Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, December 31, 2008

TV3 dan Utusan Malaysia Telah memulakan paluan kempen di pihak BN

Sebagai salah sebuah media arus perdana yang paling tidak bijak didunia, TV3 dan Utusan Malaysia telah memulakan paluan kompang kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Setiap hari kini bermula dengan kenyataan-kenyataan yang menidakkan bahawa rakyat telah bijak. Setiap hari memperbodohkan rakyat dengan mengutarakan prestasi PR di 5 buah negeri seolah-olah tidak baik langsung. Padahal kami sebagai rakyat amat berpuas hati setakat ini jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang mempunyai kuasa 50 tahun.

Saya fikir pada mulanya calon BN di Parlimen Kuala Terengganu orang yang bijak sikit dari pemimpin-pemimpin lama UMNO, tapi rupanya beliau ni jenis tak tahu perkembangan semasa dan lebih tidak bijak. Ada kah patut masih keluar statement "Kerajaan inilah yang telah membina sekolah, hospital dan masjid" Saya fikir mereka ni pergi berjalan keluar negara semata-mata berhibur agaknya. Tidak perasankah di Australia pon kerajaan bina Masjid, kerajaan komunis pon buat sekolah, Israel yang laknat itu pon buat hospital.

Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu bertindak bijaklah dengan memilih calon yang bijak. Tidak perlulah memilih calon BN yang masih tidak sedar momentum rakyat. Sekian dahulu sambung lagi kemudian :)... TAKBIR!!!

Monday, December 29, 2008

Kempen Menghijaukan Blog

Sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, topimerah menyambut kempen dengan menukar sementara warna blog dari merah kepada hijau. Hari ini bermula blog Sitopimerah berwarna hijau

Thursday, December 18, 2008

Perdana V6, Toyota Camry, Mercedes Benz

Isu ini bermula degan Kerajaan Terengganu kemudian kenyataan Kerajaan Pahang seterusnya Kerajaan Perak pula.

Saya ingin mengulas berkenaan Perdana V6. Pendapat saya adalah berdasarkan pengalaman membuat ujipandu kenderaan Perdana keluaran 1995 sehinggalah Perdana V6 Terkini. Pada hemat saya Perdana V6 antara salah satu kenderaan yang selesa untuk dipandu dan kos penyelenggaraannya tidaklah begitu tinggi, jika dijaga dengan rapi. Bagaimanapun Perdana V6 yang menjadi isu ini adalah model Perdana V6 Eksekutif.

Ianya mempunyai jarak roda yang lebih jauh, membawa kepada ruang kaki yang selesa bagi penumpang belakang untuk membaca atau menggunakan laptop. Secara keseluruhan pendapat saya ialah Perdana V6 Eksekutif agak berat membawa chasis yang agak besar. Ianya akan menyebabkan setiap bahagian enjin bekerja keras untuk membawa keseluruhan kereta ini. Model Perdana V6 biasa yang dijaga dan diservis mengikut jadual mampu bertahan sehingga tujuh tahun (rakan saya ada mnggunakannya), tetapi bagi model Perdana V6 Eksekutif yang berlaku sedikit penipuan dalam penyelenggaraan akan mempunyai kesan yang amat ketara.

Selain itu bahagian dalamannya tidak lah terlalu usang atau teruk, bagaimanapun jika dibandingkan dengan Proton Chansellor jauh lebih baik Proton Chansellor. Kenapa Chansellor tidak mendapat perhatian?

Pengalaman ketika membuat ujipandu bersama rakan untuk pemilihan kenderaan pegawai tertinggi tahun lepas Proton Chansellor mempunyai ruang dalaman yang lebih kemas serta lebih selesa. Selain itu kawalannya jauh lebih baik daripada Perdana V6. Tetapi bentuknya adalah kembar kepada Waja menyebabkan bos bos tak mau. Bagaimapaun isu yang sama adalah enjin. Enjin 2.0 L dengan 140 kuasa kuda tidak berapa selesa untuk perjalanan yang jauh bagi kenderaan Perdana v6 Eksekutif ataupun Proton Chansellor.

Mengikut maklumat yang diterima Proton sedang mengusahakan Projek Perdana Waja Replacement Model. Saya kira Kerajaan negeri perlu mendapatkan feed back dari Proton sebenar-benarnya sebelum menggantikannya. Sekiranya penghujung 2009 saya kira Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk membeli pada tahun 2010 kenderaan rasmi tersebut. Selain itu semua kenderaan Proton sepatutnya di selenggara oleh Proton Edar dan bukan sebarangan. Serta Proton sepatutnya menyediakan Pusat Kecemerlangan Proton di setiap negeri, apa yang menyedihkan di Tanjung Malim pon tidak ada Pusat Kecemerlangan Proton.

Harga Minyak sudah memadai

Sebagai rakyat saya fikir sudah memadai Kerajaan menurunkan minyak. Sepetutnya lebih banyak benda berfaedah diambil kira sebagai contoh memberikan subsidi minyak kepada nelayan.

Bagi menampung minyak RM1.90 sudah memadai, kerajaan menurunkan lagi RM1.80 baru-baru ini, sedangkan impak yang perlu difikirkan sekarang mengurangkan harga barang makanan yang mana semua rakyat terlibat. Jika subsidi minyak nelayan dapat diturunkan lagi itu lebih saya setuju. Kemudian harga makanan laut sepatutnya boleh diturunkan sejurus selepas itu.

Kenyataan keras kepala bahawa kerajaan tidak akan menurunkan lagi subsidi minyak untuk nelayan adalah tidak munasabah sama sekali. Melalui penjimatan subsidi yan dijaja sana sini saya tidak nampak dimana penjimatannya. Sekadar turunkan harga minyak apakah perancangan rapi kerajaan? adakah perancangannya naikkan minyak apabila harga minyak dunia naik semula? Adakah masa itulah baru terkebil-kebil buat keputusan tak masuk akal?

Hakikat yang perlu diketahui pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sudah tidak mampu lagi untuk memerintah. Dalam kepala mereka sibuk untuk bertanding pemilihan UMNO, melobi perwakilan, syarikat2 milik perwakilan serta tumpuan terbaru adalah Kuala Terengganu. Hanya fikir untuk menang dan kemudian belanja yang bukan-bukan. Kepentingan rakyat hanya lakonan semata-mata. Jika tidak mana mungkin RM27k sehari habis dibelanjakan untuk rumah PM dan TPM amat tidak masuk akal. Satulagi projek Kerajaan Zalim..

Wednesday, November 26, 2008

Menghadkan Penjualan dan Mengharamkan Penjualan adalah perkara berbeza

Arak adalah haram untuk dihidang, dibuat, diminum oleh orang Islam. Urusan agama seperti ini adalah untuk orang Islam sahaja. Oleh yang demikian semua pihak harus sedar tanggugjawab PAS bukan lah untuk menyatakan kebongkakan tapi adalah tanggungjawab.
Menghadkan penjualan itu difahami, jika tidak memang tiada bezanya BN dan PR. Ini yang perlu dijelaskan, bagaimana mungkin orang beragama Islam bekerja di Seven Eleven terpaksa menjual arak. Jika restoran bukan Islam yang mana pekerjanya adalah bukan Islam tidak ada masalah hendak menjual. Tapi di pasaraya kecil dan besar ini semua perlu di jaga. Kerana PR memegang prinsip akauntabiliti, amanah dan berintegriti.
Akauntabiliti itu merangkumi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara termasuk Islam sebagai agama rasmi. Bagaimana negara yang agama rasmi Islam tidak ada akauntabiliti terhadap agama rasmi rakyatnya? Saya berharap seluruh pimpinan PR terdiri dari komponen PAS PKR dan DAP bersama-sama melaksanakan amanah ini. UMNO dan BN telah nyata gagal mereka tidak ada akauntabiliti, tidak amanah, apatah lagi integriti jauh sekali.
Bagaimanapun kaedah perlaksanaan juga perlu dilaksanakan langkah demi langkah, perlu diingat pengharaman minum dan jual hanya kepada orang Islam. Orang bukan Islam tidak ada halangan, nak jual nak minum sebanyak mana pun terpulanglah Islam tidak halang langsung.

Monday, November 24, 2008

Wanita UMNO Panas Juga

Sebenarnya saya kurang berminat hendak mengambil tahu hal ehwal pemilihan Wanita UMNO yang pada pendapat saya tidak terlalu penting untuk negara cuma penting untuk parti UMNO. Berbanding pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana boleh menentukan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia, pemilihan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita tidak lah menjejaskan apa2 dalam Kerajaan.
Bagaimanapun dua hari lepas saya telah dijemput oleh pensyarah subjek ekonomi ketika di universiti dahulu untuk datang kenduri "cukur jambul" cucu sulung beliau (walaupun saya jurusan Sains Komputer tapi kami agak rapat). Selepas kenduri kami rancak berbual, dan akhirnya beliau mengigatkan saya kisah mendapatkan sumbangan daripada YB YB di lobi parlimen. Ini adalah kisah benar
Kisahnya berlaku pada tahun 1999, yang mana kami akan menganjurkan program Bakti Siswa pada penghujung semester panjang. Bagaimanapun kami menghadapi kekangan kewangan disebabkan program tersebut di jalankan di utara, sementara belanjawan yang diluluskan amatlah terhad. Maka kami bercadang untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak, saya dan seorang lagi rakan dikehendaki pergi ke lobi parlimen untuk cuba meminta bantuan daripada YB YB. Sasaran kami adalah menteri kabinet kerana ada kemungkinan untuk mendapat sedikit sumbangan Kementerian (beranganlah ni).
Antara yang kami jumpa adalah ahli Parlimen PAS yang mana Bakti Siswa tersebut akan berlangsung Parlimen beliau cuma di DUN UMNO. Tapi beliau tetap memberi sumbangan dan menasihatkan kami agar pergi berjumpa JKKK kawasan tersebut bagi memudahkan proses mendapatkan keluarga angkat dsb. Kemudian kami terserempak dengan YB Rafidah Aziz, kami menegur dan memberi salam, gayanya kelihatan agak menakutkan bagi kami. Beliau menjawab salam dan bertanya kenapa ni? saya memberi sedikit maklumat kepada beliau, dan beliau dengan tegasnya berkata you tak boleh minta sedekah macam ni, macam mana polis bagi you masuk ni. Kalau nak apa2 jumpa I di pejabat, kawasan yang you nak buat tu kawasan pembangkang macam mana I nak tolong tapi tengoklah macam mana. Kemudian beliau meninggalkan kami, terkejut sungguh.
Dalam keadaan terkejut dan tergamam (maklumlah baru tahun satu... dalam hati memang senior dengan lecturer aku ni nak pekena kat aku nih) kami ditegur oleh seorang YB, beliau memberi salam lagilah terkejut YB Menteri beri salam. Dari mana adik-adik ni datang? rileks kenapa pucat? rupa-rupanya beliau perasan muka kami. Kami perkenalkan diri dan menerangkan hasrat kami. Beliau pon faham dan terus menghulurkan beberapa keping wang RM50 kepada kami dan memberi kad beliau kepada kami. Nanti contact no. pejabat saya bercakap dengan setiausaha sulit saya. Nanti kita jumpa di pejabat untuk bincang apa lagi kami boleh bantu. Gembiranya hati kami apabila beliau sanggup untuk memberi bantuan melalui Kementeriannya. Menteri ini adalah YB Shahrizat Jalil.
Lecurer saya bertanya saya tahu kamu bukan penyokong UMNO tapi kalau kamulah mana yang lebih baik pada fikiran kamu. Saya kata Doc sendiri tahu rasanya siapa, cuma saya berkata pada beliau kan lebih baik kalau YB Sharizat dan Doc join masuk muslimat PAS, sebab di PAS tidak berlaku perkara yang berlaku sekarang di UMNO. Beliau terdiam :)

Sunday, November 16, 2008

Serap pekerja berstatus kontrak

Cuepacs mencadangkan agar kakitangan kontrak sektor awam diserap kedalam perkhidmatan tetap. Tidak silap saya ada beberapa kategori kakitangan kontrak, ada disebabkan sudah bersara disambung kontrak mereka, ada juga disebabkan lantikan politik seperti setiausaha politik menteri dsb, selain itu terdapat juga agensi kerajaan yang memang tiada lantikan tetap dan agensi tersebut juga diwujudkan kerana politik maka lantikan kontrak wujud pada agensi tersebut, ada juga disebabkan masalah birokrasi lantikan SPA atau beberapa agensi menyebabkan lantikan segera diperlukan kerana "workload" telah mencapai tahap maksimum maka penyelesaian mudah adalah lantikan kontrak.
Saya fikir isu yang diutarakan adalah lebih kepada lantikan pegawai kontrak seperti ini. Maka saya kira kiraan jumlah sebenar kakitangan kontrak perlu di saring sebelum dihebahkan.
Balik semula kepada lantikan kontrak kerana "workload" Mereka dilantik bagi memenuhi hasrat ketua jabatan bagi menjalankan fungsi jabatan mereka seberapa segera yang boleh. Lantikan tetap disektor awam selalunya mempunyai prosedur yang panjang disamping syarat-syarat yang "kelihatan" agak ketat sebagai contoh pencapaian SPM di tahap tertentu atau pencapaian CGPA di tahap tertentu. Bagi mereka yang mana pencapaian dibawah tahap yang ditetapkan maka permohonan mereka ditolak serta merta dari sistem.
Bagaimanapun sudah menjadi sistem dalam sektor awam dimana kompetensi sesuatu agensi itu tidak dikira dengan wajar atau adil. Sistem yang terlalu terbuka untuk satu jenis perjawatan manakala banyak lagi jawatan terlalu tertutup sehingga menyukarkan proses kompentensi agensi dan pegawai itu. Oleh demikian sistem perjawatan itu perlu di sempurnakan semula. Saya tinggalkan isu ini kemudian untuk diulas dilain masa.
Berbalik kepada lantikan kontrak sektor awam untuk diserap, saya mencadangkan kakitangan kontrak ini:
1) Diberi tambahan 1 - 3 peratus sumbangan kerajaan (majikan) di dalam KWSP mereka. Ini supaya semua penjawat awam kontrak terbela kebajikan mereka terutama ketika mereka mencapai umur persaraan kelak.
2) Pampasan mereka diberi berdasarkan bulan perkhidmatan dan bukan tahun perkhidmatan. ini supaya memberi peluang kakitangan kontrak ini sekiranya mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka. Ketika ini berdasarkan kepada pegawai kontrak tersebut hendaklah berhenti mengikut tahun yang telah ditetapkan, jika lebih awal mereka berhenti maka pampasan tidak akan diberi. Ini bertujuan kakitangan kontrak ini bersemangat lagi untuk bekerja, manakala jika mereka hendak berhenti sekalipun mereka tahu sumbangan mereka dihargai dengan pampasan tersebut.
3)Mungkin keputusan CGPA dsb tidak mencapai tahap minimum untuk jawatan tersebut, maka satu penilaian khas melalui formula tertentu sebagai contoh :- peperiksaan khas + penilaian tahunan = 80% ke atas layak dipertimbangkan untuk temuduga di SPA.
Sampai disini dahulu, pendapat saya yang lain mungkin lebih sesuai saya utarakan di topik yang lebih tepat. Melalui kajian rambang yang saya jalankan kemungkinan saya ingin kongsikan kenapa sesetengah "Pegawai Kerajaan atau sesebuah Jabatan Kerajaan kelihatan tidak ada akauntabiliti serta "competitiveness"".

Wednesday, November 12, 2008

"Perubahan di Proton", Apa lagi agenda The Edge Daily?

Apa lagi agenda The Edge Daily terhadap Proton? Setelah mereka antara media yang kerap menjurus kepada kewajaran "menyerahkan" Proton kepada Volkswagen AG.


Datuk Syed Zainal (DSZ) adalah peneraju yang tepat dalam membuatkan Proton berada di landasan yang betul. Sepatutnya telah lama Proton memiliki Pengarah Urusan sepertinya. Beliau telah berjaya mewujudkan model gantian Wira yang sebenar serta model gantian Saga yang terus menjadi kereta mampu milik atau kereta Rakyat.


Saya bukanlah menentang kerjasama strategik antara Proton dan syarikat lain apatah lagi dengan Volkswagen AG. Bagaimanapun menyerahkan majoriti saham kepada syarikat luar negara bakal menghadkan peluang anak Malaysia menjadi peneraju industri automotif di dunia ini. Adakah kita pasti GM, Honda, Toyota, BMW, Mercedes dan ramai lagi akan menjadikan anak Malaysia menjadi peneraju syarikat automotif mereka? Sudah tentu tidak. Walaupun Thai menjadi pusat RnD Toyota adakah rakyat mereka menjadi Ketua Bahagian RnD? adakah berpeluang menjadi COO Toyota?


Masalah kesilapan Proton pada masa lalu adalah dari segi kesungguhan yang kurang serta terlalu bergantung dengan kuasa Politik dalam menentukan dasar pembanggunan vendor serta teknologi mereka. Proton sepatutnya berkedudukan seperti sekarang sejak tahun 1998 yang lalu, iaitu mempunyai rekabentuk sendiri, serta enjin sendiri. Terlalu lama bergantung kepada Mitsubishi telah menjadi duri dalam daging kepada semangat inovatif pasukan kejuruteraan Proton. Bermaksud Proton kini sepatutnya telah menjadi saingat hebat setidak-tidaknya kepada pengeluar kereta Korea dan Jepun.


Kini Proton baru menemui rentaknya dengan sentuhan anak watan iaitu DSZ bersama pasukannya membina Proton dengan visi baru. Oleh itu sentuhan baru ini sepatutnya disokong penuh oleh Kerajaan dan Rakyat Malaysia.


Saya sendiri telah mengalami kekecewaan pada zaman bujang dimana gagal menemui kereta Proton yang dikehendaki kerana Model Wira dan Saga ada sejak saya dibangku sekolah. Rakan-rakan bujang yang membeli pula kecewa dengan kualitinya. Nak beli Waja tidak berkemampuan lagi ketika itu, tapi jika mampu pon mungkin tidak saggup dengan pengalaman menyakitkan hati abang saya tehadap Waja dari bulan pertama pada tahun 2001 sehingga tahun 2005. Maka saya memilih Perodua Kancil walaupun mampu membeli Wira memandangkan masih bujang.


Jika sudah ada saga versi baru sudah tentu saya sudah membelinya ketika itu. Bagaimanapun pada ini atas keyakinan terhadap Proton setelah membeli Proton Waja tahun lepas bulan depan kami mendapatkan Saga sebagai 2nd car. Saya tidak menghadapi masalah menggunakan enjin Campro malah merasakan enjin ini sesuai dengan karakter saya memandu. Waja telah membuatkan saya merasa berbaloi bagi setiap bayaran bulanan, kerana pelan asal untuk mendapatkan Honda City bagaimanapun disebabkan saiz ruang penumpang belakang menyebabkan saya merasakan Waja lebih sesuai dan kesannya bayaran bulanan 9 tahun kepada Honda City dapat dijimatkan kepada 6 tahun sahaja untuk Waja.


Kos penyelenggaraan juga saya kira rendah, disamping keupayaan penyelenggaraan enjin untuk diservis setiap 10,000km menyebabkan kos nya lebih kurang ex-kancil saya.


Kenyataan saya bukanlah untuk kempen Proton, malah saya masih membayar serta servis kereta seperti biasa tanpa dapat apa2 diskaun. Tapi kenyataan ini adalah untuk dikongsi bersama. Dimana saya merasakan Proton sudah mahu berubah, bagaimanapun masih banyak perlu dilakukan. Oleh demikian kempen untuk menyingkirkan / mengenepikan DSZ perlu dibanteras. MPV menjadi projek yang dinantikan walaupun saya masih tidak memerlukan MPV buat masa ini, tapi kehadiran Proton MPV amat perlu bagi merancakkan industri automotif negara.






Tuesday, November 11, 2008

Kenapa perlu tetapkan paras minimum petrol?

YB Menteri PDNHEP menyatakan perlunya penetapan paras minimum petrol. Saya kira lebih baik Kerajaan meneruskan kaedah sekarang selagi banyak benda yang tidak sepatutnya dibelanjakan seperti membeli Jet Pejuang mahal dari harga sepatutnya, kapal selam dan sebagainya diselesaikan sebaiknya.

Jangan dilupakan bahawa kita adalah negara pengeluar minyak, maka menjadi tanggungjawab harta negara dikongsi bersama. Selain dari itu apa salahnya dari membazir dengan membeli belah dengan harga mahal pesawat, kapal dan sebagainya di tingkatkan keupayaan mykad untuk membantu penjualan minyak untuk Rakyat Malaysia. Rujuk artikel saya berkenaan harga minyak untuk rakyat Malaysia.

Thursday, November 6, 2008

Prosedur Pembelian Kononnya.

Saya sambung sedikit komen saya di blog Ikan Pekasam.. berkenaan cerita Bama dan Mat Kain yang telah mencuit hati saya :)

"Satu teguran yang kritis dan sinis.. Beli helikopter RM1.6 bilion tengok spec dan gambar dalam "tender paper". Kita rakyat ikan bilis ni beli kereta tak sampai RM30k pon punyalah nak test drive ini RM1.6 bilion macam beli alat tulis je. Siapalah yang pangkah depa ni :) "

Mereka ini masih lagi hendak menipu rakyat, jika dirujuk dari Malaysiakini, menyatakan bahawa tuduhan Pakatan Rakyat tidak berasas, serta pemilihan tersebut berdasarkan "prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa". Ni prosedur apa ni? beli kalkulator ke beli helikopter? Nilainya RM1.60 atau RM1.6 bilion?

Kalau dah begitu teruk prosedurnya, maka adalah wajar prosedur tersebut diubah supaya dapat membezakan antara pembelian kalkulator dan pembelian helikopter. Jangan dibodohkan rakyat dan menjadikan Pegawai Kerajaan sebagai mangsa untuk mencari jalan mewajarkan pembelian tersebut. Apabila prosedur yang secara terang-terangan tidak masuk akal ini dipanggil berasas, ini bermakna mereka telah menambahkan lagi babak kesesatan mereka. Pulanglah ke jalan kebenaran.

Jika beginilah sikap, nilai, dan cara pemikiran pemimpin tertinggi UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO. Maka sewajarnya mereka ini hanya menjadi pemimpin UMNO dan bukan pemimpin negara.

Monday, November 3, 2008

Harga Minyak Kepada Rakyat Malaysia Sahaja... Pak Menteri terlalu lembab

  • Selalunya apabila harga minyak dunia naik maka berbunyilah suara-suara Pak Menteri menyatakan bahawa harga minyak kita lebih rendah daripada Thailand, Singapura dan Indonesia.
  • Maka apabila kerajaan mengaut sedikit hasil akibat daripada kekurangan subsidi berbanding sebelum ini maka perkara ini disenyapkan begitu sahaja.
  • Jika tidak masa itulah hendak buat kaedah ad-hoc dan tidak masuk. Sekarang ini sibuk hendak menilai semula rebet lah, hedak menafikan subsidi 30sen lah dan sebagainya.
  • Tapi apa langkah kawalan yang boleh menunjukkan kerajaan sayang rakyat Malaysia lebih daripada orang asing.
  • Saya pernah mencadangkan agar harga minyak bersubsidi dikawal seperti di Brunei, tapi tak perlulah sampai hendak mengisi borang seperti Brunei.
  • Kita ada teknologi dan kepakaran, saya merasa tidak rela bila melihat pelajar2 asing, kereta-kereta dari Thailand, Singapura serta Indonesia (di Bintulu) menggunakan subsidi yang kerajaan beri untuk kenderaan mereka.
  • Apa salahnya rakyat Malaysia, yang bayar cukai pintu, bayar cukai jalan, bayar cukai pendapatan dan sebagainya bentuk sumbangan hasil kerajaan ini sahaja diberi keistimewaan.
  • Selain itu kerajaan juga mempunyai Petronas, melalui pemerhatian saya apabila harga minyak naik stesen-stesen minyak akan mengambil kesempatan menyatakan mnyak mereka habis dan melalui pemerhatian saya Shell, Esso Mobil dan BP yang sering tutup awal, sedangkan Petronas masih ada minyak.
  • Mungkin ditempat lain tidak begitu tapi ini mengikut pemerhatian saya sahaja. Oleh yang demikian ketika harga minyak turun mereka ini jugalah yang sering kehabisan minyak kerana tidak mengambil stok baru. Tapi petronas tidak begitu.
  • Selain dari menyaman mereka ini, saya cadangkan kita semua memboikot stesen stesen minyak ini. Disini kita dapat lihat tahap kejujuran mereka dalam mematuhi polisi.
  • Saya berpendapat kerajaan perlu mengurangkan sedikit rebet kepada RM500 sahaja, menurunkan harga minyak kepada RM2 tidak lebih dan tindak kurang dari itu, serta memberi kupon makanan RM30 sebulan seorang (saudara sebol mencadangkan RM50).
  • Mungkin ramai yang kurang bersetuju tapi pendapat saya tanggungjawab lain yang perlu kerajaan laksanakan ialah dengan cuba meningkatkan pendapatan rakyat bukan membeli belah barang yang murah dengan harga yang mahal.
  • Kerajaan yang ada jika bertanggungjawab akan membantu rakyat bukan menggunakan wang rakyat untuk bailout kroni.

Betulke nak reform sebelum bersara?

Saya rujuk kenyataan Pak Lah di Media Umno.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

Apa maksud reform Pak Lah tu? Beliau pernah sebut ialah :

Badan Pencegah Rasuah - kenapa tidak diletak supaya dilaporkan kepada Parlimen? Tukar nama daripada Badan ke Suruhanjaya ke apa sahajalah tapi dilaporkan pada orang yang sama.. Sebagai rakyat saya lihat ini tidak bermakna.

Polis Diraja Malaysia - dimana tindakan dibuat berdasarkan Suruhajaya Polis yang telah dibuat sebelum ini, setakat buat Suruhanjaya kemudian "recomendation" tiada dalam perlaksanaan, sekali lagi ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Tiada makna juga

Martabatkan Sistem Kehakiman - Dimana martabatnya, adakah setakat ex-gratia? kenapa pula Ketua Hakim Negara tidak dilantik melalui cara baru? Dah lah tu pulak Ketua Hakim Negara adalah bekas peguam UMNO, sepatutnya perlantikan dibuat telus bukan lantikan politik. Selain itu, Polis beriya tangkap dan dakwa untuk kes Altantuya, tapi kesimpulannya seperti sudah dijangkakan... Sekali lagi tiada makna.

Kesimpulan yang saya mampu buat, tiada makna reform yang Pak Lah nak buat sementara tunggu tarikh persaraan pada bulan Mac. PM baru yang dicadangkan adalah Dato' Seri Najib Tun Razak, tapi penuh dengan skandal (saya malu tengok Bloomberg minggu lepas).

Sebagai rakyat yang berpegang kepada demokrasi saya profesional UMNO BN telah menang pilihanraya umum jadi anda lantik PM dikalangan Presiden UMNO, maka sekarang Presiden UMNO akan bertukar orang, maka pilihlah orang yang sekurang-kurangnya kelihatan berani kerana benar dan bersih. Tapi anda telah memilih Presiden UMNO yang kelihatan tidak berapa berani kerana benar dan tidak berapa bersih. Jadi sebagai rakyat Malaysia saya berharap dia hanya kekal sebagai Presiden UMNO tetapi tidak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ayuh ahli parlimen semua, dengan menggunakan landasan demokrasi kita masih boleh berubah. Tukar Perdana Menteri yang lebih berkaliber.

Monday, October 20, 2008

Imbangan Harga Untuk Menangani Krisis

Harga pasaran komoditi semakin tindak menentu ketika ini, apakah tindakan kerajaan dalam menangani pasaran krisis?? Jika diperhatikan harga minyak semasa adalah lebih rendah daripada ketika harga patrol di negara kita RM1.92. Adakah perlu kerajaan menurunkan harga minyak pada kadar RM1.90 atau RM1.80???

Sebenarnya tidak perlu, memang nampak menarik tetapi kesan langsung yang telah merosakkan ekosistem ekonomi negara akibat kenaikan mendadak harga petrol menghampiri 80sen pada masa lalu telah menyebabkan pemulihan yang sukar. Pendapat saya harga munasabah adalah dalam RM2 seliter sudah memadai tetapi dengan syarat terdapat pakej kawalan ekonomi untuk mengurangkan kesan langsung kepada rakyat antaranya :
  1. Tindakan kawalan harga makanan dalam negara dengan tegas dan komprehnsif. (aktifkan enforcement dari KPDNHEP)
  2. Kemudahan kredit untuk sektor industri kecil dan sederhana bagi merangsang pertumbuhan syarikat dalam negara. (dapat membantu pertumbuhan syarikat swasta)
  3. Pakej rangsangan terhadap industri pelancongan dalam negara, dan tidak menggalakkan pelancongan ke luar negara. (harga minyak turun pada tahap munasabah, manakala sektor perhotelan dibantu dengan pakej menarik akan merangsang pelancongan dalam negara)
  4. Semua projek kerajaan perlu di kecilkan pakej bagi merangsang industri kecil dan sederhana melibatkan diri dalam sbutharga dan tender. (Terutama industri yang agak terjejas seperti kontrak khidmat penyelenggaraan elektrik dan teknologi maklumat serta pembinaan.)
  5. Mengurangkan cukai luar biasa kepada komoditi getah dan kelapa sawit. (disamping pakej membantu pekebun kecil dalam subsidi baja dsb)
  6. Meningkatkan kawalan pemberian subsidi minyak hanya kepada rakyat Malaysia (kawalan dengan menggunakan mykad atau pengasingan stesen petrol, jadikan Brunei sebagai asas tapi ubahsuai kaedah perlaksanaannya)
  7. Menggalakkan atau mewajibkan agensi kerajaan melaksanakan program di hotel-hotel yang mempunyai sijil Halal Malaysia. (Kesan langsung ialah meningkatkan pasaran permintaan barangan Halal dan promosi Halal Toyyiban, sekaligus boleh membantu Malaysia menjadi Hub Halal dunia)
  8. Meningkatkan insentif Foreign Direct Investment. Kerajaan mengatakan FDI tinggi, tapi peningkatan FDI diletakkan pada nilai USD dan RM yang lemah, sebenarnya amat tidak memadai dan perlu dilipatgandakan. Kerajaan perlu profesional dan perlu memberi laluan kepada pelabur untuk melabur di negeri dibawah Pakatan Rakyat, kurangkan sekatan yang kononnya "tidak disengajakan".

Ini adalah antara pakej yang saya cadangkan mungkin para blogawan, parti-politik, profesional dan kerajaan mempunyai cadangan lain, tetapi saya mengharapkan pakej ini dimasukkan. Rakyat Malaysia diharap memahami nilai US Dollar jatuh, nilai Ringgit lemah, inflasi tinggi, dan ekosistem ekonomi perlu diperbaiki. Oleh itu tidak munasabah harga petrol diletak dibawah paras RM1.99. Tahap munasabah adalah RM2 dengan pakej tertentu boleh membantu memperbaiki ekosistem ekonomi.

Saturday, October 18, 2008

Muzium Selangor Shah Alam.. Siapa yang tak buat kerja

  1. Selepas mengunjungi rumah terbuka seorang teman lama di Shah Alam, saya membawa keluarga singgah melawat Muzium Selangor.
  2. Memang menjadi amalan saya sekiranya melawat ibu negeri mana-mana negeri saya akan singgah ke muzium negeri untuk melihat perkembngan negeri tersebut.
  3. Bagaimanapun Muzium Selangor telah lama tidak saya kunjungi (kali terakhir pada hujung tahun 2004) walaupun kerapkali juga saya pergi ke Shah Alam.
  4. Namun disini saya ingin memberi sedikit teguran kepada Kerajaan Negeri, lawatan kami sekeluarga disertai anak saudara saya berumur lapan dan sepuluh tahun.
  5. Saya sedikit terkilan apabila mereka bertanya kepada saya siapa Menteri Besar Selangor sebenarnya? Rupanya digambar senarai Meteri Besar dari dahulu hingga kini masih terletak gambar Dr. Khir Toyo Menteri Besar sehingga kini. Dimana gambar Tan Sri Khalid? Kita yang dah besar panjang ini mungkin faham, tapi ini boleh mengelirukan budak sekolah.
  6. Diharapkan Kerajaan Negeri Selangor terutama Ahli Lembaga Muzium membuat pembetulan segera, kemenangan Pakatan Rakyat bukan baru 3 bulan, malah sudah lebih 6 bulan.
  7. Teguran ini bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri yang baru tapi pakej daripada staff muzium sehinggalah Ahli Lembaga Muzium. Semoga tuan/puan lebih peka.

TV3 putar alam, sikap kewartawanan tidak beretika

Malam ini TV3 sekali lagi menjadi agen putar alam, masih lagi menganggap rakyat bodoh. Saya sama sekali mengutuk kerja ini.

Slot yang saya kira tidak beretika ialah ulasan slot DSAI dan YB Umno di parlimen. Kalau benar-benar profesional keluarkan secara penuh slot tersebut. Tunjuk sikit berapa ramai YB UMNO yang makan gaji buta tak muncul di Parlimen pada masa itu. Mana dia menteri-menteri?

Nasihat saya kepada TV3 janganlah memperbodohkan rakyat

Friday, October 17, 2008

Peringatan Raja Melayu

Saya bersetuju bahawa peringatan Raja Melayu bagi peruntukan di dalam perlembagaan menuntut bahawa “Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Oleh demikian semua rakyat perlu memahami peruntukan ini dan orang Melayu sebenarnya tidak perlu risau untuk menukar kerajaan sedia ada, jika tidak dalam masa terdekat ialah pada masa Pilihanraya ke 13 (PRU 13) kelak. Selain dari itu orang Melayu disamping meminta bangsa lain hormat kepada Raja mereka juga perlu hormat. Tidak perlulah mengangkat kain rentang mengeji Raja dan sebagainya.

Orang Melayu perlu memelihara dan melindungi agama Islam, jangan lah mengharapkan Raja atau guru-guru agama sahaja memelihara Islam sedangkan sikap dan tindak tanduk kita lebih kepada kera. Melindungi agama Islam dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup, menjadikan Islam sebagai teras kehidupan serta membangunkan negara bersama Islam.

Selain dari itu sebagai orang Melayu yang memimpin negara janganlah kita meminggirkan Bahasa Melayu, menjatuhkan standard Bahasa Melayu dan merendah-rendahkan Bahasa Melayu. Satu ketika dahulu Bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca". Kini Bahasa Melayu hanya digunakan di nusantara. Tapi di Malaysia sains dan matematik dahulunya di ajar dalam Bahasa Inggeris pada awal kemerdekaan, kemudian dengan titik peluh bertahun-tahun Pegawai Pendidikan mengusahakan Bahasa Melayu didaulatkan sehingga menjadikan Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Apa yang membanggakan Sains dan Matematik yang di ajar dalam Bahasa Melayu satu ketika dahulu telah menjadi sumber rujukan anak-anak Melayu di Selatan Thai, Melayu Singapura, Brunei dan ada sesetengahnya dibawa kepada anak Melayu yang berada diperantauan. Tidak semena-mena Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris semula tanpa perancangan yang rapi. Jika tidak mungkin dalam tahun 2020 dah ada orang eropah buat rujukan untuk sains dan matematik yang dikaji oleh orang Malaysia di dalam buku bahasa Melayu. Tapi perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dirosakkan oleh pemimpin korup yang sudah tidak dapat menilai perjuangan.

Kepentingan kaum-kaum lain juga perlu dipelihara, tidak boleh sekiranya kita sebagai pemimpin Melayu meminggirkan bangsa lain yang duduk bersama-sama dalam satu negara. Kita tidak boleh manafikan sama sekali sumbangan mereka untuk negara kita. Mereka bekerja, bayar cukai, membeli belah, membuka gedung dan sebagainya. Jadi tidak boleh sesekali kita menzalimi mereka. Sudahlah dengan mereka tidak boleh dizalimi dengan orang Islam apatah lagi... Jadi apakah perlu akta zalim wujud.. sekian dahulu, tepuk dada tanya Iman

Wednesday, October 15, 2008

Penurunan Harga Minyak... Kita tunggu 100 hari

Turun juga lagi harga minyak, lega sedikit rasanya...tapi apakah tindakan lanjut kerajaan? bagaimana kawalan terhadap ringgit, nilai simpanan emas negara, dan lain-lagi.. Bagaimana kawalan harga barang? tekanan rakyat sudah meningkat, akibat ekosistem ekonomi yang telah rosak, memperbaikinya bukan mudah, tindakan terancang adalah amat perlu

Saya kira kini Dato Najib tidak perlu mengumumkan Belanjawan baru secara terus menerus kerana saya pasti selagi ada Menteri Kewangan II tidak kemana perginya. Saya lebih mencadangkan agar wujudkan langkah awal dengan pertamanya YAB TPM setuju buang jawatan Menteri Kewangan II, kemudian panggil Gabenor Bank Negara serta profesor ekonomi di IPTA negara bentangkan pelan krisis mereka kepada YAB. Kemudian barulah boleh bentang belanjawan baru.

Saya setuju tindakan semua YB YB parlimen untuk meyertai Pakatan Rakyat sekiranya YAB TPM gagal melakukan tindakan sewajarnya dalam menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh 100 hari menjadi Menteri Kewangan. Pelan ekonomi untuk menangani krisis global!

Sunday, October 12, 2008

Trend Pasaran Minyak Mentah Dunia..

Kelihatan sepanjang 2 minggu kebelakangan ini trend pasaran minyak global menunjukkan penurunan ketara, dan ketika catatan blog ini dibuat harga pasaran miyak adalah sekitar US$77 setong.

Kerajaan disaran bertindak menurunkan harga minyak dan berhenti buat spekulasi dan alasan.. Penurunan awal harga minyak mungkin sedikit sebanyak dapat membantu menstabilkan harga beberapa keperluan bukan dalam jangkamasa terdekat tapi dalam jangkamasa 2 - 3 bulan. Kami rakyat tidak mengharapkan minyak turun hari ini besok turun harga kerana dari segi logiknya tindakan mengejut Kerajaan menaikkan miyak RM0.78 sen pada bulan jun tempoh hari telah merosakkan ekologi ekonomi negara. Ia akan mengambil masa untuk pulih, malah lebih lambat mengambil tindakan lebih lambat ekonomi "cycle" ini akan pulih. Diharap Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri bertindak segera tanpa perlu menunggu report dari Menteri Kewangan II yang terbukti nasihat kepada Menteri Kewangan yang lalu telah merosakkan cycle ekonomi.

Pulihkan ekologi ekonomi, perlu diingat pasaran komoditi termasuk sawit dan getah mengalami kemerosotan, para petani telah menerima kesan sedikit demi sedikit... Kerajaan perlu bertindak segera. Saya tidak sempat hendak mengolah lebih lanjut, tapi berdasarkan kajian secara am di pasaran global di Asia Timur, Eropah dan Amerika kerajaan perlu bertindak awal. Saya hanya sempat menyatakan Tukar polisi kewangan negara jadikan emas sebagai transaksi dalaman negara, tingkatkan simpanan emas, lebihkan simpanan minyak digali, kurangkan harga minyak segera, mansuhkan jawatan Menteri Kewangan II dan lebihkan 15% import minyak.

Monday, October 6, 2008

Cadangan Pelan Awal Ekonomi Malaysia

Sempena Hari Raya Eidulfitri ini saya menyeru Menteri Kewangan yang baru untuk menggantikan atau memansuhkan jawatan Menteri Kewangan II. Perkiraan saya melihatkan YB Menteri Kewangan II ini sudah tidak diperlukan, kerana:

1)Beliau digunakan untuk membantu PM yang tak reti ekonomi
2)Beliau ni lah yang banyak menasihati berkenaan kenaikan harga minyak dlm negara (bila nak turunkan minyak mesyuarat kabinet bila naikkan suka hati dia jer)
3)YB Menteri Kewangan ada asas ekonomi dan saya kira cukup untuk beliau menggunakan platform yang ada seperti Gabenor Bank Negara dan pakar2 ekonomi lain untuk menjadi penasihat
4)Beliau dilihat terlalu banyak meluluskan rundingan secara terus dan tender terhad keatas projek2 kerajaan.
5)Pengurusan kewangan negara dilihat semakin tidak telus
6)Khidmat beliau semasa di Bank Negara dahulu banyak boleh dipertikaikan, dan klihatan nasihat beliau kepada PM banyak mudarat dari kebaikan.
7)Beliau dilihat lebih menguasai Kementerian kewangan berbanding Menteri Kewangan.
8)Krisis ekonomi yang berlaku di US dilihat masih tiada protection lagi disediakan untuk membendungnya di negara ini. Jawapan standard adalah "ASAS EKONOMI ADALAH KUKUH"

Sunday, October 5, 2008

Salam Eidulfitri

Antara Ramadhan dan Syawal tahun ini saya tidak berkesempatan menulis diblog, maklumlah jalur lebar hanya ada dirumah tapi tidak dikampung. Bila menonton iklan raya Petronas memang benar talian jalur lebar masih tidak boleh diakses dikampung2 di pedalaman sekalupun di Selangor sahaja. Hendak menumpang "broadband mobile" adik ipar pun tak sanggup sebab kelajuan Celcom 53.6KBPS, Maxis pula langsung tak boleh connect dan mudah putus.

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.

Berjuang Memang Pahit Kerana Syurga Itu Manis

TV3 Alat Propaganda ISA...

Sepanjang cuti raya ini setiap hari TV3 membuat coretan ISA... memuji dan mengagungkan ISA, temubual yang dijalankan berkisar kepada bekas tahanan ISA yang menyokong ISA. Kenapa tak ditanya pendapat kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)?? inilah dinamakan politik media kotor.

Sudah sah ISA itu adalah akta zalim yang tidak mengikut syariat Islam.

Selain itu cuba diperhatikan ulasan Prof Dr. Atory menyeru supaya semua pihak perlu profesional siapa yang kalah perlu menerima kekalahan dan perlu beri kerjasama kepada pihak yang menang ini termasuk pembangkang perlu menerima kemenangan BN.

Saya pula nak ulas siapa yang profesional dan tidak? Cuti raya baru ni saya lihat kampung isteri saya ada JKK dan JKKP, apa ni? memang tidak profesional. UMNO lah yang memecahbelahkan agama, bangsa dan negara. UMNO lah yang tidak boleh menerima kekalahan dan UMNO lah yang paling tidak profesional.

Wednesday, September 17, 2008

Keretakan PAS?? Profesionalisme Parti Islam Teruji

Saya tergerak untuk memberi komen, walaupun dari tulisan blog antihusam jelas penulisnya tidak begitu faham struktur PAS secara jelas, lebih kepada komen dari pihak yang mempunyai kenalan di dlm PAS. Hakikatnya ada juga terpedaya propaganda musuh yang menyorok disebalik topeng antihusam atau penggelar kumpulan erdogan.

Saya tidak gemar menggelar Kabilah Terengganu, Kumpulan Erdogan dan sebagainya. Pada saya hanya ada dua kumpulan iaitu Kumpulan yang faham secara kolektif keputusan Muktamar dan yang kedua Kumpulan yang terpengaruh dengan propaganda UMNO melalui media atau kenalan UMNO mereka.

Saya tidak nampak Mursyidul Am terpengaruh dengan agenda sesiapa, Tuan Guru adalah seorang yang sudah lama berpolitik dan berjuang, beliau adalah tokoh yang berperanan untuk menerapkan agenda PAS di dalam Kerajaan ketika PAS bersama Barisan Nasional pada satu ketika dahulu. Bagi mereka yang pernah bekerja di JPM ketika era BN+PAS pasti terkenangkannya. Secara jelas mmg UMNO tidak menerima Islam dan Politik Islam secara kolektif, mereka lebih suka kepada politik suku agama suku. Merekalah yang memperalatkan agama dan bangsa untuk kepentingan 'survival' politik mereka sahaja. Sedangkan PAS sejak mula tertubuhnya mmg memperjuangkan Islam, konsep keadilan dalam Islam serta diterjemahkan di era moden sebagai "PAS for All and Islam for All".

Cuma masalahnya ialah ahli PAS perlu berfikir secara profesional dan matang. Jangan mudah terperdaya dengan agenda UMNO. Kita tidak berdendam dengan UMNO cuma pemikiran mereka terlalu jumud dan suka memperalatkan agenda Melayu untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat PAS pernah bersama Barisan Nasional satu ketika dahulu, agenda kita untuk berdakwah sangat terhad. Sehinggakan golongan pemimpin ABIM ketika itu seperti Anwar Ibrahim dan Hadi Awang mengkritik peranan PAS pimpinan Dato Asri.

Kali ini kita gunakan platform baru iaitu bersama Pakatan Rakyat. Membawa agenda keadilan untuk semua, yang mana kita maklum bahawa keadilan Islam itulah adalah keadilan hakiki. Ini terbukti cari dalam buku sejarah mana pun pemimpin paling adil adalah dikalangan pemimpin Islam. Kerana itu saya tidak terkejut YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ingin mencontohi Saidina Umar Abd Aziz.

Setelah kita bersama Pakatan Rakyat di dalam kerajaan gunakan kesempatan yang ada menyampaikan dakwah dan nur Islam dalam pentadbiran, program TV, dan program aturcara Kerajaan. Kita bergerak bersama Pakatan Rakyat membawa agenda keadilan untuk rakyat Malaysia.

Lagipun kita tidak perlu takut kerana selagi kita ikhlas dalam berjuang Allah akan bantu kita, seperti mana kita ditendang oleh UMNO satu ketika dahulu bagaimana teruknya PAS ditendang sehinggakan golongan muda mengambil alih kepimpinan bersama Allahyarham Yusof Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan Tuan Guru Abd Hadi Awang menyusun semula PAS yang telah dilanyak oleh UMNO. Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersama-sama dengan kepimpinan ini untuk memulihkan PAS. Beliau mempertahankan keputusan Muktamar tidak seperti Presiden Allahyarham Dato Asri yang keluar parti.

Perjuangan kita berterusan malah organisasi PAS semakin mantap. Kesimpulannya tidak usah kita bimbang walaupun jumlah kerusi Parlimen tidak sebesar mana tapi amat bermakna. Apabila telah tertubuhnya kerajaan kelak dan menyampaikan dakwah secara berhemah dan teratur itu gagal barulah kita keluar dari tarik diri. InsyaAllah jika semua rakan-rakan kita ikhlas sama seperti kita Allah akan membalasnya. Yang penting peluang dakwah menggunakan platform baru perlu bagi memberikan perubahan kpd rakyat Malaysia

Sunday, September 14, 2008

TV3 Media UMNO, hari ni Mubarak pulak muncul

Saya rasa pakcik ni yang patut baca sejarah, pakcik ini nak salahkan orang muda sebab tak sokong UMNO. Orang sekarang dah tahu muslihat UMNO semata-mata hanya kerana kuasa, kekayaan, dan kroni. Nak salahkan DSAI, salahkan orang muda, dan sokong ISA. Saya rasa pakcik ni patut mengaji sudahlah ikut UMNO, pakcik ni dah terlalu sangat sokong ajaran ISA.

Kenapa nak bandingkan ISA dengan Amerika, adakah kita nak ikut Amerika dengan buat ISA?? Adakah Amerika itu gunakan Penjara di Guantanamo Bay untuk tahan orang yang tak sokong G.W. Bush? Mereka gunakan untuk orang yg bukan rakyat mereka sahaja. Orang yg tak sokong Presiden atau Perdana Menteri berbeza dengan pengganas negara.

Jadi saya rasa pakcik Mubarak patut study betul2 baru komen. Atau saya rasa baik pakcik join majlis ilmu atau ikuti usrah. Masalahnya pemimpin UMNO berfikiran jumud, tidak terbuka, ketinggalan masa, pentingkan jawatan, dan perkauman.

Saya mmg bukan berkenan sangat dengan Dato Zaid Ibrahim tapi logik juga pandangan dia hari ni, kalau tak mampu berlaku adil jangan gunakan ISA.

Saturday, September 13, 2008

Betul atau tidak UMNO itu sesat?

Kita melihat senario seperti ini berjalan sejak dahulu lagi, bila orang itu UMNO atau BN dia bersih dan tidak berdosa, cuba bila dikritik ada sahaja ugutan secara senyap dan terang kepada orang itu dan setelah keluar dari parti UMNO merekalah orang paling berdosa didunia.

Contoh paling ketara sejak PRU ke-12 baru-baru ini, apabila ada Parti Komponen BN yang ingin membuat undi tidak percaya mulalah ada suara-suara BPR ingin menyiasatlah itu lah inilah, kemudian baru-baru ini apabila Datuk Ahmad Ismail buat kenyataan yang berunsur perkauman, dia hanya dijatuhkan hukuman UMNO 3 tahun digantung dari UMNO, sedangkan YB Teresa dan 2 lagi yang lain dihumban ke dalam ISA. Punyalah berat sebelah, kejam, zalim dan sesat perbuatan ini.

Inilah kezaliman dan ajaran yang dibuat oleh UMNO ajaran yang didokong dan diwarisi dari British penjajah.

Sesudah baliknya British rakyat yang diseru merdeka rupanya belum merdeka, jika British semua kekayaan negara dipungut dibawa balik ke London tapi bila dijajah oleh UMNO Perikatan dan Barisan Nasional harta negara berlegar dipersekitaran mereka dikaut kekayaan negara seperti negara ini UMNO yang punya.

Selain dari itu antara ajaran penjajah yang masih dipegang oleh penganut UMNO ialah ISA. Mereka ini adalah penganut ajaran ISA yang peling taat didunia. TAHANAN TANPA BICARA dilaksanakan sesuka hati, di izinkan dan di halalkan. Sedangkan dalam Islam tahanan tanpa bicara, pertuduhan salah tanpa perbicaraan adalah HARAM disisi agama Islam. Tapi menurut ajaran UMNO yang kununnya Melayu Islam ISA adalah dibolehkan.

ADAKAH ITU TIDAK SESAT!!!

p/s-banyak lagi kenyataan / prinsip sesat pemimpin UMNO.

Kezaliman Undang-undang "adil ala UMNO diktatorian"

Saya bersetuju tangkapan ke atas orang yang mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama tapi bukan tanpa bicara yg mana menurut Islam adalah zalim
menangkap tanpa bicara.

Tangkapan tanpa bicara adalah lebih Zalim. Apa salahnya buat pendakwaan dan bicarakan kemudian dah putuskan bersalah kurunglah. Sebagai negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi Raja Berperlembagaan, negara yang majoriti Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi tapi masih tergolong dalam negara yang mempunyai akta ISA.

UMNO dan Barisan Nasional adalah pentadbir antara terzalim di dunia

Tuesday, September 9, 2008

Nasib baik air percuma tidak diberi oleh TV3

Buletin utama hari ini mengungkapkan Syabas melanjutkan pemberian air percuma kepada penduduk Selangor, dari september hingga disember,ini disebabkan KDEB meneruskan pembayaran kepada syabas sehingga disember. KDEB milik syabas atau tv3 atau milik kerajaan negeri Selangor? Jadi siapa yg sebenarnya bagi air 20meter padu percuma? Mungkin penerbit Buletin Utama kena dihantar kursus sikit pasal istilah Bahasa Melayu. Inilah kemusnahan bahasa yg dibuat oleh UMNO

Friday, September 5, 2008

Say No To Open XML (Microsoft Office Broken Standard)

I ask the Rakyat Malaysia (Office OpenXML or OOXML format) for the following reasons:

  1. There is already a standard ISO26300 named Open Document Format (ODF): a dual standard adds costs, uncertainty and confusion to industry, government and citizens;
  2. There is no provable implementation of the OOXML specification: Microsoft Office 2007 produces a special version of OOXML, not a file format which complies with the OOXML specification;
  3. There is information missing from the specification document, for example how to do a autoSpaceLikeWord95 or useWord97LineBreakRules;
  4. More than 10% of the examples mentioned in the proposed standard do not validate as XML;
  5. There is no guarantee that anybody can write software that fully or partially implements the OOXML specification without being liable to patent lawsuits or patent license fees by Microsoft;
  6. This format conflicts with existing ISO standards, such as ISO 8601 (Representation of dates and times), ISO 639 (Codes for the Representation of Names and Languages) or ISO/IEC 10118-3 (cryptographic hash);
  7. There is a bug in the spreadsheet file format which forbids any date before the year 1900: such bugs affect the OOXML specification as well as software applications like Microsoft Excel 2000, XP, 2003 and 2007.
  8. This standard proposal was not created by bringing together the experience and expertise of all interested parties (such as the producers, sellers, buyers, users and regulators), but by Microsoft alone.

Wednesday, September 3, 2008

FreeNAS: Open-source OS turns an old PC into a great network-attached storage device

I discussed in an earlier column using Microsoft's $180 Windows Home Server to turn an old PC into a media-streaming, backup-friendly server. "Great idea," wrote many a reader, "but too pricey." For those penny-pinchers, I suggest FreeNAS.

Based on the FreeBSD operating system (a Unix derivative), FreeNAS is a server operating system that offers lots of features, a very small footprint, and a can't-beat-it price (it's free). Developed by an open-source community, it is constantly evolving (with even nightly builds).
FreeNAS is more complicated to install and use than Microsoft's more feature-rich product, but people willing to navigate the sometimes confusing installation routine are rewarded with a robust network-attached storage device.

The hardware requirements for FreeNAS are pretty minimal: a motherboard with an x86 processor, 128MB of RAM, 32MB of free drive space (on a bootable drive, a CompactFlash card, or a USB key), a network card, and a BIOS that supports a bootable CD-ROM. I installed the OS on the tiny Via Artigo PC that I wrote about earlier this year (a small, impressively power-efficient little PC). It's an ideal option, as you should consider how many watts your old PC will draw in 24/7 operation before putting it into service as a NAS device. During FreeNAS installation, you'll also need a monitor, a keyboard, and a CD-ROM drive, but afterward you won't need them for your NAS box.

To begin the process, I downloaded the FreeNAS ISO disc image from freenas.org (version 0.686.3, revision 3011, was the current, most stable one available at the time of this writing). I also downloaded a PDF of the installation guide, which is a must for navigating the somewhat unintuitive process.

I burned the ISO image to a CD, booted my intended NAS box from it, and began the speedy process of installation. I selected the option to create two partitions on my hard drive, one for FreeNAS and one for data. Then I worked my way through a series of tasks that included configuring my network interface and setting the box's IP address. Once those steps were done, I could access the FreeNAS box via a Web browser from another PC on my network.
Doing just that, I instructed FreeNAS to mount the second partition on my drive, and then initiated CIFS (Common Internet File System), the protocol that lets Windows PCs connect to the NAS. (For a Linux PC, you would use the NFS--Network File System--protocol). FreeNAS also supports various flavors of RAID, but the development team suggests configuring each disk individually--to ensure they work well--before establishing a RAID setup.

You could stop here and have a very useful device, but FreeNAS has numerous other features worth exploring, including RSYNCD, a network utility for incremental backups over the network; Unison, a file-syncing tool; and FTP, for easy file transfers. Plus, I like the freeware version of SyncBack from 2BrightSparks, a file-backup and synchronization tool--and it works like a charm with my FreeNAS box.

I'm impressed with FreeNAS. Windows Home Server has more media-friendly capabilities like Xbox 360 connectivity, but if you are looking to set up a basic NAS box using your existing hardware, FreeNAS is well worth a spin.
Tom Mainelli, PC World
PC World Wednesday, August 27, 2008; 12:19 AM

Saturday, August 23, 2008

UMNO mempermainkan agama... Lagi TERDESAK!

Melampau hebatnya sungguh ajaran Hadhari ini.. bayangkan tempoh hari saiful bersumpah di masjid dgn al Quran, kemudian seorang yg mengutuk hukum hudud satu ketika dulu, memperlecehkan ulama kemudian bersumpah pula di Permatang Pauh menyatakan tidak kenal dengan altantuya. Dahlah bohong rakyat kata lepas PRU-12 takkan naik harga minyak, sekali meletup naik sampai hampir 80sen pembohong seperti ini bersumpah siapa nak percaya?

Kemudian tak lama lepas tu Tajol Rosli pulak bersumpah, kemudian suruh MB Perak bersumpah, begitulah ajaran Hadhari membenarkan sumpah dimainkan sebegitu rupa. Diharap Datuk Zahid Hamidi boleh ambil tindakan terhadap orang seperti itu, jangan Datuk pergi sumpah pulak. Jangan bermain dengan agama, jangan permainkan hukum Allah, umno bukan melindungi agama Islam dan orang melayu tetapi merosakkan.

Tuesday, August 19, 2008

UMNO dan para korupsi TERDESAK!!!

Akta DNA ke Parlimen - Wajibkan suspek kes jenayah beri sampel kepada pihak berkuasa

kenapa pula tiba2 nak bawa akta ini ke Parlimen, mereka ini tidak habis2 membuat peraturan, merangka rang undang2 untuk kepentingan mereka. Inikah yg dinamakan kerajaan yang Profesional. Macam mana Pak Lah boleh mengikut kata2 pencacai UMNO ini?

Kenapa tak siasat sebab data perjalanan Altantuya boleh hilang dari sistem imegresen di negara ini? Saya tak boleh terima kerajaan habis berjuta-juta membangunkan sistem imegresen serta kemudahan IT nya boleh hilang data, mana data recoverynya? siapa menterinya? mereka ini patut bertanggungjawab.

Saturday, August 16, 2008

Muktamar PAS Mendapat Liputan Hebat

Terlalu lama rasanya tidak menulis dalam blog, kekangan masa disebabkan kerja yang terlalu banyak. Bagaimanapun muktamar tetap menjadi ruangan yang seperti tahun2 sebelum ini masa untuk ahli parti meluahkan pendapat, menegur pimpinan dan mecadangkan strategi parti.



Alhamdulillah permulaan yg cukup baik, walaupun hotel penuh dan bas penuh KL ke Ipoh penat tapi terpaksa memandu dan menumpang dirumah kawan, namun puas hati kerana PAS tetap utuh dengan prinsip perjuangan hanya takut kepada Allah bukan kepada pemimpin, wala' kepada pemimpin tidak bermakna takut kepada pemimpin, malah Muktamar inilah platform terbaik untuk bermesyuarah dan bermuzakarah secara kolektif. Inilah hebatnya struktur organisasi PAS berbanding organisasi politik lain di negara ini.



Namun tahun ni media massa yang menjadi alat UMNO BN seperti hilang arah setelah cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat hampir gagal kini mereka tanpa pengetahuan yg mendalam mensensasikan isu didalam Muktamat baru2 ini. Kesian....

Monday, July 28, 2008

Adakah UMNO sedia menerima Dakwah??

Seperti diketahui PAS adalah sebuah parti yg berteraskan Islam, yg mana dakwah menjadi satu tugasan wajib kepada semua ahli-ahlinya. Sebagai muslim ahli PAS diajar dari peringkat akar umbi konsep dakwah yg meletakkan al-Quran dan al-Hadis sebagai landasan.

Saya menyeru kepada presiden umno yg beria-ria dengan muzakarah padahal Mursyidul Am PAS sudah menyatakan dengan jelas Muqabalah, mungkin presiden umno ini telah lama meninggalkan bidang pengajiannya di Universiti Malaya dahulu tu sebab dia lupa, marilah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai landasan. Hapuskan kezaliman kamu, jangan rompak wang rakyat, kembalikan hak rakyat, jangan menabur fitnah, lawan cara jantan, jangan lawan cara pondan, dan sedarilah kesilapan kamu. Secara jelasnya tutup parti umno dan marilah sertai PAS.

Maka Tuan Guru Mursyidul Am menyatakan klu tak nak masuk PAS kita masuk sama2 Parti Islam yg baru. Maka media perdana umno iaitu utusan malaysia tidak habis2 memperbodohkan diri mereka untuk memperbodohkan rakyat dengan memutarkan berita semata-mata untuk memutarkan kepala rakyat.

Dengan cara masuk Parti Islam yg baru kita akan duduk dalam kem dakwah dari akar umbi sehingga peringkat tertinggi. Jangan lupa PAS adalah parti yg berdaftar tertua di negara ini, walaupun majoriti pemimpin PAS ini asalnya guru-guru agama sekolah pondok dahulunya tapi mereka inilah yg tau peraturan, reti nak daftar pertubuhan, reti membaca, dan reti menurut undang-undang.

Bagaimanapun jangan lupa inilah juga parti yg telah dianiaya oleh umno dari dahulu, ahli PAS dibunuh, dihina, dinafikan hak mendapat bantuan kerajaan, dizalimi menggunakan ISA, ditangkap, disembur dan banyak lagi semata-mata kerana mempertahankan agama dan rakyat Malaysia.

Sejarah telah membuktikan kerjasama dengan umno hanya akan merosakkan PAS akhirnya, bayangkan berapa tahun PAS bertungkus lumus menguatkan jentera dari akar umbi,dengan dakwah yg berterusan untuk duduk menjadi Parti Islam yang terulung di dunia kini. Jika tidak kerana kerjasama dengan umno dahulu sudah tentu PAS sudah lama menjadi parti semantap ini.

Oleh yang demikian langkah terbaik ialah dakwah kepada umno untuk sama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat membangunkan Malaysia tanah air tercinta. Masuk PAS tinggalkan umno dan Barisan Nasional, klu tak sanggup masuk PAS sanggupkanlah diri untuk menyemai benih dakwah Islamiyah dalam diri kita kemudian tubuh Parti Islam baru. Sama-sama kita duduk dalam Pakatan Rakyat yg terdiri dari PKR dan DAP. Saya tidak rasa umno boleh buat seperti PAS PKR dan DAP di Perak, jika umno dalam keadaan seperti PAS sudah tentu sekarang ini Perak tengah darurat. Tapi PAS PKR dan DAP lain ideologi tapi ada titik pertemuan. Titik itu tidak terdapat didalam umno kerana terlalu mengagungkan keris dari Quran dan Sunnah.

Jika umno hayati Quran dan Sunnah didalamnya tidak ada kezaliman, tidak ada peras ugut, tidak ada menyuruh menyebar fitnah, tidak ada rompak wang rakyat dan sebagainya. Didalamnya terkandung peraturan lengkap menyatupadukan insan, memperkasakan insan, dan membina rohani insan menjadi pelengkap kepada negara yg kuat dan bersatu. Marilah bersama-sama Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dinegara Malaysia tercinta ini.

Bersedialah menerima dakwah Islamiyyah!!

Monday, July 21, 2008

PAS bukan untuk dipermainkan

  1. Sudah diduga Pak Lah ada agenda menggunakan PAS setelah keputusan PRU-12 baru2 ini tidak memihak kepada mereka. Adalah menjadi sesuatu yang menjengkelkan apa sebuah parti yang kononnya membela nasib orang Melayu tetapi merekalah yg gagal menaikkan nilai bangsa Melayu malah merosakkan dan melalaikan org Melayu. Kini mereka riuh semula selepas tanah rakyat dirampas dan dibail out pula oleh kerajaan di Port Klang, selepas setinggan2 melayu diroboh tanpa pembelaan, kini barulah teringat semula kepada orang Melayu.
  2. Asas UMNO kepada memajukan bangsa Melayu semata-mata meletakkan kaedah nasionalis Melayu, cintakan bangsa melebihi segalanya. Dengan semangat nasionalis itulah lahirlah golongan nasionalis kepada Melayu negerinya (Perlis, Kedah, P.Pinang, etc....) , Melayu kaumnya (Bugis, Jawa, Banjar, Minang,....etc) dan Melayu keluarganya (ini yg paling byk)
  3. Perlu diingat kehebatan bangsa Melayu tidak terletak kepada Melayunya tetapi pada Islamnya Melayu itu. Malah kehebatan empayar Melaka dan Johor-Riau dahulu bukan kerana Melayu tetapi kerana Islamnya bangsa.
  4. Kerajaan Melayu Melaka zaman kegemilangannya ketika Islam berkembang mekar, malah sejarah membuktikan keadilan dijalankan sewajarnya kepada semua penduduk Melaka, sehingga ada golongan atau bangsa lain memeluk agama Islam dan lahirlah bangsa yang juga dimasukkan dalam rumpun Melayu ketika itu seperti mamak dsb. Rosak pula empayar ini juga kerana Melayunya lebihkan kepada kronisme dan nepotisme.
  5. Kenapa gemilangnya Melayu ketika itu?kerana konsep Islam digunapakai sebagai satu cara hidup, Islam itu meninggikan martabat manusia tidak kira warna kulit, miskin atau kaya, kerana Islam itu mengutamakan kebajikan kepada yg susah, kerana Islam itu menyatakan perpaduan membangunkan umat tidak mengira bangsa, kerana Islam itulah yang menolak assabiyyah.
  6. Disitulah konsep yang dibawa oleh PAS untuk rakyat Malaysia, yang diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.
  7. Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan UMNO? kerana UMNO selama ini telah terbukti menjayakan aspirasi kronisme dan nepotisme yang telah merosakkan nilai bangsa negara Malaysia ini. UMNO dipertanggungjawabkan pada satu ketika dahulu oleh rakyat dan Raja-raja Melayu, tetapi kerana asasnya diletakkan kepada nasionalis semata-meta maka ada sikap menjaga kepentingan bangsa dan keluarga sahaja. Kerana itulah pemimpin utama mereka akan keluar parti bila tidak berkuasa, kerana mereka hanya akan nampak kerosakan UMNO setelah keluar dari awan yang putih rupa-rupanya gelap dibawahnya.
  8. Adalah tidak mustahil PAS boleh bekerja dengan MCA malah MIC sekalipun, malah jika DAP dan PKR menjadi seperti UMNO tidak mustahil PAS akan akan keluar dari Pakatan Rakyat. Perlu diingat dasar PAS bersama PKR dan DAP ialah kerana matlamatnya tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan dan kebajikan untuk semua. Adakah itu tidak selari dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS? adakah UMNO, MCA dan MIC selama ini memegang kepada prinsip yang tersebut?
  9. UMNO, MCA dan MIC sama sekali tidak memegang prinsip yang sama, jika orang itu telah diketahui orang PAS dikampung-kampung dahulu sudah tentu subsidi baja sengaja dilewatkan, Pengerusi atau AJK JKKK sudah tentu diberi kepada puak mereka sahaka, majlis perbandaran juga sudah tentu kepada kroni mereka, apatah lagi syarikat2 kerajaan Ahli Lenbaga Pengarah selagi boleh dipilih no.1 umno no. 2 barulah talented, sehingga akhir sekali Naib2 Canselor universiti juga diberi kepada mereka yg no.1 umno, no.2 kelayakan dsb.
  10. Maka terhasillah Naib Canselor seperti dalam Debat isu harga minyak baru-baru ini. Bila disuruh tanya soalan dia pulak nak berhujjah seolah nak berdebat, bila disuruh tanya kepada shabery ditanya kepada Anwar tapi seruh Shabery jawab, maka tidak hairanlah Mahasiswa kita semakin tidak berdaya saing kerana dah Naib Canselornya sebegitu rupa. Kesian sungguh Malaysia mempunya Naib Canselor sebegitu rupa.
  11. Sebab itulah saya menegaskan semakin lama UMNO berkuasa semakin rosak lah negara ini. Mereka tidak meletakkan keadilan kena pada tempatnya, lebih kepada kepentingan sendiri. Lihat sahaja pertemuan antara PAS dan UMNO selama ini dirahsiakan kerana titik permuafakatan adalah supaya pertembungan politik tidak menjejaskan akidah umat Islam, Tetapi Pak Lah seperti hilang pedoman menceritakan itu dan ini kerana ingin menagih kekuatan. Belum apa-apa sudah khianat kepada matlamat pertemuan, ini pon sudah menampakkan DAP lebih baik dari sikap UMNO yg hanya inginkan kuasa.
  12. Kesimpulannya saya setuju kepada pandangan Mursyidul Am PAS bahawa tidak perlu bermuzakarah dengan orang seperti pimpinan UMNO ini, kita lihat PRU 13 mungkin pimpinan mereka sudah berubah jika belum berubah dan masih lagi dengan sikap ingin mengambil kesempatan, tunggu pula selepas PRU yg akan datang, begitulah berlangsung seterunya.

Sunday, July 20, 2008

Proton dan MV Agusta

topik ini dipilih adalah utk mengulas kenyatan chedet dlm forum beliau, saya tak nafikan mv agusta tak sepatutnya dijual pada harga 1euro. Bagaimanapun yg tak boleh dinafikan ialah proton menanggung beban kerugian sejak pengambilan penuh mv agusta.


Apa yg telah dilakukan oleh Tengku Mahalel (TM) dan chedet sejak pengambilan mv agusta?apa yg kami sebagai rakyat nampak hanya jenama mv agusta, belanja berbilion, serta proton masih lagi jual kereta wira, iswara dan satria kepada rakyat yg sudah 10 tahun model itu dgn kualiti yg mengecewakan serta menganiaya rakyat Malaysia. Jualan mv agusta adalah tepat dlm keadaan tekanan kerugian berjuta-juta ringgit sehingga menjejaskan operasi proton.


Saya percaya jualan mv agusta dgn hanya 1euro itu dibuat atas desakan pihak tertentu dan pengurusan proton terpaksa juga jual. Klu dilihat mmg tidak munasabah jualan 1euro tersebut. Saya bersetuju dgn chedet dlm angka ini. Tapi benarkah ada pihak yg sanggup beli dgn harga lebih dari satu euro?
Jualan tersebut menyebabkan mv agusta terlepas ketangan pihak tertentu diluar negara, malah adakah chedet kira jika di offer kepada NAZA sudah tentu mereka juga berminat? Bukan mudah nak dptkan syarikat berstatus bintang diluar negara. Cuba kita lihat pembelian lotus yg juga memakan kos berjuta ringgit kini berjaya dimanfaat oleh proton. Lotus adalah jenama kereta sport mewah yg terkenal dgn rekabentuk serta teknologi handling yang meyakinkan. Tapi lotus bukanlah pengeluar enjin, pembelian mv agusta adalah pelengkap kepada proton walaupun ianya hanya teknologi motosikal tapi ia adalah motosikal mewah berkuasa tinggi yg menghasilkan enjin, gear dan komponen dalamannya in-house. Ini boleh menjadikan proton mempunyai pasukan kejuruteraan yg mantap serta tidak perlu mendapatkan rakan strategik. Tapi apa yang dilakukan oleh TM dan chedet?


Saya paparkan jawapan dari kacamata rakyat, TM tidak berbuat apa2 selepas pembelian mv agusta, TM masih mengekalkan kereta proton dan iswara malah projek Gen2 tidak memenuhi kehendak rakyat secara keseluruhannya. Projek yg ada ialah Savvy dan Neo, pelancarannya dibuat selepas penggantian TM secara terpaksa kerana telah invest berjuta ringgit. Kualiti proton terlalu sangat dipertikaikan, rakyat terpaksa beli kerana chedet membantu TM.
Apa pula chedet buat? chedet telah mengekang kenderaan luar negara dengan menaikkan cukai import dan eksais kepada kenderaan tersebut, sehingga rakyat tidak mempunyai pilihan terpaksa beli proton wira. Jadi apa sumbangan mv agusta? Proton terpaksa menanggug beban hutang mv agusta tanpa memanfaatkan teknologi mereka.



Walaubagaimanapu chedet tidak seharusnya menyalahkan 100 peratus kepada pengurusan proton dan menafikan usaha merekan sepanjang beberapa tahun terdekat ini. Chedet dilihat lebih kepada mempertahankan TM yg tidak melakukan apa2 kepada proton malah usaha menggunakan teknologi mv agusta juga tidak kelihatan. Jika usaha telah dimulakan sejak dari pengambilalihan mv agusta dgn menjalankan kajian penghasilan enjin kecil utk proton sudah tentu proton tidak akan menghasilkan Proton Savvy menggunakan enjin Renault.

Sekarang ini Proton terkial-kial mencari rakan strategik, malah langkah awal mereka untuk mengekang kerugian seolah-olah seperti berperang dgn pelbagai halangan yg dibina sejak TM teraju proton. Bagaimanapun usaha gigih barisan pengurusan Proton kini boleh dipuji, walaupun masih banyak yg perlu dilakukan. Kejayaan menghasilkan Waja Enhance, Persona dan Saga BLM boleh dipuji kerana kami sebagai rakyat mempunyai pilihan. Semoga Proton sentiasa berusaha meningkatkan usaha membangunkan proton, walaupun saya percaya penghasilan komponen enjin adalah lebih sukar, tapi ianya tidak mustahil dilaksanakan.

Thursday, July 17, 2008

Cerdik Tengok Jam atau Tak Cerdik?

Akhirnya DSAI di tahan juga, setelah berjaya dlm appearance julung kali sejak sekian lama tidak muncul di kaca TV, akhirnya beliau muncul. Keadaan ini lebih terasa sbb tayangan debat tersebut dibuat secara langsung di gerai mamak seperti pertandingan akhir EURO! tapi perlawanan agak bosan kerana seolah-olah seperti Jerman melawan Negeri Melaka. Jerman mengenakan permainan taktikal manakala Melaka sering buat2 terjatuh menyalahkan Jerman.
Tangkapan yang dibuat sudah di agak kerana awal pagi DSAI ke BPR tapi tak jauh dari beliau kelihatan polis berkeliaran memberi laporan kedudukann DSAI. Oleh yg demikian polis yg dihantar menangkap DSAI pula jenis yg tak reti tengok jam, ini berkemungkinan bajet yg diparuntukan utk latihan tengok jam telah ditarik balik atas dasar PENJIMATAN kununnye "kusangkakan sudah jam 2ptg rupanya masih 1tgh" maka sbb tak cerdiklah mereka berkelakuan seperti budak2 main polis sentri iaitu main tangkap sahaja kerana undang2 di dlm tapak tgn mereka.

Monday, July 14, 2008

Menteri Dlm Negeri dan Ketua Polis Negara sepatutnya bertanggungjawab

Tidak masuk akal perjalanan dari Seremban ke KL hari ini mamakan masa hampir 3 jam pagi tadi, menyirap darah apabila melihat polis menahan di hampir kesemua laluan ke Kuala Lumpur, no choice!!! dah la minyak naik, kita hari ini dibebankan lagi dengan minyak kerana trafik terlalu teruk. Saya rasa tak masuk akal kerana semlm dan beberapa hari sebelum isnin ini ramai sudah pemimpin Pakatan Rakyat merasa pelik berkenaan laporan menyatakan bahawa ada perhimpunan di Parlimen.
Tidak lain tidak bukan provokasi ini dilakukan oleh media tempatan seperti rtm dan tv3 dan kemudian dengan BODOHNYA dan BANGANGNYA polis percaya sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan jelas telah nyatakan tiada rancangan mengadakan perhimpunan. Saya hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis terutama KPN dan Menteri Dlm Negeri yang kelihatan membalas dendam kepada rakyat. Bagaimana kami rakyat nak percaya dengan polis? Inilah akibatnya apabila kepolisian di politikkan. Inilah juga kesan media berat sebelah, kenapa tiada radio dan tv tak keluarkan kenyataan akhbar dari pemimpin PR beberapa hari sebelum ini
Kenapalah pemimpin BN ini tak habis-habis ingin membalas dendam kepada rakyat?? Sepatutnya terimalah keputusan PRU dengan seadanya bukan seperti tindakan orang akal. Saya senaraikan beberapa balasan dendam kesumat BN kepada rakyat:
  1. Harga beras dinaikkan serta merta selepas PRU (tujuan untuk menyusahkan rakyat.
  2. Harga barang2 keperluan dan makanan naik.(ini tujuan memeritkan rakyat)
  3. MoU pelancongan dengan negeri Pakatan Rakyat diketepikan (ini kerana hasad dengki kepada negeri Pakatan Rakyat, serta merta ingin memusnahkan negara)
  4. Harga petrol dinaikkan hampir 80sen serta diesel RM1 (Penipuan terbesar BN)
  5. Kononnya belanja berhemah, habis semua peruntukan Kementerian dan Jabatan kerajaan disekat, kononnya dipindahkan untuk tujuan meningkatkan infrastruktur untuk rakyat, sedangkan infrastruktur dirancang di P.Pinang di batalkan serta merta. Apa kesannya??
    • Kesan kepada kontraktor atau vendor bumiputra yg selama ini 70%-90% bergantung kepada projek kerajaan (balas dendam kepada kontraktor bumiputra yg tidak majoritinya kini tidak menyokong BN)
    • Kesan sumber pendapatan kepada staff hotel yang mana selama ini staff bumiputra yg menguruskan urusan perhotelan dgn sektor kerajaan ada kemungkinan mereka akan menghadapi masalah dengan majikan.(PR semakin byk buat function dihotel, kadang2 bertembung dengan kursus atau program agensi kerajaan).
    • Kesan kepada ekonomi negara, kelihatan sekarang kerajaan memang tidak stabil kewangan kerajaan semakin mudharat, tidak bijak mengurus, dan sudah tidak ada dana yg cukup.(pelabur semakin takut untuk datang, malah menutup kilang di negara kita)
    • Pengambilan pekerja sektor awam diperlahankan dgn ketara, kesannya akan meningkatkan pengangguran sedangkan PTPTN kena bayar. Bagaimana nak kerja dengan swasta? pelabur pon lari. pelabur baru yg datang pon sedikit malah tidak membuka peluang kerja yg begitu besar, jadi macam mana nak kerja?(Ini balas dendam kepada golongan muda)

Begitu dahsyatnya kerajaan yg dipimpin oleh BN, mereka ini kelihatan ingin memusnahkan negara, semata-mata menggapai kedudukan politik mereka semata-mata. Isu diwujudkan dengan fitnah bermaharajalela, sehingga menjejaskan kualiti kerja rakyat. Terus terang pemimpin BN sekarang terlalu rakus dengan kuasa, kuasa digunakan utk mempertahankan kedudukan politik mereka. Agensi kerajaan spt polis dan bpr diperkudakan sepenuhnya malah anggota tentera juga diperkudakan. Apa dah jadi dengan pemimpin yg semakin gilakan kuasa.

Tuesday, July 8, 2008

Kita tak tahu dia dimana tapi saya percaya dia selamat

Ayat siapa tu? itulah ayat menteri dalam negeri anak kepada singa umno pasca kemerdekaan. Klu saya malu nak cakap mcm tu. Beliau menyatakan perkara sedemikian terhadap kehilangan bala yg mana sehingga kini tidak diketahui dimana beliau berada. Apa kata kita ulang semula

"Kita tak tahu dia dimana tapi saya percaya dia selamat"

banyangkan bala sekeluarga hilang, dalam keadaan kritikal sebegini dia mungkin dilindungi. dia mungkin disorok, dia mungkin .... . Hanya orang yg tahu dimana bala berada sahaja yg berani menyatakan dia selamat.

Monday, July 7, 2008

Bukan Anwar yg tak percaya, tapi saya yg tak percaya undang2 Malaysia

Selagi belum direformasikan sepenuhnya Sistem Kehakiman serta rombakan sistem kepolisian negara selagi itu saya tidak percaya bahawa sistem kita benar2 adil.
Saya rasa tidak munasabah bila dikatakan bahawa tidak masuk akal Polis hendak aniaya DSAI serta membuat pendakwaan yg bukan2 kepada DSAI. Cuba bayangkan berlaku pada diri kita sendiri, bahawa kita percaya polis akan menangkap orang yg jahat melindungi orang yg baik. Tetapi pada suatu hari kita ditangkap oleh polis dan dibelasah di balai polis oleh polis yg selama ini kita percaya melindungi kita. Di belasah sampai bengkak mata disepak terajang dan dibogel. Kemudian kita dibebaskan, sistem masih tidak berubah dan kita disuruh percaya yg kita tidak akan diperlakukan sedemikian rupa. Ubahlah sistem keadilan seperti yg sepatutnya barulah rakyat rasa selesa.
Sistem keadilan yg tidak sempurna ini menyebabkan penjahat merasakan bahawa kesalahan membunuh dan merompak sesuatu yg tidak berat malah ambil endah dan tak endah sahaja.

Sunday, July 6, 2008

Bursa Malaysia digantung kerana masalah sistem adalah sesuatu yg amat memalukan

Soalan sy, adakah pasaran belian dan jualan sekarang lebih tinggi berbanding zaman kegemilangan BSKL era 90an? pelik juga bila satu organisasi saham terbesar Malaysia ini menghadapi masalah sistem di kala isu PM yg dikatakan lemah, dan TPM yg disyaki ada skandal ditambah pula DSAI yg diangkat sbg PM in waiting dituduh meliwat pmbantunya, menyebabkan pasaran pd waktu pagi trlalu lemah dan tengahari digantung kerana kununnye masalah teknikal .

Adalah sgt memalukan jika Bursa Malaysia tidak mpy sistem yg mpy high availability tidak kira datacenternya data recovery site nya atau fungsi sistemnya menyebabkan pasaran terpaksa digantung.

Sebaiknya kerajaan harus mencari jawapan yg berkesan bg meyakinkan pelabur dlm dan luar negara, x boleh dibiarkan keadaan mendiam diri spt skrg. Benar satu ketika dahulu bursa di new york dan london juga pernah mengalami masalah teknikal tapi adakah berlaku di kala zaman teknologi setinggi sekarang sehingga digantung sehingga petang. Atau ada sebab lain yang memungkinkan pasaran terpaksa digantung??

Saturday, July 5, 2008

Patutler tak payah buat laporan polis

Patutler DSNR tak ada keperluan utk buat laporan polis, selain dari itu patut ler isteri beliau pon tak rasa kes bunuh itu sesuatu yg berat malah ambil sambil lewa jer, rupa2nya boleh jadi mcm tu boleh si bala ni tiba2 tukar kenyataan, saya pon pada mulanya malas nak percaya dgn sumpah org yg tidak Islam, dia nak sumpah juga biarlah...

DSNR seolah-olah dah tau dia boleh selamat, tahniah DSNR

Friday, July 4, 2008

DS Najib Razak ler pulak, kenapa nak percaya?

Semlm DSNR pulak kononnye dituduh (tiru ayat mcm tv3 kelmarin). Apa pak lah nak buat kat timbalannye ini, saya harap pak lah tak buat kerja bodoh spt apa TDM buat pada anwar. Sekalipun saya percaya jika pak lah pecat najib, aura najib itu takde lah sampai boleh buat org buat perhimpunan besar2an pertahankan dirinya, tapi seeloknya tak payah ler pecat DSNR, klu DSNR rasa tak selesa dia boleh letak jawatan tapi klu DSNR tak rasa apa2 duduk ler situ.

Malah org pekan sendiripon saya tak rasa sanggup turun kejalan raya, iyelah pengalaman banjir tahun lepas sudah cukup menunjukkan rasa mual (kpd saya dan rakan-rakan tak tahulah org pekan punya perasaan) kpd isteri TPM yg ada jurumekap peribadi usung kehulu kehilir menegekor mengesat peluh menampal mekap, sedangkan kami sukarelawan ni berpeluh ke hulu ke hilir bantu org pekan. Kami bukan suruh angkat barang atau angkat org tua, tapi tak yah lah menunjukkan kemewahan tu sangat di kala org tengah susah. Dah lah peruntukan kerajaan negeri dan bantuan dari pihak swasta tapi digembar gemburkan sebagai hadiah dari DSNR dan isteri, apa kejadahnya....(maaf tiba2 panas terkenangkan peristiwa lepas)

Cuma DSNR harapnya jgn lah pulak nak harap polis nak siasat org yg buat tuduhan sedangkan DSNR sendiri pon tak nak buat laporan polis atau saman malu kpd Balasubramaniam. Polis akan siasat DSNR balik berdasar bukti yg ada, klu betul polis dan kehakiman sedang dlm reformasi yg dilaungkan oleh pak lah selepas PRU12 tempoh hari.

Teringat pula saya satu ketika dulu lebih kurang 10 tahun yg lalu, DSAI dituduh dlm buku 50 dalil masa perhimpunan agung umno semasa dan beliau masih lagi Timb Presiden, DSAI walaupun TPM masih lagi buat report polis utk saman Allahyarham Khalid Jafri. Walaupun lama akhirnya menang jugak, sekurang-kurangnya ada usaha itu kes rasuah, salahguna kuasa dan liwat.

Tapi tak taulah klu DSNR masih berfikiran spt isterinya kes bunuh altantuya bukan kes berat. Klu kes bunuh bukan kes berat patutlah jenayah menjadi-jadi di Negara kita sbb pemimpinnya pon pandang ringan pasal kes bunuh, Nauzubillah!!.

Saya bukan tak nak percaya kenyataan DSNR, tapi bila terkenangkan janji manisnya sebelum PRU12 minyak tak akan dinaikkan hingga hujung tahun 2008 tiba2 dinaikkan. kemudian selepas Ketua Pembangkang menunjukkan gambar saiful di pejabat TPM, dia kata tu gambar 3 bulan lepas dia mintak biasiswa, tup tup mlm tadi kata saiful jumpa sehari sebelum dakwa DSNR sbb isu liwat. Tapi pelik betul rajin betul si saiful tu jumpa DSNR mcm kawan lama pulak, kenapa tak jumpa pak lah terus saya akan jadi lagi kagum, tak pun jumpa KJ ke, jumpa ezam ke jumpa khir toyo yg dah x de keje tu, sape2 je lah selain DSNR yg baru beberapa minggu lepas ada tuduhan terhadap isterinya daripada Raja Petra. Kenapa ye? hmmmmmmm

Lagi ler malas nak percaya

Wednesday, July 2, 2008

TV3 suka guna kononnye

Ayat tv3 dlm buletin utama bila mengulas dakwaan DSAI kpd KPN "DSAI kononnye telah mendakwa KPN........".

Ayat tv3 pasal si saiful dakwa DSAI "saiful telah mendakwa bekas TPM itu" klu betul sibuk tv3 cerita pasal profesionalisma apa salah dia gunakan ayat "saiful kononye telah mendakwa bekas TPM itu". Ayat itu mmg jelas mahu merendah-rendahkan DSAI.

Cuba semak balik setiap ayat berkenaan dakwaan ini, majoritinya sama jer tv3 ni

yang paling pelik ayat kurang cerdik syed hamid albar "sikap Anwar sendiri yang gemar membuat laporan kepada pihak luar negara khususnya Amerika Syarikat" ... anwar tak payah lapor sbb sekarang ni zaman teknologi berita banjir kat belakang rumah bush klu dilapor kat akhbar amerika kita boleh baca, ini kan pula cerita anwar dlm paper. Klu syed hamid albar nak tau amerika tu mmg baca paper semua negara ni, lepas tu dah ni mmg kerja dia klu kita tak suka org ni dia suka org tu, jgn tak percaya suatu hari jika PAS berjaya memerintah Malaysia dia pasti akan sokong UMNO habis habisan, tak payah nak gaduh ni mmg kerja dia.

Yg peliknya org yg dok kutuk amerika yg KONONNYE sokong DSAI tu ler dok masih paut RM kepada USD, punyalaa sayang kat amerika padahal dah tau USD tu dok jatuh jer, kelakar ler kamu ni keke...paut jgn tak paut

Monday, June 30, 2008

DSAI dituduh lagi?Apa komen ezam?


  1. Jika tidak silap saiful bukhari (umur 23 thn)ini adalah orang dari ngo terkenal jugak iaitu Gerak. tatkala kemenangan PR dlm PRU12 baru2 ni tetiba lak saiful bukhari ni nak join di pejabat dsai (dsai ni umurnya dah 61 thn).

  2. Sejak ezam mengumumkan kemasukannya ke dalam umno dia ni selalu cerita pasal dia berusaha keras jumpa dr. khir toyo, kj dan pak lah utk melepaskan anwar. kerap juga ler cerita hal ni dlm mana2 pertemuan. Selain dari itu dia ada juga berkata dgn beberapa umno bahagian yg di lawatinya menyatakan dia akan pastikan dsai tidak akan menjadi PM. :)

  3. apa komen ezam akibat tuduhan terbaru terhadap dsai? saya simpan jawapan yg saya pasti keluar dari mulutnya nanti :)

  4. Saya berpendapat DSAI tidak bersalah spt mana saya anggap DSNT dan isteri (tuduhan raja petra) bersalah selagi ia dibuktikan di mahkamah yg adil dan saksama. Jgn dibezakan rakyat spt DSAI dgn keluarga DSNT tapi yg berkuasa sekarang di Malaysia siapa? semoga yg berkuasa di negara ini ingat ada lagi yg lebih berkuasa dari anda :)

Sunday, June 29, 2008

Euro 2008 Final : DSAI tewas dgn saya di suku akhir

  1. Saya pasti rakan2 di PKR sekarang berada di saat yg sgt kritikal, apa yg boleh saya sampaikan disini mari bersama-sama solat hajat mohon kemaafan dan pertolongan dari Yg Maha Esa permudahkan perjalanan pimpinan kita DSAI dan Pakatan Rakyat, perkukuhkan barisan, perteguhkan pakatan dan tingkatkan kerjasama. Berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis.
  2. Mlm ini adalah perlawanan akhir Euro 2008 antara Deutchland dan Espania, tajuk saya sebegitu rupa kerana dlm satu posting DSAI di blog beliau pernah menyatakan sokongan nya kepada pasukan brazil eropah iaitu portugal. Saya pula adalah peminat setia Deutchland sejak dahulu lagi, pasukan saya telah menewaskan pasukan pilihan DSAI pada suku akhir :).
  3. Namun bukan itu yg saya fokus disini. Apa yg saya fokus, jika ada antara kita bangun atau tersedar utk menonton bolasepak Euro 2008 apa kata kita mulakan dulu dgn solat hajat supaya Allah memberi jalan terbaik kepada pimpinan DSAI serta pasukan PR dlm menempuh Demokrasi ala-Malaysia BN-Umno ini.


Friday, June 27, 2008

Khairi Jamaluddin cuba nak menceroboh duit Petronas pula??

PETRONAS BASHING IS ORCHESTRATED. THE TARGET IS NOT PETRONAS. THATS WHAT THEY WANT EVERYBODY TO THINK. THE TARGET IS TAN SRI HASSAN MARICAN, PRESIDENT CEO OF PETRONAS. BEFORE I ANSWER YOUR QUESTION WHY, LET ME TAKE YOUR BACK A FEW YEARS. IMMEDIATELY AFTER PAK LAH TOOK OVER FROM DR.M AS PM ON 31.10.2003, A SMALL CONSULTING FIRM NAMED BINA FIKIR WAS INVITED TO MAKE A PRESENTATION TO PAK LAH TO PRESENT THEIR VIEWS OF MALAYSIAN ECONOMIC SITUATION BACK THEN.
SUBSEQUENT EVENTS LEAD TO ANOTHER SOON THEY WERE MEETING EVERY OTHER DAY, OF COURSE ALL THESE WITH THE HELP FROM KJ, PM SON-IN-LAW. THERE WERE SO MANY PROPOSALS FROM BINA FIKIR THAT EVEN THE GOVERNMENT SENIOR OFFICERS JUST COULD'T KEEP UP. MEANWHILE, A PLAN WAS HATCHED TO TELL THE MALAYSIAN THAT THERE IS NO MORE MONEY IN TREASURY SO ALL PROJECTS ARE HALTED INCLUDING DOUBLE-TRACKING, SINGAPORE CROOKED BRIDGE AND MANY MANY MORE! BUT PAK LAH TELLS MALAYSIAN THAT AN ACTION PLAN IS IN PLACE AS HE CALL FOR ELECTION IN MARCH 2004. MR. CLEAN WON THE ELECTION IN 2004 BY BREAKING RECORDS FOR UMNO AS WELL AS BARISAN.
EARLIER NEWSPAPER REPORT WAS FOCUSING ON KHAZANAH NASIONAL BERHAD PERFORMANCE AND AFTER SEVERAL COLLECTIVE COMMENTS ON KHAZANAH, PAK LAH> ANNOUNCED THAT THE MD, DATUK ANWAR AJI, OF KHAZANAH IS TO BE REPLACED BY AZMAN MOKHTAR ON JUNE 1 2004, BARELY 2 MONTHS AFTER ELECTION. AZMAN WAS THE BRAIN AND MD OF BINA FIKIR. DATUK ANWAR WAS GIVEN CHAIRMAN OF FABER GROUP BERHAD. IT WAS PLANNED SO WELL THAT PEOPLE HARDLY NOTICED. KJ WAS SUCCESSFUL IN PLANTING HIS PEOPLE AT KHAZANAH NASIONAL BERHAD AND NOW HAVE ACCESS TO ALL THE ASSETS OF KHAZANAH. KHAZANAH PASSIVE POLICY ON ITS INVESTMENTS WERE CHANGED ALMOST OVERNIGHT. THEY WERE ALLOWED TO USED THEIR ASSETS AS SECURITIES TO RAISE MONIES FOR INVESTMENTS OVERSEAS. INVEST THEY DID INTO THE BILLIONS OF RINGGIT THRU CERTAIN INVESTMENT ADVISORS WHICH MAKES TONS ON AVISORY SERVICES. PERSONAL GREED IS DIFFICULT TO SATISFY! PETRONAS IS BY FAR THE RICHEST COMPANY AND MOST PROFITABLE IN MALAYSIA . PETRONAS HAS WON SEVERAL ACCOLADES AS THE BEST MANAGED COMPANY TOO. AND TAN SRI HASSAN MARICAN IS A TOUGH NUT TO CRACK.
TO REPLACE HASSAN IS NOT AN EASY TASKS. SO WHEN THE OPPORTUNITY COMES, KJ & CO TOOK FULL ADVANTAGE TO BASH PETRONAS. USING MASS MEDIA WHICH HE CONTROLS, USING MANY BLOOGERS TO PLANT HATE MAILS INTO VARIOUS LOCAL SITES AND EVEN TO THE EXTENT OF SPREADING SMSes SENT NATIONWIDE TO BOYCOTT PETRONAS STATIONS AND PRODUCTS, HE IS SEEING THE DESIRED RESULTS. HE FURTHER ATTACK PETRONAS FOR NOT BEING TRANSPARENT IN THE ANNUAL ACCOUNTS, WHICH IS STRANGE BECAUSE KHAZANAH NASIONAL DO NOT EVEN PUBLISH ITS ANNUAL ACCOUNT. IT IS PETRONAS IS BEING BASHED. TAN SRI HASSAN CAME OUT DEFENDING PETRONAS SAYING ACCOUNTS ARE AVAILABLE, ONLY CERTAIN PEOPLE REFUSES READ IT! NEVER BEFORE HAS TAN HASSAN HAVE TO COME DEFEND HIMSELF. DEFEND HE DID, HE TRIED, BUT HASSAN DO NOT HAVE THE POWER KJ HAS. SILLY ALLEGATIONS WERE THROWN AT PETRONAS ALL WITH EVIL INTENTION TO MAKE PEOPLE ANGRY AT HASSAN FOR THE FUEL HIKE WHICH WAS ACTUALLY A GOVERNMENT DECISION.
THE MODUS OPERANDI WAS SIMILAR TO KHAZANAH NASIONAL, BUT PETRONAS SEEM MORE DIFFICULT. MORE ATTEMPTS TO UNSEAT HASSAN WILL BE PLAN BY THESE GREEDY PEOPLE, AND ALL THEY NEED IS A WRONG MOVE BY HASSAN. SO FAR HE HAS DONE NONE OF IT. ONCE THEY WIN, THEY WILL REPLACE HASSAN WITH THEIR OWN PEOPLE AND PETRONAS MONEY (OUR MONEY) WILL BE AT THEIR DISPOSAL! SOME ONE MUST STOP THESE CULPRITS. AND DON'T SAY I DID NOT FOREWARN YOU. BARBARIAN AT THE GATES OF PETRONAS!


Monday, June 16, 2008

Euro 2008

Demam euro hampir sehebat demam piala dunia, namun bola tetap bola :)
saya adalah penyokong setia jerman sejak berbelas tahun yg lalu, euro adalah satu peluang utk jerman menunjukkan belang semuala setelah byk kekecewaan dlm world cup sebelum ini, namun tewas kepada croatia satu petanda yg sukar...

Saya meramalkan akhir pertemuan adalah antara belanda dan portugal, sebelum sepak mula euro saya meramalkan portugal dan jerman, tapi setakat ini jika kita mahukan persembahan
istimewa di akhir saya kira paling cantik dan paling mencabar jika pertemuan itu adalah
antara belanda dan portugal... permainan yg sempurna dan taktik berkesan setakat ini antara kedua-dua pasukan.

Wednesday, June 11, 2008

RTM 1 :"Pendapatan Petronas dan Keuntungan Petronas?"

Saya setuju pendapat dato shahrir yg menyatakan Pendapatan dan Keuntungan itu berbeza, pendapatan itu adalah apa yg kita dapat manakala keuntungan ialah kadar pendapatan tolak kadar kos.Tapi mungkin dato shahrir tak perasan klu dah pendapatan dah semakin meningkat maka bila ditolak kos kadar keuntungan juga akan meningkat.

Mungkin kos semakin meningkat tu sebabnya keuntungan tak sebanyak mana.. itu hanya MUNGKIN, jadi disini saya bersetuju pula pendapat yb salahuddin ayob bahawa kerajaan sepatutnya meng-audit akaun petronas dibawa juru audit negara dan dibentang di parlimen utk dibahas.

Tujuannya supaya rakyat faham dan puas hati, dan saya setuju pendapat saudara sebol dlm blognya bahawa subsidi / kupon makanan juga perlu diberi. Kerana tak semua org pakai kereta, tapi semua org perlu makan.

Monday, June 9, 2008

Realiti Rakyat- Ubah gaya hidup??

Sebelum PRU 12 yout for change ada mencipta video ubah gaya hidup,

bersempena dengan kejayaan pengundi umno-bn membantu pemimpin mereka menaikkan harga minyak secara melampau, dengan pembohongan, angkuh, dan melulu, disini saya tayang semula video realiti hidup rakyat scara ekslusif

Sunday, June 8, 2008

Kenaikan harga minyak secara mendadak... Realiti BN balas dendam

Asssalamualaikum, Salam Perjuangan dan Salam Perpaduan kepada semua pengunjung blog..
Setelah hampir 3 bulan PRU, setelah berlakunya pergolakan politik dlm umno, rentetan kebiadaban melayu umno kepada raja-raja melayu, dan kemudian menuduh org lain pula, rentetan YB lim kit siang pon berani mohon maaf kepada raja melayu, melayu umno termasuk paklah, sekutu idiris jusoh dan shahidan kasim n a team pon tak minta maaf kepada raja melayu, ,setelah tewasnya Malaysia dlm isu kedaulatan pulau batu butih dan banyak lagi plot dlm negara, kini kerajaan umno-bn menjalankan misi balas dendam kepada rakyat.
Maklum seantero dunia tau negeri yg ditawan PR adalah antara negeri tertinggi pedapatan perkapitanya, negeri yg ramai orgnya, dan negeri yg banyak kenderaannya. Maka dengan menaikkan harga minyak misi balas dendam kepada rakyat berjaya..
Ini akan mengakibatkan rakyat yg telah melakukan undi protes menerima kesan yg paling tinggi kerana sebelum minyak naik banyak lagi harga barang telah naik, kini minyak naik dan selepas ini kita percaya harga barang meletup naiknya.... bagi mereka yg tidak berkenderaan kesan mereka ialah harga barang keperluan mereka makin meningkat dan makin menghalang mereka memiliki kenderaan. Bagi yg mempunyai kenderaan pula kesan berganda dan menyebabkan kualiti hidup terjejas.
Tahniah bagi mereka yg telah mengundi umno-bn, kerana anda telah menyebabkan kami yang lain ini menjadi mangsa. Semoga tuhan membalas pangkahanmu kelak :)
Kepada kerajaan yg memerintah janganlah bohong rakyat lagi dari sebelum PRU sampai lepas PRU kamu masih mahu berbohong, sebelum PRU dato najib pernah kata harga minyak tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, selepas PRU dato shahrir samad ahli Parlimen yg mmg saya hormati dari dulu sampai 4/6/2008 berkata ogos 2008 kerajaan akan struktur semula subsidi, klu Pak Lah jgn tanya mmg banyak bohongnya malas saya nak tulis. Janji kosong dan janji masnusmu kini seumpama meletakkan bara dibibir rakyat. Klu kamu rasa bertanggungjawab letak jawatan. Dato Shahrir klu dato rasa pandangan dato kabinet tidak setuju untuk penstrukturan semula letak jawatan jgn cemari imej dato dimata rakyat.
takat ini dulu lah sedih sbb sepjg paklah memerintah dah 5 kali kami sekeluarga mengubah cara hidup, tapi tengok keluarga pemimpin tak pernah berubah pon. Masa misi bantu mangsa banjir di pahang kelihatan isteri TPM ada jurudandan peribadi lagi hmmm sedeylah, adik saya dari pakai shurah saya suruh dia cari yg lagi murah selepas minyak naik 30 sen, tadi saya tanam lidah buaya sbb cadangnya adik beradik saya buat sendiri pencuci muka. Itu baru satu contoh, Takdir kami duduk di Malaysia

Tuesday, May 27, 2008

Kerajaan digesa hapus subsidi minyak RM56b

  • Bila terbaca "Kerajaan digesa hapus subsidi minyak RM56b" di utusan Malaysia kelakar pulak rasanya, kenapa? Komen ini diberi oleh Prof Danny Quah dari London School of Economic, dibawah ini saya tampal artikel tersebut
    ================================================================
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan digesa menghapuskan subsidi minyak yang diberikan kepada penduduk negara ini dengan jumlah subsidi keseluruhan kini mencecah RM56 bilion setahun.
Ketua Jabatan Ekonomi, London School of Economics and Political Science (LSE), Prof. Danny Quah berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengekang peningkatan kadar inflasi secara berterusan.
"Namun kerajaan harus melakukan langkah tersebut dalam beberapa peringkat atau fasa bagi membiasakan rakyat dengan kehilangan subsidi tersebut.
"Selepas subsidi ditarik balik, harga minyak sudah semestinya akan meningkat berganda-ganda dan kadar inflasi juga akan naik sama, tetapi ia merupakan kenaikan sekali sahaja berbanding dengan kenaikan secara berterusan sekiranya kerajaan terus memberikan subsidi,'' katanya ketika menyampaikan syarahan awam mengenai kenaikan dan kejatuhan subsidi di Malaysia di sini hari ini.
Penghapusan subsidi minyak yang dilakukan secara berperingkat-peringkat boleh dimulakan dengan pengurangan sebanyak 15 hingga 20 peratus bagi tempoh enam bulan pertama, tambahnya.
"Apabila subsidi dikurangkan atau dihapuskan, harga barangan akan mula melambung, oleh itu kerajaan harus mencari mekanisme lain bagi membantu golongan miskin atau memberikan pampasan dengan cara pembayaran terus kepada mereka.
"Ini bagi memastikan rakyat miskin tidak terbeban dengan kenaikan barangan keperluan. Bagi melaksanakan pembayaran pampasan, kerajaan perlu mencari maklumat tepat terhadap kedudukan pendapatan rakyat sebelum membuat sebarang pembayaran,'' jelasnya.
Kesan ketara selepas penghapusan subsidi adalah peningkatan kadar inflasi jangka pendek sebanyak lima hingga enam peratus, tetapi peningkatan mendadak itu tidak akan meningkat secara berterusan, katanya.
"Peningkatan inflasi secara mendadak akan menjadikan harga barangan di pasaran mempunyai jurang yang luas antara harga murah dan harga mahal.
"Secara tidak langsung ia akan memberitahu sistem ekonomi supaya berubah dengan meningkatkan pembelian terhadap barangan murah dan mengurangkan penggunaan barangan mahal yang pada akhirnya dapat mengimbangkan harga pasaran,'' ujarnya.
Ketika ditanya kewajaran kerajaan menghapuskan semua subsidi yang dinikmati rakyat kini, Quah berkata, kerajaan harus mengekalkan subsidi lain seperti subsidi makanan.
"Memandangkan keadaan dunia sekarang yang sedang menghadapi krisis makanan, kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat menderita dengan menghapuskan subsidi makanan atau beras,'' katanya.
Selain itu, katanya, penghapusan subsidi minyak dapat membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan masalah tidak efisien dalam pemberian subsidi.

==============================================================================

  • Prof ini datang dari negara yg mmg pendapat perkapitanya jauh lebih tinggi dari kita di Malaysia ini. Mmg benar tidak selamanya kerajaan kena tanggung subsidi minyak kepada rakyat, tapi sejauh mana usaha kerajaan selama ini untuk membendung kenaikan harga barang? adakah cukup kerajaan mengagihkan harta negara kepada semua rakyat?

  • Adakah selama ini kerajaan juga banyak memberi subsidi kepada kontraktor Umno Inc. terlebih banyak dari rakyat yg memerlukan? Negara ini bukan negara Zimbabwe, bukan Somalia dan bukan juga negara Afghanistan, ini adalah negara Malaysia. Negara yang mempunyai khazanah bumi yg melimpah ruah. Kita bukan bergantung sepenuhnya dgn Petroleum yg dicarigali. Yang mana harganya saban hari meningkat, meningkatnya harga petroleum menyebabkan pembuatan tayar menggunakan getah sintetik terjejas dan ini secara automatiknya menaikkan harga getah asli yg juga kaya di Malaysia.
  • Harga minyak naik juga menyebabkan harga komoditi sawit meningkat dengan mendadak. Sawit bukan sahaja minyak makan, bukan sahaja utk pembuatan perisa makanan tapi kini sebagai satu bahan biodiesel yg penting. Apa dah jadi dengan Synergy Drive tak berhasil ke?atau menguntungkan kroni sahaja?
  • Harga minyak mmg patut naik tapi bukan sekarang, kerajaan sepatutnya menyediakan rakyat dengan pendapatan yg secukupnya, kerajaan harus berusaha menaikkan pendapatan per kapita rakyat secara linear dgn kadar pertumbuhan ekonomi dan secara linear dengan jurang perbezaan kaya dan miskin.

  • Macam mana nak stabil jika yg kaya terlalu kaya dan yang miskin semakin miskin, golongan berpendapatan sederhana pula semakin tersepit. Macam mana suruh rakyat sabar dan terima dan tanggung sahaja harga minyak naik??

  • Sorang pakcik yg potong rumput secara sambilan di Putrajaya sambil berehat minum air sejuk ada menjawab soalan saya di atas "PM, TPM dan menteri2 lain? minyak free, road tax free, bil telefon free, padahal rakyat yg pilih banyak cantik suruh rakyat sabar dan terima". "Anak pakcik ada jadi kerani di putrajaya ni, dia tak bagi pakcik kerja tapi pakcik kesian sebab dia kerani bukan senang pon, kereta nak bayar, anak nak dibayar, rumah nak dibayar, semua nak dibayar, aku jadi kerani dulu pon tak sesusah hidup dia sekarang ni". Walaupun pakcik ni ada pencen tapi kesian kan anak cucu yg jaga ni bila bosan2 ikut jugak indon2 ni potong rumput.

  • Bila terkenang kata pakcik tadi saya pon berfikir, apa yg hebatnya ekonomi negara kita ni?Apa yg dah depa buat sepanjang mereka perintah negara ni? Adakah sesuai dengan melepaskan subsidi minyak ditanggung oleh rakyat, secara drastiknya naik harga barang dan seperti kenyataan Prof dari London itu mengatakan "Apabila subsidi dikurangkan atau dihapuskan, harga barangan akan mula melambung, oleh itu kerajaan harus mencari mekanisme lain bagi membantu golongan miskin atau memberikan pampasan dengan cara pembayaran terus kepada mereka." Apa mekanisme yang kerajaan buat selama harga minyak naik? PM pesan jangan naik harga barang kesian kat rakyat, wah wah wah peniaga ni isi air dari negeri Selangor dalam tangki minyak diorang kot tu pasal PM tak bagi harga barang naik. Malas nak fikir, sbb itu lah jawapan depa dari minyak naik 3sen skit skit, sampailah naik 30sen berdentum. Jawapan dari Barang Naik
  • Apa rakyat mahu dari kerajaan sekarang? Jawapannya ialah kawalan harga barang yg efektif, tarik pelabur asing, naikkan ekonomi negara, majukan rakyat, bangunkan rakyat, buka banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
  • Cadangan dari saya ialah
  1. bangunkan teknologi CNG / NGV negara, NGV parts buatan MALAYSIA, beri subsidi pemasangan kepada pengguna, semua stesen petrol ada stesen NGV/CNG.
  2. Pecahkan RON97 kepada 2 bahagian ROM 95 dan RON 99. RON95 Rakyat Malaysia SAHAJA. Ralyat 99 utk siapa yg mampu dan bukan Rakyat Malaysia.(hentikan cadangan kelakar tak bagi 50km dari sempadan isi minyak, jgn buat negara kita ni mcm takde teknologi mengalahkan Timor Leste)
  3. Tingkatkan kualiti Diesel, supaya kualitinya setaraf eropah = lebih bersih, lebih jimat, enjin lebih tahan lama.

Kesimpulannya jangan nak harap rakyat tanggung subsidi minyak, inisiatif dari kerajaan teramatlah penting utk membangunkan negara, memajukan negara bukan buat projek bukan2 yg tak mendatangkan hasil. Akhir kata rakyat dah beri peluang sekali ini, tapi klu tak mampu serah awal2 beri peluang org lain yg juga rakyat Malaysia utk memerintah negara ini.

Moto kepada pemimpin negara dan negeri-negeri di Malaysia

Utamakan Negara,Utamakan Rakyat... Ini Tanggungjawab Anda