Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, February 29, 2012

Kenapa undi Melayu pecah ?


Bagaimana pendapat anda ? Adakah pecahan undi Melayu membimbangkan ? Perlukah Melayu bersatu hanya di bawah satu parti politik sahaja ? Bangsa lain bagaimana pula ? Lantak dia ? Adakah anda lihat perpecahan undi bukan Melayu merugikan atau menguntungkan mereka ?

Orang Cina pun berpecah juga. Tetapi perpecahan mereka dilihat tidak merugikan mereka tetapi menguntungkan mereka. Mereka ada alternatif dan mereka manfaatkan kelebihan itu.

Malangnya Melayu gagal memanfaatkan kewujudan lebih daripada satu parti politik dominan Melayu.

Bagi saya, lebih baik bagi orang Melayu mempunyai pilihan. Ketika BN berkuasa besar, Melayu didakwa sebagai bersatu walhal kemenangan besar BN adalah atas faktor undi Cina dan India. Bila kuasa UMNO tergugat selepas undi Cina dan India tidak terlalu berpihak kepada BN, Melayu dikatakan berpecah.

Sekian lama orang Melayu hanya percaya dengan kata2 UMNO sahaja. Sebelum ini, mereka tidak mahu mendengar bantahan atau rungutan rakyat. Selepas mereka alami kekalahan, barulah mereka nak mengaku mereka buat silap seperti yang diakui sendiri Najib di Selangor.

Bayangkan kalau BN masih berkuasa di Selangor, adakah Khir Toyo akan didakwa di mahkamah ? Adakah projek perumahan terbengkalai akan dipulihkan sebegitu pesat seperti sejak 4 tahun lalu ? Di Kedah pula, adakah hasil kerajaan negeri akan bertambah seperti sekarang ? Adakah BN akan beri wang BR1M RM500 ? Adakah BN mahu mengaku ada buat silap ?

Orang Melayu wajar punyai pilihan lebih daripada hanya satu parti politik. Jika itu dilihat sebagai perpecahan, ia sebenarnya mengandungi banyak hikmah. Ia tidak merugikan Melayu pun. Sekarang, sekolah2 agama rakyat misalnya semakin bertambah baik. Ramai orang Melayu yang kerugian beribu2 ringgit kerana rumah dibeli terbengkalai kini tidak lagi rasa kerugian membuat bayaran setiap bulan kepada bank. Ada yang sudah tidak menyewa lagi dan duit sewa dapat dimanfaatkan untuk benda lain yang lebih perlu.

Perlukah kita bersatu mempertahankan sebuah kuasa yang rasuah ? Salah guna kuasa berleluasa, banyak perjanjian2 yang tidak menguntungkan rakyat seperti projek lebuh raya, NFC, tanah rizab Melayu yang mengecut, peruntukan untuk SAR yang ditahan, perjanjian air dan banyak lagi. Ketika PAS berada dalam BN, MB PAS pun adalah MB pilihan UMNO. Tiada istilah UMNOisme berbanding ANWARisme hari ini. PAS jadi pak turut, yes man sahaja.

Dalam PR, PAS ada suaranya sendiri, PKR ada suaranya sendiri dan DAP ada suaranya sendiri. Masing2 ada kuasa sendiri dan masing2 saling menhormati. Bukan demokrasi terpimpin seperti dalam BN. Bukan dibuli UMNO, bukan dimonopoli UMNO.

Biarlah Melayu berpecah kerana perpecahan itu ternyata membawa kebaikan kepada Melayu. Kalau melayu mahu jadi kuat, berpegang teguhlah kepada tali Allah. Tanya UMNO, UMNO berpegang teguh pada tali Allah kah ? Pemimpin UMNO berpegang teguh kepada syariat Allah kah ? Kalau ye, kenapa wujud perjanjian2 yang merugikan rakyat. Kenapa menipu rakyat ? Kenapa rasuah ? Kenapa abaikan keluhan rakyat ? Kenapa tidak peduli masalah rakyat ? Kenapa SAR dianiaya ? Kenapa tanah rizab Melayu mengecil ?

No comments: