Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Tuesday, May 27, 2008

Kerajaan digesa hapus subsidi minyak RM56b

  • Bila terbaca "Kerajaan digesa hapus subsidi minyak RM56b" di utusan Malaysia kelakar pulak rasanya, kenapa? Komen ini diberi oleh Prof Danny Quah dari London School of Economic, dibawah ini saya tampal artikel tersebut
    ================================================================
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan digesa menghapuskan subsidi minyak yang diberikan kepada penduduk negara ini dengan jumlah subsidi keseluruhan kini mencecah RM56 bilion setahun.
Ketua Jabatan Ekonomi, London School of Economics and Political Science (LSE), Prof. Danny Quah berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengekang peningkatan kadar inflasi secara berterusan.
"Namun kerajaan harus melakukan langkah tersebut dalam beberapa peringkat atau fasa bagi membiasakan rakyat dengan kehilangan subsidi tersebut.
"Selepas subsidi ditarik balik, harga minyak sudah semestinya akan meningkat berganda-ganda dan kadar inflasi juga akan naik sama, tetapi ia merupakan kenaikan sekali sahaja berbanding dengan kenaikan secara berterusan sekiranya kerajaan terus memberikan subsidi,'' katanya ketika menyampaikan syarahan awam mengenai kenaikan dan kejatuhan subsidi di Malaysia di sini hari ini.
Penghapusan subsidi minyak yang dilakukan secara berperingkat-peringkat boleh dimulakan dengan pengurangan sebanyak 15 hingga 20 peratus bagi tempoh enam bulan pertama, tambahnya.
"Apabila subsidi dikurangkan atau dihapuskan, harga barangan akan mula melambung, oleh itu kerajaan harus mencari mekanisme lain bagi membantu golongan miskin atau memberikan pampasan dengan cara pembayaran terus kepada mereka.
"Ini bagi memastikan rakyat miskin tidak terbeban dengan kenaikan barangan keperluan. Bagi melaksanakan pembayaran pampasan, kerajaan perlu mencari maklumat tepat terhadap kedudukan pendapatan rakyat sebelum membuat sebarang pembayaran,'' jelasnya.
Kesan ketara selepas penghapusan subsidi adalah peningkatan kadar inflasi jangka pendek sebanyak lima hingga enam peratus, tetapi peningkatan mendadak itu tidak akan meningkat secara berterusan, katanya.
"Peningkatan inflasi secara mendadak akan menjadikan harga barangan di pasaran mempunyai jurang yang luas antara harga murah dan harga mahal.
"Secara tidak langsung ia akan memberitahu sistem ekonomi supaya berubah dengan meningkatkan pembelian terhadap barangan murah dan mengurangkan penggunaan barangan mahal yang pada akhirnya dapat mengimbangkan harga pasaran,'' ujarnya.
Ketika ditanya kewajaran kerajaan menghapuskan semua subsidi yang dinikmati rakyat kini, Quah berkata, kerajaan harus mengekalkan subsidi lain seperti subsidi makanan.
"Memandangkan keadaan dunia sekarang yang sedang menghadapi krisis makanan, kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat menderita dengan menghapuskan subsidi makanan atau beras,'' katanya.
Selain itu, katanya, penghapusan subsidi minyak dapat membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan masalah tidak efisien dalam pemberian subsidi.

==============================================================================

  • Prof ini datang dari negara yg mmg pendapat perkapitanya jauh lebih tinggi dari kita di Malaysia ini. Mmg benar tidak selamanya kerajaan kena tanggung subsidi minyak kepada rakyat, tapi sejauh mana usaha kerajaan selama ini untuk membendung kenaikan harga barang? adakah cukup kerajaan mengagihkan harta negara kepada semua rakyat?

  • Adakah selama ini kerajaan juga banyak memberi subsidi kepada kontraktor Umno Inc. terlebih banyak dari rakyat yg memerlukan? Negara ini bukan negara Zimbabwe, bukan Somalia dan bukan juga negara Afghanistan, ini adalah negara Malaysia. Negara yang mempunyai khazanah bumi yg melimpah ruah. Kita bukan bergantung sepenuhnya dgn Petroleum yg dicarigali. Yang mana harganya saban hari meningkat, meningkatnya harga petroleum menyebabkan pembuatan tayar menggunakan getah sintetik terjejas dan ini secara automatiknya menaikkan harga getah asli yg juga kaya di Malaysia.
  • Harga minyak naik juga menyebabkan harga komoditi sawit meningkat dengan mendadak. Sawit bukan sahaja minyak makan, bukan sahaja utk pembuatan perisa makanan tapi kini sebagai satu bahan biodiesel yg penting. Apa dah jadi dengan Synergy Drive tak berhasil ke?atau menguntungkan kroni sahaja?
  • Harga minyak mmg patut naik tapi bukan sekarang, kerajaan sepatutnya menyediakan rakyat dengan pendapatan yg secukupnya, kerajaan harus berusaha menaikkan pendapatan per kapita rakyat secara linear dgn kadar pertumbuhan ekonomi dan secara linear dengan jurang perbezaan kaya dan miskin.

  • Macam mana nak stabil jika yg kaya terlalu kaya dan yang miskin semakin miskin, golongan berpendapatan sederhana pula semakin tersepit. Macam mana suruh rakyat sabar dan terima dan tanggung sahaja harga minyak naik??

  • Sorang pakcik yg potong rumput secara sambilan di Putrajaya sambil berehat minum air sejuk ada menjawab soalan saya di atas "PM, TPM dan menteri2 lain? minyak free, road tax free, bil telefon free, padahal rakyat yg pilih banyak cantik suruh rakyat sabar dan terima". "Anak pakcik ada jadi kerani di putrajaya ni, dia tak bagi pakcik kerja tapi pakcik kesian sebab dia kerani bukan senang pon, kereta nak bayar, anak nak dibayar, rumah nak dibayar, semua nak dibayar, aku jadi kerani dulu pon tak sesusah hidup dia sekarang ni". Walaupun pakcik ni ada pencen tapi kesian kan anak cucu yg jaga ni bila bosan2 ikut jugak indon2 ni potong rumput.

  • Bila terkenang kata pakcik tadi saya pon berfikir, apa yg hebatnya ekonomi negara kita ni?Apa yg dah depa buat sepanjang mereka perintah negara ni? Adakah sesuai dengan melepaskan subsidi minyak ditanggung oleh rakyat, secara drastiknya naik harga barang dan seperti kenyataan Prof dari London itu mengatakan "Apabila subsidi dikurangkan atau dihapuskan, harga barangan akan mula melambung, oleh itu kerajaan harus mencari mekanisme lain bagi membantu golongan miskin atau memberikan pampasan dengan cara pembayaran terus kepada mereka." Apa mekanisme yang kerajaan buat selama harga minyak naik? PM pesan jangan naik harga barang kesian kat rakyat, wah wah wah peniaga ni isi air dari negeri Selangor dalam tangki minyak diorang kot tu pasal PM tak bagi harga barang naik. Malas nak fikir, sbb itu lah jawapan depa dari minyak naik 3sen skit skit, sampailah naik 30sen berdentum. Jawapan dari Barang Naik
  • Apa rakyat mahu dari kerajaan sekarang? Jawapannya ialah kawalan harga barang yg efektif, tarik pelabur asing, naikkan ekonomi negara, majukan rakyat, bangunkan rakyat, buka banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
  • Cadangan dari saya ialah
  1. bangunkan teknologi CNG / NGV negara, NGV parts buatan MALAYSIA, beri subsidi pemasangan kepada pengguna, semua stesen petrol ada stesen NGV/CNG.
  2. Pecahkan RON97 kepada 2 bahagian ROM 95 dan RON 99. RON95 Rakyat Malaysia SAHAJA. Ralyat 99 utk siapa yg mampu dan bukan Rakyat Malaysia.(hentikan cadangan kelakar tak bagi 50km dari sempadan isi minyak, jgn buat negara kita ni mcm takde teknologi mengalahkan Timor Leste)
  3. Tingkatkan kualiti Diesel, supaya kualitinya setaraf eropah = lebih bersih, lebih jimat, enjin lebih tahan lama.

Kesimpulannya jangan nak harap rakyat tanggung subsidi minyak, inisiatif dari kerajaan teramatlah penting utk membangunkan negara, memajukan negara bukan buat projek bukan2 yg tak mendatangkan hasil. Akhir kata rakyat dah beri peluang sekali ini, tapi klu tak mampu serah awal2 beri peluang org lain yg juga rakyat Malaysia utk memerintah negara ini.

Moto kepada pemimpin negara dan negeri-negeri di Malaysia

Utamakan Negara,Utamakan Rakyat... Ini Tanggungjawab Anda

No comments: