Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, November 26, 2008

Menghadkan Penjualan dan Mengharamkan Penjualan adalah perkara berbeza

Arak adalah haram untuk dihidang, dibuat, diminum oleh orang Islam. Urusan agama seperti ini adalah untuk orang Islam sahaja. Oleh yang demikian semua pihak harus sedar tanggugjawab PAS bukan lah untuk menyatakan kebongkakan tapi adalah tanggungjawab.
Menghadkan penjualan itu difahami, jika tidak memang tiada bezanya BN dan PR. Ini yang perlu dijelaskan, bagaimana mungkin orang beragama Islam bekerja di Seven Eleven terpaksa menjual arak. Jika restoran bukan Islam yang mana pekerjanya adalah bukan Islam tidak ada masalah hendak menjual. Tapi di pasaraya kecil dan besar ini semua perlu di jaga. Kerana PR memegang prinsip akauntabiliti, amanah dan berintegriti.
Akauntabiliti itu merangkumi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara termasuk Islam sebagai agama rasmi. Bagaimana negara yang agama rasmi Islam tidak ada akauntabiliti terhadap agama rasmi rakyatnya? Saya berharap seluruh pimpinan PR terdiri dari komponen PAS PKR dan DAP bersama-sama melaksanakan amanah ini. UMNO dan BN telah nyata gagal mereka tidak ada akauntabiliti, tidak amanah, apatah lagi integriti jauh sekali.
Bagaimanapun kaedah perlaksanaan juga perlu dilaksanakan langkah demi langkah, perlu diingat pengharaman minum dan jual hanya kepada orang Islam. Orang bukan Islam tidak ada halangan, nak jual nak minum sebanyak mana pun terpulanglah Islam tidak halang langsung.

Monday, November 24, 2008

Wanita UMNO Panas Juga

Sebenarnya saya kurang berminat hendak mengambil tahu hal ehwal pemilihan Wanita UMNO yang pada pendapat saya tidak terlalu penting untuk negara cuma penting untuk parti UMNO. Berbanding pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana boleh menentukan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia, pemilihan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita tidak lah menjejaskan apa2 dalam Kerajaan.
Bagaimanapun dua hari lepas saya telah dijemput oleh pensyarah subjek ekonomi ketika di universiti dahulu untuk datang kenduri "cukur jambul" cucu sulung beliau (walaupun saya jurusan Sains Komputer tapi kami agak rapat). Selepas kenduri kami rancak berbual, dan akhirnya beliau mengigatkan saya kisah mendapatkan sumbangan daripada YB YB di lobi parlimen. Ini adalah kisah benar
Kisahnya berlaku pada tahun 1999, yang mana kami akan menganjurkan program Bakti Siswa pada penghujung semester panjang. Bagaimanapun kami menghadapi kekangan kewangan disebabkan program tersebut di jalankan di utara, sementara belanjawan yang diluluskan amatlah terhad. Maka kami bercadang untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak, saya dan seorang lagi rakan dikehendaki pergi ke lobi parlimen untuk cuba meminta bantuan daripada YB YB. Sasaran kami adalah menteri kabinet kerana ada kemungkinan untuk mendapat sedikit sumbangan Kementerian (beranganlah ni).
Antara yang kami jumpa adalah ahli Parlimen PAS yang mana Bakti Siswa tersebut akan berlangsung Parlimen beliau cuma di DUN UMNO. Tapi beliau tetap memberi sumbangan dan menasihatkan kami agar pergi berjumpa JKKK kawasan tersebut bagi memudahkan proses mendapatkan keluarga angkat dsb. Kemudian kami terserempak dengan YB Rafidah Aziz, kami menegur dan memberi salam, gayanya kelihatan agak menakutkan bagi kami. Beliau menjawab salam dan bertanya kenapa ni? saya memberi sedikit maklumat kepada beliau, dan beliau dengan tegasnya berkata you tak boleh minta sedekah macam ni, macam mana polis bagi you masuk ni. Kalau nak apa2 jumpa I di pejabat, kawasan yang you nak buat tu kawasan pembangkang macam mana I nak tolong tapi tengoklah macam mana. Kemudian beliau meninggalkan kami, terkejut sungguh.
Dalam keadaan terkejut dan tergamam (maklumlah baru tahun satu... dalam hati memang senior dengan lecturer aku ni nak pekena kat aku nih) kami ditegur oleh seorang YB, beliau memberi salam lagilah terkejut YB Menteri beri salam. Dari mana adik-adik ni datang? rileks kenapa pucat? rupa-rupanya beliau perasan muka kami. Kami perkenalkan diri dan menerangkan hasrat kami. Beliau pon faham dan terus menghulurkan beberapa keping wang RM50 kepada kami dan memberi kad beliau kepada kami. Nanti contact no. pejabat saya bercakap dengan setiausaha sulit saya. Nanti kita jumpa di pejabat untuk bincang apa lagi kami boleh bantu. Gembiranya hati kami apabila beliau sanggup untuk memberi bantuan melalui Kementeriannya. Menteri ini adalah YB Shahrizat Jalil.
Lecurer saya bertanya saya tahu kamu bukan penyokong UMNO tapi kalau kamulah mana yang lebih baik pada fikiran kamu. Saya kata Doc sendiri tahu rasanya siapa, cuma saya berkata pada beliau kan lebih baik kalau YB Sharizat dan Doc join masuk muslimat PAS, sebab di PAS tidak berlaku perkara yang berlaku sekarang di UMNO. Beliau terdiam :)

Sunday, November 16, 2008

Serap pekerja berstatus kontrak

Cuepacs mencadangkan agar kakitangan kontrak sektor awam diserap kedalam perkhidmatan tetap. Tidak silap saya ada beberapa kategori kakitangan kontrak, ada disebabkan sudah bersara disambung kontrak mereka, ada juga disebabkan lantikan politik seperti setiausaha politik menteri dsb, selain itu terdapat juga agensi kerajaan yang memang tiada lantikan tetap dan agensi tersebut juga diwujudkan kerana politik maka lantikan kontrak wujud pada agensi tersebut, ada juga disebabkan masalah birokrasi lantikan SPA atau beberapa agensi menyebabkan lantikan segera diperlukan kerana "workload" telah mencapai tahap maksimum maka penyelesaian mudah adalah lantikan kontrak.
Saya fikir isu yang diutarakan adalah lebih kepada lantikan pegawai kontrak seperti ini. Maka saya kira kiraan jumlah sebenar kakitangan kontrak perlu di saring sebelum dihebahkan.
Balik semula kepada lantikan kontrak kerana "workload" Mereka dilantik bagi memenuhi hasrat ketua jabatan bagi menjalankan fungsi jabatan mereka seberapa segera yang boleh. Lantikan tetap disektor awam selalunya mempunyai prosedur yang panjang disamping syarat-syarat yang "kelihatan" agak ketat sebagai contoh pencapaian SPM di tahap tertentu atau pencapaian CGPA di tahap tertentu. Bagi mereka yang mana pencapaian dibawah tahap yang ditetapkan maka permohonan mereka ditolak serta merta dari sistem.
Bagaimanapun sudah menjadi sistem dalam sektor awam dimana kompetensi sesuatu agensi itu tidak dikira dengan wajar atau adil. Sistem yang terlalu terbuka untuk satu jenis perjawatan manakala banyak lagi jawatan terlalu tertutup sehingga menyukarkan proses kompentensi agensi dan pegawai itu. Oleh demikian sistem perjawatan itu perlu di sempurnakan semula. Saya tinggalkan isu ini kemudian untuk diulas dilain masa.
Berbalik kepada lantikan kontrak sektor awam untuk diserap, saya mencadangkan kakitangan kontrak ini:
1) Diberi tambahan 1 - 3 peratus sumbangan kerajaan (majikan) di dalam KWSP mereka. Ini supaya semua penjawat awam kontrak terbela kebajikan mereka terutama ketika mereka mencapai umur persaraan kelak.
2) Pampasan mereka diberi berdasarkan bulan perkhidmatan dan bukan tahun perkhidmatan. ini supaya memberi peluang kakitangan kontrak ini sekiranya mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka. Ketika ini berdasarkan kepada pegawai kontrak tersebut hendaklah berhenti mengikut tahun yang telah ditetapkan, jika lebih awal mereka berhenti maka pampasan tidak akan diberi. Ini bertujuan kakitangan kontrak ini bersemangat lagi untuk bekerja, manakala jika mereka hendak berhenti sekalipun mereka tahu sumbangan mereka dihargai dengan pampasan tersebut.
3)Mungkin keputusan CGPA dsb tidak mencapai tahap minimum untuk jawatan tersebut, maka satu penilaian khas melalui formula tertentu sebagai contoh :- peperiksaan khas + penilaian tahunan = 80% ke atas layak dipertimbangkan untuk temuduga di SPA.
Sampai disini dahulu, pendapat saya yang lain mungkin lebih sesuai saya utarakan di topik yang lebih tepat. Melalui kajian rambang yang saya jalankan kemungkinan saya ingin kongsikan kenapa sesetengah "Pegawai Kerajaan atau sesebuah Jabatan Kerajaan kelihatan tidak ada akauntabiliti serta "competitiveness"".

Wednesday, November 12, 2008

"Perubahan di Proton", Apa lagi agenda The Edge Daily?

Apa lagi agenda The Edge Daily terhadap Proton? Setelah mereka antara media yang kerap menjurus kepada kewajaran "menyerahkan" Proton kepada Volkswagen AG.


Datuk Syed Zainal (DSZ) adalah peneraju yang tepat dalam membuatkan Proton berada di landasan yang betul. Sepatutnya telah lama Proton memiliki Pengarah Urusan sepertinya. Beliau telah berjaya mewujudkan model gantian Wira yang sebenar serta model gantian Saga yang terus menjadi kereta mampu milik atau kereta Rakyat.


Saya bukanlah menentang kerjasama strategik antara Proton dan syarikat lain apatah lagi dengan Volkswagen AG. Bagaimanapun menyerahkan majoriti saham kepada syarikat luar negara bakal menghadkan peluang anak Malaysia menjadi peneraju industri automotif di dunia ini. Adakah kita pasti GM, Honda, Toyota, BMW, Mercedes dan ramai lagi akan menjadikan anak Malaysia menjadi peneraju syarikat automotif mereka? Sudah tentu tidak. Walaupun Thai menjadi pusat RnD Toyota adakah rakyat mereka menjadi Ketua Bahagian RnD? adakah berpeluang menjadi COO Toyota?


Masalah kesilapan Proton pada masa lalu adalah dari segi kesungguhan yang kurang serta terlalu bergantung dengan kuasa Politik dalam menentukan dasar pembanggunan vendor serta teknologi mereka. Proton sepatutnya berkedudukan seperti sekarang sejak tahun 1998 yang lalu, iaitu mempunyai rekabentuk sendiri, serta enjin sendiri. Terlalu lama bergantung kepada Mitsubishi telah menjadi duri dalam daging kepada semangat inovatif pasukan kejuruteraan Proton. Bermaksud Proton kini sepatutnya telah menjadi saingat hebat setidak-tidaknya kepada pengeluar kereta Korea dan Jepun.


Kini Proton baru menemui rentaknya dengan sentuhan anak watan iaitu DSZ bersama pasukannya membina Proton dengan visi baru. Oleh itu sentuhan baru ini sepatutnya disokong penuh oleh Kerajaan dan Rakyat Malaysia.


Saya sendiri telah mengalami kekecewaan pada zaman bujang dimana gagal menemui kereta Proton yang dikehendaki kerana Model Wira dan Saga ada sejak saya dibangku sekolah. Rakan-rakan bujang yang membeli pula kecewa dengan kualitinya. Nak beli Waja tidak berkemampuan lagi ketika itu, tapi jika mampu pon mungkin tidak saggup dengan pengalaman menyakitkan hati abang saya tehadap Waja dari bulan pertama pada tahun 2001 sehingga tahun 2005. Maka saya memilih Perodua Kancil walaupun mampu membeli Wira memandangkan masih bujang.


Jika sudah ada saga versi baru sudah tentu saya sudah membelinya ketika itu. Bagaimanapun pada ini atas keyakinan terhadap Proton setelah membeli Proton Waja tahun lepas bulan depan kami mendapatkan Saga sebagai 2nd car. Saya tidak menghadapi masalah menggunakan enjin Campro malah merasakan enjin ini sesuai dengan karakter saya memandu. Waja telah membuatkan saya merasa berbaloi bagi setiap bayaran bulanan, kerana pelan asal untuk mendapatkan Honda City bagaimanapun disebabkan saiz ruang penumpang belakang menyebabkan saya merasakan Waja lebih sesuai dan kesannya bayaran bulanan 9 tahun kepada Honda City dapat dijimatkan kepada 6 tahun sahaja untuk Waja.


Kos penyelenggaraan juga saya kira rendah, disamping keupayaan penyelenggaraan enjin untuk diservis setiap 10,000km menyebabkan kos nya lebih kurang ex-kancil saya.


Kenyataan saya bukanlah untuk kempen Proton, malah saya masih membayar serta servis kereta seperti biasa tanpa dapat apa2 diskaun. Tapi kenyataan ini adalah untuk dikongsi bersama. Dimana saya merasakan Proton sudah mahu berubah, bagaimanapun masih banyak perlu dilakukan. Oleh demikian kempen untuk menyingkirkan / mengenepikan DSZ perlu dibanteras. MPV menjadi projek yang dinantikan walaupun saya masih tidak memerlukan MPV buat masa ini, tapi kehadiran Proton MPV amat perlu bagi merancakkan industri automotif negara.






Tuesday, November 11, 2008

Kenapa perlu tetapkan paras minimum petrol?

YB Menteri PDNHEP menyatakan perlunya penetapan paras minimum petrol. Saya kira lebih baik Kerajaan meneruskan kaedah sekarang selagi banyak benda yang tidak sepatutnya dibelanjakan seperti membeli Jet Pejuang mahal dari harga sepatutnya, kapal selam dan sebagainya diselesaikan sebaiknya.

Jangan dilupakan bahawa kita adalah negara pengeluar minyak, maka menjadi tanggungjawab harta negara dikongsi bersama. Selain dari itu apa salahnya dari membazir dengan membeli belah dengan harga mahal pesawat, kapal dan sebagainya di tingkatkan keupayaan mykad untuk membantu penjualan minyak untuk Rakyat Malaysia. Rujuk artikel saya berkenaan harga minyak untuk rakyat Malaysia.

Thursday, November 6, 2008

Prosedur Pembelian Kononnya.

Saya sambung sedikit komen saya di blog Ikan Pekasam.. berkenaan cerita Bama dan Mat Kain yang telah mencuit hati saya :)

"Satu teguran yang kritis dan sinis.. Beli helikopter RM1.6 bilion tengok spec dan gambar dalam "tender paper". Kita rakyat ikan bilis ni beli kereta tak sampai RM30k pon punyalah nak test drive ini RM1.6 bilion macam beli alat tulis je. Siapalah yang pangkah depa ni :) "

Mereka ini masih lagi hendak menipu rakyat, jika dirujuk dari Malaysiakini, menyatakan bahawa tuduhan Pakatan Rakyat tidak berasas, serta pemilihan tersebut berdasarkan "prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa". Ni prosedur apa ni? beli kalkulator ke beli helikopter? Nilainya RM1.60 atau RM1.6 bilion?

Kalau dah begitu teruk prosedurnya, maka adalah wajar prosedur tersebut diubah supaya dapat membezakan antara pembelian kalkulator dan pembelian helikopter. Jangan dibodohkan rakyat dan menjadikan Pegawai Kerajaan sebagai mangsa untuk mencari jalan mewajarkan pembelian tersebut. Apabila prosedur yang secara terang-terangan tidak masuk akal ini dipanggil berasas, ini bermakna mereka telah menambahkan lagi babak kesesatan mereka. Pulanglah ke jalan kebenaran.

Jika beginilah sikap, nilai, dan cara pemikiran pemimpin tertinggi UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO. Maka sewajarnya mereka ini hanya menjadi pemimpin UMNO dan bukan pemimpin negara.

Monday, November 3, 2008

Harga Minyak Kepada Rakyat Malaysia Sahaja... Pak Menteri terlalu lembab

  • Selalunya apabila harga minyak dunia naik maka berbunyilah suara-suara Pak Menteri menyatakan bahawa harga minyak kita lebih rendah daripada Thailand, Singapura dan Indonesia.
  • Maka apabila kerajaan mengaut sedikit hasil akibat daripada kekurangan subsidi berbanding sebelum ini maka perkara ini disenyapkan begitu sahaja.
  • Jika tidak masa itulah hendak buat kaedah ad-hoc dan tidak masuk. Sekarang ini sibuk hendak menilai semula rebet lah, hedak menafikan subsidi 30sen lah dan sebagainya.
  • Tapi apa langkah kawalan yang boleh menunjukkan kerajaan sayang rakyat Malaysia lebih daripada orang asing.
  • Saya pernah mencadangkan agar harga minyak bersubsidi dikawal seperti di Brunei, tapi tak perlulah sampai hendak mengisi borang seperti Brunei.
  • Kita ada teknologi dan kepakaran, saya merasa tidak rela bila melihat pelajar2 asing, kereta-kereta dari Thailand, Singapura serta Indonesia (di Bintulu) menggunakan subsidi yang kerajaan beri untuk kenderaan mereka.
  • Apa salahnya rakyat Malaysia, yang bayar cukai pintu, bayar cukai jalan, bayar cukai pendapatan dan sebagainya bentuk sumbangan hasil kerajaan ini sahaja diberi keistimewaan.
  • Selain itu kerajaan juga mempunyai Petronas, melalui pemerhatian saya apabila harga minyak naik stesen-stesen minyak akan mengambil kesempatan menyatakan mnyak mereka habis dan melalui pemerhatian saya Shell, Esso Mobil dan BP yang sering tutup awal, sedangkan Petronas masih ada minyak.
  • Mungkin ditempat lain tidak begitu tapi ini mengikut pemerhatian saya sahaja. Oleh yang demikian ketika harga minyak turun mereka ini jugalah yang sering kehabisan minyak kerana tidak mengambil stok baru. Tapi petronas tidak begitu.
  • Selain dari menyaman mereka ini, saya cadangkan kita semua memboikot stesen stesen minyak ini. Disini kita dapat lihat tahap kejujuran mereka dalam mematuhi polisi.
  • Saya berpendapat kerajaan perlu mengurangkan sedikit rebet kepada RM500 sahaja, menurunkan harga minyak kepada RM2 tidak lebih dan tindak kurang dari itu, serta memberi kupon makanan RM30 sebulan seorang (saudara sebol mencadangkan RM50).
  • Mungkin ramai yang kurang bersetuju tapi pendapat saya tanggungjawab lain yang perlu kerajaan laksanakan ialah dengan cuba meningkatkan pendapatan rakyat bukan membeli belah barang yang murah dengan harga yang mahal.
  • Kerajaan yang ada jika bertanggungjawab akan membantu rakyat bukan menggunakan wang rakyat untuk bailout kroni.

Betulke nak reform sebelum bersara?

Saya rujuk kenyataan Pak Lah di Media Umno.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

Apa maksud reform Pak Lah tu? Beliau pernah sebut ialah :

Badan Pencegah Rasuah - kenapa tidak diletak supaya dilaporkan kepada Parlimen? Tukar nama daripada Badan ke Suruhanjaya ke apa sahajalah tapi dilaporkan pada orang yang sama.. Sebagai rakyat saya lihat ini tidak bermakna.

Polis Diraja Malaysia - dimana tindakan dibuat berdasarkan Suruhajaya Polis yang telah dibuat sebelum ini, setakat buat Suruhanjaya kemudian "recomendation" tiada dalam perlaksanaan, sekali lagi ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Tiada makna juga

Martabatkan Sistem Kehakiman - Dimana martabatnya, adakah setakat ex-gratia? kenapa pula Ketua Hakim Negara tidak dilantik melalui cara baru? Dah lah tu pulak Ketua Hakim Negara adalah bekas peguam UMNO, sepatutnya perlantikan dibuat telus bukan lantikan politik. Selain itu, Polis beriya tangkap dan dakwa untuk kes Altantuya, tapi kesimpulannya seperti sudah dijangkakan... Sekali lagi tiada makna.

Kesimpulan yang saya mampu buat, tiada makna reform yang Pak Lah nak buat sementara tunggu tarikh persaraan pada bulan Mac. PM baru yang dicadangkan adalah Dato' Seri Najib Tun Razak, tapi penuh dengan skandal (saya malu tengok Bloomberg minggu lepas).

Sebagai rakyat yang berpegang kepada demokrasi saya profesional UMNO BN telah menang pilihanraya umum jadi anda lantik PM dikalangan Presiden UMNO, maka sekarang Presiden UMNO akan bertukar orang, maka pilihlah orang yang sekurang-kurangnya kelihatan berani kerana benar dan bersih. Tapi anda telah memilih Presiden UMNO yang kelihatan tidak berapa berani kerana benar dan tidak berapa bersih. Jadi sebagai rakyat Malaysia saya berharap dia hanya kekal sebagai Presiden UMNO tetapi tidak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ayuh ahli parlimen semua, dengan menggunakan landasan demokrasi kita masih boleh berubah. Tukar Perdana Menteri yang lebih berkaliber.