Saya tergerak untuk memberi komen, walaupun dari tulisan blog antihusam jelas penulisnya tidak begitu faham struktur PAS secara jelas, lebih kepada komen dari pihak yang mempunyai kenalan di dlm PAS. Hakikatnya ada juga terpedaya propaganda musuh yang menyorok disebalik topeng antihusam atau penggelar kumpulan erdogan.
Saya tidak gemar menggelar Kabilah Terengganu, Kumpulan Erdogan dan sebagainya. Pada saya hanya ada dua kumpulan iaitu Kumpulan yang faham secara kolektif keputusan Muktamar dan yang kedua Kumpulan yang terpengaruh dengan propaganda UMNO melalui media atau kenalan UMNO mereka.
Saya tidak nampak Mursyidul Am terpengaruh dengan agenda sesiapa, Tuan Guru adalah seorang yang sudah lama berpolitik dan berjuang, beliau adalah tokoh yang berperanan untuk menerapkan agenda PAS di dalam Kerajaan ketika PAS bersama Barisan Nasional pada satu ketika dahulu. Bagi mereka yang pernah bekerja di JPM ketika era BN+PAS pasti terkenangkannya. Secara jelas mmg UMNO tidak menerima Islam dan Politik Islam secara kolektif, mereka lebih suka kepada politik suku agama suku. Merekalah yang memperalatkan agama dan bangsa untuk kepentingan 'survival' politik mereka sahaja. Sedangkan PAS sejak mula tertubuhnya mmg memperjuangkan Islam, konsep keadilan dalam Islam serta diterjemahkan di era moden sebagai "PAS for All and Islam for All".
Cuma masalahnya ialah ahli PAS perlu berfikir secara profesional dan matang. Jangan mudah terperdaya dengan agenda UMNO. Kita tidak berdendam dengan UMNO cuma pemikiran mereka terlalu jumud dan suka memperalatkan agenda Melayu untuk kepentingan mereka.
Perlu diingat PAS pernah bersama Barisan Nasional satu ketika dahulu, agenda kita untuk berdakwah sangat terhad. Sehinggakan golongan pemimpin ABIM ketika itu seperti Anwar Ibrahim dan Hadi Awang mengkritik peranan PAS pimpinan Dato Asri.
Kali ini kita gunakan platform baru iaitu bersama Pakatan Rakyat. Membawa agenda keadilan untuk semua, yang mana kita maklum bahawa keadilan Islam itulah adalah keadilan hakiki. Ini terbukti cari dalam buku sejarah mana pun pemimpin paling adil adalah dikalangan pemimpin Islam. Kerana itu saya tidak terkejut YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ingin mencontohi Saidina Umar Abd Aziz.
Setelah kita bersama Pakatan Rakyat di dalam kerajaan gunakan kesempatan yang ada menyampaikan dakwah dan nur Islam dalam pentadbiran, program TV, dan program aturcara Kerajaan. Kita bergerak bersama Pakatan Rakyat membawa agenda keadilan untuk rakyat Malaysia.
Lagipun kita tidak perlu takut kerana selagi kita ikhlas dalam berjuang Allah akan bantu kita, seperti mana kita ditendang oleh UMNO satu ketika dahulu bagaimana teruknya PAS ditendang sehinggakan golongan muda mengambil alih kepimpinan bersama Allahyarham Yusof Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan Tuan Guru Abd Hadi Awang menyusun semula PAS yang telah dilanyak oleh UMNO. Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersama-sama dengan kepimpinan ini untuk memulihkan PAS. Beliau mempertahankan keputusan Muktamar tidak seperti Presiden Allahyarham Dato Asri yang keluar parti.
Perjuangan kita berterusan malah organisasi PAS semakin mantap. Kesimpulannya tidak usah kita bimbang walaupun jumlah kerusi Parlimen tidak sebesar mana tapi amat bermakna. Apabila telah tertubuhnya kerajaan kelak dan menyampaikan dakwah secara berhemah dan teratur itu gagal barulah kita keluar dari tarik diri. InsyaAllah jika semua rakan-rakan kita ikhlas sama seperti kita Allah akan membalasnya. Yang penting peluang dakwah menggunakan platform baru perlu bagi memberikan perubahan kpd rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment