Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Sunday, December 19, 2010
DUN Tenang, N5 PAS Bersedia
Bagi saya pula untuk makluman semua pembaca bahawa akar umbi PAS seluruh negara juga telah bersedia untuk berjuang merampas DUN Tenang dari Umno. PAS akan turun dengan kekuatan penuh dan dibantu oleh jentera Pakatan Rakyat yang lain. Doakan kejayaan kita.
Tuesday, December 7, 2010
Perurusan Ma'al Hijarah, Presiden PAS
By YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Yesterday at 9:45pm
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.
Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.
Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Presiden Parti Islam SeMalaysia
1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010
Friday, November 26, 2010
MB Kedah: "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"
Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah)
ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'
Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.
Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.
Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.
Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.
Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.
Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.
Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.
Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.
Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.
Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.
Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.
"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."
Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.
"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.
Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.
Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.
Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.
Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!
Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.
"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.
Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"
Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.
"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.
"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.
Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.
Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.
"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.
"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.
"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...
"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.
Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.
Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.
Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:
"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.
Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.
"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.
Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.
Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.
Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.
Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.
"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.
Dipetik dari artikel KedahLanie : http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/mb-kedah-saya-bekas-md-harakah-mereka.html
Wednesday, November 24, 2010
Browser ke Sitopimerah Blogs
Pageviews by Browsers | |||||||||||||
|
Bersiap sedia tanpa Anwar
Friday, November 19, 2010
Bangsa Cina yang bijak atau bangsa Cina yang pembohong?
Topik kami yang terakhir tadi adalah politik Malaysia kini, beliau melahirkan kehairanan bagaimana ada orang Melayu boleh terima pemimpin Cina seperti Chua Soi Lek, tetapi mengutuk Lim Guan Eng.
Orang seperti Chua Soi Lek tidak dikutuk YB Zul, Zahrain, Brahim Ali, Reezal Merican dsb. Orang ini selain pandai aksi video lucah dia hanya pandai mengutuk sambutan Hari Raya Eiduladha di kelantan, mengampu Najib dan Umno, merendahkan Islam, merendahkan usaha murni Lim Guan Eng. Orang yang dihina oleh Zul Zahrain Brahim Ali dan Reezal iaitu YAB Lim Guan Eng inilah terpaksa merengkok dipenjara kerana mempertahankan anak melayu, memberi nafas baru kepada sek agama rakyat di P.Pinang, ingin mengambil contoh Umar Abd Aziz, memberi bantuan kepada org tua, dan banyak lagi.
Adakah orang Melayu yang menyokong dan percaya Umno Mca dan Mic ini terlalu rendah maruah mereka sehingga sanggup ditipu, dibodohkan, dihina, digula dengan wang ringgit dan sebagainya?
Ringkas sahaja, jika masih ramai org Melayu sanggup ditipu maka menanglah lagi UBN sekalipun tidak 2/3 spt disebut oleh Tun M tapi ia tetap kuasa.
Adakah orang Melayu mahu pemerintah yang bersama PAS ada orang cina sepintar Lim Guan Eng atau mahu bersama Umno ada orang Cina yang kuat menipu seperti Chua Soi Lek? yang Melayu dalam Umno penuh dengan penipu, pembelit dan mcm2 lagi palitan itu disokong jua ditambah dengan MCA nya pon sama, maka rakyat fikirlah
Monday, November 15, 2010
Komen Pertandingan Dalam PKR Bah. 2
Thursday, November 11, 2010
TV3 kononnya nak tanya banjir Kedah
Merujuk kepada soalan wartawan yang tidak dihiraukan oleh YAB MB Kedah yang disiarkan di Buletin Utama tadi dah lama dah banjir baru terhegeh hegeh jumpa MB tanya hal ni
Sudah berminggu YAB MB Kedah ke hulu hilir tanpa dipedulikan media arus perdana, beliau tidak kisah malah kemudian beliau dipinggirkan pula oleh YAB TPM ditambah dengan pelbagai tuduhan, petang tadi kononnya baru terhegeh-hegeh nak tanya berkenaan banjir kat beliau. Terutama TV3, RTM dan NST.
Wednesday, November 10, 2010
Pembohongan : Muhyiddin Politikkan Isu Banjir
Tuesday, October 26, 2010
Halal dan Industri Berkaitannya Di Ketepikan??
KUALA LUMPUR (Oct 26, 2010): The Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) did not have proper documentations for rebranding works and expenditures for its World Halal Forum (WHF).
The international event, was the annual agenda of KasehDia Sdn Bhd, the consultant and advertising company which published the Halal Journal.
It had asked HDC to host the WHF and sponsor RM500,000 in January 2007.
However, the audit findings showed that there was no formal agreement signed between HDC and KasehDia regarding the sponsorship but only conditions laid out by the Board of Directors.
The audit also found that the miscellaneous fees of RM1.15 million paid to KasehDia in 2007 and 2008 did not have a strong basis as there were no details of the expenditures provided.
According to KasehDia’s brief expenditure report, the payment was used the advertising and promotional activities for WHF, Public Relations Campaign, promotional trips to overseas, television and documentary participation programmes.
HDC also did not state the specific terms and conditions regarding WHF’s expenditure proper especially for the overseas promotional trips like daily allowances, phone allowances, the number of participants and the number of days."......sambungan
Inilah dia kaitan antara KJ dan HIDC, seperti sedia maklum Kasehdia adalah proksi kepada KJ dan Anak Pak Lah, darimana mereka dapat sumber kewangan. Rupanya menggunakan Halal untuk membuat perkara yang Haxxx?
Dalam blog saya ini pernah saya bersua dengan pegawai-pegawai HIDC untuk bertanya berkenaan kaitan antara HIDC dan Kasehdia anda boleh rujuk disini. Saya bentangkan di bawah topik
Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)
Wednesday, October 20, 2010
Inikah Fensyen Islam? Nauzubillah
Monday, October 18, 2010
Rintihan rakan-rakan penjawat awam
Selama dua hari kesemmpatan yang ada di tanah air sebelum terpaksa bertugas di luar negara miggu ini, telah saya gunakan untuk bertemu rakan-rakan. Keluh kesah rintihan mereka menyatakan bahawa harapan untuk mendapat bonus tidak kesampaian. Tidak silap saya PM ada menyebut implikasi kewangan yang tinggi melebihi perbelanjaan RM1.2 billion bagi pemberian bonus satu bulan gaji. Oleh yang demikian imbuhan RM500 diberi, setelah imbuhan awal sebelum Raya RM500 menjadikan jumlah sebenar adalah RM1000.
Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mampu untuk memberi sebulan bonus, apa salahnya dengan setengah bulan bonus dan minimum RM1000 kepada mereka yang gaji dibawah RM1000. Perbelanjaan tersebut bertujuan untuk memberi sedikit galakan kepada penjawat awam, bukan itu sahaja kebanyakan penjawat awam terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk naik pangkat, belum cukup dengan penilaian tahunan peperiksaan PTK dan sebagainya. Sebahagian besar mereka juga masih di gred yang lama contohnya gred 41 sedangkan telah berkhidmat hampir 10tahun. Semakin bertambah lah jurang antara pegawai PTD dan bukan PTD. Saya tidak menyalahkan PTD tetapi saya menyalahkan sistem. Saya ada begitu ramai rakan yang bekerja Kerajaan, dan ini sangat jelas sistem tidak membantu mereka. Ungkapan seperti "kau PTD tak apalah sama servis dengan aku tapi sekarang dah Gred 48, aku ni masih Gred 41 PTK dah aras 4 alasan tiada kekosongan".
Berilah satu sistem yang adil kepada penjawat awam, jika masih tidak mampu berlaku adil kepada sistem, berilah imbuhan berupa bonus 1/2 bulan pon saya kira sudah memadai jika terpaksa juga kerajaan menanggung pembanggunan Permata yang "dilihat sangat penting" oleh PM dan isteri beliau. Bagaimana kerajaan hendak meneruskan projek Talent Corp jika sistem penjawat awam juga masih terlalu banyak lompongan.
Thursday, September 30, 2010
Proton: Model Gantian Waja, Sekadar Pandangan
Tidak perlu saya sibuk bincangkan lagi di sini kerana ianya telah jelas di ambil dari mana, kerana telah jelas bersuluh ianya datang dari model Mitsubishi Lancer. Kerana apakah Proton tidak meneruskan legasi asalnya sejak kemunculan Waja? di mana sedikit demi sedikit Proton mengeluarkan model kereta dari lakaran hinggalah mampu berjalan di jalanraya. Model yang terbaru adalah Exora, mpv 7 tempat duduk rekaan anak tempatan, menggunakan enjin yang juga dicipta oleh anak tempatan.
Hakikat yang perlu diterima oleh semua industri automotif kini serba kompetitif, model baru perlu dihasilkan kurang dari 10 tahun bagi satu satu model. Ditambah pula pasaran kini semakin terbuka, lindung melindung, payung mamayung sesuatu industri itu tidak boleh lagi dijadikan amalan kerana ia akan merosakkan lain-lain industri yang perllu bersaing di luar.
Walaupun saya sedar kerajaan masih menggunakan sedikit ruang untuk melindungi Proton, sepatutnya sudah tidak perlu. Bagaimanapun dalam situasi sekarang ianya masih perlu biarpon sedikit kerana kepimpinan baru Proton yang kini diketuai oleh gandingan automotif Dato' Nadzmi dan Datuk Syed Zainal tidak perlu dihukum akibat kecuaian kerajaan dikala melantik Tengku Mahalel sebagai CEO Proton.
Mungkin ramai tidak sedar, tapi hakikat yang nyata kini kuasa automotif sudah semakin kecil, gergasi automotif seperti General Motors dan Ford juga sudah tidak mampu menjaga syarikat-syarikat kecil yang lain. Yang terbaru adalah Volvo, kini sudah diserahkan kepada sebuah syarikat di China. Kereta Mini yang dahulunya dibanggai oleh orang Inggeris kini sudah menjadi milik BMW. Perkongsian teknologi amat diperlukan ketika ini bagi mengekalkan jangka hayat sesebuah industri automotif.
Langkah Proton untuk bergerak bersama kembali dengan Mitsubishi adalah langkah bijak, Mitsubishi juga sebenarnya menghadapi situasi yang sangat mencabar sejak tidak bersama dengan Proton hampir 10 tahun yang lalu. Mereka nyaris menjadi seperti Nissan yang kini berjaya mendapatkan rakan strategik iaitu Renault walaupun terpaksa berkorban pegangan saham.
Pegangan seperti Renault - Nissan inilah yang saya nampak ditolak oleh kepimpinan Proton untuk menjalin hubungan strategik bersama Volkswagen. Hendak mudah kerja memang benar serahkan sahaja 51% saham Proton, dalam masa yang sama Lotus juga sudah menjadi milik Volkswagen. Dalam masa 2 - 3 tahun hilanglah anak-anak tempatan dari menjadi teraju utama pakar automotif. Barisan jurutera dan pakar RnD Proton termasuk ketua-ketua operasi Proton kini adalah anak tempatan terdiri dari bangsa Melayu Cina dan India. Sebahagian mereka yang telah berjaya juga sudah "di beli" oleh syarikat automotif antarabangsa.
Perjuangan Industri Automotif yang sangat kompetitif ini sangat berkait rapat dengan supply chain dari vendor - pemasangan hinggalah penjualan. Rantaian itu telah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kepakaran kepada anak bangsa. jika Thailand berbangga mempunya kilang pemasangan kereta Toyota terbesar di luar Jepun, tetapi berapa ramaikah pakar RnD Toyota dari mereka yang berbangsa Thai? adakah hanya ramai yang pasang atau ramai yang merekacipta? Adakah rakyat Thailand yang menjadi CEO/MD bagi Honda, Toyota, dan Ford. Tidak sama sekali, dengan adanya Proton kita dapat mengetengahkan nama seperti Dato Nadzmi dan Datuk Syed Zainal sebagai peneraju automotif Proton.
Sunday, September 26, 2010
Retorik : Isu wang RM100
Sila mohon Menteri Kewangan jawab kerana langsung tiada pengasingan dalam akaun kerajaan pusat malah wang2 tersebut telah disatukan. Sila jelaskan, jangan sibuk berpolitik dan beretorik.
Saturday, September 25, 2010
Umno Seperti Ayam Berak Kapur
Reezal ni menggelupur setelah jawapan Ketua Menteri beberapa minggu lepas diselitkan dengan 'wang itu juga bukanlah dari judi bola piala dunia' yang mana seperti pistol ditembak kepada Ketua Menteri tapi peluru terkena Perdana Menteri.
Menggelupur itu tidak terhenti setakat itu, malam tadi Rais Yatim memperkudakan artikel 153 Perlembagaan kononnya jika kuasa diserah kepada Pakatan orang Melayu akan hilang kuasa. Secara mudahnya ambil senario di P.Pinang. tanah orang Melayu dilesapkan dikala Pakatan atau BN? Sekolah Agama Rakyat ditekan ketika Pakatan atau BN? Sebenarnya mereka sanggup menggadai maruah orang Melayu menggunakan artikel 153 untuk kepentingan orang Umno bukan orang Melayu.
kelantan itu diperintah oleh siapa? tok Guru Nik Aziz itu bukan orang Melayukah? exco Kelantan setahu saya YB Anuar Tan sahaja bukan Melayu? siapakah menafikan hak negeri itu dari menerima royalti minyak? Siapakah yang menekan kerajaan negeri dengan peruntukan pusat tidak disalur kepada Kerajaan yang dipilih rakyat? menteri Kewangan bukan orang Melayukah sehingga sanggup menekan orang Melayu?
Politik Umno adalah politik kotor, cuba lihat penyerahan tampuk MB sahaja kita sudah tahu, Kedah, Perak dan Selangor tambahan Terengganu pada 1999 bekas MB nya langsung tidak profesional jika dibandingkan dengan bekas KM P.Pinang kepada KM P.Pinang yang baru, walaupun 2 ideologi yang berlainan serahan tugas lebih kemas. Serahan kuasa dari Kerajaan Terengganu dipimpin PAS kepada UBN pada 2004 juga dilakukan dengan serahan yang sempurna.
Hakikatnya negara ini tidak mempu lagi dipimpin oleh golongan berkepentingan ini, ianya patut ditadbir oleh pasukan yang benar=benar ingin bekerja untuk rakyat. Golongan rasis ini memang harus diketepikan kerana mereka merasakan orang Melayu harus diperbodohkan dan dibutakan informasi supaya mereka kekal sebagai pemimpin.
Friday, September 17, 2010
Komen Pertandingan di dalam PKR
Kesibukan kerja sebelum Eidulfitri tahun ini mmg mencabar, tiba dikampung dari luar negara betul2 selepas waktu berbuka malam 1 Syawal, ketika diperantauan keluh kesah rasanya takut pengumuman Raya jatuh pada hari Khamis ;).
Bagaimanapun hari ini telah seminggu berlalu, percutian berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Bagaimanapun kelihatan rancak berbual di kedai kopi, blog dan akhbar online berkenaan pertandingan pemilihan pucuk pimpinan PKR. Berkemungkinan pertandingan sengit pucuk pimpinan PKR mungkin berlaku. Bagaimanapun analisis begitu banyak dikeluarkan ada versi kedai kopi, versi blog, versi cabang dan ranting, versi umno pon ada. Apa yang menjadi perhatian adalah keberanian PKR menggunakan sistem pemilihan terbuka rasanya yang pertama dilaksanakan di Malaysia. ini satu pujian kepada PKR kerana kelainan yang ditunjukkan berbading amalan perti parti politik di negara kita. Pada awal pemilihan PKR agak kelam kabut kerana mereka bergerak berdasarkan pengaruh individu individu tertentu, oleh itu kaedahnya juga tidak jauh berbeza dengan umno. Tetapi sejak DSAI keluar saya lihat beliau sedaya mungkin memperkukuhkan PKR dengan rombakan kaedah perjalanan parti yang di adaptasi dari beberapa parti politik di luar negara dan dalam negara.
Ianya mungkin berisiko tinggi memandangkan majoriti ahlinya adalah bekas Umno dan telah terbiasa dengan amalan Umno yang menyelangselikan perlembagaan dan politik wang. Bagaimanapun pembersihan yang berlaku secara tidak langsung mungkin memberi peluang untuk DSAI menjayakan agenda murninya. memandangkan beliau juga dalam keadaan berisiko untuk disumbat semula ke dalam penjara, pengukuhan PKR perlu disegerakan supaya tidak merencatkan agenda parti. Mungkin kerana itu juga DSAI tidak mahu bertanding kerusi Presiden PKR kerana beliau tidak mahu agenda PKR terpenjara bersama-sama beliau jika beliau terpenjara. Anwar adalah Anwar, PKR adalah PKR.
Anwar mungkin tidak kisah sejak dari beliau masih muda remaja sehinggalah menjawat jawatan Timb Perdana Menteri penjara tidak akan mampu memenjarakan semangatnya saya percaya sehingga Anwar dihujung hayatnya juga beliau akan terus berjuang sekalipun gagal menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Anwar adalah Anwar, tetapi PKR padanya perlu disusun gerak nadinya agar lancar dan mempunyai prinsip perjuangan tersendiri yang betah bergerak dalam pelbagai situasi dan cabaran pelbagai cuaca politik.
Walaupun ramai yang mahu beliau bertanding Presiden bagi mengelakkan perpecahan, tapi pada pendapat saya Anwar harus melaksanakan sesuatu untuk membentuk jatidiri PKR itu sendiri. Kalau mereka percaya pertandingan mewujudkan perpecahan ianya tidak ubah seperti Umno MCA dan MIC yang mana setiap kali pemilihan parti yang kalah akan habis karier politiknya. kenapakah di dalam PAS tidak berlaku? Pertandingan sengit Ust Nasaruddin, Husam, dan Abg Mat adakah menjadikan Husam dan Abg Mat tidak mampu berpolitik lagi? Mereka masih berjuang dan masih berkhidmat dengan padu dibelakang kepimpinan PAS. malah tugas mereka sangat penting pada PAS. Kenapa? Kerana PAS ada prinsip yang tidak ada pada parti lain. Di luar negara seperti di England, Amerika, dan Indonesia. Politik mereka juga pelbagai kaum, kenapa mereka berjuang dengan kental di dalam parti mereka? Untuk siapakah itu?
Saya percaya DSAI ingin membentuk kekuatan dan prinsip yang diperjuangkan di seluruh negara bermula dengan PKR, PKR masih baru perlu kepada persediaan yang kukuh sebelum duduk bersama-sama PAS dan DAP di Putrajaya. Pengalaman tumbangnya Pakatan di Perak dek kerana kurangnya prinsip kpd beberapa org Adun PKR telah cukup banyak mengajar DSAI. tindakan disiplin tidah cukup kerana PKR baru, jika sudah lama seperti PAS dan DAP tindakan disiplin berkesan, tetapi PKR perlukan nadi tersendiri untuk pergi jauh dan menghasilkan ahli yang berdisiplin dek kerana prinsip yang telah tertanam dalam setiap ahlinya.
Bagi saya pula semua parti, tidak kira Pakatan atau Barisan perlu berubah memodenkan parti komponen masing-masing kerana dengan cara itu rakyat akan jadi lebih bijak dan pintar. Kebijakan dan kepintaran rakyat akan menghasilkan negara yang maju dengan rakyat yang bijak.
Thursday, September 2, 2010
Hairan
Apabila PAS bersama2 PKR dan DAP, pimpinan Islam berjaya membina dakwah, malah bersama-sama sedaya mungkin menunjukkan keindahan bersama pemimpin Islam yang bijak. Maka wujudnya pemulihan terhadap Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan masjid menjadi meriah dgn aktiviti dek kerana pemimpin negeri masing2 mengembalikan peruntukan. selain itu sudah ada pemimpin bukan Islam berani mengambil contoh ayat dari Quran, menentang lesen arak dan judi yg terlalu berleluasa. selain itu mereka kini mahu mendekati masyarakat Islam di masjid2 dan disurau2.
Adakah kerana kejayaan itu orang Melayu terasa terancam? Orang Cina merasa diri mereka dijerat? Org India merasa terpinggir? Sama sekali tidak malah mereka gembira bersama kerajaan yang prihatin. Malah ada negeri yang sanggup di saman oleh syarikat air swasta semata-mata mahu pertahankan hak air rakyat. Yang ajaibnya syarikat air ini begitu berkuasa sehingga TPM pertahankan mereka yang hendak menekan rakyat sedangkan empunya syarikat bergaji beratus ribu Ringgit duduk di atas perniagaan yang asalnya adalah hak rakyat di negeri yang berdaulat.
kehairanan ini memuncak kerana kebenaran dirasai tapi fitnah dan pembohongan menghiasi media arus perdana tanpa malu dan segan silu. mereka berani berbohong kerana pada mereka aku boleh buat apa sahaja.
PAS PKR DAP sangat biasa kalah dlm PRU dan PRK. tidak pernah dgn kekalahan itu mereka mengangkat keganasan melalui fitnah mahupun pembunuhan. tetapi hairan dikala pengaruh PAS melebar di era 60 an dikala itu wujud pembunuhan ADUN api perkauman sengaja dibakar, Mujtahid di Memali dibunuh, pemimpin utama PAS dan DAP ditangkap dikala Umno sedang bergolak penghuhung 80an. Tiada dari mereka membakar api perkauman, malah tiada yang mengheret kepala lembu, mahupun merampas kerajaan secara haram. Tetapi merekalah difitnah dan diperlakukan dengan kejam.
Kerana itu rakyat sangat risau kerana melihatkan keadaan tanpa keadilan ini. kerana UBN amat ganas, berlatar belakangkan samseng, jika mereka kalah tidak mustahil mereka ini akan bertindak ganas seperti mana berlaku di Sudan satu ketika dulu parti dominan kalah kepada parti Islam ataupun seperti di Palestin apb Fatah tewas mengejut. juga beberapa kali berlaku di Turkey parti pro Islam dan keamanan diguling malah parti diharamkan.
Adakah polis mampu berlaku adil? Hairan atau tidak?
Wednesday, September 1, 2010
Jenis-jenis Kafir
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)
4. Kafir Harbi, selain dari tiga jenis kafir di atas iaitu kafir yang boleh diperangi.
Sunday, August 29, 2010
Islam difitnah oleh Melayu. Beriman atau tidakkah Melayu itu?
sebentar tadi sebelum pulang ke rumah selepas menemani anak2 saudara membeli belah terserempak dengan rakan lama yang berbangsa cina. Beliau kini adalah seorang ahli perniagaan yang agak berjaya di Klang. Pulang ke Pahang kerana ingin berjumpa rakan-rakan lama yang beragama Islam, kerana pada Hari Raya nanti beliau akan berangkat ke Jepun untuk menguruskan perniagaan spare part terpakai disana. Agak lama kami berbual sahabat saya bertanyakan soalan kepada saya, adakah Islam memandang bukan muslim sebagai najis? Selama ini koi pandang aku macam najis ke? saya bertanya kenapa? Ada sebut dalam paper Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. Hadas besar tu kawan aku cakap dalam keadaan bernajis.
Ini mungkin salah faham, saya maklumkan kepada beliau. Hadas besar bermaksud tidak suci dari segi hukum. Tidak bermaksud najis. Habistu kenapa tidak boleh masuk masjid? Bukan tak boleh langsung masuk, apa salahnya masuk untuk melawat dan menghayati kesucian masjid. Kenapa dia kata tak boleh masuk?
Agak panjang saya terangkan kepada beliau, bayangkanlah potensi seseorang bukan Islam untuk diajak memeluk Islam ditarik hanya dengan salah penjelasan oleh akhbar dan jika benar Pengarah JAIS berkata sedemikian eloklah beliau berundur jaga JPJ atau benda lain. Janganlah jaga Islam di negeri Selangor. Sebagai seorang Islam kita perlu menunjukkan kemurnian Islam bukan menakutkan orang Islam dengan Islam.
UMNO secara jelas telah menakutkan bukan Islam dengan Islam. Tidak hairan jika Lim Kit Siang atau Karpal Singh tidak setuju dengan Hudud. MCA MIC apatah lagi, ditambah pula dengan orang yang bernama Mahathir Mohamad pon pernah mencerca Hudud, tidak masuk dengan pimpinan UMNO yang menakutkan bukan Islam. Melarang orang bukan Islam memahami al-Quran, tidak membenarkan berdoa supaya pemimpin bukan Islam dibukakan hati menerima Islam, kini ditambah lagi dengan tidak membenarkan bukan Islam memasuki masjid sedangkan Majlis Fatwa kebangsaan telah mengharuskan lawatan.
Ayat akhbar mengatakan tazkirah juga adalah fitnah, mana mungkin orang bukan Islam menyampaikan Tazkirah. Mungkin mazhab UMNO ada tazkirah oleh bukan Islam seperti bacaan Yassin untuk Abg "Kamal" di Hulu Selangor tempoh hari, bukan sahaja sebelum malah sesudah PR Kecil Hulu Selangor Abg "Kamal" telah didoakan oleh orang Umno. Mungkin ceramah abg Kamal dianggap Tazkirah oleh Umno.
Yang perlu ditegur adalah YB berkenaan tidak memakan tudung, bagaimanapun perlu diteliti AJK Surau sepatutnya menyarankan YB berkenaan bertudung jika tidak cukup sekadar diluar dewan. Bagaimanapun isu itu telah dibesarkan. Sedangkan perempuan Islam sepatutnya juga bertudung tidak terkecuali yang membaca berita, menteri-menteri wanita, malah isteri isteri menteri dan Perdana Menteri. Tidak ada ayat dalam Quran atau Hadis mengecualikan wanita Islam dari bertudung. Maka berhati-hatilah, kerana orang Islam tanpa Iman tiada ertinya.
Saturday, August 28, 2010
Teguran Kepada Progam Singgah Sahur
Bagaimanapun kesempatan yang ada tidak dilupakan untuk duduk bersama keluarga, bersahur, berpuasa, menyediakan juadah berbuka, berterawih, bertadarus dan berqiamulail bersama sahabat dan keluarga bila berkesempatan bersama.
Bagaimanapun ketika menonton program Singgah Sahur anjuran TV3 ada beberapa perkara yang tidak kena dilakukan oleh stesen TV swasta tersebut. Saya perhatikan tiada teguran diberikan, disini ingin saya tegur ketika melawat / menggerak anak-anak yatim muslimah hormatilah aurat mereka. Bayangkan satu Malaysia menonton rancangan ini, sudahlah wartawan TV3 ada yang tidak bertudung siap dengan rambut berwarna, malas hendak persoalkan sembahyang atau tidak. Tidak hairan lah jika anda hendak bersedih atau insaf tapi biarlah beradab dan berakhlak Islam. Kalau benar Islam beradab lah dan berakhlak lah cara Islam, bezakanlah anda dengan orang bukan Islam dengan kaedah Islam.
Saya nasihatkan tak perlulah tunjuk tuan/puan gerak anak muslimah di dalam tv cukuplah sekadar anak2 muslimin sahaja. Hendak melaksanakan sesuatu program perlulah ada ilmu, ada akhlak, dan amalkan.
Wednesday, July 28, 2010
Nak jual air ke Selangor, air sendri tak sampai kepada Rakyat
Tapi apakan daya, mereka hanya menerima sahaja, aduan dibuat tapi tidak dilayan, kerana yang penting mereka setia memangkah BN.
Kepada rakyat Selangor, mari bangkit kita teruskan memastikan Selangor dikuasai PR dengan lebih banyak, malah kerusi2 parlimen di Selangor juga pastikan diserahkan kepada PR. Kenapa?? Kerana isu air ini salah satu punca naiknya bil air adalah disebabkan perjanjian bodoh Umno yang membenarkan rakyat diseksa dengan bil yang melampau oleh Syabas. Isu air ini bukan lah isu air Selangor tak cukup, atau isu air Pahang salur ke Selangor, tetapi yang lebih besar adalah isu kerajaan Selangor bantu rakyat dengan subsidi air, tapi kerajaan pusat menyokong Syabas naikkan tarif air, ditambah pula dengan perjanjian bodoh antara Khir dan Syabas ketika Khir jadi MB.
Siapa pentingkan rakyat?? lu pikir lah sendiri beb. Isu pasir hanyalah konspirasi!!
Saturday, July 24, 2010
isu pasir, penyangak dibela
Apa yang lawaknya, rasanya klu Noh dan rakan2 masuk Raja Lawak boleh menang, Noh mengatakan kerajaan terdahulu membantu bumiputera, kali ini bumiputera tidak dibantu. bang oi apa ke banganglah depa ni, mcm mana boleh jadi menteri, patulah Malaysia boleh habis duit. Bayangkanlah ketika hasil pasir diberi kepada yang tak berhak dah lah terus tanpa tender utk memastikan ianya diperolehi ileh kroni, ditambah keuntungan hasil pasir negeri hanya menerima dari rm2-rm4juta setahun manakala dibawahpakatan rakyat melebihi rm10juta setahun. patutlah hutang Selangor meningkat saban tahun dibawah Umno dan BN.
Sesungguhnya kerajaan Pakatan Rakyat sedang menyelamatkan Selangor dan Secara tidak langsung akan menyelamatkan Malaysia, kenapa Noh dan Khir bising?? Kali ini Ezam si hantu kotak juga terlibat?? kerana kroni dah tak ada duit.
Terima kasih Tan Sri Khalid, Exco2 dan ADUN PR, teruskan berjuang merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan, tolonglah merakyatkan lagi informasi kerana orang Melayu masih ramai ditipu dan dibutakan oleh Umno dan BN. Kesian Melayu dibodohkan oleh Umno, mari membangun bersama Islam kerana anda tidak akan rugi malah diangkat kerana memperjuangkan Islam dan kesuciannya yang membawa rahmat keseluruh alam.
Thursday, July 22, 2010
PTD Pentadbir Pusat
Jadi kenapa disibuknya dengan pegawai yang ditegur oleh KM Penang? Bukan sekali dua banyak kali Nik Ali ni lebih kepada ikut arahan dari Putrajaya bukan dari Komtar. Si Sidek ni pulak nak tunjuk konon org lain zalim, yang dia tak zalim duduk dalam mesyuarat kabinet tulis minit angguk sengih tu je lah, nasihat PM? Poddaahhh.. Yg penting aku hebat, aku boleh sambung kontrak. Baik masuk UMNO je, apa tindakan si Sidek ni bila penjawat awam dihadiahkan penyapu???? Oleh si khir tak sedar diri??? si Sidek ni buat bodoh je, sbb Khir Umno.
Jadi dinasihatkan Sidek jangan cakap tak serupa bikin, orang malas nak pecah tembelang je sbb kamu tu dah kerja kerajaan lebih 30 tahun kesian, jadi cakap tu baik2 kalau nak tegur, baik hang tegur semua sekali termasuk perbelanjaan JPM yang bukan2, lepastu dah lah bagilah can orang lain jadi KSN pulak, bukan hebat sangat hang tu pon, masing2 bila jadi KSN nak jadi macam Ahmad Sarjie, tak payah lah macam tu gaji hang campur pencen tu dah boleh bayar gaji beberapa orang pegawai baru.
Wednesday, July 21, 2010
Air Selangor, kenapa UBN kecoh?
Monday, July 19, 2010
Pengalaman.....Proton Exora
Perpaduan Melayu?
Friday, July 16, 2010
Pasir Punya Pasal, Minyak Gula, Gas Naik Harga
Tuesday, July 13, 2010
Isu Pasir:Muhyiddin, Khir Toyo, dan MP BN PENIPU BESAR
Wednesday, July 7, 2010
Duit Raya Ada - kenyataan kurang ajar PM
Friday, July 2, 2010
TPM mengata Selangor sebenarnya perli Umno negeri
Tuesday, June 29, 2010
Ada Profesor 'pembohong'
Saturday, June 26, 2010
'Takkan Felda nak tipu orang Melayu, sedangkan Felda bantu orang Melayu??'
Thursday, June 24, 2010
Apa punya senjata daa??
Sunday, June 20, 2010
Apa UBN itu ikut perlembagaan kah?
Thursday, June 17, 2010
World Cup 2010 : Analysis On Spain Vs Swiss Yesterday
Spain, one of the odds-on favorites to win the 2010 World Cup, looked every bit as dangerous as predicted in their opening game against Switzerland.
Problem was, the Spanish could never find the back of the net while the Swiss managed a goal in the 52nd minute and held on for the tournament’s biggest upset so far, a 1-0 win over the No. 2 team in the world. Gelson Fernandes’ rebound goal stood up as Spain dominated late possession but could never put their most dangerous shots on target.
It all made for a terrifically tense final minutes, and even the Swiss got into the act with a few late chances of their own, including one off the posts. But the Spanish dominated the late possession behind their world-class forwards even if they were unable to convert.
The result makes for a very interesting Group H, with the second-place team likely having to face Brazil in the Round of 16. Spain could still easily advance with a pair of victories, particularly since Chile was unable to score more than one goal while dominating Honduras in the group’s first match.
Winning the group is still in sight as well, but it was the worst possible start for a Spanish side that has never finished better than fourth in a World Cup. Like the Portuguese, the Spanish have a reputation for being unable to rise to the biggest stages, and no matter how many chances they produced Wednesday, that legacy will continue to haunt them with another unexpected loss.
Tuesday, June 15, 2010
Bagaimana Bumiputera Ditipu Sedangkan Yang Kaya Hanyalah BNputra dan Umnoputra
Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.
Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.
awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.
"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.