Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Saturday, January 31, 2009

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)

Daripada pemerhatian saya, Malaysia berpotensi untuk mengembangkan produk perkhidmatan dalam Islam. Antara produk awal yang dipelopori adalah Perbankan Islam, bagaimanapun kerana ketidakbijaksanaan UMNO/BN memilih pemimpin akhirnya tidak berkembang pesat, malah kini ditinggalkan oleh negara lain. Sedangkan diperingkat awal dipopularkan oleh Malaysia.
Kini pula Malaysia telah mengetengahkan dua lagi produk iaitu Dinar Emas dan Industri Halal. Saya tidak mahu menyentuh isu Dinar Emas pada waktu ini, kerana ramai lagi blogger telah membawa isu ini.
Saya ingin fokuskan kepada industri halal. Telah lama rasanya ingin menaip berkenaan industri Halal bagaimanapun tidak berkesempatan. Di dalam pemerhatian saya sepanjang mengikuti seminar dan forum berkenaan Halal di samping terlibat membantu rakan-rakan di Qatar dan UAE dalam menyalurkan bantuan, Malaysia bukan lah negara yang sesuai dalam jangkamasa panjang untuk menjadi pembekal utama produk halal kepada umat Islam. Dengan kekuatan tenaga rakyat dan hasil bumi amat mustahil dalam jangkamasa panjang Malaysia menjadi pengeksport utama barangan berasaskan Halal ke seluruh dunia.
Cuba lihat link yang saya senaraikan dibawah:

JAKIM telah mempelopori industri Halal dari mengeluarkan surat pengesahan halal hinggalah sehingga lah mengeluarkan sijil halal. Bagaimanapun saya tidak boleh menafikan tahap perkhidmatan merekan kelas D saya berikan. Adakah patut syarikat rakan saya telah bersedia untuk mengeksport barangan ke UAE dalam tempoh 5 bulan. Permohonan kepada Jakim telah dibuat 4 bulan sebelum. Setelah bayaran dibuat dan dokumen disahkan oleh pegawai Jakim, mereka datang buat "inspection" 6 bulan kemudian, tak ke sakit hati kami. Jumlah perdagangan bukan kecil hampir mencecah RM3 juta. Rakan saya hampir kerugian kerana janji tak dapat ditunaikan menghantar produk ke sana tanpa logo Halal Jakim. Keseluruhan tempoh rakan saya mendapat sijil hampir 11 bulan. Tu belum masuk pegawai mereka bising kata ramai lagi orang nak apply lah.

Tahun lepas Kerajaan mengumumkan menyerahkan persijilan Halal kepada HIDC. Saya mengikuti dari jauh perkembangan mereka melalui pemerhatian, seminar, forum serta bertanya rakan-rakan di agensi kerajaan. Malah saya sendiri bertanya kepada staff mereka bila berpeluang. Paling tidak dilupakan pada tahun 2007 saya menghadiri forum halal sedunia, program tersebut di hostkan oleh HIDC tetapi di kendalikan oleh Kasehdia yang diketahui umum milik keluarga Pak Lah. Jadi saya mengambil peluang bertanya staff HIDC siapa pemilik HIDC ni, mereka kata ia milik Kerajaan Malaysia, saya tanya kenapa tak cerdik Kerajaan letak HIDC ni sdn bhd macam syarikat kawan-kawan saya je.

Pegawai mereka kata itu adalah strategi Kerajaan untuk menubuhkan HIDC sehingga menjadi entiti Kerajaan yang kukuh. Saya boleh terima jawapan tu. Kemudian saya pergi ke kaunter Kasehdia, saya tanya siapa pemilik HIDC tu? dia kata HIDC tu Kasehdia punya. Bayangkan lah dikatakan HIDC dimiliki oleh Kasehdia.

Bagaimana saya nak percaya dengan HIDC ni? Maka saya dapatkan penjelasan dari salah seorang rakan saya yang mengetahui berkenaan industri halal di Malaysia. Dia menyatakan bahawa HIDC ni memang dimiliki oleh kerajaan tapi Kasehdia adalah salah sebuah konsultan kepada HIDC ini. Menurutnya melalui HIDC berjuta-juta telah dibayar kepada Kasehdia. Untuk apa dia tak berani nak sebut. Nantilah bila Pakatan Rakyat menang aku ceritalah.

Tapi rupanya kini kasehdia tidak lagi menjadi sebahagian dari HIDC. Nanti pada forum halal sedunia tak lama lagi saya ingin menguju mereka lagi hehe.

Balik semula kepada usaha kami untuk mendapatkan sijil Halal. Pada penghujung tahun lepas saya ada membantu rakan untuk membuat pembaharuan sijil Halal kepada produk-produk syarikat beliau. Mengejutkan juga kerana dalam tempoh 2 bulan setengah syarikat rakan saya telah mendapat sijil Halalnya. Servis mereka juga jauh lebih baik sekarang, walaupun saya mendapat tahu pegawai Jakim juga ada diserap kedalamnya.

Teringat semula kepada peristiwa tersebut, sebelum menaip tulisan ini saya sempat menjengah kembali laman web mereka. Pada pendapat peribadi saya perkembangan HIDC ini amat baik dan memberangsangkan (saya kira proksi khairy ada target lain... nanti saya sentuh). Laman webnya kini mempunyai informasi yang amat penting bagi industri Halal, sila rujuk http://knowledge.hdcgobal.com .

Ini adalah langkah bijak dalam mengembangkan perkhidmatan Halal. Seperti saya nukilkan di awal tulisan saya Malaysia tidak akan mampu untuk menjadi pengeksport produk Halal, tapi perkhidmatan dalam pengetahuan ini lah mampu membawa Malaysia lebih jauh. Dalam siri satu ini tidak bijak kerana HIDC yang berpotensi ini adalah sendirian berhad (amat memalukan).

Bersambung di siri 2....

No comments: