- Pelajar Melayu semakin lemah dalam matematik dan sains
- Bahasa Melayu gagal menjadi bahasa ilmu.
Saya bukanlah seorang yang pandai berbahasa Inggeris pada satu ketika dulu, saya kira ramai juga hampir sama dengan saya. UPSR saya hanya memperolehi D dalam Bahasa Inggeris tetapi matematik saya memperolehi A. Malah peperiksaan akhir tahun saya mendapat 100% dan mendapat hadiah bagi subjek matematik menewaskan ramai lagi rakan yang mendapat 4A pada ketika itu.
Dalam peperiksaan PMR saya hanya mendapat C dalam bahasa Inggeris tetapi dapat menguasai semua subjek dengan memperolehi A. Pada ketika saya ditingkatan 4 ada seorang rakan memperolehi keputusan seperti saya. Cuma malangnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah beliau tidak begitu cemerlang menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat tempat ke matrikulasi bersama saya.
Sewaktu melangkah ke alam matrikulasi habis semua subjek Matematik, Fizik, Kimia, diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya yang memperolehi keputusan A2 dan A1 untuk semua subjek sains tetapi subjek Bahasa Inggeris saya memperolehi C4 pada mulanya kelabu asap mata dibuatnya. Tetapi KERANA TEORI DAN KONSEP SAINS ITU TELAH DIFAHAMI tugas seterusnya ialah memantapkan Bahasa Inggeris. Saya tidak nafikan terpaksa bekerja keras untuk memantapkan Bahasa Inggeris demi memenuhi cita-cita masuk ke fakulti yang diingini. Ringkasnya saya berjaya menamatkan Ijazah dan tidak ada masalah untuk melalui interview
Apa yang ingin saya nyatakan ialah sepanjang tempoh dari UPSR PMR SPM MATRIKULASI SEHINGGALAH IJAZAH PERTAMA. Berapa ramai anak Melayu tersangkut dalam memahami konsep dan teori sains matematik itu kini? Rakan saya ketika ini mampu mengajar tiusyen matematik dan sains meskipun Bahasa Inggeris nya lebih teruk dari saya ketika di bangku sekolah. Saya juga tidak menjadi masalah dalam membincangkan kontrak dan perjanjian dengan banyak syarikat di luar negara.
Sepatutnya tidak sampai 10 tahun dari sekarang, siapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke Malaysia hendaklah mengambil peperiksaan khas Bahasa Melayu kerajaan Malaysia, seperti mana Jepun, Korea, Perancis, dan German. Ketika melawat Kyoto beberapa tahun yang lalu antara tempat persinggahan yang saya pergi adalah di Kyoto Universiti iaitu universiti kedua tertua di Jepun dan ketika itu adalah dalam 10 universiti terbaik didunia. Pelajaran sepenuhnya dijalankan dalam Bahasa Jepun, malah pelajar Melayu yang ada disitu juga dapat menguasai Bahasa Jepun dengan amat baik.
Dalam perbincangan dengan mereka, sahlah yang penting bukan Bahasa Inggeris tetapi ilmu teori dan konsep dalam matematik dan sains itulah lebih penting dari Bahasa Inggeris itu. Janganlah menjatuhkan Bahasa Kebangsaan semata-mata kerana nafsu serakah politik untuk kepentingan kroni dan beberapa pihak.
No comments:
Post a Comment