Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, November 15, 2010

Komen Pertandingan Dalam PKR Bah. 2

Merujuk kepada catitan saya yang lalu berkenaan pertandingan dalam PKR bahagian 1 di sini.

Sekali lagi bukan saya hendak menyibuk kepada PKR, tetapi sekadar tambahan pandangan. Saya melihat kaedah yang diperkenalkan oleh PKR ini adalah kaedah baru yang amat terbuka untuk di amalkan. Saya setuju kaedah pemilihan seperti ini mencabar memandangkan PKR adalah parti yang sangat muda. Selain itu ianya adalah jelas terus kepada akar umbi, bagaimanapun tempoh masa perlaksanaanya di lakukan ketika hampir PRU ke-13.

Itu mungkin merisaukan akar umbi Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kita sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku, siapa akan diganggu, dan siapa yang bakal menganggu. Kesempatan ini digunakan oleh agen-agen BN untuk merobek PKR yang dipimpin oleh Ketua Umumnya DSAI.

Manusia bernama DSAI ini saya percaya tidak akan letih berjuang untuk mengotakan apa yang dijanjikannya. Suara-suara bukan orang PKR dan bekas PKR yang menyatakan Anwar ini menipu dan sebagainya adalah suara sumbang. Saya besyukur peristiwa 9 September tidak menjadi kenyataan kerana kini orang-orang yang bising seperti Zahrain, Zul Kulim dan ramai lagi begitu dengan terharunya untuk membantu Umno yang dah nak nazak dengan melemparkan talian hayat untuk Umno. Mereka ini jika berlaku peristiwa 9 Sept saya percaya DSAI yang mempercayai mereka sebelum ini akan mencadangkan nama mereka-mereka ini sebagai Menteri Pusat. Bayangkan Zul Kulim jadi Menteri atau Zahrain jadi menteri, atau ramai lagi mat dan minah lompat jadi menteri, hancurlah PR yang akan jadi kerajaan lebih teruk dari BN.

Jadi tidak hairanlah, mereka yang sebenarnya menipu rakyat. Penipu-penipu ini selayaknya keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku kepada Datuk Zaid sebenarnya dilakukan oleh dirinya sendiri. Masing-masing saya lihat ada kaedah kempennya, saya percaya jika semua yang bertanding ikhlas mereka boleh duduk bersama-sama memimpin Malaysia pada masa akan datang. Saya lihat pertandingan Timb Presiden PKR ini tidak lah sehebat pertandingan antara Obama dan Hillary satu ketika dahulu. Namun atas dasar parti yang sama kini mereka boleh duduk bersama memimpin Amerika Syarikat. Jika prinsip demokrasi ingin dibawa pertandingan perlu berlaku tetapi yang paling penting idealisma, karisma dan profesionalisma. Diharap Azmin dan Mustafa teruskan pertandingan dengan sihat. Kepada PKR selamat maju jaya semoga anda perbaiki kelemahan yang terdapat di dalam parti anda.

Saya mohon maaf sebagai orang luar PKR saya dengar kata orang diluar cerita berkenaan Datuk Zaid sepatutnya bertanding AJK Pusat atau Naib Presiden terlebih dahulu, bina Idealisma Datuk dalam PKR sebelum bertanding menjadi Timb Presiden, saya tahu ianya dibuka kepada semua. Tapi benar kata ramai di luar, perjuangan bukan untuk tempoh sehari tapi panjang dan lama. Datuk masih baru di dalam PKR walaupun lama dalam Umno. Ramai yang benar-benar reformis asal penubuhan Keadalian @ kini PKR ingin benar tahu idealisma Datuk dalam parti muda ini, sekurang-kurangnya kemampuan Datuk dalam sepenggal (4 - 5 tahun) musim pilihanraya.

Kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat, elakkan dari temubual ekslusif dari akhbar milik Umno atau BN seperti NST atau Media Prima, Utusan, The Star dan lain-lain yang jelas milik Umno dan BN. Dari akar umbi yang seperti kami ini mudah sahaja kesimpulan, pengkhianat kepimpinan PR selalunya di temubual secara ekslusif dan mendapat liputan putar alam mereka dari laporan tersebut. Jadi awas, mungkin rakyat yang berjaya dibodohkan sahaja yang percaya tapi ramai lagi yang bijak tidak mampu dibodohkan.

No comments: