Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, December 30, 2009

Serangan Merepek Media UBN dan Pencacai mereka

Bosan sungguh rasanya bila melihat serangan bodih yang dilakukan oleh media UBN dan pencacai mereka.

Terbaru serangan terhadap PAS, dilakukan menggunakan utusan dan media prima. Bukan orang PAS mengaku PAS tidak berpuashati dengan kepimpinan PAS. Pelik tetapi benar, orang PAS kenal orang PAS. Sangat kartun

Selain tu pencacai terhebat mereka YB Datuk Ibrahim Ali (Si Lompat), dalam rancangan hujah si lompat ini berkata PAS yang nak sangat dia bertanding disitu. Aduh pakcik si lompat semua orang tau yang kau tak mau PAS lawan disitu, takut kau kalah dan kau tak boleh jadi YB. Tak senonoh sungguh perangai mu itu. Kemudian dia boleh kata pulak faktor dia PAS boleh menang banyak kerusi di Kelantan. Rasanya PRU 13 tak payah bertandinglah manusia macam ni, memanglah politik itu penuh dengan strategi, tapi awak kata awak melayu penuh dengan adab, beradab kah perangai seperti itu. Lepas PRU 13 saya cadangakan si lompat masuik rancangan Raja Lawak di Astro sambil membawa tag line toink toink kekekeke.

Sunday, November 29, 2009

Utusan Malaysia : Agen Penghasut dan Fitnah dahsyat terbesar di abad ini

Sebagai agen UBN mereka ini cuba mencetuskan dan provokasi dengan cuba melaga-lagakan pimpinan PR=PAS PKR dan DAP. Tujuannya tidak lain selain menunjukkan PR tidak sekuat UBN yang terkenal dengan ala diktatorian, angguk angguk geleng geleng.

Dasar politik sempit UBN ini cuba diserap kepada rakyat supaya rakyat tidak mempersoalkan tindak tanduk jalang pemimpin UBN yang kuat rasuah tidak kira dari peringkat tertinggi sehingga cawangan dan sayap pipit seperti puteri dan putera.

Dengan tindak tanduk awal cuba memecahbelahkan PAS PKR, PAS DAP, menemui kegagalan beberapa kali. Manakala pemimpin dalaman mereka bercakaran saling menumbangkan antara satu sama lain, team Pak Lah pertahankannya team Tok Jib mulut sebut sokong belakang tabir agen mosad beliau menyerang Pak Lah di setiap simpang dan sudut. Tumbangnya Pak Lah team tok Jib menjatuhkan pula saki baki team Pak Lah sehingga ada yang terkena pukulan KO. Ada yang belum terkena melobi kononnya mereka ini memberi sokongan penuh kepada Tok Jib dan Muhyiddin.

Kegagalan demi kegagalan atas usaha mematahkan PR, melagakan dua tok guru, mengadakan kempen bahawa kununnya wujudnya kem erdogan, fitnah kedua tok guru, memfitnah pemimpin2 muda dan strategik PAS spt Dr Syed Azman, Husam, Cikgu Pa, Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali.

PAS seharusnya lebih berhati-hati kerana pasukan Tok Jib bertindak ala Mahathir, dimana mereka ini seperti agen Mossad, menyerang dari luar dan dalam. Bayangkanlah selama ini media ini menghentam TG Nik Aziz dengan dahsyat serta memfitnah anak Tuan Guru iaitu Nik Abduh, hari ini mereka kata Nik Abduh adalah bintang baru sedangkan mereka sedang dalam usaha fitnah kepada Husam. Wah hebat sungguh utusan meloyakan ini. Jika tak percaya cuba tukar strategi, Husam jumpa Hishamuddin menyatakan sokongan terhadap usaha baru iaitu 1 suara antara PAS dan UBN. Kemudian cuba buat seolah-olah TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Dr. Hasan Ali, Ust Nasha dan Cikgu Pa menyerang Husam, kemudian Ust Nasrudin Hasan sokong Husam. Maka secara serta merta dalam masa kurang seminggu Utusan Meloyakan akan menyatakan Husam ada lah sinar baru kepada perpaduan Melayu. HAHAHAHAHA

Mainan UBN melalui media seperti Utusan, dan Media Prima ini boleh dibaca. PAS adalah parti Halal berdaftar yang paling LAMA wujud dalam Malaysia. Perwakilan PAS sangat berbeza dengan perwakilan UBN. Jadi perlulah PAS bersama pengikut dan saf pemimpin merasa hairan kenapa utusan dan media UBN mewujudkan kumpulan dalam PAS. UBN banyak kali ambil kesempatan terhadap kezuhudan dan kejujuran pimpinan PAS. Dari dulu kini dan selamanya itulah kerja mereka, cuba menjadikan PAS ini parti yang tidak berguna untuk orang Melayu. Lebih merumitkan mereka adalah apabila PAS tidak meletakkan Melayu sebagai agenda, tetapi Islam sebagai agenda. Perlembagaan negara pula kini lebih didokongi oleh pimpinan PR daripada UBN.

Jadi seperti yang disebut oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr. Hasan Ali, ini bukan masanya kita toleh kebelakang, inilah masanya kita menghitung strategi dan mara ke hadapan.

Berhati-hatilah dengan KONSPIRASI Jahat UBN dan sekutu-sekutunya.

Mara kehadapan menguasai Putrajaya, bukan mara untuk kepentingan sendiri seperti UBnN yang penuh dengan retorik tetapi mara untuk membela nasib rakyat Malaysia.

Tuesday, November 17, 2009

SPR bermasalah, tunggang langgang perlembagaan dibuatnya

Hairan melihatkan keputusan SPR yang memohon penangguhan terhadap keputusan mahkamah berkenaan DUN Kota Seputeh. Apa kaitan SPR untuk memohon tangguh, SPR agen umno atau agen rakyat? Sepatutnya dari awal lagi SPR melaksanakan pilihanraya, bukan sibuk campurtangan urusan patut atau tidak. Peraturan ini biasa, apabila speaker dah umum dgn berdasarkan perlembagaan kerja SPR hanya melaksanakan pilihanraya.

Wednesday, November 4, 2009

UBN Era Altantuya tidak berubah malah lebih jahat

Legasi Najib kali ini penuh dengan muslihat, tipu daya, mempergunakan apa jua cara bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang sebelum PRU13. Lihat sahaja serangan yang dilakukan kepada kerajaan Perak, seterusnya kini Selangor dan Pulau Pinang menjadi sasaran.

Orang-orang tingkat 4 yang baru kini mencaturkan strategi menggunakan agensi kerajaan pusat serta perjawatan awam lantikan pusat dengan sangat kotor.

Kekuatan PAS dan PKR cuba dirobek dengan fitnah dan tribulasi yang dahsyat. Malah isu Dr MAZA juga adalah melibatkan perancangan dan taktik mereka. Pelannya adalah mencadangkan Dr.MAZA akan dilantik sebagai YDP baru YADIM, jarum digunakan ke arah JAIS yang diketuai oleh Pengarah JAIS atau boleh dikatakan pengkhianat rakyat Selangor. Tangkapan dibuat dengan begitu kasar dan jahat seolah Dr.MAZA seorang penjenayah. Gelombang telefon antara pegawai yang membuat tangkapan dan Pengarah JAIS saling silih berganti bagi memastikan rancangan berjaya. Tidak disangka YB PR juga ada didalam rumah tersebut. Kemudian orang-orang yang mengetahui rancangan ini dengan lakonan muka ala model Mongolia berkata tangkapan tidak wajar. Apa kata JPA dan SPA ambil tindakan kepada Pengarah JAIS dengan melucutkan jawatan beliau yang telah menyalahgunakan kuasa. Sangat pincang tangkapan tersebut, sangat jelas Pengarah JAIS beru terkebil2 nak buat pendakwaan.

Lain pula cerita di Kelantan

Paling meloyakan Kelantan dikatakan tidak layak menerima royalti secara teknikal kata Najib, tapi akan diberi wang "ihsan" melalui projek2 di Kelantan yang akan dibelanja oleh Pusat. Bayangkan kita bekerja makan gaji, kemudian gaji yang diterima setiap bulan tidak diserah kepada kita tetapi majikan ambil duit tersebut dan beli beras, beli gula dan sebagainya. Sedangkan gaji tersebut hak kita, sudah tentu kita lebih tahu mana yang patut disalur.

Inilah dia kaedah dan jawapan yang sangat BODOH dari seorang PM. Amat memalukan. Semakin lama semakin cacamerba selagi diperintah oleh UBN.

Saya pernah kata dulu, jangan terkejut jika UBN tewas dalam PRU 13, mereka ini akan menaja segala bentuk porak peranda dalam negara, mereka ini sangat jahat. Orang-orang Najib di tingkat 4 JPM kali ini terdiri dari mereka yang bukan sahaja perompak malah penjenayah terbesar di Asia.

Friday, October 23, 2009

Belanjawan 2010, Cadangan 2009

Saya pernah menulis berkenaan cadangan Belanjawan 2009 ketika Tun Abdullah menjadi Menteri Kewangan disini.

Akhirnya cadangan menggunakan MyKad akan digunapakai. Bayangkan rakyat asing menggunakan subsidi kerajaan. Kali ini kelihatan Menteri Kewangan menggunakan ayat pembayar cukai agak kerap. Baru sedar ke?

Saya mencadangkan selepas implementasi menyeluruh minyak menggunakan MyKad, dengan serta merta semua harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran. Subsidi hanya untuk rakyat Malaysia.

Selain itu perkara yang ditekankan untuk meningkatkat ekonomi dan memudahkan peralihan ke ekonomi berpendapatan tinggi, beberapa bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif telah dikenal pasti, ia termasuk kewangan Islam, industri halal, industri berasakan sumber dan pelancongan.

Saya ingin pecahkan kepada beberapa kelas, iaitu :

Kelas Perlu Pemulihan
Kewangan Islam perlu distrukturkan strateginya. Ketika ini Malaysia sudah tertinggal berbanding Bank2 Timur Tengah dan Singapura dari segi perkembangannya.
Sukuk memang besar, tapi ianya belum menampakkan impak yang berkesan kepada perjalanan Industri Kewangan Islam.

Kelas Potensi dan Impak Tinggi
Industri Pelancongan - masih menjadi sektor penting dan boleh dipertingkatkan

Industri Halal, beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki dan tidak boleh tunggu sehingga pesaing dari negara lain memintas Malaysia. Beberapa inisiatif yang telah wujud perlu diperkasakan serta disokong tapaknya supaya tiang senang didirikan dan dinding mudah dibina.

Kelas Perlu spesifikasi
Industri berasaskan sumber perlu di sektor kan berdasarkan spesifikasi. Apakah sumber impak tinggi dan sumber impak rendah. Adakah impak rendah itu bertabur atau sememangnya berimpak rendah. Jika tidak perlu dipersatukan impak rendah menjadi impak tinggi, manakala Impak tinggi menjadi platform penjana utama

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang lebih maju ke dari Kubang Kerian?

Saya fikir Mat Isa terlalu kotor dengan rasuah halal umno, sampai tak nampak kubang kerian. Pendapat saya kubang kerian lebih maju, seorang sahabat saya mengalami sakit dalam perut menetap di Port Dickson 3 tahun lalu dibedah di kubang kerian kerana PD x mampu, seremban tiada pakar dan hkl giliran yg sangat lama. Dimana ukuran kemajuan Mat Isa

Apo Nak Dikato

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang akan memulakan aksinya tidak lama lagi. Serangan terhadap PAS dalakukan secara membabi buta dengan tipu helah dan provokasi. Fitnah dahsyat Azeez hakikatnya jelas menipu.

Apo nak dikato bilo orang rasuah dipilih. Rasuah bukan jenayah dalam Umno, kini jelas Umno langsung tidak serius membanteras rasuah

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, ampun maaf sekiranya sepanjang berblog ada yang tidak puas hati, tersinggung, dan berkecil hati. tidak lain hanya bertujuan menyampaikan dan menegur supaya negara kita diberkati.
Kepada pejuang, teruskan berjuang. TAKBIR!!

Friday, September 18, 2009

Kenapa lori tidak dihalang bergerak?

Pada era Pak Lah lori dihalang bergerak, setakat ini kemalangan maut melibatkan lori.
Sekalipun agak lemah, keprihatinan beliau apabila tiba hari perayaan menunjukkan Najib lebih mengantuk.

Friday, September 11, 2009

Kenapa Rasulullah menubuhkan kerajaan Islam, bukan kerajaan Arab?

Bagi menjawab DS Najib, sila jawab dulu, kalau membela Islam kenapa tak mansuhkan ISA? kenapa UMNO hina hukum Islam? Rasuah bermaharajalela itu kehendak Islam ke?(PKFZ, PERWAJA dsb) Ketidak adilan dalam semangat federalisme itu mengikut Islam kah? ...kerana itu PAS membawa label Islam yang melangkaui batas bangsa, warna kulit, darjat dan sebagainya. Kalau tidak sudah tentu Rasulullah mewujudkan kerajaan Arab bukan kerajaan Islam.
Perjuangan PAS membawa label Islam bukan untuk paksa bukan Islam masuk Islam, bukan suruh potong tangan semua orang di Malaysia macam yang Che Det sebut dulu, tapi PAS membawa seruan daulah Islamiyyah yang mementingkan kebajikan, keadilan, dan dakwah melalui konsep Daulah Islamiyyah.

Thursday, September 10, 2009

Malaysia Indonesia, rancangan yahudi.

Hubungan Malaysia Indonesia ibarat adik beradik, biduk lalu kiambang bertaut. Malah perpisahan fizikal ini adalah angkara yahudi sejak seratus tahun lalu seperti negara2 arab. Rumpunan wujud sejak sebelum datangnya penjajah eropah. Empayar majapahit, Melaka dan Johor Riau adalah empayar yang meliputi dari Acheh hingga selatan Filipina. Ianya mula dirobek oleh Portugis dan dijayakan oleh British dan Belanda melalu perjanjian Inggeri Belanda. Persengketaan yang wujud antara pemimpin Indonesia dan pemimpin Malaysia pada 60an serta rakyat Indonesia kepada rakyat Malaysia adalah berpunca dari hasutan yahudi. Rangkaian yahudi ini tidak mahu melihat kemesraan, kerjasama ekonomi dan ketenteraan negara umat Islam rapat dan kukuh. Ini kerana mereka percaya hubungan yang rapat ini akan menjejaskan mereka sebagai kuasa ekonomi dunia. Di nusantara ini pusat aktiviti yahudi adalah di Singapura. Maka umat Islam rumpun Melayu silalah berfikir, tepuk dada tanya Iman. Jangan kita menjadi hamba kepada rancangan yahudi

Monday, September 7, 2009

Sebagai pembayar cukai, BN tidak celaka kah?

Mungkin topik ini nampak kasar, tapi itulah hakikatnya. Banyak sangat skandal salah guna kuasa dan penyelewengan tapi saya ambil 2 dahulu skandal perwaja RM10billion dan pkfz RM12billion.. Jumlah besar adalah sebanyaK RM22 BILLION. Tidak besarkah? Itu adalah penyelewengan terkotor UMNO MCA dan Barisan Nasional. Pengkhianat rakyat ini memang layak dipanggil celaka.

Sunday, September 6, 2009

Umno parti jahiliah, perkauman sempit

Sebelum merdeka, ketika Dr.Burhanuddin al Helmy melaungkan semgt kemerdekaan mereka menjadi boneka British. Umnolah yang menyokong dasar pecah perintah sehingga kini. Tragedi 13 Mei juga didalangi oleh Perikatan yang dikuasai umno, tahun 1987 umnolah yang meniup semangat perkauman sempit yg menyebabkan 13 Mei hampir berulang najib terlibat ketika itu, tapi pembangkang yang ditangkap. Tahun 2009 hishamudin mempertahankan tindakan usung dan pijak kepala lembu dengan memuji mereka siap jemput terhormat. Ini lagilah Menteri Dalam Negeri yang paling kurang ajar dalam sejarah Malaysia. Inilah orangnya yang mempertahankan PPSMI usah bicara soal Melayu bila kamu pengkhianat Bahasa Melayu ketika menjadi Menteri Pelajaran.
Kesimpulannya umno menggunakan perkauman sempit untuk survival diri mereka, sedangkan mereka adalah pengkhianat agama bangsa dan negara.

Friday, September 4, 2009

Agenda diri sendiri, UBN tak pernah fikir agenda rakyat

Hutang negeri dan negara meningkat setiap tahun. Tiada inisiatif untuk mengurangkan hutang, yang paling pelik kononnya dia sahaja yang pandai perintah, agenda diri mengatasi kepentingan negara. Inilah dikatakan bodoh dan sombong. Gulakan dengan angka besar untuk orang yang ramai, diri sendiri salah guna kuasa terima komisen besar dianggap tak salah dan untuk diri sendiri.
Politik retorik dan berbohong adalah pakaian mereka.
Pada mereka rakyat masih bodoh.
Ayuh arus rakyat tsunami masih terpendam dan akan bergelora lebih besar lagi.

Tuesday, September 1, 2009

Isu Minyak : Perasankah kita, rakyat ditipu lagi.

Saya masih ingat ketika Datuk Shahrir Samad memegang portfolio Menteri PDNHEP. Beliau menyatakan formula terbaik untuk membantu rakyat dalam krisis harga minyak adalah dengan mengubah RON minyak mengikut keperluan rakyat.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan penukaran RON97 kepada RON99 manakala RON92 kepada RON95 disebabkan kita adalah pengeluar minyak. Tapi jika itu sahaja yang mampu UBN buat silakanlah. Ini disebabkan harga yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, rakyat akan menikmati RON95 dengan harga RM1.75 iaitu RM0.05 lebih murah dari RON97 yang akan dimansuhkan. Maka saya terima.

Saya mencadangkan minyak RON97 dan RON99 dalam pasaran supaya rakyat menikmati minyak yang berkualiti dengan hak sebagai pengeluar minyak. Tekaan saya tepat, sebenarnya tujuan UBN adalah pemansuhan RON92 yang mana sangat minoriti rakyat menggunakannya, seterusnya memperkenalkan RON95 bagi memberi peluang kerajaan memanipulasi harga. Kemudian memansuhkan RON97 dan memperkenalkan RON99 untuk yang berkemampuan semata-mata mengabui rakyat marhaen. Sehingga penulisan ini harga minyak dunia masih lagi disekitar USD69 - USD71. Tidak ada kepentingan untuk kerajaan menaikkan harga minyak.

Ini semua adalah pembohongan secara teknikal yang dirancang untuk mengabui hak rakyat sebagai pembayar cukai. RON95 yang diwar-warkan untuk dilancarkan adalah dengan membohogi rakyat. Adakah dengan cara ini hendak diberikan imbuhan bonus kepada penjawat awam??? adakah ingin mengurangkan cukai??? pembohongan tetap pembohongan.

Saturday, August 29, 2009

1 kepala lembu kah, 1 Malaysia kah?

Seperjalanan didalam bas ekspress ketika ini dari Singapura ke Kuala Lumpur saya penuhi dgn melayari akhbar dan blog di internet menggunakan E71 ini.
Terusik untuk mengulas isu basi sebenarnya berkenaan kuil hindu di seksyen 19 Shah Alam. Saya kebetulan tidur dirumah seorang sahabat di Seksyen 19 pada 3 minggu yang lepas. Beliau ada mengulas isu kuil yang saya kira tersangat hampir dengan rumah seolah-olah antara pagar depan dengan pagar belakang rumah saya sahaja. Isu tersebut adalah isu tempatan yang telah lama di adukan kepada SUK, MBSA, PKNS, UMNO Shah Alam malah pemuda UMNO sejak berbelas tahun yang lalu. Malah menurut sahabat sy sebelum beliau membeli rumah tersebut lagi.Apa yang menyedihkan tiada siapa yang layan.
Kesimpulannya mereka telah ditipu oleh PKNS sebenarnya, yang ketika itu diterajui oleh UBN.
Atas sikap bertanggungjawab maka PASPR telah bersungguh sungguh menyelesaikan isu ini, dan mungkin atas lawatan PM ke Batu Caves tidak menjadi isu besar sekiranya kuil seksyen 19 dipindahkan ke seksyen 23 yang jauh lebih sesuai kedudukannya dgn penempatan.
Malangnya umno menggunakan NGO talibarutnya untuk mencetuskan isu perkauman peringkat nasional. Bayangkan orang hindu menerima juga pandangan kerajaan negeri walaupun hakikatnya kuil tersebut berada lebih lama dari perumahan yang berdiri disitu sanggup juga akhirnya berpindah. Ada orang mempolitikkan perkara ini tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam di seksyen 19 yang telah ditipu oleh pkns dan sensitiviti orang hindu yang mendirikan kuil disitu serta kesanggupan mereka berpindah dgn sukarela.
Jika PM tidak dpt menyelesaikan perkara ini dgn menjelaskan perkara ini, 1 Malaysia hanyalah rektorik.

Thursday, August 27, 2009

Wibawa Isu, PR lebih menyerlah

Saya baru selesai mesyuarat di Port Dickson, singgah cuci kereta bersembang dengan beberapa orang abang / pakcik teksi yang sedang cuci kereta sewanya.

Antara dialog yang menarik hari ni yg dapat saya petik,

Seorang dari mereka bertanya "Napo PAS monang laie di Permatang Pasir dah la tak ramai orang turun, nak pulak manek urai PAS monang pon tak bosar?kali ni bosar pulak tu.."

sorang lagi menyampuk "Den rasolah, PAS ko Pakatan ko diorang ni laie pandai solosai masalah dari barisan. Ekau bayangkan masalah arak ko babi ko semuo tu paneh. tapi dio samo dio bincang semuo manusio kat mesia ni tau kuar kat sokkabar utusan pakatan gaduh pasal arak yang dulu babi, yang den heran tu last skali solosai. Ekau tengoklah kito ni, hal babi dari dulu laie tak solosai barisan poie kecoh hal nogori orang. Ni nogori kito ni apo jadi? Anak den tingga kat banting sronok air percumo, cucu den dapat simpanan nogori bagi, besan den menigga dapek bantuan nogori. Yang den poning tu arwah besan den tu bokeh jkkk, klu barisan seingat den dulu jiran lamo den sokong semangat 46 bantuan bajo pon tak dapek. tu sobab bangang la tak pangkah pakatan kalau dah tingga kat nogori pakatan." ekau tengok kito ni, den pon tak tau apo yang pomimpin barisan kat nogori kito ni buek."

Seorang lagi pakcik mencelah "Yang den tau maso kat kualo terengganu pilihanrayo tu jkkk kumpul bas bagi den 100hinggit tolong kempen kat sano, den kato sominggu seratus mana cukup baik den bawak keto teksi ni, pehtu buleh JKKK kato kat den orang PAS poie sendighi mano PAS buek sumo ni, den gaduh samo JKKK den ekau sobat duit tak po. Pehtu den poie jugaklah lopeh dio kasi den 200hinggit, tapi den tengok sampai sano JKKK ni duit samo dia dio sosah. Sojak tu den dah tobat tak mo poie."

tu antaranya, banyak lagi lah.. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang boleh saya hurai dari perbincangan tu tapi saya mengambil jalan untuk tidak banyak kacau respon mereka sebab nak tengok sejauh mana pandangan marhaen. Kesimpulannya PR lebih menyerlah dan lebih berwibawa menyelesaikan isu berbanding UBN.

Buat rakan2 PAS dan PR di Negeri Sembilan, PRU 13 kita boleh menang tapi perlu gerak kerja dari sekarang dalam menyampaikan isu tempatan dan nasional kepada masyarakat.

Tuesday, August 25, 2009

Tahniah PAS dan Pakatan Rakyat, media perdana kenapa terkejut?

Awal bicara sekalung tahniah kepada Calon Ust Salleh Man, semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat, tidak lupa kepada DSAI kerana turun berhempas pulas pada hampir setiap penampilan Ust Salleh Man. Kerja keras DSAI membantu kempen adalah jauh berbeza dengan pemimpin UBN. Bukan sahaja petugas UBN malah pimpinan mereka juga tidak bermaya.

Tapi yang menghairankan saya adalah berita media arus perdana, TV1 TV2 TV3 NTV7 TV9 Bernama TV hanya keluar berita kemenangan PAS itu selama tidak lebih 2 minit. Seingat saya ketika UBN menang di Batang Ai 5 kali ulang tayang pengumuman kemenangan.

Saya jamin sikap berterusan media ini akan memberi lebih peluang PR untuk menggapai kemenangan pada PRU 13 akan datang. Takbir!!!

Catatan dibuat dari Hentian Simpang Pulai, Perak.

Wah Samseng Puaka Altantuya berjaya meng"turnover"

Rakan kongsi Rohaizat calon dari ubn buat turn over di Grand Season hotel. Kesian dia ni sbb terkena puaka. Saya tak salahkan dia tapi kepuakaan tersebut telah terbukti begitu berjaya, dengan kejayaan terbesar dengan merampas Perak, kemudian memainkan Bala, seterusnya kesamsengan puaka begitu menekan jiwa bekas YB Bkt Selambau, seterusnya Adun Lunas dan terkini Yusri.

Tapi yusri begitu kerdil jika dibandingkan samseng kenalan Altantuya, dan Puakanya yang berjaya menggelarkan pecah amanah sebagai komisen kapal selam. Juta-juta mencecah billion, tak heran.

Jika nak dibandingkan dengan PAS yang hanya berbekalkan Al Quran dan Sunnah serta mengharapkan keredhaan Allah. Dunia tetap dunia, mungkin boleh membeli pelbagai benda tetapi tidak Iman.

Semoga Ust Salleh Man menang dalam pilihanraya yang penuh noda dari Umno dan Barisan Nasional. Takbir!! ALLAHUAKBAR

Adun Lunas punya hal, UBN mungkin tidak dapat menguasai Permatang Pasir

Pada awalnya saya juga tidak merasa akan ada kesan peristiwa keluar parti Adun Lunas terhadap pilihanraya kecul Permatang Pasir.

Bagaimanapun maklumbalas yang saya terima selepas selesai solat terawih di permatang pauh 2 jam lepas ianya menunjukkan kesan. "awatnya tu kat kedah nun, dah tak dah modai ka? umno tok sah nak tipu lah duit banyak"

wahh selepas tv, radio, surat khabar, jentera kerajaan dsb diguna habis di Permatang Pasir ini, tidak cukup dgn itu nun di Kedah dibuatnya setelah di P.Pinang tidak berjaya. Yang penting reputasi Pakatan Rakyat, awatnya terdesak sangat. Formula yang paling mudah ialah gentleman, itu sahaja.

Sunday, August 23, 2009

Majlis Fatwa Boleh Keluar Fatwa rujukan Utusan Malaysia?

Pelik sungguh Malaysia ini, sudahlah ada 14 mufti, kemudian wujud jawatankuasa fatwa keluarkan fatwa berdasarkan akhbar, dan dah tentu rujukan tersebut antaranya Utusan Malaysia. Bagaimana pula ISA yang dah bertahun dibantah oleh rakyat, serta jelas zalim, sehingga kini majlis fatwa kebangsaan hanya mendiamkan diri?

Saya teringat bahan bacaan ilmiah menceritakan bagaimana ulamak-ulamak muktabar sanggup dipenjara semata-mata tidak mahu mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan. Dari dahulu lagi antaranya telah ada ulamak yang sanggup menyokong khalifah yang zalim.

Wahh kini, ulamak di Malaysia terutama majlis fatwa kebangsaan boleh mengeluarkan fatwa terhadap seseorang individu tanpa memanggil atau memutuskan melalui tulisan individu itu tersebut. Aurad Muhhammadiah diharamkan oleh Majlis Fatwa dengan mengambil kira kandungan kitab tersebut mahupun sebelum memanggil Ashaari Muhammad itu masih boleh diterima. dan kini Majlis Fatwa memutuskan fatwa melalui utusan Malaysia, atau rakaman separuh-separuh dalam media arus perdana berkenaan kenyataan TG Nik Aziz, tanpa memanggil beliau, malah tulisan di dalam utusan itu adalah kitab umno. Boleh pula begitu?

Tak bolehkah jawatankuasa fatwa kebangsaan memanggil TG Nik Aziz untuk berdialog antara semua jawatankuasa dengan YAB TG Nik Aziz sendiri? Beranikah tindakan yang sama juga dibuat dengan memanggil YAB PM untuk didialogkan berkenaan ISA?

hebat sungguh Majlis Fatwa, dimana integriti? dimana akauntabiliti? dimana prinsip keadilan dalam Islam?

Seorang Islam yang menolak satu ayat dari Al-Quran telah dikira tidak beriman dengan Allah. Bagaimana pula orang yang mempersendakan hukuman hudud? orang yang menangkap, mengurung, dsb insan lain tanpa bicara adakah dibolehkan? banyak lagi untuk disenaraikan.

Hancur musnah Malaysia ini, daripada keutuhan perlembagaan kononnya, sistem kehakimannya, kini Majlis Fatwanya dimusnahkan kerana ingin mempertahankan kuasa umno/bn.

Zaman ini lebih teruk daripada zaman sebelum ini. Kepada ahli Majlis Fatwa saya menyeru, jangan berlaku zalim seperti pemerintah umno dan bn. Adakah gaji dan jawatan menjadi kesusahan kepada tuan-tuan? jika saya yang tidak sehebat ilmu tuan tuan boleh meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan beberapa tahun lalu kerana berboskan orang yang zalim. Dan kini saya cuba berjuang mengikut jalan saya, saya pula sangat kecil berbanding tuan-tuan, adakah tuan-tuan sanggup meninggalkan jawatan menyatakan kebenaran kepada sizalim?

Nasihat dari orang kecil ini berkata benarlah biarpun pahit. Gaji saya, saya usahakan sendiri, selain dari zakat cukai kerajaan tidak pernah saya alpa, tapi saya tidak akan menghalalkan cukai yang dikutip dari saya untuk kerajaan untuk membayar perbuatan zalim serta membayar gaji orang yang menyokong kezaliman. Berapa ramai lagi yang seperti saya? Fikir-fikirkanlah... Nauzubillah hi minzalik.

Thursday, August 20, 2009

Ismail Sabri akui secara tak langsung

Dato Ismail Sabri akui bahawa calon ubn iaitu rohaizat tidak berkelayakan...didalam buletin utama ismail sabri meminta pengundi tidak mengambil kira faktor calon, sebaliknya memilih parti yg boleh memberi pembangunan.
Pembangunan x habis2 rupanya, pandangan peribadi saya YAB KM P.Pinang bukan sahaja jauh lebih baik dari koh tsoo koon malah jauh lebih baik dari pemimpin umno p.pinang.
Maka calon ubn telah jelas tidak layak, mai pi pangkah PAS

Tuesday, August 18, 2009

Makanan percuma Jumaat, santuni gelandangan ibu kota

Petikan dari Harakahdaily
Azamin Amin Foto: Dzulfikar Mashoor
Tue | Aug 18, 09 | 12:45:25 pm MYT
Image

Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat. Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.

Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'. Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu.

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan ertentu, yang menaggihkan makana percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana gologan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini.

Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini.

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

(Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000)

Sunday, August 16, 2009

Puaka TV3: Cerita pasal rasuah salah guna kuasa konon.

Awal Buletin Utama TV3 menceritakan Pesawat Nuri milik TUDM yang membawa YAB TPM membuat pendaratan kecemasan. Pesawat tersebut bertujuan untuk membawa YAB TPM merasmikan satu mesyuarat bahagian umno di Sabah.

Kemudian cerita berkenaan SPRM tidak sepatutnya membezakan siasatan antara orang awam, penjawat awam, atau menteri. Kemudian ditujukan cerita berkenaan siasatan SPRM di Selangor.

Pelik bin ajaib, bagaimana YAB TPM menggunakan kapasitinya sebagai TPM menggunakan pesawat awam milik TUDM merasmikan mesyuarat parti. Itu bukan salah guna?


Saturday, August 15, 2009

Halal : Pusat data tidak dipusatkan

Hari ini saya terbaca satu berita di NST, rujuk disini.

Saya pon tak tahu bagaimana nak mohon sijil Halal dgn Jab Agama Islam Pahang. Bila di cari didalam internet memang tak dijumpai. Sama juga kes dgn lain-lain negeri. Saya melalui seorang kawan pernah bertanya kepada talian HDC, mereka juga tidak pasti bagaimana. Kenapa saya bertanya? disebabkan ada sebilangan rakan-rakan mempunyai kilang di Johor, Pahang dsb. Memikirkan kemudahan juru audit datang ke kilang maka diusahakan melalui negeri. Masalahnya tidak seragam, borang pon kadangkala berubah, kemudian SOP pon berterabur inilah Jabatan Agama Negeri.

Oleh yang demikian 2 tahun lepas saya menyarankan rakan-rakan memohon dengan JAKIM, walaupun dinegeri yang lain. JAKIM agak teratur walaupun sangat banyak boleh diperbaiki. Sistem permohonan separa online agak memudahkan. Bagaimanapun masalah lain pula timbul permohonan yang mencecah setahun lebih pon ada, sesetengahnya dah dibayar tapi 9 bulan tidak diaudit.

Pada ketika itu sesetengah kilang yang besar saya nasihatkan mengadu terus kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Menteri, mereka mengadu tapi terus terang saya katakan pemilik kilang terperanjat mereka dapat sijil tanpa perlu di audit. Memeranjatkan saya ketika itu JAKIM mengeluarkan sijil, kemudian ketika HDC mengendalikan sijil, saya lagi ragu-ragu. Khabar angin meniup ianya adalah milik keluarga Pak Lah. Pengarah urusannya pula dikatakan rapat dengan Pak Lah, pengerusinya juga adalah orang kuat Pak Lah, saya masih ingat ketika isu Dewina dihangatkan oleh pelajar2 UPM lebih 10 tahun yang lalu, Naib Canselor UPM telah menandatangani perjanjian lebih 15 tahun dengan Dewina untuk UPM, dengan hidangan yang teruk sistem kupon yang kejam dan penuh penipuan. Naib Canselor itu kini adalah pengerusi HDC.

Bagaimanapun dah itu inisiatif yang dikeluarkan oleh kerajaan maka saya teruskan juga membantu rakan-rakan usahawan. Disamping menjalankan kerja, siasatan terus dibuat. Saya dapat maklumat yang sahih bahawa HDC ini adalah 100% milik kerajaan. Cuma yang dianggap proksi keluarga Pak Lah adalah pengerusi dan pengarah urusan mereka.

seterusnya saya akui kerja yang dilakukan oleh pihak HDC, dari segi proses dokumentasi sehingga diaudit tidak jauh bezanya dengan JAKIM, cuma yang mengagumkan adalah layanan kepada usahawan, tindakan susulan yang segera, serta prosesnya yang tersusun. sesetengah rakan yang prosesnya tidak lancar (disebabkan beberapa proses tidak kena) paling lama pon 5 bulan dah terima sijil, permohonan yang memang lancar pernah memerima sijil kurang dari 1 bulan paling lewat pon 2 bulan.

Berbalik kepada 15 sijil Halal untuk Hotel di Pahang, carian saya melalui laman web JAKIM serta HDC tidaklah pula menjumpai sebarang maklumat tambahan berkenaan senarai Hotel tersebut. Maka saya melalui seorang rakan membuat pertanyaan. Pegawai HDC yang menjawab panggilan menyatakan bahawa mereka hanya menyenaraikan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM dan HDC sahaja.

Inilah masalahnya jika data tidak dipusatkan, saya rasa umno tidak serius dalam membuat kerja. Pemimpin umno hanya akan bergerak bila kocek atau wang berbunyi. Sebagai sebuah kerajaan semua dasar perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Data tidak berpusat ini menjadikan pengguna sukar untuk membuat carian. Ini disebabkan pusat data kerajaan tidak dipusatkan.

Thursday, August 13, 2009

Lagenda Nasyid : Asri Ibrahim Rabbani meninggal dunia

Sebak dan sayu apabila mendengar khabar bahawa Asri Ibrahim meninggal dunia. Sekalung ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham termasuk isteri dan 6 orang anak beliau.

Sumbangan beliau dalam industri Nasyid dengan alunan suara yang begitu merangsang jiwa, ternyata begitu terkesan. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham. Semoga doa, nyanyian lirik, tasbih melalui album beliau terus diulang-ulang oleh umat Islam.

Puaka umno mengkhianati Melayu

umno bukan sahaja mengkhianati Melayu, tetapi mereka juga mengkhianati agama Islam, mengkhianati negara. Rompakan jutaan dan bilion oleh mereka yang tidak bertanggungjawab datang dari siapa? UBN

mereka mengkhianati Bahasa Melayu, keputusan dibuat tanpa kajian. Mereka juga mengkhianati raja-raja Melayu, seluruh media digunakan untuk memburuk-burukkan Raja-raja Melayu. Kaki itu kaki ini, kumpul kekayaan sana sini, pukul orang dan sebagainya. Tapi mereka?

Tak heran lah kalau puak umno rompak duit PPRT, dapat projek rundingan terus, duit zakat hilang, bail-out perwaja, rompak duit kerajaan untuk PKFZ dan banyak lagi adalah boleh. wah itu bukan pengkhianat ke? Itulah dia pengkhianat sebenar.



Wahh gelabah sungguh UBN, terlalu berpuaka agaknya

Bayangkan umno satu ketika dulu menempik PAS kerana menyerang umno disebabkan isu kilang arak berleluasa. Wah sekarang ingin menjadi juara hikhikhik.... Sekurang-kurangnya PAS berusaha atas kapasitinya, dan tidak sangka juga ADUN PR yang tidak Islam ada yang lebih jelas sebut tak boleh jual arak kepada orang Islam. Banding dgn umno siap buka lagi kilang arak, lembaga pengarah melayu islam lagi.

Peringatan kepada umno, kalau betul silalah mulakan di Perlis Perak KL N9, Melaka Johor Pahang Sabah dan Sarawak.

Kemudian disasarkan pula kepada Anwar Ibrahim, kenapa? dah takde modal ke bang.

Tindakan umno lebih kepada retorik politik, tidak nampak ingin bekerja keras untuk rakyat. Bayangkan H1N1 boleh merebak sebegini rupa, mengalahkan negara kecil. Kenapa jadi begini? Kerana sibuk berpolitik dan malas bekerja. Rajin cari jalan rampas negeri dari PR tapi memerintah sibuk kumpul kekayaan.

Selagi cakap sahaja lebih, tak guna.

Friday, August 7, 2009

Boleh ke Malaysia jadi Halal Hub?

Rujuk semula post saya sebelum ini .

Saya tak faham, ada beberapa rakan saya sepatutnya kilang mereka telah diaudit dalam seminggu dua ini, ada juga yang tak diketahui statusnya, bayaran bila nak keluar? pon tak diketahui. ada juga pendaftaran dah lebih 3 hari belum lagi di luluskan. Bila telefon 1800 HDC yang jawab, layanan memang mesra lah. Tapi nampak sangat nak cover JAKIM, berapa JAKIM dah bayar kat HDC??? Saya mintak cerita sebenar dari operator HDC yang bertugas. Tapi mereka tetap menyatakan yang JAKIM telah ambil alih sepenuhnya dan akan menjalankan yang terbaik. HDC membantu JAKIM dalam hubungan pelanggan, konon2nya 1 Malaysia lah tu..

Kalau telefon pejabat di JAKIM di Cyberjaya jangan haraplah nak cakap. Dah 3 hari telefon semalam dapat cakap sekejap, tapi jawapan "Kami tak pasti lah encik, pegawai tak ada" sebijik macam telefon pejabat kerajaan. Kesimpulannya LEMBAB.


Thursday, August 6, 2009

Puaka lagi? Influenze A, H1N1, Selsema Babi

Saya rasa pelik dengan tindakan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Apakah tiada kerjasama diantara semua kementerian?
Kenapa tindakan2 yang telah didapati tidak berkesan tidak diubah modus operandinya?

Wabak ini telah menyebabkan kematian yang sehingga hari ini 12 orang, dan mungkin ada lagi pada hari dan esok. Wabak ini sebenarnya menjadi lebih parah
apabila penularan tempatan telah meningkat. Ini disebabkan penularan luar tempoh hari tidak diawasi dengan baik. Mungkin kerana tidak mahu
rakyat panik Kerajaan tidak membendung secara fizikal dengan agak serius.

Saya mencadangkan semua negeri perlu diwujudkan satu hospital sementara khas untuk mengawasi penularan wabak ini. Selain
itu perlu ada satu kawasan disetiap negeri perlu diwujudkan sebagai kawasan kuarantin. Dimana mereka2 yang telah disyaki mempunyai hubungan (contact)
ditempatkan dikawasan ini sehingga sesuatu tempoh yang dipastikan tiada jangkitan pada mereka.

Pintu masuk dan keluar dari Malaysia perlu diawasi dengan alat pengesan haba, ini termasuk pintu masuk pasaraya2 besar. Selain itu kempen bagi mereka
yang demam, batuk atau selsema perlu dipergiatkan bagi menghalang mereka hadir ditempat awam. Cuti sakit, cuti kuarantin, cuti wabak dsb perlu diperkenalkan
bagi membendung wabak ini. Selain itu topeng-topeng perlu dibekalkan dan mewajibkan semua yang keluar rumah memakai topeng ini. Tidak kira sama ada hendak
pergi kekedai, minum di kedai, pergi pejabat, berjalan kaki, dsb. Jika tidak masih ada yang malu-malu untuk memakan topeng ini.

inilah masalahnya bila dah terkena baru beringat.

Setakat tutup sekolah, universiti, pejabat dsb tidak memberi kesan sekiranya mereka yang telah ada hubungan dengan pesakit bebas balik kerumah, dan
menyebabkan penularan tempatan berlaku.

Saya pelik bila PAS dan PR ingin membawa isu tergempar ini kedalam Parlimen, speaker tidak bertindak. Kami pembayar cukai wahai tuan speaker. Isu ini
perlu dijelaskan dan dibahas di dalam Parlimen. Jika perlu wujudkan segera akta kecemasan memberi kebenaran kepada pegawai polis, penguatkuasa PBT,
dan Pegawai KKM menyaman mereka yang tidak memakai topeng ketika berada di luar. Sekali sekala demi kerana rakyat Malaysia ketepikanlah perbezaan
politik wahai tuan speaker dan YB YB kerajaan sekalian. Saya percaya PAS tidak akan cadang jika tidak melibatkan kepentingan negara.

Pada pendapat saya kerajaan dan KKM tidak serius. Saya tahu mungkin rakan-rakan di KKM terkilan, tapi saya kira dasar Kerajaan melalui KKM perlu jelas
dalam mengawal wabak ini.

Wednesday, August 5, 2009

UBN Terdesak

Bahasa rakyat, suara rakyat, bahasa dan suara keramat.

Cekup mencekup, fitnah memfitnah yang dibuat oleh KDN, Polis, dan media arus perdana menampakkan rasa benci mereka kepada rakyat. Sebagai pembayar cukai kita sebagai rakyat berhak menyatakan pendirian secara aman.

Selain itu aduan dari peniaga berkenaan kerugian tersebut perlu disiasat, kerana perhimpunan tersebut menyebabkan ada gerai kehabisan makanan awal daripada biasa. Selain itu kerugian berjuta-juta dalam masa 2 jam itu perlu disiasat kerana benarkah pendapatan dan kerosakan sebanyak itu.

Sepatutnya polis disaman kerana baling bom dan sembur air. Sasaran mereka bukan setakat sebelum dan semasa perhimpunan aman malah selepas perhimpunan rakyat terus dikutuk oleh UBN.

Sangat terdesak nampaknya...

Monday, August 3, 2009

Beribu rumah telah diroboh oleh UBN. Puaka retorik politik

Puaka retorik politik Ubn bila menunjukkan kesedihan penduduk kpg buah pala. Mereka mana ada hati perut, 3 tahun lepas beribu rumah disekitar KL dan Selangor diroboh UBN tanpa belas kasihan. Rumah PPRT tak siap rumah yang ada diroboh.

Punyalah berpuaka UBN dahulu beribu-ribu orang kesedihan melihat rumah mereka diroboh. UBN tidak jauh dari retorik politik semata-mata.

TV1 pula berpuaka : Cerita tentang kununya rumah banglo mewah sendayan

Malam ini TV1 pula buat lawak. saya pernah ditawarkan rm100,000.00 salah sebuah rumah anugerah kepada penduduk felda sendayan yang telah ditipu oleh PKNNS dahulu untuk menjadikan mereka jutawan. Pelik apabila digambarkan ianya adalah rumah banglo mewah. Sedangkan tidak lebih dari rumah setingkat sebuah sebuah. kali ini mereka ditipu berkenaan harga sebenar rumah tersebut yang dikatakan RM400k.

Janganlah menipu rakyat, kita boleh terima tanah felda sendayan itu mungkin telah tidak sampai RM1juta seperti yang dikatakan 10 tahun yang lalu. akuilah nilainya tidak sampai RM700k janganlah menipu seolah2 kerajaan membelanjakan RM1juta.

Tapi kesian sahajalah

Adakah laman web Kerajaan Malaysia kena puaka?

Saya menerima aduan dari rakan2 diluar negara menyatakan bahawa portal kerajaan Malaysia, http://www.malaysia.gov.my terlalu lembab.

Maka saya pon test lah rupa2nya bukan dari luar negara dari dalam negara sendiri pon lembab. Macam mana nak buka peluang pelaburan masuk kalau akses melalui web terlalu lembab.

Kerajaan Malaysia mempunyai struktur perjawatan IT yang sangat teruk, bayangkan begitu lamanya mereka duduk di gred 29 dan 41. Sedangkan mereka adalah sangat penting. Bayangkan lagi yang pimpin teknologi maklumat di kerajaan bukan pegawai IT tapi PTD. Memang benar ada pegawai dikalangan IT, tapi bilangannya sangat kecil dan tidak mengikut standard antarabangsa. Saya pernah terlibat dalam membantu beberapa badan kerajaan ketika bertugas menjadi perunding suatu ketika dahulu. Kita dah bagi "best practice" ikut standard antarabangsa, implentasi diubah oleh pegawai PTD mereka. Kesian sungguh.

Tak heranlah http://www.malaysia.gov.my tersangatlah lembab.

Sunday, August 2, 2009

Menteri KDN kurang hajar kepada rakyat!!

Kamu mempertahankan ISA bukan atas dasar negara, kamu hanya mempertahankan ISA untuk kepentingan politik kamu sahaja. Kurang ajar sungguh kamu wahai Hishamuddin bila mengeluarkan kenyataan ugutan kepada rakyat yang berhimpun atas prinsip demokrasi.

Hishamuddin menteri yang memusuhi rakyat, saya hanya akan panggil kamu hishamuddin sahaja sehingga kamu memohon maaf. Tak hingin saya menghormati menteri yang terlaku KURANG AJAR!!!

Saturday, August 1, 2009

Peniaga??

TV3 cerita masalah peniaga?
masalah orang teraniaya siapa yang bela?

Bangga di dalam sedih

Aku berbangga kerana hari ini aku adalah salah seorang dari ribuan yg hadir dlm perhimpunan Anti ISA. Sekurang2nya anak cucu ku akan tahu aku antara pejuang Anti ISA, aku bukan haji hadi, anwar ibrahim, lim kit siang, salehuddin ayob, samsul iskandar, dr.mujahid atau lain2 pimpinan. tapi aku adalah sebahagian dari mereka sudah cukup memuaskan hatiku utk mengadap Allah kelak. Hukuman sezalim ISA dipertahankan oleh mereka yang zalim dan disokong oleh mereka yang tuli. Yang demikian menjadikan aku bangga kerana aku tidak pernah memilih mereka yang zalim ini dlm pilihanraya, aku juga turun kejalan raya bersama rakan2 seperjuangan, aku juga bangga kerana aku tidak memberi cop halal kepada ISA walaupun golongan ulama kerajaan ada menyokongnya. Aku berbangga kerana dgn kudrat yg Allah berikan, rezeki yg ALLAH turunkan, anggota yg Allah berikan, udara yg Allah bekalkan aku masih mampu berkata benar walau pahit berbanding mereka yg kononya berkata benar tetapi menikus.
Aku cuma sedih, setelah byk kertas kerja, kenyataan disana sini, tangkapan zalim yg masih berlaku, tapi PM kata sepatutnya bincang. Apa butakah dia dek puaka yang melanda? Kami rakyat dah puas dgn kertas kerja seminar dsb, kali ini turun dijalanraya menyampaikan hasrat kepada penaung agama Islam di Malaysia SPBY AGONG, ITUPUN SALAHKAH?

Thursday, July 30, 2009

Rakan-rakan usahawan sedang menunggu permohonan Halal

Kami menanti penuh minat, bahawa maklumat diperolehi pegawai yang bakal ditempatkan oleh JAKIM lebih ramai dari HDC menjelang 3 Ogos 2009 ini. Saya dan rakan-rakan usahawan menanti permohonan yang tergendala selama seminggu kerana proses transisi ini.

Kami berharap permohonan akan diproses segera, kerana menurut talian bantuan pelanggan HDC memang benar JAKIM akan memulakan operasi pada Isnin minggu depan iaitu pada 3 Ogos. Info awal diterima dari maklumat dalaman, sebenarnya menyebabkan saya ada rasa tak sedap hati. Semasa berurusan di pejabat KDRM saya singgah sebentar di Parel D, kedengaran cakap2 orang tertentu dilihat berdegar-degar di Parcel D berkenaan penyerahan semula ini. Tapi diharapkan mereka ini jangan cakap2 kosong seperti Menteri UBN sahaja, amanah tetap amanah, jangan ambil sambil lewa, jika tidak andalah puncanya.

Tapi seperti dahulu saya akan memerhatikan dan akan memberi komen atas pengalaman saya sendiri.

Wednesday, July 29, 2009

Penapis Air: Halal

Saya terfikir apabila seorang rakan datang membuat promosi berkenaan produk Bio-Aura yang begitu diketengahkan dlm TV sekarang ini. Iklan tersebut menunjukkan pencapaian mereka di dalam MLM melalui produk Bio-Aura, saya tak mahu cerita berkenaan MLM itu sendiri tapi berkenaan produk.

Memandangkan saya juga telah 5 tahun menggunakan penapis air yang biasa maka saya pon teringin juga mempunyai penapis air yang boleh minum terus tanpa masak, jimat sikit lah gas dan elektrik. Penapis air versi saya dirumah terdiri dari 2 jenis penapis kasar dan halus yang dipasang diluar rumah, selepas laluan meter air. Kemudian satu lagi menuju kedalam tangki air dan satu lagi jenis penapis satu lapis. Masalahnya setiap 1 hngga 2 bulan nak kena buat maintenance dan kadangkala tak sempat kerana semua sekali ada 4 penapis dan yang tak larat kena panjang tangki. Itu pon nak minum terus memang tak yakin. Kos berganda adalah penapis air yang tak boleh dicuci perlu ditukar.

Kehadiran rakan saya membuat promosi memang kena pada masanya. Panjanglah penerangan beliau, setelah rakan saya selesai bercerita malangnya saya tak jadi beli, pertamanya saya diberitahu yang produk ini mendapat sijil halal. Setelah mengamatinya ianya bukan lah logo halal dari JAKIM atau HDC. Tapi dari salah satu syarikat swasta yang diragui sijilnya. Saya pernah bertanya kepada pegawai HDC tak silap saya 2 bulan lalu ketika menghadiri satu seminar. Memang jelas kerajaan melalui JAKIM atau HDC tidak pernah mengiktiraf logo berkenaan. Di Malaysia hanya logo Halal Malaysia yang kini diproses oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja diiktiraf.

Maka saya mengambil inisiatif dengan melawati salah satu blogger myhalal yang ada search tools disini. Setelah membuat searching, confirm memang Hai-O melalui produk Bio Aura tidak ada rekod dalam sijil Halal Malaysia. Saya tidak kata haram, sebab menurut pegawai HDC yang saya temui semasa MIHAS 2009 tidak bermakna tiada logo Halal Malaysia produk mereka Haram, cuma kita mungkin ragu-ragu. Ia betul dan saya memang ragu-ragu, memandangkan logo yang digunakan adalah logo yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih kepada penulis blog myhalal kerana saya membuat carian dan berjumpa pula dengan syarikat IMP Global didalam carian tersebut menemukan produk penapis air yang mendapat pengesahan dan sijil halal JAKIM. Saya google pula dan jumpa penulis blog ini http://halalan-thoiyiban.blogspot.com/2009/06/blog-ini-bakal-menyediakan-platform.html

Ada rupanya syarikat yang menerima sijil Halal dengan penapis air. Saya fikir kalau benar syarikat-syarikat ini ingin berniaga di Malaysia dan ingin produk mereka dibeli oleh Muslim, apa salahnya memohon sijil Halal Malaysia memandangkan ianya diiktiraf oleh JAKIM.

Memandangkan ramai orang Islam terlibat dgn MLM dan jual Bio-Aura ini, serta logo Halal yang digunakan pula tidak diiktiraf maka saya nasihatkan kepada wakil-wakil Hai-O yang terbaca blog saya ni, bagitaulah upline-upline anda serta pengarah syarikat Hai-O mohonlah sijil dengan JAKIM. Jangan dok promosi nak kaya sahaja, promosi mencari yang Halal itu adalah fardhu.

Untuk perhatian sijil yang dikeluarkan oleh syarikat swasta ini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, sama ada JAKIM, MAIN, JAIN, dan HDC.


Monday, July 27, 2009

YB Salahuddin menjawab TPM

Saya terbaca di dalam Malaysiakini, dimana YB Salahuddin Ayob menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin putar belit kenyataan.

Saya menjawab pula, sebenarnya TG Nik Aziz pernah memberi ucapan berkenaan kerjasama kerajaan Pusat dan Negeri ni dah lama sejak Koridor Timur zaman Pak Lah. Masalahnya Umno ni biasalah dah tak da modal. Depa dok tafsir lain, maka saya putar balik kenyataan TG Haji Hadi dalam siasah, kerana saya kira jawapan itu adalah lebih tepat iaitu Umno elok undur diri kerana mereka sudah tidak relevan lagi.

Sekian

Umno masih tak mengaku silap

Saya terbaca dalam beberapa akhbar berita yang sama semasa servis kereta pagi semlm. Hampir kesemuanya menyatakan Umno tak pernah menutup pintu perbincangan degan PAS.

Pada pendapat saya itu adalah kenyataan yang penipu dan bongkak. Apa salahnya tunjuk keikhlasan dengan menyatakan Umno dahulu memang selalu begitu, dan ingin meminta maaf. Masalahnya Umno telah menjadi prinsip untuk tidak mengaku salah dan silap. Mereka terus menerus menyatakan PAS yang perlu ikhlas. Saya masih ingat tatkala Allahyarham Ust Fadhil Noor beberapa kali mengajak pemimpin Umno untuk bermuzakarah sejak dahulu lagi, begitu juga dengan TG Hj Hadi dan TG Nik Abd Aziz. Tapi mereka ini tidak pernah melayan malah memperli menggunakan akhbar perdana.

Apabila Umno dalam keadaan tergugat mereka kata Melayu telah tergugat. Berapa banyak lagi orang Melayu menyokong PAS dan PKR? Berapa banyak nasib orang Melayu yang susah terbela di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan?

Saya ingin berkata disini Umno perlu ikhlas. PAS tidak pernah tidak ikhlas, PAS bergerak atas prinsip agama, selama ini Umno cukup membenci, memfitnah PAS dengan dahsyat dan sebagainya. Ikhlas lah wahai rakan seagamaku, kembalilah kepangkal jalan.

Sunday, July 26, 2009

Awani pon sama dengan TV3 sekarang

Diperhatikan sekarang ini ada agenda baru dengan menggunakan semua rangkaian media. Kali ini mereka mengelirukan rakyat dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Hubungan Pusat dan Negeri disamakan dengan hubungan PAS dan UMNO. Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan Pusat keadilan itu perlu ditunjukkan dahulu. Semua negeri PR dan UBN sepatutnya mendapat layanan yang sama.

Orang Melayu tidak lemah, tetapi Umno yang lemah. Jangan nak kelirukan, 50 tahun Umno telah khianat sekarang baru nak kecoh. Sudahlah

Tangan kanan bersalam, tangan kiri hunus pisau

Friday, July 24, 2009

Rektorik berpuaka : konon satu Malaysia, tapi restu berdemo sokong ISA

Kononnya UBN sibuk mencanang satu Malaysia di semua kementerian, jabatan, agensi, glc, tv radio kerajaan, tv radio ubn. Satu Malaysia diwar-warkan menyatakan kononnya semangat perpaduan melangkaui semua kaum.

Malangnya terkantoi, tatkala rakyat Malaysia yang satu suara didokong oleh GMI dan Pakatan Rakyat mahukan undang-undang zalim ISA dimansuhkan ada pulak NGO Umno iaitu Pewaris memperkudakan diri untuk turun mengumpulkan penyokong ISA. Apa salahnya pilih tarikh lain?

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, mereka ini telah merancang dengan pihak tertentu untuk menggagalkan agenda GMI. Telah diketahui beberapa cubaan menggunakan SB dan FRU gagal kerana berdisiplinnya penyokong GMI. Ada dua pelan yang dirancang :

Pelan A: ialah dengan menggahkan bahawa berpuluh ribu penyokong Pewaris akan turun, sedangkan semua orang tahu siapalah sangat yang akan sokong. Memandangkan perhimpunan agung Umno, Gerakan, dan MCA ramai yang tidak menyokong ISA. Tapi mereka yang menjadi talibarut UBN ini akan menyusun strategi jahat untuk menggagalkan agenda GMI. Oleh kerana gah sana dan sini, maka pihak tertentu seperti polis dsb akan menyatakan bahawa akan berlaku pertempuran jika tidak dibendung. Maka polis tidak mengeluarkan permit dan/atau menyekat dan memukul sesiapa yang hadir.

Pelan B: ialah dengan membuat provokasi, mereka akan cuba menyertai kedua-dua kumpulan dan mencetuskan provokasi dan pertempuran. Sama ada darurat akan diumum atau kumpulan ini akan ditempur oleh FRU dan SB.

Maklumat terbaru akan cuba dirungkai dan saya akan terus mencatat ketika perlu.

Mari bersama-sama kita turun dengan menunjukkan bantahan kita kepada ISA. Tunjukkan bantahan kita dengan berdisiplin. Siapa yang dilihat melakukan provokasi kita tangkap dan serahkan kepada Unit Amal dan polis.

Sunday, July 19, 2009

Manek Urai dan Bola tidak berkaitan

Sesetengah pendokong UBN cuba menyamakan keputusan kekalahan tipis Malaysia lwn Manchester Utd, dgn PASPR lawn UBN di Manek Urai.

Saya fikir Malaysia dan MU berlawan dgn kelengkapan yang sama, iaitu kedua-dua pasukan boleh menggunakan kaki tiada seorang pon di ikat kaki dan tangan, menggunakan peraturan bolasepak yang sama, bola yang sama, padang yang sama. Sedangkan PASPR lwn UBN dgn kelengkapan yang berbeza. Kedua-dua parti menggunakan platform ceramah, serangan melalui web, tetapi hanya UBN yang dapat menggunakan media arus perdana, tawaran kewangan dan jambatan juga digunakan oleh UBN. Rakyat Kelantan memilih PASPR tapi kerajaan pusat menyalurkan kewangan kepada Jab. Persekutuan. Jadi tangan dan kaki PASPR diikat ketat tapi masih mampu menang walaupun tipis.

Pagi tadi selepas melakukan analisis diperingkat kawasan, kemi mendapati undi PASPR tidak terjejas, cuma peningkatan undi diwaktu bekerja menjadi satu keanehan bagi pilihanraya kecil. Peningkatan turun mengundi yang melebihi Pilihan Raya Umum agak pelik sebenarnya. Manakala peningkatan itu memihak kepada UBN. Itu juga mengambil kira anggaran melalui maklumat pengundi luar yang menyokong PASPR agak ramai tidak pulang kerana terpaksa bertugas di Pulau Pinang. Selangor, KL dan lain2 termasuk ada yang overconfident.

PASPR perlu lebih bekerja keras memastikan pengundi tambahan yang tidak turun mengundi akan memihak kepada PAS pada masa akan datang. Saya bersetuju kemungkinan wujud pengundi hantu dan rasuah UBN menjadi. Bagaimanapun isu itu akan dibawa kepada Pakar Perundangan PAS tapi dari aspek teknikal dan strategi perlu diusahakan lagi.

Saturday, July 18, 2009

Tewas tapi melawan

Sekalipun tewas saya memuji perjuangan pasukan Kebangsaan dalam menentang Manchester United. Sekalipun gol kedua ramai anggap sebagai nasib tapi hakikatnya setiap kesilapan lawan perlu digunakan sebaiknya. Itulah dia bolasepak.

Saya rasa faktor masa juga menjadi strategi Malaysia, MU kelihatan agak cepat penat dan banyak melakukan kesilapan bermain diwaktu petang berbanding perlawanan MU pada ketika sebelum ini di Malaysia yang bermain diwaktu malam. Banyak lagi yang boleh diperbaiki oleh pasukan Malaysia terutama rembatan sambil berlari, rembatan jarak jauh dan bijak mempergunakan kesilapan lawan.

Dari aspek posisi serta teknikal permainan memang lebih mantap berbanding sebelum ini, pergerakan berpasukan memang menjadi. Tapi kedengaran MU membatalkan lawatan mereka ke Indonesia sekaligus mereka ingin menyambung perlawanan persahabatan pada minggu depan. Bagaimanapun perlawanan tersebut dirancang untuk diadakan pada waktu malam. Saya doakan lebih banyak strategi dirancang dan diatur sebagai persediaan perlawanan minggu hadapan.

Selamat maju jaya

Ulasan YAB Tuan Guru MB Kelantan

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah, Selamat Datang Ke DUN Kelantan

Ucapan tahniah kepada YB Abe Uji (YB Fauzi) atas kemenangan di Manek Urai, perjuangan masih panjang... Takbir

Jambatan dan Duit sahaja?

Analisis perlu dijalankan secara terperinci diperingkat PAS Pusat untuk melihat faktor sebenar "peralihan separuh" yang mana bagi saya adalah pengundi atas pagar yang memilih untuk menipiskan kemengangan Parti Islam.

Yang jelas bagi pendapat saya adalah persiapan dan konsistensi dalam membawa isu oleh pimpinan dari peringkat atasan sehinggalah petugas. Kelemahan yang ketara adalah kerana terlalu mengikut rentak UBN. Dari segi semangat dan kerja berpasukan Pakatan Rakyat saya kira tidak dapat dinafikan memang masih utuh tapi bagaimana momentum rakyat dapat diperkukuhkan? kenapa momentum petugas tidak sampai kepada rakyat di Manek Urai?

Isu yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai dikira kukuh, serangan atau propaganda melalui web bagi DUN Manek Urai tidak cukup untuk melawan propaganda RTM dan Media Prima yang sudah diketahui 3-Malaysia (Berat Sebelah, Angkuh dan Zalim). Maka sistem penyampaian perlu dilokalisasikan sewajarnya.

Saya kira adalah wajar post mortem dibuat dari peringkat Kawasan seluruh Malaysia untuk dipertimbangkan ke peringkat Pusat bukan hanya Manek Urai tapi seluruh Malaysia. Pandangan dari kawasan penting kerana isu nasional, negeri dan tempatan perlu mengambil kira pandangan semua ahli. Setiap negeri ada menghantar wakil ke Manek Urai, orang ini kita akan sasarkan untuk berforum sebelum dihantar keputusan post mortem kepada pimpinan Pusat.


Sunday, July 12, 2009

Berdegar cakap berkenaan perpaduan dan 1 Malaysia tapi...

Janji materialistik, ugutan, dan pancingan demi memartabatkan rektorik politik UBN. Bayangkan Timb Presiden Umno memancing menggunakan materialistik, UBN tak menang maka tiada jambatan baru di Manek Urai, dah tanggungjawab 1 Malaysia buat apa nak berkira? alih alih ugut tak menang tak ada jambatan.

Kesian betul!

Thursday, July 9, 2009

UBN Sahih Memang Flip Flop : Halal

Saya adalah antara pengkritik awal ketika penyerahan sijil Halal kepada HDC (ketika itu saya panggil HIDC) kerana dibuat mengejut tiada kajian menyeluruh, saya akui walaupun memang banyak perkara tidak puas hati tahap pengurusan JAKIM ketika mengendalikan sijil Halal. Tapi saya mengambil keputusan positif kerana ingin melihat ianya menjadi industri yang boleh menguasai dunia satu hari nanti.

Tidak berbeza dengan mereka menganaktirikan Kedah, P.Pinang, Perak (tidak sampai setahun), Selangor dan Kelantan, berbanding mereka 50 tahun menguasai Malaysia, orang politik UMNO berdegar sana sini, termasuklah ustaz2 UMNO yang dah tak boleh cari makan ketika ini berbuat kepada anak syarikat kerajaan mereka sendiri.

Sebenarnya mengikut kajian saya JAKIM dulu BAHEIS pernah menyerahkan kepada swasta pensijilan Halal ini (Jika tidak silap Ilham Maya), kemudian ambil balik tak lama kemudian tidak silap saya penghujung 90an, setelah beberapa lama tahun 2008 mereka serah kepada salah sebuah anak syarikat kerajaan iaitu HDC yang mana jika dibimbing oleh orang2 seperti Husam Musa, dan Shaifuddin Nasution sudah tentu menjadi seperti baby Petronas. Maksud saya ianya bakal menjadi syarikat kerajaan gergasi kerana potensi industri itu sendiri. Tapi kerana diletakkan kepada penanung yang kurang pintar seperti Pak Lah dan Jamil Khir maka mereka ini termangu-mangu menjawab soalan di Parlimen. Langsung tidak ada kredibiliti.

Beberapa tahun dahulu sebagai orang yang mahu memohon sijil halal kami dilayan macam sampah, diherdik ditengking, kelulusan mencecah setahun tidak diketahui status, mintak duit bawah meja, dan banyak lagi itulah JAKIM kendalikan Halal ketika itu. Kemudian hujung tahun lepas hingga bulan May tahun ini saya membantu menguruskan permohonan syarikat rakan2 saya kepada HDC jauh bezanya, dengan layanan ditelefon mesra, tindakan yang segera, status permohonan kami yang jelas, nasihat yang tulus ikhlas. Saya sedar itu juga pegawai dari JAKIM cuma bekerja dengan HDC kenapa boleh menjadi sebegitu rupa? Pelik dan ajaib permohonan dahulu mencecah berbulan-bulan kali ini paling lambat pon 2 bulan lebih.

Saya fikir Ustaz Jamil Khir ini tidak fikir masak2 mungkin satu hari nanti CEO HDC itu adalah dikalangan Ustaz yang terkemuka, Memang saya tidak kenal benar dengan CEO HDC itu tapi CEO itu adalah lantikan kerajaan sahaja, boleh dibuang dan diambil bila2 masa sahaja (kalau ikut amalan UMNO) tapi kerana tidak bijak itulah jadinya tidak berfikir panjang.

Saya kira jalan terbaik sepatutnya adalah mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Islam, dan persijilan Halal ditubuhkan satu anak syarikat (menyerupai BIOCORP dibawah MOSTI) Lembaga Akreditasi Halal Malaysia (atau apa sahaja) yang penting ianya tidak diletak terus dibawah JAKIM itu sendiri.

Mungkin JAKIM akan belajar sesuatu kini, diharapkan mengambil yang positif dari HDC untuk diteruskan dibawah JAKIM, yang mana dah lebih 20tahun JAKIM uruskan sijil Halal tetapi keharmonian dengan 14 negeri lain tidak jelas, HDC yang baru setahun sekurang-kurangnya berjaya menaikkan persepsi Halal ketahap yang boleh diterima.

Apapun saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada HDC atas khidmat dalam persijilan Halal ini, dam Selamat maju jaya kepada JAKIM.

Dua entiti kerajaan yang sepatutnya saling melengkapi tapi tidak duduk dibumi nyata dek dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional.

Monday, June 29, 2009

Nak Percaya ke Sumber Petroleum dan Gas di Kelantan Tiada Royalti Untuknya?

Lama dahulu Terengganu menerima royalti Petroleum dan Gas, kemudian pada 1999 Terengganu diterajui oleh PAS, maka secara tiba-tiba royalti selama ini ditukar kepada wang ehsan. Di mana keadilan dalam sistem pentadbiran dan undang-undang Malaysia?

Semuanya dicabul kerana nafsu serakah, yang hak tidak diakui. Setelah ianya ditentang oleh mereka sendiri, maka wang ehsan bertukar menjadi royalti.

Sekarang Kelantan diperlakukan sebegitu rupa, setelah mencuba bertahun untuk mendapatkan Kelantan, mereka gagal. Kali ini dah gagal dengan rakusnya menggunakan kuasa merobek minyak di Kelantan menyatakan itu hak kerajaan pusat. Ini tidak cukup zalimkah? UBN memang tidak boleh dipercayai.

Sekarang suruh sahut 1 Malaysia, lu pikir lah sendiri!!

Wednesday, June 24, 2009

Kenapa Pertahankan PPSMI

Sedih melihat bekas PM iaitu TDM menyatakan "adakah anda hendak membiarkan orang terjemahkan semuanya kepada anda?" pada pendapat saya apa salahnya Kerajaan menggunakan UKM dan DBP untuk terjemahkan semuanya. Itulah yang dilakukan oleh Jepun, itulah juga yang dilakukan oleh Tamadaun Barat terjemahkan buku sains dan matematik dari Bahasa Arab kepada bahasa mereka. Untuk rakyat mereka, kerana sayangkan rakyat mereka, kerana mereka mengembangkan ilmu itu untuk rakyat mereka, dan bukan disorok sorok serta berbangga bahawa aku seorang tahu!!! Hasilnya bahasa kebangsaan mereka berkembang dan tidak ketinggalan. Berbanding bahasa Melayu kini dah semakin terkebelakang. Kita patut sudah masuk gear 5 menuju negara maju, tapi kita telah tarik gear undur, mengundurkan kereta untuk maju kehadapan. Bukankah buruk sebenarnya?

Tepuk dada tanya iman

Tuesday, June 23, 2009

Kerajaan Perpaduan : Kenapa UMNO perasan?

Sejak bila cadangan Kerajaan Perpaduan melibatkan PAS dan UMNO? Langsung tidak ada kena mengena, sebenarnya UMNO perasan sahaja. Hakikat sebenar UMNO lah yang telah mempermainkan isu ini. Kenapa?

  1. Sebab mereka mengutamakan PPSMI sehingga tidak faham Bahasa Melayu, tahap kefahaman mereka amat lemah.
  2. Sebab hanya memikirkan survival politik mereka sahaja
  3. Amalan fitnah menggunakan media, masih tidak mengambil iktibar
  4. Masih lagi dalam polisi membodohkan rakyat. Perkara ini saya sangat serius, pantang bagi saya orang yang memperbodohkan rakyat sendiri. Saya tidak rela diperbodohkan.
Tahniah kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, rakyat menonton aksi pemimpin UBN yang terkulat dan kelihatan memperbodohkan diri mereka dengan kenyataan yang kelakar.

Wednesday, June 17, 2009

Isu Halal:Pengalaman dari seorang blogger

Kebetulan kerana bosan duduk didalam bas dari KL Sentral ke terminal LCCT saya melayari laman web menggunakan nokia E71 google sana dan sini, saya terjumpa pengalaman seorang blogger yang agak menarik berkenaan persoalan Halal. Sila rujuk blog beliau disini

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan? Apa kena mengena dengan UBN?

Majlis Presiden Pakatan Rakyat belum berlangsung, tapi kenapa semua orang berfikir berkenaan Kerajaan Perpaduan itu berkaitan dengan UBN? Adakah Kerajaan Perpaduan itu perlu dilibatkan UBN?

Mungkin sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap berkenaan Kerajaan Perpaduan, kerana UBN masih memiliki majoriti dan telah sah UBN bukanlah yang sesuai berbincang kerana mereka ni dengan komunis tidak jauh bezanya.

Yang jelas Kerajaan Perpaduan tidak perlu melibatkan UMNO tapi semua parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ianya pasti berjaya jika semua parti yang memiliki kerusi parlimen bersatu membentuk Kerajaan Perpaduan meninggalkan UMNO terjun dengan labu-labunya.

Saya kira jika ingin membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini, ini sahajalah caranya. Jika tidak tunggu sahajalah PRU 13, PR mesti tumbangkan UBN maka sistem Kerajaan di Malaysia dapat dipulihkan sepenuhnya.

Monday, June 8, 2009

Bila Kerajaan Perpaduan?

Ia baik dan ia sesuatu yang diamalkan oleh banyak Negara Demokrasi, tapi selagi Malaysia dijajah oleh UBN yang tidak jauh bezanya dgn Komunis, ini bukan masanya.

Bila? Apabila UBN telah tumbang, dan Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi dan sistem kerajaan di Malaysia.

Kenapa? Kerana UBN tidak boleh dipercayai langsung, banyak isu telah membuktikannya dan yang paling terkini adalah Perak.

Apa contohnya? Hamas dan Fatah kenapa tidak boleh disatukan? Banyak perkara dasar yang tidak selari, bukan setakat perkara pokok dalam pemerintahan Islam, malah perkara kemanusiaan juga berbeza.

Sekalipun PAS pernah menjadi kerajaan Pusat bersama UBN tapi PAS pernah dikhianati paling dahsyat dalam sejarahnya oleh UBN. Sekalipun PAS pernah berjaya bersama APU, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Tidak pernah PAS menimpa fitnah sebesar bersama UBN.

Semoga Allah jauhkan PAS dari fitnah yang dahsyat. Subhanallah.

TAKBIR!!

Friday, June 5, 2009

Pemilihan Muktamar PAS, Cabaran Kepada Perwakilan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, saya tidak ingin mengulas panjang. Apa yang paling jelas dalam muktamar kali ini, PAS mempunyai barisan Pemimpin yang cukup berkelayakan dan hebat-hebat belaka. Semangat pertandingan yang sangat Islamik dan Profesional.

Saya percaya sebagai perwakilan pasti terasa begitu sukar, jika saya ditugaskan juga saya pasti berasa begitu. Yang penting sekali sebagai ahli PAS di akar umbi, kami berharap para perwakilan telah siap siaga dengan solat hajat dan istikharah. Bermula dari Timbalan Presiden, Ust. Nasha, Datuk Husam, dan Abg Mat. Ketiga-tiga tokoh mempunyai karisma yang tersendiri, ketokohan yang menggentarkan lawan dan pengalaman yang tidak berbelah bahagi. Ust Nasha dari IPT terjun ke perjuangan PAS ketika saya membuat analisis undang-undang tulisan Ust Nasha masih menjadi rujukan, Datuk Husam bermula dari bawah meningkat naik dengan keberanian beliau menyelongkar parti lawan cukup menggerunkan lawan, Abg Mat tokoh yang sering menghiasi malam-malam saya di asrama sekolah menengah mendengar kaset ceramah beliau cukup memotivasikan jiwa.

Calon Naib Presiden adalah juga orang lama dalam PAS spt Mahfuz, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim, dan Nik Amar. Mereka ini adalah pemimpin berkarisma, gerak kerja, ketokohan, keberanian mereka ini sejak dahulu lagi memang telah diketahui kehebatannya.

Apa yang saya ingin terangkan adalah karisma, ketokohan, kepetahan pemimpin PAS semakin menyerlah. Di kala UMNO ketandusan pemimpin, PAS melonjakkan nama-nama yang cergas, menyejukkan mata, tegas, pintar, dan berani. Satu gagasan dan pilihan baru kepada rakyat Malaysia. Saya pinjam stigma dari Ust Nasrudin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS yang baru berkenaan 3 tungku. Tiga tungku ini iaitu Ulamak, Profesional dan Aktivis telah menjadi kekuatan PAS dan akan terus diteguhkan untuk meletakkan Al-Quran dan Sunnah dihadapan di bumi Malaysia ini.

Semoga PAS terus segar di persada politik negara, untuk menjadikan bumi tuhan ini putih bersih.

Takbir!!! Allahuakbar

Wednesday, June 3, 2009

Maklumat berkenaan Halal

Saya sedang mengikuti Seminar Industry Halal peluang di Timur Tengah anjuran HDC di One Utama, menarik tapi penat disebabkan bawa rakan sekolah lama yang buat bisnes, SPM beliau pon cukup makan, selepas bertani nenas selama 5 tahun beliau bukak bisnes jus nenas. Teringin nak kembangkan perniagaan saya pon temanlah sebagai fasilitator. komen saya smidec ke matrade ke mecd ke hdc ke sama je guna english, salah ke guna Bahasa Melayu. Mat Saleh dan Pak Arab tu ok lah yang rakyat Malaysia tu gunalah Bahasa Melayu.

OK, Saya ingin kongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari Halal directory yang dibangunkan oleh HDC, saya dapat maklumat dari mihas bulan lepas tapi semalam baru cuba, dalam fikiran saya sama sahaja macam JAKIM punya directory (dikategorikan sebagai tak friendly langsung) tapi rupanya dah memang jauh lebih baik dari jakim. Saya nak kongsi sebab ada sahabat dekat sini tanya Kopitiam White Coffee tu dah pernah dapat sijil Halal dari JAKIM atau HDC ke? rupa2nya Kopitiam Old Town White Coffee tu hanya dapat sijil untuk produk minuman instant coffee nya. Kalau tak percaya boleh rujuk kat sini ala-ala google halal sikit.

Cuba perhatikan saya cari old town:
Yang berkaitan, produk ada 1 tapi premis ada 3, bila saya klik premis yang keluar adalah :
Terbukti tak ada satu pun premis tersebut ada Kopitiam Old Town, nasib baik minggu lepas saya tak minum kebetulan singgah dirumah kawan di KL beliau ajak minum kopi di Kopitiam Old Town, semasa tiba saya agak ragu2 sebab tak ada logo Halal Malaysia yang ada adalah lain. HDC pon kata tak iktiraf logo selain yang tersenarai didalam portal mereka. Sedangkan kawan saya kata pada packaging yang dibelinya di Tesco ada logo Halal Malaysia. Perlu peka tidak semestinya produk mereka dapat sijil premis mereka dapat sijil.

Marilah kita panjang2kan perkara ini.

Friday, May 29, 2009

Malaysiakini : PKA Report for PKFZ by PwC

Ini adalah report yang saya tiru dan tampal dari Malaysiakini.

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong | May 28, 09 6:04pm
Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.

Kerajaan Malaysia juga, tambah laporan tersebut, perlu mengambil tindakan bersepadu untuk memperbaiki semula kedudukan PKFZ supaya menjadi satu pelaburan yang berjaya.

Kabinet meluluskan projek PKFZ pada bulan Mac 1999. Ia mengikut model Zon Bebas Jebel Ali di Dubai.

Bagaimanapun, kos pelaksanaannya telah meningkat dari RM1.957 bilion pada 2001/2002 kepada RM3.522 bilion pada 2008, tidak termasuk kos faedah.

Jika mengambilkira kos faedah, jumlahnya boleh mencecah RM7.453 bilion

Menurut laporan itu lagi, PKA telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk membeli tanah dan memaju projek itu secara turnkey.

Kos anggaran asalnya untuk membeli tanah dan kerja-kerja memajukannya pada 2001 adalah sebanyak RM1.957 bilion.

Bagaimanapun, kos berbelanjaan projek itu telah meningkatkan kepada RM3.522 bilion pada 31 Disember 2008.

Manakala kos faedah daripada bayaran tertangguh kepada KDSB berjumlah RM1.425 bilion, dan ini menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan projek tersebut ialah RM4.947 bilion.

Laporan itu menyebut, PKA tidak mampu membiayai obligasinya kepada KDSB dari sumber kewangannya sendiri pada jadual pertama pembayaran pada tahun 2007.

Berikutan itu, PKA mendapatkan pinjaman mudah RM4.632 bilion dari Kementerian Kewangan (MOF). Pinjaman tersebut menyebabkan kos faedah tambahan RM2.506 bilion, dan menjadikan kos keseluruhan PKFZ mencecah RM7.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, PKA mesti menstrukturkan semula pinjaman mudah dari MOF itu bagi mengelak kemungkinan kegagalan pembayaran pada 2012.

Katanya, unjuran aliran tunai yang disediakan oleh pengurusan PKA menunjukkan bahawa lembaga itu akan mengalami defisit terkumpul tunai antara tahun 2012 dan 2041, selepas membayar dua bayaran ansuran kepada MOF.

Sekiranya PKA gagal untuk menjelaskan bayaran ansuran pinjaman MOF mengikut jadual, dan pembayaran ansuran itu ditangguhkan untuk dipadankan dengan unjuran aliran tunainya, maka menurut laporan tersebut, lembaga itu akan menanggung kos faedah tambahan kira-kira RM5 bilion.

Keadaan itu, tambahnya, akan melonjakkanlagi perbelanjaan projek tersebut kepada RM12.453 bilion.

Menurut laporan itu lagi, tidak dapat dipastikan sama ada PKA telah menerima nilai wang bagi jumlah yang telah dibelanjakan untuk memajukan PKFZ.

Pendekatan PKA dalam melaksanakan projek tersebut, tambahnya, ialah - sebagai satu pembangunan turnkey - tanggungjawab terletak di bahu KDSB untuk menyerahkan kerja-kerja yang telah siap kepada PKA, dengan kadar penyeliaan yang minima.

Tambahan lagi, tegas laporan itu, ia terlalu bergantung kepada juruukur bahan, QS4, untuk mengesahkan kos anggaran berdasarkan kepada rekabentuk-rekabentuk yang telah siap yang dikemukakan oleh KDSB.

PKA, tambahnya, boleh menguruskan projek itu dengan lebih baik lagi, umpamanya, dengan melantik pegawai penyelia yang berkelayakan, bagi memastikan ada pelan induk JAFZI/TSG dan spesifikasi terperinci bangunan/infrastruktur sebelum kerja-kerja dimulakan; menggunakan tender terbuka dalam pemberian kontrak; dan menggunakan juruukur bahan (GS4) sendiri secara lebih berkesan lagi.

Menurut laporan tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT)/PKA boleh mendapat faedah daripada kos pembiayaan yang rendah sekiranya ia mengeluarkan bon jaminan kerajaan untuk membiayai projek tersebut.

Sebagai contohnya, kata laporan itu lagi, PKA boleh mengeluarkan bon pada kadar 4.27 peratus seperti yang dinikmati Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) untuk membeli tanah secara langsung pada harga RM21 sekali persegi (psf) (secara tunai), berbanding RM25 psf (secara bayaran tertangguh).

Oleh itu, tambahnya, jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan bagi membeli tanah tersebut adalah RM1.276 bilion berbanding dengan RM1.808 bilion - membolehkan penjimatan sebanyak RM0.532 bilion.

PKA juga, kata laporan itu, boleh menjimatkan lagi kos pembiayaannya seandainya ia memajukan unit industri ringan (ILU) dalam tempoh lapan tahun sepertimana yang disyorkan dalam pelan induk JAFZI/TSG dan bukannya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Wednesday, May 27, 2009

Sketsa Ezam Terkulat Seorangan

Saya tiru dan tampal dari blog Kopitiam Bang Nan.. Tapi saya ubah sedikit topiknya

============================================================================================

Teman sempat nengok si Ezam dalam rancangan hujah di TV9 malam tadi.

Kesian...!! Sorang2pun kena belasah dek Prof. Agus. Teman ingatkan sorang2 bolehlah cakap banyak...

Menggigil tak tentu hala. Tak relevan kata Pak Wan...

Antara isu yang diutarakan oleh Prof. Agus ialah:

1. Rasuah dalam Umno.

Ezam kata memang tak dapat dinafikan Umno rasuah cumanye biasalah bagi parti yang ada kuasa 50 tahun. Tak dapat dielakkan..kata dia.

Tapi katanya Umno steady...berjiwa besar dan telanh mengambil tindakan sewajarnya dengan mengaku ada rasuah dalam Umno dan telah membersihkan Umno.

Buat lawak mamat ni. Bersih apa? Sapu bersih adalah....

Ali Last-term apa cerita? KJ apa cerita...? Tak bayor duit poster apa cerite?? Khir Toyo Al-Balkisi apa ceriter?

2. Rasuah dalam PKR

Setahun memerintah...Ezam cuma ada kes lembu dengan kereta aje untuk memalitkan PKR dengan rasuah. He he...

Dan dia mengambil peluang tersebut menyerang PKR secukup rasa. Alahai...

Bila disergah oleh Agus...kat mana kes ini sekarang? Dakwaan atau siasatan?

Maka terkulat2lah Mat Ezam nak menjawab...terpusing2lah dia macam tenggiling kena kuis.

3. Rasuah dalam PAS.

PAS tak perfect tapi Islam perfect. Betullah yob...sapa kata PAS perfect...

Dia dok gelong kes balak di Kelantan.

Bila Agus tanya mana kes nya? Mana buktinya?

Dia sekali lagi macam tenggiling termakan kerengge...padan muke.

Kalu ada keslah...Mat Said Hamdan tu aku rasa dah pindah Kota Baru dah...tak duduk dia kat Sri Damansara tu...dia sendiri dok pergi siasat rasanya.

Sekali lagi si Mat Ezam terkangkang.

4. 6 kotak.

Bila diungkit kisah kotak...dia bawak buku Prof. Aziz Bari untuk menegakkan benang basah dia. Dia kata dia cuma cakap kotak tu ada pada Anwar untuk didedahkan. Bukan ada pada dia. Maknanya dia tukang lapor ajelah.

Jadi apa masalahnya? Kalu ada pada Anwar dan Anwar nak simpan jadi suratkhabo lama...apa dia peduli?

Orang tanya dia sebab dialah dulu yang sibuk buat cerite sana sini...nak popular...sekali lagi dia dibodohkan oleh dirinya yang tak berapa cerdik tu...!!

Padanlah Anwar dah tak nak dia.

5. Dia masuk penjara kerana isu kotak.

Teman nak cakap...Botak Chinpun masuk penjara jugak. Ada orang kata dia tu hero...tapi sebebenonye dia penyangak. Macam hanglah....

TAPI SATULAH TEMAN BOLEH PUJI HANG NI...HANG LEBIH BERANI DARI ZAHID. TAPI TULAH...BERANI TAPI TAK CERDIK NAK BUAT APA?!!

Penanti : banyak Lawak dari Seriusnya

Banyak lawaknya dari serius bukannya apa, calon yang bertanding untuk lawan Dr. Mansor tu banyak betul duitnya, ok yang paling menggeletek ketiak saya ialah calon bebas lambang kunci iaitu Aminah, atau dia gelarkan dirinya Kak Min atau kenalan PKR panggil Kak Minah.

Yang paling menggelikan hati ialah apabila dikatakannya PKR nak tawarkan jawatan TKM 1, abistu buat apa Dr. Mansor bertanding? Adakah PKR suka-suka tampal poster Dr. Mansor bertanding untuk meletakkan Kak Minah sebagai TKM 1, satu rumah kami gelak anak saudara sahabat saya ni siap berguling, saya syak ini kerja orang dacing dengan disepakati oleh orang lambang kunci ini. Sebab nampak tak masuk akal sangat. Saya terbayangkan saya memilih seorang kakitangan terbaik saya menjawat jawatan COO syarikat, kemudian saya hantar setiausaha saya untuk memujuk seorang lagi staff lain yang dah berhenti untuk menjawat COO. Nampak sangat b***h.

Liputan menyeluruh Kak Minah ni, habis media perdana keluar muka dia, ini lagi kelakar. Selamat menonton komik "the hidden 'dacing' in election"

Monday, May 11, 2009

Daulah Islamiyyah

1. Dalam usrah hari ini naqib mengulas hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.

2. Secangkir ayat ini memberi makna yang cukup luas sekali. Tidak lebih dari ingin berkongsi selain memberi peringaran kepada diri ini yang mana dalam ulasan itu lebih penting dinyatakan adalah dakwah itu adalah matlamat, politik itu adalah senjata, demokrasi itu adalah peluru.

3. Akhlak yang terpuji harus ditunjukkan sepanjang proses dakwah yang mungkin memakan masa kerana cabaran itu datang dari banyak sudut.

4. Ketika mana dalam keadaan orang Islam sendiri menentang Islam masakan boleh meminta orang bukan Islam menerima Islam. Jadi akhlak Islam itu harus ditunjukkan oleh semua pemimpin dan pengikut gerakan Islam. kerana telah disebutkan Allah SWT tidak memandang harta, nama, dan pangkat tetapi siapa yang meninggikan kalimah Allah itulah makanya dia berada di jalan Allah.

5. Kasih dan sayang dalam Islam itu merentasi kaum, warna kulit atau bahasa. Kasih sayang itu mampu menjadi pemangkin dalam meredah belukar assabiyyah.

6. Pangkat, jawatan, sanjungan, atau taraf sama ada dia doktor, jurutera, perunding, guru, atau rakyat biasa tidak bermakna jika tidak meninggikan kalimah Allah. Tetapi jika seorang perunding ekonomi itu berniat dengan kental untuk menjadikan Daulah Islamiyyah itu matlamat maka InsyaAllah akan berada di jalanNya.

Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang

Tidak terkesan sekiranya keputusan Mahkamah membelakangkan undang-undang. Bagaimanapun indahnya badan legislatif apabila mendepankan undang-undang.

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Saturday, May 9, 2009

Demokrasi musnah di Perak, samseng di angkat pembela di lucut

Sayang, Kesultanan Perak adalah sebuah negeri yang dipercayai penyambung legasi Kesultanan Melaka. Lagu negeri Perak juga dijadikan irama Lagu Negaraku, negeri ini juga adalah yang pertama menerima residen British, khamis lalu mencatat satu lagi sejarah hitam iaitu samseng bermaharajalela. Dewan Undangan Negeri Perak dihina-sehina hinanya oleh UBN Perak, Pegawai PTD Perak serta Pegawai Polis di Perak.

Rakan-rakan di luar negara juga memberi respons yang semakin negatif terhadap kebobrokan UBN di Perak. Apalah nasib Malaysia menerima pemimpin sekotor UBN ini, tapi sayang masih ada rakyat atau penyokong UBN merasakan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan undang-undang dan rakyat. Merasakan diri mereka tidak terkesan biarlah nasib sahabat lain teraniaya, UBN hanya pandai membuat retorik politik.

Saya menyeru sahabat-sahabat mendoakan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang Pakatan Rakyat dan melaknat pemimpin UBN.

Tuesday, May 5, 2009

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Perubahan Umat

Saya tiru dan tampal dari artikel Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) di blog beliau. Muktamar bakal berlangsung, kadang-kala saya juga sedikit alpa oleh yang demikian tujuan penampalan artikel ini adalah untuk menghayati kembali perjuangan Allahyarham yang banyak memberi kesan kepada perkembangan dan misi Daulah Islamiyah di dalam PAS itu sendiri. Sebagai peringatan untuk diri saya juga kepada rakan-rakan seperjuangan.

Dipetik tanpa saya kupas Dari http://drmaza.com/home/?p=593


Ustaz Fadhil Dan Perubahan Umat

[artikel ini ditulis oleh DR MAZA hampir sembilan tahun lalu (tahun 2000) dalam Majalah Tamadun semasa beliau masih pelajar di IIUM. Semasa itu al-marhum Dato’ Fadhil Noor masih hidup. Tulisan disiarkan semula sekadar bahan bacaan ‘sejarah’ yang pernah ditulis oleh DR MAZA semasa belum memiliki Ph.D, belum menjadi pensyarah universiti, mufti dan belum dikenali seperti sekarang]

Y.B Dato’ Fadhil Noor terkenal sebagai tokoh yang terbuka dalam menilai keadaan dan suasana. Wataknya ini telah banyak mencetus rentak perubahan berfikir sebahagian mereka yang jumud. Saya menyanggap beliau sebagai tokoh politik pro-Islam yang moderat.

Baru-baru ini saya agak tertarik dengan kenyataan Y.B Dato’ Fadhil Noor, dalam suatu temuramah dengan beliau oleh wakil malaysiakini mengenai penubuhan negara Islam. Kata beliau: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi. Kita perlu mencari strategi bertemu dengan rakyat supaya ia dapat diterima oleh semua pihak”

Mungkin ada sebahagian di kalangan yang kurang faham menganggap Ustaz Fadhil dengan kenyataan ini seolah-olah mula longgar dengan perjuangannya. Namun bagi yang mengkaji nas-nas Islam secara meluas dan mendalam akan menilai kenyataan ini, sebagai suatu kenyataan.yang pengucapnya memahami tabiat Islam. Golongan yang gopoh, yang berkempen negara Islam tanpa ilmu yang masak, seperti yang menghafal sepatah dua ayat dan berceramah tidak mungkin dapat mengucapkan satu unggapan yang begini. Ucapan ini lahir daripada memahami hakikat dan tabiat din yang sebenar.

Kita perlu faham bahawa di dalam agama ada perkara yang sebut sebagai adillah qat`iyyah iaitu dalil-dalil yang putus yang hanya memberi suatu makna jelas yang tidak difahami selain makna tersebut yang ianya juga qat`iyyah al-thubut iaitu yang sampai kepada kita secara mutawatir. Dan ada pula yang disebut sebagai adillah zanniyyah ianya boleh ditafsir lebih dari satu makna dan kepastian tentang ketulenannya juga zan (tidak putus) atau kita katakan tidak sampai ke darjat mutawatir. Bahagian inilah yang mencetuskan khilaf pendapat di kalangan ulamak mujtahidin.
Dalam hukum-hakam dan dalil-dalil syarak kebanyakan adalah zaniyyah dalam ertikata ianya boleh menyebabkan khilaf dalam memahaminya. Inilah yang disebut para penulis Usul al-Fiqh yang klasik mahu yang baru. Kebanyakan hadith-hadith yang termaktub dalam kitab-kitab sahih mengandungi dalil-dalil zaniyyah, samada disebabkan ianya hadith-hadith aahad yang tidak sampai ke darjat mutawatir atau disebabkan ianya boleh difahami dengan berbeza-beza maksud”

Malangnya, ada yang dipanggil ustaz tetapi tidak dapat membezakan dua perkara di atas. Umpamanya, dalam suatu forum kebetulan saya salah seorang panelnya, seorang tokoh, beliau menyatakan Rasulullah dalam baiah tidak bersalam denga perempuan, itu adalah dalil qat`i haram bersalam dengan perempuan” Inilah tanda jahilnya dia terhadap maksud dalil qat`i. Saya bukan menyokong bersalam dengan perempuan ajnabi atau bukan mahram, tetapi ianya adalah masalah khilaf. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam dalam buku al-Fatwa al-Mu`asarah mengharuskannya. Itu adalah tarjih beliau disebabkan dalilnya tidak qat`i. Al-Syeikh `Abd al-Hamid Qafa mentarjihkan sebaliknya.

Semua kita yakin, perlunya ditegakkan kerana pemerintahan yang menjunjung titah perintah Allah dan RasulNya s.a.w. Namun strategi untuk sampai kepadanya memerlukan kebijaksanaan yang cukup. Apatah lagi Islam tidak menentukan suatu cara khusus dalam menegakkan daulah Islamiyyah. Kita juga tidak dapat menerima kenyataan sebahagian orang yang menyatakan bahawa seperti mana Islam mengajar solat demikianlah juga Islam mengajar tentang pembentukan negara Islam. Ini tidak benar, solat diajar oleh Islam dari awal hingga akhir dengan tidak boleh kita membuat sebarang penambahan melebihi apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. kerana itu adalah bid`ah, adapun negara Islam, kita hanya diajar beberapa asas-asas utama sahaja dan baki adalah masalah ijtihadiyyah (ijtihad)

Kita juga perlu tahu bahawa zaman dan tempat tidak menentukan rupa bentu Islam, tetapi Islam meraikan perubahan manusia, tempat dan zaman. Inilah yang disebut oleh ulamak usuliyyin: Taghair al-Fatwa bi taghair al-Amkinah wa al-Azminah iaitu berubahnya fatwa disebabkan berubahnya tempat dan zaman. Umpamanya di dalam hadith-hadith yang sahih termasuk yang diriwayatkan oleh al-Bukhari Rasulullah s.a.w. melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari. Pada tahun berikut para sahabat bertanya Nabi s.a.w.apakah mereka perlu buat seperti tahun lalu? Kata Nabi s.a.w.: Makan dan simpanlah kerana pada tahun lepas orang ramai dalam keadaan susah dan aku mahu kamu menolong mereka”. Dalam riwayat yang lain disebutkan disebabkan daffah iaitu orang ramai yang datang dari luar Madinah. Jelas sekali bahawa adanya larangan Nabi s.a.w. disebabkan oleh keadaan tertentu atau punca tertentu yang sebut dalam usul al-Fiqh sebagai illah al-Hukum. Apabila hilang punca dikeluarkan sesuatu hukum maka hukum pun dipadamkan. Dengan itu, al-Imam as-Syaf`i sebagai tokoh terawal menulis dalam Usul al-Fiqh memasuk bab al-`Ilal fi al-Ahadith (`ilah-ilah di dalam hadith-hadith) dalam kitabnya al-Risalah.

Banyak lagi contoh-contoh yang lain di dalam hadith kalau nak disebutkan, yang menunjukkan perubahan zaman mengubah fatwa. Inilah juga amalan para sahabah yang menghukum beberapa perkara tidak sama seperti hukuman pada zaman Nabi s.a.w. disebabkan perubahan yang berlaku, umpamanya Saidina Umar tidak memberi zakat kepada golongan al-muallaf qulubhum (yang cuba didekatkan kepada Islam) pada zamannya sekalipun hak mereka disebut di dalam al-Quran dan mereka diberikan zakat oleh Rasulullah s.a.w.. Ini disebabkan perubahan keadaan dan suasana dengan kata Umar : Allah telah memuliakan Islam dan tidak memerlukan mereka!” Sesiapa yang ingin pendetilan dia boleh menyemak tuisan para ulama termasuk tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah.

Para ulama ketika mengeluarkan pendapat, fatwa dan huraian juga melihat perubahan keadaan dan masa. `Umar bin `Abd al-Aziz ketika mentadbir Madinah hanya menuntut seorang saksi dan sumpah. Namun ketika di Syam beliau menuntut dua orang saksi disebabkan orang Syam tidak seperti orang Madinah. Inilah juga yang menyebabkan Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah ketika mengulas hadith “Para pemimmpin itu dari kalangan Quraish” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhih: sanadnya jaiyyid) ialah disebabkan kerana ketika itu Quraish memilik kekuatan kaum dan puak. Maka mana-mana bangsa dan individu yang mempunyai kekuatan seperti itu dia layak sekalipun bukan Quraish. Ini disebabkan beliau menilai punca lahirnya arahan Nabi s.a.w.

Begitu juga dalam hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan al-Tirmizi mensahihkannya, baginda Nabi s.a.w enggan menetapkan harga barang untuk para peniaga pada zaman baginda sekalipun diminta berbuat demikian. Jika kita laksanakan hadith ini pada zaman ini dengan tidak ditetapkan harga siling untuk para pedagang pasti orang ramai akan kesusahan dan para peniaga akan bermaharajalela dengan menaikkan harga gula, beras, daging dan sebagainya mengikut kehendak mereka. Dengan itu para ulama menyatakan Rasulullah s.a.w tidak menetapkan harga disebabkan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian ketika itu. Para fuqaha mengizinkan untuk para pemerintah mentapkan harga jika perlu. Ini dibahaskan oleh mereka termasuk al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah, bahkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa menyatakan kadang-kala wajib ditetapkan harga jika keadaan menuntut demikian.

Apa yang saya ingin nyatakan ialah kita perlu menilai perubahan kerana ini tuntutan Islam itu sendiri. Islam agama yang hidup setiap masa dan zaman. Barangkali inilah yang menyebabkan Ust. Fadhil menyebut: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi”

Sebenarnya dalam banyak keadaan, melaksanakan Islam pada zaman ini jauh lebih susah daripada zaman lampau. Memegang Islam bagaikan memegang bara yang panas. Umpamnya, riba dengan mudah sahaja diharamkan pada zaman Nabi .s.a.w.. Dengan penegasan baginda s.a.w., para sahabah berhenti berurusan dengan riba dan negara bersih dari riba. Namun pada zaman ini pengharaman riba memerlukan usaha yang jauh lebih besar dan susah. Ianya bukan hanya melibatkan individu, tetapi bank-bank, bukan sahaja bank-bank biasa tetapi juga Bank Negara, bank negara pula berusan dengan bank-bank di peringkat antarabangsa yang mengamalkan riba. Usaha kita perlu jauh lebih besar.

Dalam keadaan sekarang jika kita ingin menguasai syarikat-syarikat besar dan utama yang menentukan kepentingan umat seperti elektrik negara, air negara dan seumpamanya, terpaksa terjerumus ke dalam kancah riba. Jika dibiarkan pula golongan pihak lain akan mengambilnya dan masa depan umat dalam bahaya. Inilah menyebabkan beberapa tokoh ekonomi Islam seperti al-Syeikh Mustafa al-Zarza, mengizinkan penglibatan muslim dalam hal yang sebegini.
Pemikiran dan kefahaman terhadap agama perlu mendalam dan jauh menjangkau agar Islam tidak dipinggirkan dan dianggap tidak mampu. Usaha mengujudkan daulah Islamiyyah yang memayungi umat adalah kewajipan kita. Namun usaha ke arah itu perlu dengan kefahaman yang mantap terhadap ruh syariat.