Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label belanjawan. Show all posts
Showing posts with label belanjawan. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Rintihan rakan-rakan penjawat awam

Minggu lepas selesai pembentangan Belanjawan, PM tidak mengumumkan sebarang bentuk bonus kecuali imbuhan. Saya ada banyak komen berkenaan belanjawan kali ini, bagaimanapun tidak larat nak tulis sebab terlalu banyak kepincangan.

Selama dua hari kesemmpatan yang ada di tanah air sebelum terpaksa bertugas di luar negara miggu ini, telah saya gunakan untuk bertemu rakan-rakan. Keluh kesah rintihan mereka menyatakan bahawa harapan untuk mendapat bonus tidak kesampaian. Tidak silap saya PM ada menyebut implikasi kewangan yang tinggi melebihi perbelanjaan RM1.2 billion bagi pemberian bonus satu bulan gaji. Oleh yang demikian imbuhan RM500 diberi, setelah imbuhan awal sebelum Raya RM500 menjadikan jumlah sebenar adalah RM1000.

Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mampu untuk memberi sebulan bonus, apa salahnya dengan setengah bulan bonus dan minimum RM1000 kepada mereka yang gaji dibawah RM1000. Perbelanjaan tersebut bertujuan untuk memberi sedikit galakan kepada penjawat awam, bukan itu sahaja kebanyakan penjawat awam terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk naik pangkat, belum cukup dengan penilaian tahunan peperiksaan PTK dan sebagainya. Sebahagian besar mereka juga masih di gred yang lama contohnya gred 41 sedangkan telah berkhidmat hampir 10tahun. Semakin bertambah lah jurang antara pegawai PTD dan bukan PTD. Saya tidak menyalahkan PTD tetapi saya menyalahkan sistem. Saya ada begitu ramai rakan yang bekerja Kerajaan, dan ini sangat jelas sistem tidak membantu mereka. Ungkapan seperti "kau PTD tak apalah sama servis dengan aku tapi sekarang dah Gred 48, aku ni masih Gred 41 PTK dah aras 4 alasan tiada kekosongan".

Berilah satu sistem yang adil kepada penjawat awam, jika masih tidak mampu berlaku adil kepada sistem, berilah imbuhan berupa bonus 1/2 bulan pon saya kira sudah memadai jika terpaksa juga kerajaan menanggung pembanggunan Permata yang "dilihat sangat penting" oleh PM dan isteri beliau. Bagaimana kerajaan hendak meneruskan projek Talent Corp jika sistem penjawat awam juga masih terlalu banyak lompongan.

Sunday, January 3, 2010

Umno dan BN sudah tidak upaya malah sudah tidak layak tadbir negara

Tiada siapa yang menyekat dana persekutuan seperti mana Kelantan, Selangor, Kedah, dan P.Pinang di tindas.

Siapa yang menindas dan siapa yang ditindas? Adakah negeri2 ditakbir PR mengalami kerugian teruk atau belanjawan tidak munasabah? Jawapannya tidak

Negeri PR ditakbir serta diurus belanjawan penuh berhemah dan jujur. Tiada hutang luar mampu, malah usaha membayar balik hutang pula giat dijalankan. Cuba lihat contohnya Pahang, negeri yang kaya dengan hasil tapi tak ada duit. Benyak sungguh bantuan pusat kepada mereka termasuklah hutang diberi.

Cuba baca catatan blog YB Datuk Husam Musa

Berbilion duit negara dibelanja tanpa diketahui kemana perginya, pelik sungguh.

Terbukti sudah bahawa Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara.

Friday, October 23, 2009

Belanjawan 2010, Cadangan 2009

Saya pernah menulis berkenaan cadangan Belanjawan 2009 ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Kewangan disini.

Akhirnya cadangan menggunakan MyKad akan digunapakai. Bayangkan rakyat asing menggunakan subsidi kerajaan. Kali ini kelihatan Menteri Kewangan menggunakan ayat pembayar cukai agak kerap. Baru sedar ke?

Saya mencadangkan selepas implementasi menyeluruh minyak menggunakan MyKad, dengan serta merta semua harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran. Subsidi hanya untuk rakyat Malaysia.

Selain itu perkara yang ditekankan untuk meningkatkat ekonomi dan memudahkan peralihan ke ekonomi berpendapatan tinggi, beberapa bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif telah dikenal pasti, ia termasuk kewangan Islam, industri halal, industri berasakan sumber dan pelancongan.

Saya ingin pecahkan kepada beberapa kelas, iaitu :

Kelas Perlu Pemulihan
Kewangan Islam perlu distrukturkan strateginya. Ketika ini Malaysia sudah tertinggal berbanding Bank2 Timur Tengah dan Singapura dari segi perkembangannya.
Sukuk memang besar, tapi ianya belum menampakkan impak yang berkesan kepada perjalanan Industri Kewangan Islam.

Kelas Potensi dan Impak Tinggi
Industri Pelancongan - masih menjadi sektor penting dan boleh dipertingkatkan

Industri Halal, beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki dan tidak boleh tunggu sehingga pesaing dari negara lain memintas Malaysia. Beberapa inisiatif yang telah wujud perlu diperkasakan serta disokong tapaknya supaya tiang senang didirikan dan dinding mudah dibina.

Kelas Perlu spesifikasi
Industri berasaskan sumber perlu di sektor kan berdasarkan spesifikasi. Apakah sumber impak tinggi dan sumber impak rendah. Adakah impak rendah itu bertabur atau sememangnya berimpak rendah. Jika tidak perlu dipersatukan impak rendah menjadi impak tinggi, manakala Impak tinggi menjadi platform penjana utama