- Sempena menyambut bakal berlangsungnya Muktamar Parti Islam Se Malaysia (PAS), saya ingin memaparkan sedikit pembaharuan dalam menyampaikan konsep PAS untuk semua di dalam blog ini.
- Di dalam satu usrah baru-baru ini, kami ada berkongsi bersama Naqib berkenaan dengan matlamat PAS itu adalah menegakkan Islam dimuka bumi ini, dengan konsep dakwah meletakkan asas Al-Quran dan Sunnah agar menjadi teladan kepada semua pimpinan politik yang lain serta rakyat Malaysia secara amnya.
- Secara hakikatnya di dalam 50 tahun pentadbiran UMNO/BN mereka meletakkan Islam itu sebagai sampingan atau sekadar syarat sahaja.
- Tetapi dakwah Islam itu tidak diletakkan ditempat yang wajar. Dalam petadbiran, PAS berjaya menunjukkan dakwah dan akhlak Islam kepada semua pemimpin parti politik yang lain sehingga menjadikan mereka tidak takut dengan Islam, tidak takut mendampingi ulama, mencontohi disiplin dan banyak lagi.
- Masalahnya UMNO/BN tidak senang dengan perkara itu, mereka dahulu berjaya melabelkan PAS ini anti Cina dan India, sedangkan tidak pernah ada dalam dasar PAS untuk anti bangsa lain. Malah PAS amat menolak politik perkauman kerana itulah yang Rasulullah hapuskan ketika hijrah ke Madinah.
- Kini setelah jurang pemahaman rakyat Malaysia itu semakin meluas, mereka kini faham perjuangan PAS. PAS telah lama berjuang, pemimpin PAS bukan setakat pernah dikurung di dalam ISA, tetapi pernah mati di dalam ISA, selain itu juga pemimpin dan pengikut PAS pernah dibunuh, dan ditindas.
- Amat wajar kini orang Melayu yang beragama Islam merubah haluan dari UMNO/BN kepada PAS/Pakatan Rakyat. PAS/PR telah berjaya menunjukkan pentadbiran yang baik penuh dedikasi, gentleman, dan berwawasan.
- Bukan BN sahaja boleh memerintah, PR jauh lebih baik dalam memerintah. PR menunjukkan politik adalah politik, pentadbiran adalah pentadbiran. Dasar kerajaan dijalankan dengan penuh beramanah, tidak bercelaru dan komprehensif.
- Saya bandingkan sementara, BN parti yang sama memerintah benyak merugikan wang rakyat dengan membuat polisi sesuka hati untuk kepentingan sendiri sahaja.
- Semasa Pak Lah memerintah semua memukul gendang Islam Hadhari, memukul gendang jambatan lurus menggantikan bengkok, pertukaran jawatan dari JKKK, hingga pentadbiran pegawai kanan kerajaan, dan GLC sana dan sini yang mana memberi jaminan politik.
- Kemudian bila berubah kepada Tok Jib, Islam Hadhari dikaji semula, jambatan bengkok lebih baik dari lurus, tukar orang ini kepada orang itu, MB ini tidak sesuai untuk mengetuai negeri ini, orang ini lebih sesuai dan banyak lagi.
- Sebagai rakyat kita peduli apa kalau itu duit BN masalahnya itu adalah wang rakyat.
- Tahap profesionalisma yang rendah ini adalah wajar mereka berundur diri atau jika mahu meneruskan pentadbiran, teruskan dengan perubahan yang drastik bukan kosmetik seperti yang berlaku sekarang ini.
- Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab PAS untuk merubah semua ini kepada yang terbaik untuk rakyat.
- Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah.
No comments:
Post a Comment