Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"
Showing posts with label denial syndrom. Show all posts
Showing posts with label denial syndrom. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Dr. Asri :REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.

tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg

First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

mubarak-image.jpg

Gambar Hiasan

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Tuesday, January 25, 2011

PRK N5 Tenang : Akal cetek pon boleh jadi menteri

Seketika tadi saya baru sahaja selesai membuat laporan untuk pra-audit kepada salah sebuah syarikat gergasi berpengkalan di Bangkok. Kemudian sambil minum kopi saya membelek akbar di dalam talian dan terketawa kecil apabila membaca kenyataan Ahmad Maslan berkenaan harga barang. Jawapan paling dungu dan bodoh dikeluarkan oleh seorang Ketua Penerangan Umno dan juga seorang menteri boleh dirujuk disini.

Bagaimanakah kerajaan negeri hendak turunkan harga barang? Segala jenis cukai dibayar kepada kerajaan pusat, subsidi mintak kerajaan negeri yang bagi. Saya beri jawapan mudah, kalau mahu tengok Kerajaan PR bantu kurangkan harga barang, hang pi bagi kerusi majoriti kepada PR. PR bentuk kerajaan hang tengok lah sendiri. Selangor berpuluh tahun BN pegang, sehingga hari terakhir Khir Toyo jadi MB tak pernah pon air diberi percuma 20meter padu. Itu pon dah cukup besar bagi penduduk Selangor.

Amat malang bagi rakyat yang berkerajaan BN air bertambah mahal, letrik yang dipakai dijana di negara sendiri berlipat kali ganda mahalnya setiap 3 hingga 5 tahun. Lebih malang lagi letrik yang dipakai mahal oleh rakyat tapi subsidi pula untuk penjana elektrik bebas. Bukan RM300 tapi berbillion ringgit.

Tujuan sebenar bukanlah untuk melindungi rakyat, cuma memperkudakan rakyat bagi memperkayakan kroni masing-masing.

Tuesday, January 18, 2011

Takut berdebat cakap orang berbohong, dia pon bohong jugak

Merujuk kepada Kenyataan Najib di dalam Malaysia Insider di sini. Siapakah yang akan demam nanti? Jika gentar katakan gentar, jangan banyak berdalih. Sudah tentu ketika ini pasukan Pro APCO sedang mengumpul data, sekiranya cukup fakta Najib akan kata ya saya sahut. Jika jawapan untuk mengelak berdebat dengan mengatakan bahawa Anwar pembohong itu bukan lah jawapan. Adakah Pro APCO tidak berbohong? Najib pernah kata GST ditangguhkan, harga barang tidak akan naik, harga minyak tidak akan naik tapi esok naik.

Kesan pembohongan pasukan Najib pro APCO jelas menjejaskan rakyat. Jika Anwar kata kerajaan akan bertukar pada 9 September, usaha ke arah itu telah dilaksanakan. Surat permohonan kepada Speaker Dewan telah dihantar, tapi Speaker menolaknya. Speaker itu adalah orang Umno, bukan PR. Oleh yang demikian siapa yang berbohong?

Wednesday, July 7, 2010

Duit Raya Ada - kenyataan kurang ajar PM

Kenyataan Paling kurang ajar PM, adalah berjanji duit Raya tetap ada. Duit poket Najib atau Ahmad Maslan? Duit peneroka adalah hak peneroka bukan hak kamu. Bayangkan duit kita dalam Bank, kemudian Bank kata kami akan bagi tuan-tuan duit tuan-tuan nak masuk raya nanti.

Sikap memperbodohkan rakyat ini masih berterusan, dan kini mereka anggap Peneroka Felda Bodoh dan boleh dijual beli. Jika anda anak Felda seperti saya, sudikah anda diperbodohkan oleh orang-orang seperti ini? Inilah pengkhianat orang Melayu, kerana menipu dan membodohkan orang Melayu.

Friday, July 2, 2010

TPM mengata Selangor sebenarnya perli Umno negeri

Cuba bayangkan, tiada apa faedah yang TS Muhyiddin hendak mengata berkenaan Pengerusi PKR Selangor berpindah dari YAB Tan Sri Khalid kepada YB Azmin. Kedua-dua mereka memang anak Selangor, malah mereka berdua adalah kekuatan PKR yang memang digeruni oleh UBN. Kebijaksanaan permainan politik YB Azmin dan kepakaran pengurusan YAB Khalid tidak dinafikan seolah-olah gandingan yang digeruni Rivaldo Ronaldo ketika World Cup 2002.

Hakikat sebenar adalah kerana ingin memerli Umno Negeri Selangor yang tiada bakat kepimpinan sehingga terpaksa mengambil Pengerusi Umno dari Pahang, belum masuk Negeri Terengganu, Perlis yang sudah tentu MB nya tidak menjadi Pengerusi Umno Negeri. Muhyiddin membuktikan bahawa Umno Johor adalah Umno terbaik, kerana sekalipun ada diperingkat Umno Pusat yang tidak berkenan dengan MB Johor, Pengerusi Perhubungan masih lagi MB Johor.

Sikap denial syndrom pemimpin UBN masih tidak dapat dipisahkan, mereka cuba mengatakan orang lain bermasalah sedangkan mereka mempunyai masalah lebih besar diperingkat dalaman.

Thursday, August 13, 2009

Wahh gelabah sungguh UBN, terlalu berpuaka agaknya

Bayangkan umno satu ketika dulu menempik PAS kerana menyerang umno disebabkan isu kilang arak berleluasa. Wah sekarang ingin menjadi juara hikhikhik.... Sekurang-kurangnya PAS berusaha atas kapasitinya, dan tidak sangka juga ADUN PR yang tidak Islam ada yang lebih jelas sebut tak boleh jual arak kepada orang Islam. Banding dgn umno siap buka lagi kilang arak, lembaga pengarah melayu islam lagi.

Peringatan kepada umno, kalau betul silalah mulakan di Perlis Perak KL N9, Melaka Johor Pahang Sabah dan Sarawak.

Kemudian disasarkan pula kepada Anwar Ibrahim, kenapa? dah takde modal ke bang.

Tindakan umno lebih kepada retorik politik, tidak nampak ingin bekerja keras untuk rakyat. Bayangkan H1N1 boleh merebak sebegini rupa, mengalahkan negara kecil. Kenapa jadi begini? Kerana sibuk berpolitik dan malas bekerja. Rajin cari jalan rampas negeri dari PR tapi memerintah sibuk kumpul kekayaan.

Selagi cakap sahaja lebih, tak guna.

Monday, July 27, 2009

YB Salahuddin menjawab TPM

Saya terbaca di dalam Malaysiakini, dimana YB Salahuddin Ayob menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin putar belit kenyataan.

Saya menjawab pula, sebenarnya TG Nik Aziz pernah memberi ucapan berkenaan kerjasama kerajaan Pusat dan Negeri ni dah lama sejak Koridor Timur zaman Pak Lah. Masalahnya Umno ni biasalah dah tak da modal. Depa dok tafsir lain, maka saya putar balik kenyataan TG Haji Hadi dalam siasah, kerana saya kira jawapan itu adalah lebih tepat iaitu Umno elok undur diri kerana mereka sudah tidak relevan lagi.

Sekian

Umno masih tak mengaku silap

Saya terbaca dalam beberapa akhbar berita yang sama semasa servis kereta pagi semlm. Hampir kesemuanya menyatakan Umno tak pernah menutup pintu perbincangan degan PAS.

Pada pendapat saya itu adalah kenyataan yang penipu dan bongkak. Apa salahnya tunjuk keikhlasan dengan menyatakan Umno dahulu memang selalu begitu, dan ingin meminta maaf. Masalahnya Umno telah menjadi prinsip untuk tidak mengaku salah dan silap. Mereka terus menerus menyatakan PAS yang perlu ikhlas. Saya masih ingat tatkala Allahyarham Ust Fadhil Noor beberapa kali mengajak pemimpin Umno untuk bermuzakarah sejak dahulu lagi, begitu juga dengan TG Hj Hadi dan TG Nik Abd Aziz. Tapi mereka ini tidak pernah melayan malah memperli menggunakan akhbar perdana.

Apabila Umno dalam keadaan tergugat mereka kata Melayu telah tergugat. Berapa banyak lagi orang Melayu menyokong PAS dan PKR? Berapa banyak nasib orang Melayu yang susah terbela di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan?

Saya ingin berkata disini Umno perlu ikhlas. PAS tidak pernah tidak ikhlas, PAS bergerak atas prinsip agama, selama ini Umno cukup membenci, memfitnah PAS dengan dahsyat dan sebagainya. Ikhlas lah wahai rakan seagamaku, kembalilah kepangkal jalan.

Saturday, May 9, 2009

Demokrasi musnah di Perak, samseng di angkat pembela di lucut

Sayang, Kesultanan Perak adalah sebuah negeri yang dipercayai penyambung legasi Kesultanan Melaka. Lagu negeri Perak juga dijadikan irama Lagu Negaraku, negeri ini juga adalah yang pertama menerima residen British, khamis lalu mencatat satu lagi sejarah hitam iaitu samseng bermaharajalela. Dewan Undangan Negeri Perak dihina-sehina hinanya oleh UBN Perak, Pegawai PTD Perak serta Pegawai Polis di Perak.

Rakan-rakan di luar negara juga memberi respons yang semakin negatif terhadap kebobrokan UBN di Perak. Apalah nasib Malaysia menerima pemimpin sekotor UBN ini, tapi sayang masih ada rakyat atau penyokong UBN merasakan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan undang-undang dan rakyat. Merasakan diri mereka tidak terkesan biarlah nasib sahabat lain teraniaya, UBN hanya pandai membuat retorik politik.

Saya menyeru sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang Pakatan Rakyat dan melaknat pemimpin UBN.

Monday, January 26, 2009

Tajul Rosli atau Utusan Malaysia mempunyai sindrom gila talak

Akhbar Utusan Malaysia atau YB Tajul Rosli mengeluarkan kenyataan berikut "''Itulah kerja pembangkang, bila kita uar-uarkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli, tetapi bila dia sendiri buat tidak mengapa pula," katanya."

Dah lupa siapa pembangkang dan siapa kerajaan di Perak. Ini mengata diri sendiri agaknya. Nasihat saya bertaubatlah tuan-tuan