Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, February 17, 2010

YB Zul, Saudara kini benar-benar melampau

Saya fikir YB Zul ini dah benar-benar melampau. Teguran YAB TGNA lepada orang yang melompat tarik gear undur memang ada asasnya, perjuangan memperkukuhkan Umno kah yang lebih utama atau memperkukuhkan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengeluarkan komen seperti ini (klik di sini)

Mungkin kerana terlalu angkuhkan kuasa Sdr sanggup celupar. Ya saya kata celupar, kerana apa? kerana Sdr memikirkan bahawa Sdr mampu menjadi YB Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana Sdr sendiri dan bukan kerana Allah SWT yang memberi kekuatan kepada jentera Pakatan untuk memenangkan saudara.

Saya berdoa dan berharap sebelum PRU 13 segala anasir2 yang tidak sihat yang tidak meletakkan agenda membela rakyat ditunjukkan oleh Allah SWT dan dikeluarkan dari barisan pejuang agenda membela rakyat. Saya kira YB Zul lebih selesa jika pengkhianatan, penipuan, rasuah, dan salah guna kuasa diteruskan. Selangor, P.Pinang, dan Kedah kini memperolehi kebebasan dakwah yang jauh lebih terbuka berbanding dizaman BN, YB Zul tidak bersyukur? YB Zul tidak ingin membantu supaya ruang dakwah itu menjadi lebih luas? atau cuba menjadi agen untuk menyempitkan lagi ruang dakwah?

Ya saya akui lah bahawa kami rakyat ini tidak sehebat saudara, perjuangan rakan2 saya di Kulim yang bertungkus lumus menaikkan Sdr itu juga tidak penting, harapan kami kepada Sdr juga tidak penting, kerana apa yang penting adalah ego saudara itu, kesucian dan kejernihan islam itu juga tidak penting kerana yang penting Ego saudara itu. kebijaksanaan dakwah juga tidak penting kerana yang paling penting ego saudara itu.
Kalau Sdr nak keluar Pakatan keluarlah, buat apa nak jawab kenyataan YAB TGNA. Perjuangan saudara lebih mulia dan suci berbanding YAB TGNA. Benarkah Sdr punya perjuangan dan dakwah lebih lama dari TGNA? Sudah tentu Ya kerana ego saudara itu lebih mulia. Memang patut pon insan se ego Sdr ini tidak masuk kedalam PAS, saya kira YB Khalid Samad jauh lebih sopan menghormati pimpinannya walaupun beliau agak kritis berbanding pimpinan lain di dalam PAS. Jika Sdr terlibat dalam perang seperti perang uhud, khandak dsb sudah tentu sdr tidak memikirkan langsung strategi yang diatur oleh ketua panglima perang. Panglima perang suruh standby lembing saudara baling keris.

Jika saudara tidak reti strategi dan hendak mufarakah dalam barisan sehingga menjejaskan strategi keseluruhan anggota perang, eloklah saudara jangan menyertai perang bersama-sama Pakatan, keluarkan dari awal.

Tetapi jika saudara boleh tolak ego seketika dan berfikir secara rasional, dan rasa wajar saudara terus berjuang bersama Pakatan maka susun barisan bersama.Jika tidak keluarlah dari awal. Memang benar sekarang ini zaman politik lebih terbuka tapi bukan sampai menunjukkan jalan kepada musuh. Jika tidak reti berperang jangan berperang, kelak bukan sahaja Sdr yang binasa seluruh pasukan akan binasa.

No comments: