Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Saturday, August 29, 2009
1 kepala lembu kah, 1 Malaysia kah?
Terusik untuk mengulas isu basi sebenarnya berkenaan kuil hindu di seksyen 19 Shah Alam. Saya kebetulan tidur dirumah seorang sahabat di Seksyen 19 pada 3 minggu yang lepas. Beliau ada mengulas isu kuil yang saya kira tersangat hampir dengan rumah seolah-olah antara pagar depan dengan pagar belakang rumah saya sahaja. Isu tersebut adalah isu tempatan yang telah lama di adukan kepada SUK, MBSA, PKNS, UMNO Shah Alam malah pemuda UMNO sejak berbelas tahun yang lalu. Malah menurut sahabat sy sebelum beliau membeli rumah tersebut lagi.Apa yang menyedihkan tiada siapa yang layan.
Kesimpulannya mereka telah ditipu oleh PKNS sebenarnya, yang ketika itu diterajui oleh UBN.
Atas sikap bertanggungjawab maka PASPR telah bersungguh sungguh menyelesaikan isu ini, dan mungkin atas lawatan PM ke Batu Caves tidak menjadi isu besar sekiranya kuil seksyen 19 dipindahkan ke seksyen 23 yang jauh lebih sesuai kedudukannya dgn penempatan.
Malangnya umno menggunakan NGO talibarutnya untuk mencetuskan isu perkauman peringkat nasional. Bayangkan orang hindu menerima juga pandangan kerajaan negeri walaupun hakikatnya kuil tersebut berada lebih lama dari perumahan yang berdiri disitu sanggup juga akhirnya berpindah. Ada orang mempolitikkan perkara ini tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam di seksyen 19 yang telah ditipu oleh pkns dan sensitiviti orang hindu yang mendirikan kuil disitu serta kesanggupan mereka berpindah dgn sukarela.
Jika PM tidak dpt menyelesaikan perkara ini dgn menjelaskan perkara ini, 1 Malaysia hanyalah rektorik.
Thursday, August 27, 2009
Wibawa Isu, PR lebih menyerlah
Antara dialog yang menarik hari ni yg dapat saya petik,
Seorang dari mereka bertanya "Napo PAS monang laie di Permatang Pasir dah la tak ramai orang turun, nak pulak manek urai PAS monang pon tak bosar?kali ni bosar pulak tu.."
sorang lagi menyampuk "Den rasolah, PAS ko Pakatan ko diorang ni laie pandai solosai masalah dari barisan. Ekau bayangkan masalah arak ko babi ko semuo tu paneh. tapi dio samo dio bincang semuo manusio kat mesia ni tau kuar kat sokkabar utusan pakatan gaduh pasal arak yang dulu babi, yang den heran tu last skali solosai. Ekau tengoklah kito ni, hal babi dari dulu laie tak solosai barisan poie kecoh hal nogori orang. Ni nogori kito ni apo jadi? Anak den tingga kat banting sronok air percumo, cucu den dapat simpanan nogori bagi, besan den menigga dapek bantuan nogori. Yang den poning tu arwah besan den tu bokeh jkkk, klu barisan seingat den dulu jiran lamo den sokong semangat 46 bantuan bajo pon tak dapek. tu sobab bangang la tak pangkah pakatan kalau dah tingga kat nogori pakatan." ekau tengok kito ni, den pon tak tau apo yang pomimpin barisan kat nogori kito ni buek."
Seorang lagi pakcik mencelah "Yang den tau maso kat kualo terengganu pilihanrayo tu jkkk kumpul bas bagi den 100hinggit tolong kempen kat sano, den kato sominggu seratus mana cukup baik den bawak keto teksi ni, pehtu buleh JKKK kato kat den orang PAS poie sendighi mano PAS buek sumo ni, den gaduh samo JKKK den ekau sobat duit tak po. Pehtu den poie jugaklah lopeh dio kasi den 200hinggit, tapi den tengok sampai sano JKKK ni duit samo dia dio sosah. Sojak tu den dah tobat tak mo poie."
tu antaranya, banyak lagi lah.. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang boleh saya hurai dari perbincangan tu tapi saya mengambil jalan untuk tidak banyak kacau respon mereka sebab nak tengok sejauh mana pandangan marhaen. Kesimpulannya PR lebih menyerlah dan lebih berwibawa menyelesaikan isu berbanding UBN.
Buat rakan2 PAS dan PR di Negeri Sembilan, PRU 13 kita boleh menang tapi perlu gerak kerja dari sekarang dalam menyampaikan isu tempatan dan nasional kepada masyarakat.
Tuesday, August 25, 2009
Tahniah PAS dan Pakatan Rakyat, media perdana kenapa terkejut?
Tapi yang menghairankan saya adalah berita media arus perdana, TV1 TV2 TV3 NTV7 TV9 Bernama TV hanya keluar berita kemenangan PAS itu selama tidak lebih 2 minit. Seingat saya ketika UBN menang di Batang Ai 5 kali ulang tayang pengumuman kemenangan.
Saya jamin sikap berterusan media ini akan memberi lebih peluang PR untuk menggapai kemenangan pada PRU 13 akan datang. Takbir!!!
Catatan dibuat dari Hentian Simpang Pulai, Perak.
Wah Samseng Puaka Altantuya berjaya meng"turnover"
Tapi yusri begitu kerdil jika dibandingkan samseng kenalan Altantuya, dan Puakanya yang berjaya menggelarkan pecah amanah sebagai komisen kapal selam. Juta-juta mencecah billion, tak heran.
Jika nak dibandingkan dengan PAS yang hanya berbekalkan Al Quran dan Sunnah serta mengharapkan keredhaan Allah. Dunia tetap dunia, mungkin boleh membeli pelbagai benda tetapi tidak Iman.
Semoga Ust Salleh Man menang dalam pilihanraya yang penuh noda dari Umno dan Barisan Nasional. Takbir!! ALLAHUAKBAR
Adun Lunas punya hal, UBN mungkin tidak dapat menguasai Permatang Pasir
Bagaimanapun maklumbalas yang saya terima selepas selesai solat terawih di permatang pauh 2 jam lepas ianya menunjukkan kesan. "awatnya tu kat kedah nun, dah tak dah modai ka? umno tok sah nak tipu lah duit banyak"
wahh selepas tv, radio, surat khabar, jentera kerajaan dsb diguna habis di Permatang Pasir ini, tidak cukup dgn itu nun di Kedah dibuatnya setelah di P.Pinang tidak berjaya. Yang penting reputasi Pakatan Rakyat, awatnya terdesak sangat. Formula yang paling mudah ialah gentleman, itu sahaja.
Sunday, August 23, 2009
Majlis Fatwa Boleh Keluar Fatwa rujukan Utusan Malaysia?
Saya teringat bahan bacaan ilmiah menceritakan bagaimana ulamak-ulamak muktabar sanggup dipenjara semata-mata tidak mahu mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan. Dari dahulu lagi antaranya telah ada ulamak yang sanggup menyokong khalifah yang zalim.
Wahh kini, ulamak di Malaysia terutama majlis fatwa kebangsaan boleh mengeluarkan fatwa terhadap seseorang individu tanpa memanggil atau memutuskan melalui tulisan individu itu tersebut. Aurad Muhhammadiah diharamkan oleh Majlis Fatwa dengan mengambil kira kandungan kitab tersebut mahupun sebelum memanggil Ashaari Muhammad itu masih boleh diterima. dan kini Majlis Fatwa memutuskan fatwa melalui utusan Malaysia, atau rakaman separuh-separuh dalam media arus perdana berkenaan kenyataan TG Nik Aziz, tanpa memanggil beliau, malah tulisan di dalam utusan itu adalah kitab umno. Boleh pula begitu?
Tak bolehkah jawatankuasa fatwa kebangsaan memanggil TG Nik Aziz untuk berdialog antara semua jawatankuasa dengan YAB TG Nik Aziz sendiri? Beranikah tindakan yang sama juga dibuat dengan memanggil YAB PM untuk didialogkan berkenaan ISA?
hebat sungguh Majlis Fatwa, dimana integriti? dimana akauntabiliti? dimana prinsip keadilan dalam Islam?
Seorang Islam yang menolak satu ayat dari Al-Quran telah dikira tidak beriman dengan Allah. Bagaimana pula orang yang mempersendakan hukuman hudud? orang yang menangkap, mengurung, dsb insan lain tanpa bicara adakah dibolehkan? banyak lagi untuk disenaraikan.
Hancur musnah Malaysia ini, daripada keutuhan perlembagaan kononnya, sistem kehakimannya, kini Majlis Fatwanya dimusnahkan kerana ingin mempertahankan kuasa umno/bn.
Zaman ini lebih teruk daripada zaman sebelum ini. Kepada ahli Majlis Fatwa saya menyeru, jangan berlaku zalim seperti pemerintah umno dan bn. Adakah gaji dan jawatan menjadi kesusahan kepada tuan-tuan? jika saya yang tidak sehebat ilmu tuan tuan boleh meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan beberapa tahun lalu kerana berboskan orang yang zalim. Dan kini saya cuba berjuang mengikut jalan saya, saya pula sangat kecil berbanding tuan-tuan, adakah tuan-tuan sanggup meninggalkan jawatan menyatakan kebenaran kepada sizalim?
Nasihat dari orang kecil ini berkata benarlah biarpun pahit. Gaji saya, saya usahakan sendiri, selain dari zakat cukai kerajaan tidak pernah saya alpa, tapi saya tidak akan menghalalkan cukai yang dikutip dari saya untuk kerajaan untuk membayar perbuatan zalim serta membayar gaji orang yang menyokong kezaliman. Berapa ramai lagi yang seperti saya? Fikir-fikirkanlah... Nauzubillah hi minzalik.
Thursday, August 20, 2009
Ismail Sabri akui secara tak langsung
Pembangunan x habis2 rupanya, pandangan peribadi saya YAB KM P.Pinang bukan sahaja jauh lebih baik dari koh tsoo koon malah jauh lebih baik dari pemimpin umno p.pinang.
Maka calon ubn telah jelas tidak layak, mai pi pangkah PAS
Tuesday, August 18, 2009
Makanan percuma Jumaat, santuni gelandangan ibu kota
Petikan dari Harakahdaily |
Azamin Amin Foto: Dzulfikar Mashoor Tue | Aug 18, 09 | 12:45:25 pm MYT | |
Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat. Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka. Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'. Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu. Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu. Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi. Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu. Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu. Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini. Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu. "Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily. Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi. Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya. "Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah. Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan. "Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran. Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu. Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan ertentu, yang menaggihkan makana percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana gologan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah. Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini. Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain. Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'. Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu. "Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini. Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan. "Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya. Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini. Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka. "Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu. Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati... (Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000) |
Sunday, August 16, 2009
Puaka TV3: Cerita pasal rasuah salah guna kuasa konon.
Saturday, August 15, 2009
Halal : Pusat data tidak dipusatkan
Thursday, August 13, 2009
Lagenda Nasyid : Asri Ibrahim Rabbani meninggal dunia
Puaka umno mengkhianati Melayu
Wahh gelabah sungguh UBN, terlalu berpuaka agaknya
Friday, August 7, 2009
Boleh ke Malaysia jadi Halal Hub?
Thursday, August 6, 2009
Puaka lagi? Influenze A, H1N1, Selsema Babi
Kenapa tindakan2 yang telah didapati tidak berkesan tidak diubah modus operandinya?
Wabak ini telah menyebabkan kematian yang sehingga hari ini 12 orang, dan mungkin ada lagi pada hari dan esok. Wabak ini sebenarnya menjadi lebih parah
apabila penularan tempatan telah meningkat. Ini disebabkan penularan luar tempoh hari tidak diawasi dengan baik. Mungkin kerana tidak mahu
rakyat panik Kerajaan tidak membendung secara fizikal dengan agak serius.
Saya mencadangkan semua negeri perlu diwujudkan satu hospital sementara khas untuk mengawasi penularan wabak ini. Selain
itu perlu ada satu kawasan disetiap negeri perlu diwujudkan sebagai kawasan kuarantin. Dimana mereka2 yang telah disyaki mempunyai hubungan (contact)
ditempatkan dikawasan ini sehingga sesuatu tempoh yang dipastikan tiada jangkitan pada mereka.
Pintu masuk dan keluar dari Malaysia perlu diawasi dengan alat pengesan haba, ini termasuk pintu masuk pasaraya2 besar. Selain itu kempen bagi mereka
yang demam, batuk atau selsema perlu dipergiatkan bagi menghalang mereka hadir ditempat awam. Cuti sakit, cuti kuarantin, cuti wabak dsb perlu diperkenalkan
bagi membendung wabak ini. Selain itu topeng-topeng perlu dibekalkan dan mewajibkan semua yang keluar rumah memakai topeng ini. Tidak kira sama ada hendak
pergi kekedai, minum di kedai, pergi pejabat, berjalan kaki, dsb. Jika tidak masih ada yang malu-malu untuk memakan topeng ini.
inilah masalahnya bila dah terkena baru beringat.
Setakat tutup sekolah, universiti, pejabat dsb tidak memberi kesan sekiranya mereka yang telah ada hubungan dengan pesakit bebas balik kerumah, dan
menyebabkan penularan tempatan berlaku.
Saya pelik bila PAS dan PR ingin membawa isu tergempar ini kedalam Parlimen, speaker tidak bertindak. Kami pembayar cukai wahai tuan speaker. Isu ini
perlu dijelaskan dan dibahas di dalam Parlimen. Jika perlu wujudkan segera akta kecemasan memberi kebenaran kepada pegawai polis, penguatkuasa PBT,
dan Pegawai KKM menyaman mereka yang tidak memakai topeng ketika berada di luar. Sekali sekala demi kerana rakyat Malaysia ketepikanlah perbezaan
politik wahai tuan speaker dan YB YB kerajaan sekalian. Saya percaya PAS tidak akan cadang jika tidak melibatkan kepentingan negara.
Pada pendapat saya kerajaan dan KKM tidak serius. Saya tahu mungkin rakan-rakan di KKM terkilan, tapi saya kira dasar Kerajaan melalui KKM perlu jelas
dalam mengawal wabak ini.
Wednesday, August 5, 2009
UBN Terdesak
Cekup mencekup, fitnah memfitnah yang dibuat oleh KDN, Polis, dan media arus perdana menampakkan rasa benci mereka kepada rakyat. Sebagai pembayar cukai kita sebagai rakyat berhak menyatakan pendirian secara aman.
Selain itu aduan dari peniaga berkenaan kerugian tersebut perlu disiasat, kerana perhimpunan tersebut menyebabkan ada gerai kehabisan makanan awal daripada biasa. Selain itu kerugian berjuta-juta dalam masa 2 jam itu perlu disiasat kerana benarkah pendapatan dan kerosakan sebanyak itu.
Sepatutnya polis disaman kerana baling bom dan sembur air. Sasaran mereka bukan setakat sebelum dan semasa perhimpunan aman malah selepas perhimpunan rakyat terus dikutuk oleh UBN.
Sangat terdesak nampaknya...
Monday, August 3, 2009
Beribu rumah telah diroboh oleh UBN. Puaka retorik politik
Punyalah berpuaka UBN dahulu beribu-ribu orang kesedihan melihat rumah mereka diroboh. UBN tidak jauh dari retorik politik semata-mata.
TV1 pula berpuaka : Cerita tentang kununya rumah banglo mewah sendayan
Janganlah menipu rakyat, kita boleh terima tanah felda sendayan itu mungkin telah tidak sampai RM1juta seperti yang dikatakan 10 tahun yang lalu. akuilah nilainya tidak sampai RM700k janganlah menipu seolah2 kerajaan membelanjakan RM1juta.
Tapi kesian sahajalah
Adakah laman web Kerajaan Malaysia kena puaka?
Maka saya pon test lah rupa2nya bukan dari luar negara dari dalam negara sendiri pon lembab. Macam mana nak buka peluang pelaburan masuk kalau akses melalui web terlalu lembab.
Kerajaan Malaysia mempunyai struktur perjawatan IT yang sangat teruk, bayangkan begitu lamanya mereka duduk di gred 29 dan 41. Sedangkan mereka adalah sangat penting. Bayangkan lagi yang pimpin teknologi maklumat di kerajaan bukan pegawai IT tapi PTD. Memang benar ada pegawai dikalangan IT, tapi bilangannya sangat kecil dan tidak mengikut standard antarabangsa. Saya pernah terlibat dalam membantu beberapa badan kerajaan ketika bertugas menjadi perunding suatu ketika dahulu. Kita dah bagi "best practice" ikut standard antarabangsa, implentasi diubah oleh pegawai PTD mereka. Kesian sungguh.
Tak heranlah http://www.malaysia.gov.my tersangatlah lembab.
Sunday, August 2, 2009
Menteri KDN kurang hajar kepada rakyat!!
Hishamuddin menteri yang memusuhi rakyat, saya hanya akan panggil kamu hishamuddin sahaja sehingga kamu memohon maaf. Tak hingin saya menghormati menteri yang terlaku KURANG AJAR!!!
Saturday, August 1, 2009
Peniaga??
masalah orang teraniaya siapa yang bela?
Bangga di dalam sedih
Aku cuma sedih, setelah byk kertas kerja, kenyataan disana sini, tangkapan zalim yg masih berlaku, tapi PM kata sepatutnya bincang. Apa butakah dia dek puaka yang melanda? Kami rakyat dah puas dgn kertas kerja seminar dsb, kali ini turun dijalanraya menyampaikan hasrat kepada penaung agama Islam di Malaysia SPBY AGONG, ITUPUN SALAHKAH?