Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Tuesday, June 15, 2010

Bagaimana Bumiputera Ditipu Sedangkan Yang Kaya Hanyalah BNputra dan Umnoputra

Bersua kembali, rentetan pengumuman RMK10 baru-baru ini, pasaran saham dijangka meningkat dengan sentimen positif pelabur. Malangnya apabila diumumkan, ianya tidak lebih dari rektorik politik dan pembohongan semata-mata. Kebanyakannya telah dirosakkan oleh UBN ketika era Tun Dr Mahathir. Hampir dipulih dipertengahan perjalanan 90an, tapi dirosakkan kembali ketika Tun Abdullah, dan lebih penipuan diera DS Najib.

Catatan dibawah dipetik dari Malaysiakini ulasan Jomo KS
===========================================================

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera," jelasnya.

No comments: