Saya percaya sebagai perwakilan pasti terasa begitu sukar, jika saya ditugaskan juga saya pasti berasa begitu. Yang penting sekali sebagai ahli PAS di akar umbi, kami berharap para perwakilan telah siap siaga dengan solat hajat dan istikharah. Bermula dari Timbalan Presiden, Ust. Nasha, Datuk Husam, dan Abg Mat. Ketiga-tiga tokoh mempunyai karisma yang tersendiri, ketokohan yang menggentarkan lawan dan pengalaman yang tidak berbelah bahagi. Ust Nasha dari IPT terjun ke perjuangan PAS ketika saya membuat analisis undang-undang tulisan Ust Nasha masih menjadi rujukan, Datuk Husam bermula dari bawah meningkat naik dengan keberanian beliau menyelongkar parti lawan cukup menggerunkan lawan, Abg Mat tokoh yang sering menghiasi malam-malam saya di asrama sekolah menengah mendengar kaset ceramah beliau cukup memotivasikan jiwa.
Calon Naib Presiden adalah juga orang lama dalam PAS spt Mahfuz, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim, dan Nik Amar. Mereka ini adalah pemimpin berkarisma, gerak kerja, ketokohan, keberanian mereka ini sejak dahulu lagi memang telah diketahui kehebatannya.
Apa yang saya ingin terangkan adalah karisma, ketokohan, kepetahan pemimpin PAS semakin menyerlah. Di kala UMNO ketandusan pemimpin, PAS melonjakkan nama-nama yang cergas, menyejukkan mata, tegas, pintar, dan berani. Satu gagasan dan pilihan baru kepada rakyat Malaysia. Saya pinjam stigma dari Ust Nasrudin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS yang baru berkenaan 3 tungku. Tiga tungku ini iaitu Ulamak, Profesional dan Aktivis telah menjadi kekuatan PAS dan akan terus diteguhkan untuk meletakkan Al-Quran dan Sunnah dihadapan di bumi Malaysia ini.
Semoga PAS terus segar di persada politik negara, untuk menjadikan bumi tuhan ini putih bersih.
Takbir!!! Allahuakbar
No comments:
Post a Comment