Kecoh di ceramah UMNO mengatakan bahawa Pakatan Rakyat berpecah, sungguh kelakar dan tidak masuk akal. Adakah Lim Kit Siang meminta supaya Husam Musa di ISA kan? Bukankah wakil MCA ada mencadangkan Khairy Jamaluddin yang patut dimasukan ke ISA?
Siapa yang sebenarnya menuju kepada perpecahan. Yang melucukan orang yang sibuk memperkatakan berkenaan perpecahan ini adalah Tan Sri Muhd Taib, pemimpin UMNO yang pernah terpalit dengan wang berjuta ringgit, bayangkanlah MB Selangor yang lepas pernah mengeluarkan komen berkenaan kecelakaan di Bkt Antarabangsa yang mana projek tersebut bukan ketika era beliau tapi lama sebelum beliau lagi. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Muhd Taib, yang saya hairan tu mereka ini tak reti malu. Orang inilah yang meggalakkan perpecahan dikalangan orang Melayu.
Mempergunakan Kementerian Luar Bandar untuk kepentingan politik UMNO/BN serta memecahbelahkan orang Melayu. Ini adalah parasit bangsa. Bayangkan orang seperti ini bakal teringin duduk sebagai Timb. Presiden UMNO dan seterusnya Timb. Perdana Menteri, mohon dijauhkanlah
No comments:
Post a Comment