Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, November 24, 2010

Bersiap sedia tanpa Anwar

Kelihatan keputusan-keputusan dan perbicaraan Mahkamah kini semakin pelik apabila ia bersangkutan dengan Anwar Ibrahim. Semua pihak perlu bersiap sedia dan terus menerus menjalankan usaha untuk menyelamatkan Malaysia. Tidak perlu berhenti rehat seketika, usaha bertali arus perlu diperkukuhkan tidak kira PAS, PKR dan DAP.

Dalam usaha menerajui parti komponen saya kira tidak bermasalah kepada PAS dan DAP kerana masing-masing dilihat tiada kes atau isu berat. Cuma PKR perlu bersedia dalam jika ketiadaan Anwar. DS Wan Azizah dan Timb Presiden yang baru perlu melaksanakan pelan gerak kerja akar umbi bagi memastikan momentum yang ada bersama Anwar tidak susut. Bukan hendak mengajar, cuma mohon untuk dipertimbangkan. Anwar sangat relevan dalam politik tanah air, tidak cukup dengan akhbar arus perdana menghentam Anwar, bekas ahli seperti Zaid Ibrahim, Zul Kulim, dan terbaru Tun Dr Maharhir juga menghentam beliau.

Kenapa ingin menghentam Anwar? Sedangkan manusia ini tiada kuasa, cuma berkuasa dalam PKR tidak menguasai Malaysia, beliau tiada kepentingan projek mega berbillion, tubuhnya pernah dobogelkan, dibelasah, dikurung, dan sebagainya. Beliau dihina oleh akhbar arus perdana ketika kes pemecatannya dan kini beliau disibukkan dan di hina lagi melalui kes Saiful.

Jika beliau tidak relevan sudah tentu beliau tidak disibukkan sebegitu rupa. Beliau masih relevan, mereka tahu ketika PRU 12 Anwar tidak mempunyai kes, beliau bebas kesa-kesini, beliau tiada tugas di Parlimen, serta tiada tugas di kawasan, cuma mengoperasikan kerjanya melalui pejabat rumahnya di Segambut. Dalam keadaan itu beliau berjaya memberi kesedaran baru dalam situasi politik Malaysia walau dikurung melalui media arus perdananya.

Bayangkan dalam perlawanan tomoi salah seorang diikat tangan dan kaki, cuma mulutnya sahaja dibuka, sudah tentu dibelasah teruk, bagaimanapun dalam keadaan di belasah itu melalui 14 pusingan, yang diikat itu berjaya menumbangkan seorang lagi sebanyak 6 pusingan.

Tapi kali ini Anwar diikat lebih dahsyat, beliau disibukkan dengan kes yang pelik, dan diserang diluar dan di dalam, Sudah tentu ini adalah untuk mengurangkan pergerakan beliau. Jika selepas PRU10 ketiadaan Allahyarham Datuk Fadzil Nor memberi kesan kepada Barisan Alternatif, adalah diharapkan ketiadaan Anwar kelak tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Memang jika dilihat sejak akhir-ahir ini PR di Selangor P.Pinang Kedah dan Kelantan bergerak secara pintar, mereka tidak terlalu bergantung dengan Anwar. Tetapi PR di negeri lain yang tidak dimenangi perlu juga bergerak sebegitu rupa.

Tidak perlu menunggu kehadiran Anwar di kawasan anda baru hendak bekerja, gunakan pimpinan semasa yang ada di negeri dan pusat sama ada dari PAS, DAP dan PKR. Anwar bersebab mengapa beliau tidak memimpin PKR sebagai Presiden, sekalipun saya hanya menjangka sahaja tapi saya fikir ianya benar, beliau tidak mahu orang terlalu bergantung kepadanya.

Selamat berjuang semua

No comments: