Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Saturday, January 31, 2009

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)

Daripada pemerhatian saya, Malaysia berpotensi untuk mengembangkan produk perkhidmatan dalam Islam. Antara produk awal yang dipelopori adalah Perbankan Islam, bagaimanapun kerana ketidakbijaksanaan UMNO/BN memilih pemimpin akhirnya tidak berkembang pesat, malah kini ditinggalkan oleh negara lain. Sedangkan diperingkat awal dipopularkan oleh Malaysia.
Kini pula Malaysia telah mengetengahkan dua lagi produk iaitu Dinar Emas dan Industri Halal. Saya tidak mahu menyentuh isu Dinar Emas pada waktu ini, kerana ramai lagi blogger telah membawa isu ini.
Saya ingin fokuskan kepada industri halal. Telah lama rasanya ingin menaip berkenaan industri Halal bagaimanapun tidak berkesempatan. Di dalam pemerhatian saya sepanjang mengikuti seminar dan forum berkenaan Halal di samping terlibat membantu rakan-rakan di Qatar dan UAE dalam menyalurkan bantuan, Malaysia bukan lah negara yang sesuai dalam jangkamasa panjang untuk menjadi pembekal utama produk halal kepada umat Islam. Dengan kekuatan tenaga rakyat dan hasil bumi amat mustahil dalam jangkamasa panjang Malaysia menjadi pengeksport utama barangan berasaskan Halal ke seluruh dunia.
Cuba lihat link yang saya senaraikan dibawah:

JAKIM telah mempelopori industri Halal dari mengeluarkan surat pengesahan halal hinggalah sehingga lah mengeluarkan sijil halal. Bagaimanapun saya tidak boleh menafikan tahap perkhidmatan merekan kelas D saya berikan. Adakah patut syarikat rakan saya telah bersedia untuk mengeksport barangan ke UAE dalam tempoh 5 bulan. Permohonan kepada Jakim telah dibuat 4 bulan sebelum. Setelah bayaran dibuat dan dokumen disahkan oleh pegawai Jakim, mereka datang buat "inspection" 6 bulan kemudian, tak ke sakit hati kami. Jumlah perdagangan bukan kecil hampir mencecah RM3 juta. Rakan saya hampir kerugian kerana janji tak dapat ditunaikan menghantar produk ke sana tanpa logo Halal Jakim. Keseluruhan tempoh rakan saya mendapat sijil hampir 11 bulan. Tu belum masuk pegawai mereka bising kata ramai lagi orang nak apply lah.

Tahun lepas Kerajaan mengumumkan menyerahkan persijilan Halal kepada HIDC. Saya mengikuti dari jauh perkembangan mereka melalui pemerhatian, seminar, forum serta bertanya rakan-rakan di agensi kerajaan. Malah saya sendiri bertanya kepada staff mereka bila berpeluang. Paling tidak dilupakan pada tahun 2007 saya menghadiri forum halal sedunia, program tersebut di hostkan oleh HIDC tetapi di kendalikan oleh Kasehdia yang diketahui umum milik keluarga Pak Lah. Jadi saya mengambil peluang bertanya staff HIDC siapa pemilik HIDC ni, mereka kata ia milik Kerajaan Malaysia, saya tanya kenapa tak cerdik Kerajaan letak HIDC ni sdn bhd macam syarikat kawan-kawan saya je.

Pegawai mereka kata itu adalah strategi Kerajaan untuk menubuhkan HIDC sehingga menjadi entiti Kerajaan yang kukuh. Saya boleh terima jawapan tu. Kemudian saya pergi ke kaunter Kasehdia, saya tanya siapa pemilik HIDC tu? dia kata HIDC tu Kasehdia punya. Bayangkan lah dikatakan HIDC dimiliki oleh Kasehdia.

Bagaimana saya nak percaya dengan HIDC ni? Maka saya dapatkan penjelasan dari salah seorang rakan saya yang mengetahui berkenaan industri halal di Malaysia. Dia menyatakan bahawa HIDC ni memang dimiliki oleh kerajaan tapi Kasehdia adalah salah sebuah konsultan kepada HIDC ini. Menurutnya melalui HIDC berjuta-juta telah dibayar kepada Kasehdia. Untuk apa dia tak berani nak sebut. Nantilah bila Pakatan Rakyat menang aku ceritalah.

Tapi rupanya kini kasehdia tidak lagi menjadi sebahagian dari HIDC. Nanti pada forum halal sedunia tak lama lagi saya ingin menguju mereka lagi hehe.

Balik semula kepada usaha kami untuk mendapatkan sijil Halal. Pada penghujung tahun lepas saya ada membantu rakan untuk membuat pembaharuan sijil Halal kepada produk-produk syarikat beliau. Mengejutkan juga kerana dalam tempoh 2 bulan setengah syarikat rakan saya telah mendapat sijil Halalnya. Servis mereka juga jauh lebih baik sekarang, walaupun saya mendapat tahu pegawai Jakim juga ada diserap kedalamnya.

Teringat semula kepada peristiwa tersebut, sebelum menaip tulisan ini saya sempat menjengah kembali laman web mereka. Pada pendapat peribadi saya perkembangan HIDC ini amat baik dan memberangsangkan (saya kira proksi khairy ada target lain... nanti saya sentuh). Laman webnya kini mempunyai informasi yang amat penting bagi industri Halal, sila rujuk http://knowledge.hdcgobal.com .

Ini adalah langkah bijak dalam mengembangkan perkhidmatan Halal. Seperti saya nukilkan di awal tulisan saya Malaysia tidak akan mampu untuk menjadi pengeksport produk Halal, tapi perkhidmatan dalam pengetahuan ini lah mampu membawa Malaysia lebih jauh. Dalam siri satu ini tidak bijak kerana HIDC yang berpotensi ini adalah sendirian berhad (amat memalukan).

Bersambung di siri 2....

Tindakan Berani PM Turkey, Erdogan

Wednesday, January 28, 2009

Punyalah tak senonohnya perangai pemimpin UMNO

Dengan tidak senonohnya kezaliman UMNO/BN tidak dapat dibendung lagi. Rujuk Malaysiakini.

Saya petik sebahagian daripada komen Datuk Ahmad Fakeh Adam di dalam Malaysiakini


"Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya."


Sudahlah zalimnya mereka bantuan diberikan oleh Kerajaan Pusat hanya disalur kepada kawasan yang dimenangi oleh BN sahaja, seolah-olah kawasan lain bukan rakyat Malaysia. Ada pulak rupanya bantuan tersebut diberikan kepada ketua bahagian UMNO, punyalah tak senonoh.


Ini semua perlu dihentikan, punyalah tak senonoh, perangai ini tidak ubah lebih teruk dari komunis malah kezalimannya seperti yahudi dan zionis laknatullah.


Bertaubatlah pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Adalah wajar tinggalkan sahaja parti tersebut.

Tuesday, January 27, 2009

Sindrom Takabbur dalam UMNO, apabila mengucapkan UMNO banyak berjasa

Satu kenyataan yang takabbur apabila TPM menyebut "''Semua wakil rakyat yang berniat meninggalkan parti mesti faham bahawa UMNO dan BN telah terlalu banyak menabur jasa kepada rakyat dan negara pada keseluruhannya,'' kata Najib."
Apakah jasanya? membina sekolah? membina masjid? memperkayakan kroni? itulah yang diulang-ulang. Sehingga rakyat biasa seperti saya asalnya duduk di atas pagar, kemudiannya tidak condong kepada BN, seterusnya langsung menganggap pemimpin UMNO/BN jijik, dan kini memilih untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Ini tandanya rakyat marhaen seperti saya telah terlalu jelek dan geli.
Tiada orang lainkan banyak berjasa? adakah pegawai-pegawai kerajaan semua UMNO? adakah UMNO faham maksud demokrasi? adakah mereka profesional? Saya baru menyebut beberapa hari lalu berkenaan sumpah setia. Kali ini benar sama ada YAB Najib atau YB Tajul Rosli telah mengarahkan pemimpin UMNO Perak sumpah setia persoalan sama saya ingin mencapakkan persoalan adakah layak setia kepada pemimpin zalim tersebut?
Kenyataan takabbur inilah yang menjahanamkan UMNO/BN. Menjadikan seolah-olah negara ini mereka yang punya. Sudahlah tiada pemimpin yang profesional, kini mereka menjadi lebih takabbur pula. Wallahu'alam

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.


Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.
Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.
PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
Gong Xi Fa Cai kepada semua. -

Ikhlas Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Credit to Harakahdaily.Net

Monday, January 26, 2009

Sumpah setia kepada mereka yang zalim tidak sah

UMNO/BN selalu mengatakan pemimpin mereka telah menyatakan sumpah taat setia kepada mereka. Tapi ada juga ahli mereka yang keluar parti, malah pemimpin mereka juga.
Sebenarnya ingin saya nasihat kepada mereka sumpah taat setia kepada UMNO/BN adalah tidak sah. Bolehkah kita taat setia kepada mereka yang zalim? zalim kepada agama bangsa dan negara. Amalan rasuah yang berleluasa dari pemilihan cawangan, bahagian hinggalah kepada pilihanraya umum. Rasuah ini adalah perosak bangsa. Hudud ditolak mentah-mentah oleh pemimpin sebegini, siapa yang buat hudud? Allah ke manusia? Kalau dah tau Allah mereka tolak juga ini adalah zalim kepada agama. ISA adalah akta yang zalim tapi UMNO/BN mempertahankannya, ini adalah akta yang zalim, Ini hanya sebahagian sahaja, banyak lagi yang saya tak larat nak senaraikan betapa zalimnya UMNO/BN ini. Fitnah UMNO/BN adalah terbesar sekali di abad ini.
Oleh yang demikian tidak wajar untuk mempertahankan sumpah taat setia kepada parti yang zalim seperti itu. Penghijrahan beramai-ramai kepada mereka yang memperjuangkan keadilan dan kebajikan kepada rakyat adalah lebih mulia daripada mempertahankan si zalim.

Tajul Rosli atau Utusan Malaysia mempunyai sindrom gila talak

Akhbar Utusan Malaysia atau YB Tajul Rosli mengeluarkan kenyataan berikut "''Itulah kerja pembangkang, bila kita uar-uarkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli, tetapi bila dia sendiri buat tidak mengapa pula," katanya."

Dah lupa siapa pembangkang dan siapa kerajaan di Perak. Ini mengata diri sendiri agaknya. Nasihat saya bertaubatlah tuan-tuan