Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Thursday, April 30, 2009

UMNO amat bahaya, bertindak ala komunis

Dalam Islam tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara malah Haram disisi Islam, dari sudut sosial juga tidak boleh diterima.

UMNO boleh menggunakan pegawai kerajaan untuk mencapat matlamat mereka. Jika di Parlimen dan DUN yang dikuasai BN. Speaker ada hak untuk menerima atau menolak sesuatu usul. Tapi jika negeri itu bukan BN pula, Speaker tidak ada hak untuk membawa usul malah pegawai kerajaan pulak yang boleh membawa usul. Inilah yang dinamakan bahaya, kerana UMNO meletakkan negara dan negeri ini seolah-olah hak mereka. Hanya mereka yang boleh menentukan siapa boleh dan siapa tidak boleh. Tidak cukupkan dengan pengajaran yang rakyat berikan? 

Oleh itu kerajaan UMNO/BN sentiasa meletakkan negara ini sebagai hak mereka adalah haram sama sekali. Jika mereka tidak suka Sultan mereka akan mencaci disetiap akhbar arus perdana, mereka juga boleh ubah apa sahaja untuk mengikut kehendak mereka, campak dan keluarkan ISA adalah mainan mereka, peraturan juga boleh diubah mengikut kesesuaian mereka. Mereka kuasai Selangor, air adalah milik Selangor, bila mereka tidak menguasai Selangor air adalah milik pusat, mereka menguasai Parlimen DUN speaker berkuasa / kebal di dewan, mereka tidak menguasai Parlimen/DUN Speaker tiada kuasa dan tiada hak. Kehendak rakyat memang diketepikan, hak rakyat juga diketepikan. Tidak ubah seperti komunis.

UMNO/BN tidak berubah dan tidak akan berubah. Amat memalukan mempunyai pemimpin seperti ini. Terus terang dari luar negara imej kita amat teruk.   Ini adalah regim yang sangat bahaya diktator berparti seperti komunis. PRU 13, rakyat perlu ajar penafsu, pemeras, penzalim, pemusnah, dan pemandi darah ini perlu ditumbangkan sama sekali. Bukan kita membenci mereka tapi penzalim memang perlu dibenci.

Saya tidak rasa mustahil apabila mereka kalah dalam PRU13 mereka akan menjadi seperti penyokong Thaksin di Thailand, kerana mereka tidak dilatih dan diajar dengan erti menang dan kalah dan adab perjuangan.

Tuesday, April 21, 2009

Coklat lemak babi, coklat enak import didakwa ada lemak babi

Tajuk di atas merujuk kepada tajuk di dalam blog dan komen di dalam Kedahlanie .

Saya merujuk juga tulisan saya sebelum ini di sini
Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)

Saya kira sebagai pendokong sebuah gerakan Islam yang mulia, kita perlu persiapkan dengan ilmu yang cukup untuk mempertahankan atau memberi pendapat dalam sesuatu isu. Pimpinan PAS peringkat atasan sering mengeluarkan hujah yang bijak, menewaskan pimpinan2 dari parti politik lain terutama dari Barisan Nasional.

Masalahnya penyokong dan pendokong tidak perlu beremosi atau membuta tuli seperti orang UMNO yang memang telah diketahui langsung tidak kritis.

Saya masih tidak berkesempatan melengkapkan artikel Halal Siri 2. Tapi memikirkan bulan depan sahaja ada tiga program berkenaan Halal iaitu MIHAS, World Halal Forum, dan yang terbaru World Halal Research. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan ulas sebaiknya. Kerana saya bersetuju bahawa Halal adalah industri yang perlu kita perluaskan bagi mendukung kesucian umat Islam sejagat.

Tahun ini lebih dari 10 syarikat sahabat saya akan menyertai MIHAS, manakala World Halal Forum adalah program yang tidak pernah saya terlepas setakat ini, dan World Halal Research yang pertama kali di adakan (menurut penganjur tahun lepas ada tapi saya tak perasan pon)
bagaimanapun saya akan hadir juga dan akan berkongsi dengan pengunjung blog yang lain.

Monday, April 20, 2009

PAS For All

  1. Sempena menyambut bakal berlangsungnya Muktamar Parti Islam Se Malaysia (PAS), saya ingin memaparkan sedikit pembaharuan dalam menyampaikan konsep PAS untuk semua di dalam blog ini.
  2. Di dalam satu usrah baru-baru ini, kami ada berkongsi bersama Naqib berkenaan dengan matlamat PAS itu adalah menegakkan Islam dimuka bumi ini, dengan konsep dakwah meletakkan asas Al-Quran dan Sunnah agar menjadi teladan kepada semua pimpinan politik yang lain serta rakyat Malaysia secara amnya.
  3. Secara hakikatnya di dalam 50 tahun pentadbiran UMNO/BN mereka meletakkan Islam itu sebagai sampingan atau sekadar syarat sahaja.
  4. Tetapi dakwah Islam itu tidak diletakkan ditempat yang wajar. Dalam petadbiran, PAS berjaya menunjukkan dakwah dan akhlak Islam kepada semua pemimpin parti politik yang lain sehingga menjadikan mereka tidak takut dengan Islam, tidak takut mendampingi ulama, mencontohi disiplin dan banyak lagi.
  5. Masalahnya UMNO/BN tidak senang dengan perkara itu, mereka dahulu berjaya melabelkan PAS ini anti Cina dan India, sedangkan tidak pernah ada dalam dasar PAS untuk anti bangsa lain. Malah PAS amat menolak politik perkauman kerana itulah yang Rasulullah hapuskan ketika hijrah ke Madinah.
  6. Kini setelah jurang pemahaman rakyat Malaysia itu semakin meluas, mereka kini faham perjuangan PAS. PAS telah lama berjuang, pemimpin PAS bukan setakat pernah dikurung di dalam ISA, tetapi pernah mati di dalam ISA, selain itu juga pemimpin dan pengikut PAS pernah dibunuh, dan ditindas.
  7. Amat wajar kini orang Melayu yang beragama Islam merubah haluan dari UMNO/BN kepada PAS/Pakatan Rakyat. PAS/PR telah berjaya menunjukkan pentadbiran yang baik penuh dedikasi, gentleman, dan berwawasan.
  8. Bukan BN sahaja boleh memerintah, PR jauh lebih baik dalam memerintah. PR menunjukkan politik adalah politik, pentadbiran adalah pentadbiran. Dasar kerajaan dijalankan dengan penuh beramanah, tidak bercelaru dan komprehensif.
  9. Saya bandingkan sementara, BN parti yang sama memerintah benyak merugikan wang rakyat dengan membuat polisi sesuka hati untuk kepentingan sendiri sahaja.
  10. Semasa Pak Lah memerintah semua memukul gendang Islam Hadhari, memukul gendang jambatan lurus menggantikan bengkok, pertukaran jawatan dari JKKK, hingga pentadbiran pegawai kanan kerajaan, dan GLC sana dan sini yang mana memberi jaminan politik.
  11. Kemudian bila berubah kepada Tok Jib, Islam Hadhari dikaji semula, jambatan bengkok lebih baik dari lurus, tukar orang ini kepada orang itu, MB ini tidak sesuai untuk mengetuai negeri ini, orang ini lebih sesuai dan banyak lagi.
  12. Sebagai rakyat kita peduli apa kalau itu duit BN masalahnya itu adalah wang rakyat.
  13. Tahap profesionalisma yang rendah ini adalah wajar mereka berundur diri atau jika mahu meneruskan pentadbiran, teruskan dengan perubahan yang drastik bukan kosmetik seperti yang berlaku sekarang ini.
  14. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab PAS untuk merubah semua ini kepada yang terbaik untuk rakyat.
  15. Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah.

Monday, April 6, 2009

Kempen Saat Akhir TV3 : Memburukkan Dato Sri Anwar Ibrahim

Kelihatan berita tv3 berkempen saat akhir untuk membantu UMNO/BN yang kelihatan memerlukan talian hayat. Apalah kaitan dengan meletakkan video sebelas tahun dahulu DSAI dalam UMNO/BN, awat tak tunjuk Najib, Hishamuddin,Muhyiddin, Zahid Hamidi dan ramai lagi memuji muji DSAI, dah ler jangan buat lawak,

Sebagai rakyat Malaysia dan sebagai agen berita nasional, sepatutnya TV3 menyiarkan berita sama adil dan saksama. Tapi sudah diketahui peranan TV3 sebagai agen UMNO/BN dan bukan agen rakyat.

Saturday, April 4, 2009

Cukupkah?

Setelah menjadi perancang utama menjatuhkan kerajaan yang sah kini setelah menjadi PM cuba menunjukkan keterbukaan beliau dengan melepaskan pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta melepaskan tahanan ISA.

Sudah sempurnakah bungan demokrasi? Belum

Saya kira sebagai langkah pertama sepatutnya beliau menyerahkan kembali Kerajaan tersebut kepada yang hak atau membantu YAB Nizar untuk membubarkan DUN Perak. Serahkan kepada yang hak. Selesaikan krisis Perlebagaan Perak dengan sesegera mungkin.

Monday, March 30, 2009

PRU Kecil 3B - UMNO tidak muhasabah masih mahu memfitnah

Persepsi pertama saya selepas selesai persidangan UMNO, mungkin akan berlaku sedikit perubahan mungkin mereka akan lebih profesional dalam berpolitik. Jika dilihat selain Presiden baru UMNO yang terpalit dengan tuduhan berat, mereka mempunyai barisan kepimpinan baru yang lebih baik dari sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyidin, Datuk Zahid Hamidi, dan Datuh Shafei Apdal.

Malangnya yang buruk lebih menguasai UMNO rupanya, fitnah pertama dilempar oleh MB tidak rasmi perak dalam Berita Harian kepada YAB MB Perak DS Nizar iaitu:

--------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel fitnah Zambry Kadiaq di Berita Harian :

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Lihatlah betapa buruknya fitnah tersebut. Kita lihat jawapan rasmi DS Nizar di blog peribadinya, saya tampal semula dibawah :

Ulasan blog Hj Nizar:

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Sunday, March 29, 2009

Sambutan Earth Hour 60 - di serlahkan lagi oleh pengumuman Proton

Proton mengambil langkah positif dalam meneruskan kelangsungan dunia automotif tempatan dengan menandatangani projek RM1.2 Billion dalam pembanggunan kenderaan elektrik.

Selanjutnya boleh dibaca di blog Paultan disini.

Adalah amat diharapkan agar projek ini berjalan dengan sempurna dan mencapai sasarannya. Keperluan kenderaan berkuasa alternatif atau hybrid amat diperlukan dalam dunia kehidupan hari ini. Ini adalah langkah bijak disamping perlu mendapatkan teknologi terkini dalam pembinaan enjin mesra alam.

Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan atau konsep sekarang ini adalah kenderaan rakyat adalah menjadi tanggungjawab Proton untuk menghasilkan kenderaan moden yang sesuai untuk rakyat dan bukan sebuah kenderaan ketinggalan zaman yang pernak dilalui oleh rakyat Malaysia.

Diharapkan era 1996 - 2005 di mana era Proton mula ketinggalan dengan teknologi automotif dan hanya mengunjurkan keuntungan dijadikan sejarah sahaja.