalam tempoh berkempen. Menampakkan kedangkalan politik beliau. Kesian dia...

Monday, February 22, 2010

Sedih dituduh pengkhianat, Rakyat sedih dikhianati

Rentetan tulisan saya pada 13 Februari 2010 bertajuk Pengkhianat Rakyat Kelantan. Serta ceramah penerangan di seluruh pelosok negara, maka kesedihan dipancarkan oleh Tok Pa antaranya di MStar.

Rakyat lebih sedih lagi apabila Tok Pa dan Awang Adek lebih mempolitikkan isu hak rakyat Kelantan. Jika diambil iktibar dari rentetan peristiwa Wang Royalti Terengganu cuba lihat disini, PAS Terengganu tidak mempolitikkan isu HAK RAKYAT TERENGGANU meskipun PAS Terengganu tidak memerintah Negeri Terengganu. Malah kesedihan terpancar oleh ADUN PAS Terengganu apabila wang ihsan dibelanjakan oleh Persekutuan dan bukan Negeri. Ini adalah pengkhianatan kepada Rakyat dan Kerajaan Terengganu. PAS dengan bersungguh-sungguh menyokong Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh UBN Terengganu bagi mendapatkan hak royalti rakyat Terengganu.

Cuba Tok Pa, Awang Adek dan rakan2 sewaktu dengan mereka berfikir, siapa yang bercakap sekadar rektorik?? PAS dan Pakatan atau Umno dan Barisan?? Nyata terang bersuluh bahawa Pengkhianatan telah berlaku oleh pemimpin UBN Kelantan diketuai oleh Tok Pa dan Awang Adek kerana lebih berpolitik dari kepentingan Rakyat Kelantan.

Siapa yang patut bersedih? Rakyat Kelantan atau Tok Pa?? Siapa yang tidak menghormati pilihan rakyat Kelantan? Bagaimana PAS dan Pakatan yang tidak memerintah Terengganu boleh menghormati Rakyat Terengganu? Siapa lebih ikhlas? Siapa lebih berpolitik? Siapa yang tegakkan benang yang basah? Siapa yang berpolitik tahap kuno seperti komunis, berpakaian suite dan bertali leher tapi berpolitik sempit ala Mugabe.

Tok Pa boleh berfikir kenapa KuLi bersikap memberi penjelasan kerana Hak. Jangan kerana jawatan selaku menteri maka Tok Pa sanggup tidak berkata benar. YAB MB Terengganu lebih berani berkata benar walaupun pahit, merisikokan dirinya dengan mendapatkan sokongan PAS dan Pakatan di DUN Terengganu semata-mata untuk hak royalti minyak Terengganu yang nyata lebih jauh dari Kelantan.

YAB MB Kelantan memperjuangkan Royalti Minyak bukan untuk dirinya, tapi adalah untuk seluruh Rakyat Kelantan, yang hak tetap hak. Royalti Minyak bukan hak Umno Kelantan, atau Kerajaan Pusat tapi adalah hak Rakyat Kelantan untuk diuruskan oleh Kerajaan pilihan Rakyat Kelantan.

Khianat tetap khianat, tetapi belum terlambat untuk bersama menyatakan kebenaran.

Thursday, August 27, 2009

Wibawa Isu, PR lebih menyerlah

Saya baru selesai mesyuarat di Port Dickson, singgah cuci kereta bersembang dengan beberapa orang abang / pakcik teksi yang sedang cuci kereta sewanya.

Antara dialog yang menarik hari ni yg dapat saya petik,

Seorang dari mereka bertanya "Napo PAS monang laie di Permatang Pasir dah la tak ramai orang turun, nak pulak manek urai PAS monang pon tak bosar?kali ni bosar pulak tu.."

sorang lagi menyampuk "Den rasolah, PAS ko Pakatan ko diorang ni laie pandai solosai masalah dari barisan. Ekau bayangkan masalah arak ko babi ko semuo tu paneh. tapi dio samo dio bincang semuo manusio kat mesia ni tau kuar kat sokkabar utusan pakatan gaduh pasal arak yang dulu babi, yang den heran tu last skali solosai. Ekau tengoklah kito ni, hal babi dari dulu laie tak solosai barisan poie kecoh hal nogori orang. Ni nogori kito ni apo jadi? Anak den tingga kat banting sronok air percumo, cucu den dapat simpanan nogori bagi, besan den menigga dapek bantuan nogori. Yang den poning tu arwah besan den tu bokeh jkkk, klu barisan seingat den dulu jiran lamo den sokong semangat 46 bantuan bajo pon tak dapek. tu sobab bangang la tak pangkah pakatan kalau dah tingga kat nogori pakatan." ekau tengok kito ni, den pon tak tau apo yang pomimpin barisan kat nogori kito ni buek."

Seorang lagi pakcik mencelah "Yang den tau maso kat kualo terengganu pilihanrayo tu jkkk kumpul bas bagi den 100hinggit tolong kempen kat sano, den kato sominggu seratus mana cukup baik den bawak keto teksi ni, pehtu buleh JKKK kato kat den orang PAS poie sendighi mano PAS buek sumo ni, den gaduh samo JKKK den ekau sobat duit tak po. Pehtu den poie jugaklah lopeh dio kasi den 200hinggit, tapi den tengok sampai sano JKKK ni duit samo dia dio sosah. Sojak tu den dah tobat tak mo poie."

tu antaranya, banyak lagi lah.. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang boleh saya hurai dari perbincangan tu tapi saya mengambil jalan untuk tidak banyak kacau respon mereka sebab nak tengok sejauh mana pandangan marhaen. Kesimpulannya PR lebih menyerlah dan lebih berwibawa menyelesaikan isu berbanding UBN.

Buat rakan2 PAS dan PR di Negeri Sembilan, PRU 13 kita boleh menang tapi perlu gerak kerja dari sekarang dalam menyampaikan isu tempatan dan nasional kepada masyarakat.

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan? Apa kena mengena dengan UBN?

Majlis Presiden Pakatan Rakyat belum berlangsung, tapi kenapa semua orang berfikir berkenaan Kerajaan Perpaduan itu berkaitan dengan UBN? Adakah Kerajaan Perpaduan itu perlu dilibatkan UBN?

Mungkin sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap berkenaan Kerajaan Perpaduan, kerana UBN masih memiliki majoriti dan telah sah UBN bukanlah yang sesuai berbincang kerana mereka ni dengan komunis tidak jauh bezanya.

Yang jelas Kerajaan Perpaduan tidak perlu melibatkan UMNO tapi semua parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ianya pasti berjaya jika semua parti yang memiliki kerusi parlimen bersatu membentuk Kerajaan Perpaduan meninggalkan UMNO terjun dengan labu-labunya.

Saya kira jika ingin membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini, ini sahajalah caranya. Jika tidak tunggu sahajalah PRU 13, PR mesti tumbangkan UBN maka sistem Kerajaan di Malaysia dapat dipulihkan sepenuhnya.

Sunday, March 22, 2009

Adakah Terlalu Bebas? Nizar Bebaskah? Ali Rustam Bebaskah?

Saya ingin memberi sedikit komen berkenaan ulasan Pak Lah dalam wawancara bersama Kumpulan Utusan yang diterbitkan sedikit di Malaysiakini.
Simpati juga apabila membaca kenyataan YAB Pak Lah tersebut. Bagaimanapun, beliau masih boleh untuk diiktiraf sebagai Bapa Demokrasi kepada sistem politik negara jika beliau mengambil langkah yang lebih bijak dan bukan hanya menurut. Tidak salah percambahan fikiran itu, tapi apa batasan yang ingin diwujudkan? Letaklah batasan Iman, Islam dan Ihsan adalah lebih mudah daripada meletakkan batasan tanpa bicara, selain itu membenarkan anggota partinya merampas negeri tanpa jalan demokrasi yang sah menyebabkan reputasi kepimpinannya amat lemah.
Memang agak sukar hendak menamakan sumbangan beliau dalam negara selain daripada sumbangan menjadi PM menggantikan era regim Che Det. Tapi beliau boleh jadi lebih baik daripada Che Det jika beliau berjaya meletakkan pengganti yang lebih baik daripada pengganti Che Det. Malangnya pengganti Pak Lah adalah lebih teruk dari pengganti Che Det. Sekurang-kurangnya pengganti Che Det tidak dilabel atau dituduh sebagai pembunuh oleh akhbar luar negara, malah pengganti Che Det dikatakan Mr. Clean satu ketika dahulu. Malangnya pengganti Pak Lah tidak boleh dinamakan Mr. Clean tapi mungkin Mr. .D...............
Tepuk dada tanya Iman

Monday, January 5, 2009

Kajian Dari Mana?? Satu lagi pembohogan UMNO/BN

Pelik bin ajaib apabila Dato Syed Hamid Albar berkata mengikut kajiannya majoriti rakyat sokong ISA. Saya nak minta beliau untuk tunjukkan kajian beliau tu, kalau tak ada kajian jangan kata buat kajian. Saya cadangkan kerajaan buat pungutan suara.

Satu lagi saya merayu kepada pengundi Parlimen Kuala Terengganu, tunjukkan kuasa anda dalam Pilihanraya Kecil ini. Pilihanraya ini tidak boleh dipandang kecil sokongan kepada PAS adalah lambang suara rakyat. Barisan Nasional masih lagi memandang rendah kepada rakyat, memperbodohkan rakyat serta mengkulihambakan rakyat. Tunjukkan bahawa anda bukan mudah diperbodohkan.

Selamat Mengundi