DS Najib berkata "saya mahu SPR umum tidak ada PRK di Changkat Jering dan Behrang", ini untuk jaga kepentingan Melayu, jika berlaku PRK masa ini jentera kita belum bersedia.
"Tapi Dato Seri speaker yang hantar kepada kami dengan surat letak jawatan, ini tandatangan sah ni Dato Seri bukan tipu" kata sekutu. DS Najib berkata "ini kuasa kamu umum sahajalah, mereka akan keluar kenyataan yang mereka tak pernah letak jawatan, mereka dipaksa". Balas sekutu SPR, "Kalau dipaksa macam mana boleh sign surat seserius ini, lagipun kata depa sejak bentuk kerajaan akujanji surat tu maknanya depa ada masa hampir setahun untuk buat laporan kata dipaksa, kalau bagi alasan tak sedar maknanya mereka memang tak sah jadi ADUN sebab hilang ingatan ada kemungkinan tidak siuman, macam mana ni?", kata DS Najib "jangan buat sakit kepala saya, buatlah kerja kamu"
Maka SPR mengeluarkan kenyataan sebegini.
Seterusnya YB YB yang sihat selepas diberi ubat oleh Speaker DUN Perak pon mengeluarkan kenyataan begini.
Bayangkanlah semua akhbar tak kira online atau offline, tv, radio, panggilan telefon, sms, bertanya keluarga (ada seorang ahli mereka ni keluar tv3 "bapa saya dah umum untuk keluar PKR petang tadi") mencari mereka yang dikatakan hilang itu. Tiba-tiba Speaker DUN Perak mungkin dah kenal depa ni, maka ubat yang telah lama disimpan akhirnya dikeluarkan, bila dikeluarkan ubat itu maka menggelupurlah sakit mereka yang sedang berada di Pahang sihat dengan semena-mena dan boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.
Punya lah kelakar permainan mereka ni, saya fikir Saiful Apek, Nabil, Johan, Zizan dan ramai lagi Raja Lawak tak mampu membuat lawak seperti ini. Saya yang menonton beras padu sambil "compile kernel" tak sedar rupanya kernel yang telah di compile telah menjadi Linux versi yang baru dinamakan Linux Changkat d'Behrang.
Babak seterusnya akan menyusul...
No comments:
Post a Comment