Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, July 21, 2008

PAS bukan untuk dipermainkan

  1. Sudah diduga Pak Lah ada agenda menggunakan PAS setelah keputusan PRU-12 baru2 ini tidak memihak kepada mereka. Adalah menjadi sesuatu yang menjengkelkan apa sebuah parti yang kononnya membela nasib orang Melayu tetapi merekalah yg gagal menaikkan nilai bangsa Melayu malah merosakkan dan melalaikan org Melayu. Kini mereka riuh semula selepas tanah rakyat dirampas dan dibail out pula oleh kerajaan di Port Klang, selepas setinggan2 melayu diroboh tanpa pembelaan, kini barulah teringat semula kepada orang Melayu.
  2. Asas UMNO kepada memajukan bangsa Melayu semata-mata meletakkan kaedah nasionalis Melayu, cintakan bangsa melebihi segalanya. Dengan semangat nasionalis itulah lahirlah golongan nasionalis kepada Melayu negerinya (Perlis, Kedah, P.Pinang, etc....) , Melayu kaumnya (Bugis, Jawa, Banjar, Minang,....etc) dan Melayu keluarganya (ini yg paling byk)
  3. Perlu diingat kehebatan bangsa Melayu tidak terletak kepada Melayunya tetapi pada Islamnya Melayu itu. Malah kehebatan empayar Melaka dan Johor-Riau dahulu bukan kerana Melayu tetapi kerana Islamnya bangsa.
  4. Kerajaan Melayu Melaka zaman kegemilangannya ketika Islam berkembang mekar, malah sejarah membuktikan keadilan dijalankan sewajarnya kepada semua penduduk Melaka, sehingga ada golongan atau bangsa lain memeluk agama Islam dan lahirlah bangsa yang juga dimasukkan dalam rumpun Melayu ketika itu seperti mamak dsb. Rosak pula empayar ini juga kerana Melayunya lebihkan kepada kronisme dan nepotisme.
  5. Kenapa gemilangnya Melayu ketika itu?kerana konsep Islam digunapakai sebagai satu cara hidup, Islam itu meninggikan martabat manusia tidak kira warna kulit, miskin atau kaya, kerana Islam itu mengutamakan kebajikan kepada yg susah, kerana Islam itu menyatakan perpaduan membangunkan umat tidak mengira bangsa, kerana Islam itulah yang menolak assabiyyah.
  6. Disitulah konsep yang dibawa oleh PAS untuk rakyat Malaysia, yang diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.
  7. Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan UMNO? kerana UMNO selama ini telah terbukti menjayakan aspirasi kronisme dan nepotisme yang telah merosakkan nilai bangsa negara Malaysia ini. UMNO dipertanggungjawabkan pada satu ketika dahulu oleh rakyat dan Raja-raja Melayu, tetapi kerana asasnya diletakkan kepada nasionalis semata-meta maka ada sikap menjaga kepentingan bangsa dan keluarga sahaja. Kerana itulah pemimpin utama mereka akan keluar parti bila tidak berkuasa, kerana mereka hanya akan nampak kerosakan UMNO setelah keluar dari awan yang putih rupa-rupanya gelap dibawahnya.
  8. Adalah tidak mustahil PAS boleh bekerja dengan MCA malah MIC sekalipun, malah jika DAP dan PKR menjadi seperti UMNO tidak mustahil PAS akan akan keluar dari Pakatan Rakyat. Perlu diingat dasar PAS bersama PKR dan DAP ialah kerana matlamatnya tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan dan kebajikan untuk semua. Adakah itu tidak selari dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS? adakah UMNO, MCA dan MIC selama ini memegang kepada prinsip yang tersebut?
  9. UMNO, MCA dan MIC sama sekali tidak memegang prinsip yang sama, jika orang itu telah diketahui orang PAS dikampung-kampung dahulu sudah tentu subsidi baja sengaja dilewatkan, Pengerusi atau AJK JKKK sudah tentu diberi kepada puak mereka sahaka, majlis perbandaran juga sudah tentu kepada kroni mereka, apatah lagi syarikat2 kerajaan Ahli Lenbaga Pengarah selagi boleh dipilih no.1 umno no. 2 barulah talented, sehingga akhir sekali Naib2 Canselor universiti juga diberi kepada mereka yg no.1 umno, no.2 kelayakan dsb.
  10. Maka terhasillah Naib Canselor seperti dalam Debat isu harga minyak baru-baru ini. Bila disuruh tanya soalan dia pulak nak berhujjah seolah nak berdebat, bila disuruh tanya kepada shabery ditanya kepada Anwar tapi seruh Shabery jawab, maka tidak hairanlah Mahasiswa kita semakin tidak berdaya saing kerana dah Naib Canselornya sebegitu rupa. Kesian sungguh Malaysia mempunya Naib Canselor sebegitu rupa.
  11. Sebab itulah saya menegaskan semakin lama UMNO berkuasa semakin rosak lah negara ini. Mereka tidak meletakkan keadilan kena pada tempatnya, lebih kepada kepentingan sendiri. Lihat sahaja pertemuan antara PAS dan UMNO selama ini dirahsiakan kerana titik permuafakatan adalah supaya pertembungan politik tidak menjejaskan akidah umat Islam, Tetapi Pak Lah seperti hilang pedoman menceritakan itu dan ini kerana ingin menagih kekuatan. Belum apa-apa sudah khianat kepada matlamat pertemuan, ini pon sudah menampakkan DAP lebih baik dari sikap UMNO yg hanya inginkan kuasa.
  12. Kesimpulannya saya setuju kepada pandangan Mursyidul Am PAS bahawa tidak perlu bermuzakarah dengan orang seperti pimpinan UMNO ini, kita lihat PRU 13 mungkin pimpinan mereka sudah berubah jika belum berubah dan masih lagi dengan sikap ingin mengambil kesempatan, tunggu pula selepas PRU yg akan datang, begitulah berlangsung seterunya.

No comments: