Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Saturday, February 13, 2010

Pengkhianat Rakyat Kelantan

Isu Royalti minyak kali ini telah mencetuskan satu rahsia ketidakikhlasan pemimpin UBN Kelantan. Setelah jelas Kelantan berhak mendapat royalti, Tok Pa dan Awang Adek jelas sebagai pengkhianat rakyat Kelantan.

Sehingga hari ini, Tok Pa dan Awang Adek menyokong tindakan Pusat untuk hanya memberikan wang ihsan kerana sebagai ihsan, bukan royalti minyak kerana rakyat Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak. Ini telah dinyatakan berulang kali oleh kedua orang Tokoh Pengkhianat Rakyat Kelantan iaitu Tok Pa dan Awang Adek.

Mereka ini langsung tidak menyokong usaha Kerajaan yang dilantik oleh rakyat Kelantan yang dipimpin oleh TG Nik Aziz. Lihat di Terengganu, PAS Terengganu menyokong usaha MB Terengganu untuk mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu iaitu royalti minyak. Apa kan daya Tok Pa dan Awang Adek cuba memperbodohkan rakyat Kelantan, dan menjadi duri dalam daging kepada rakyat Kelantan.

Bayangkan KuLi juga telah menyatakan bahawa hak royalti adalah kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Wang Ihsan adalah penipuan secara jelas.

Tok Pa, Awang Adek dan seluruh Umno Kelantan adalah PENGKHIANAT KEPADA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.

No comments: