- Selepas mengunjungi rumah terbuka seorang teman lama di Shah Alam, saya membawa keluarga singgah melawat Muzium Selangor.
- Memang menjadi amalan saya sekiranya melawat ibu negeri mana-mana negeri saya akan singgah ke muzium negeri untuk melihat perkembngan negeri tersebut.
- Bagaimanapun Muzium Selangor telah lama tidak saya kunjungi (kali terakhir pada hujung tahun 2004) walaupun kerapkali juga saya pergi ke Shah Alam.
- Namun disini saya ingin memberi sedikit teguran kepada Kerajaan Negeri, lawatan kami sekeluarga disertai anak saudara saya berumur lapan dan sepuluh tahun.
- Saya sedikit terkilan apabila mereka bertanya kepada saya siapa Menteri Besar Selangor sebenarnya? Rupanya digambar senarai Meteri Besar dari dahulu hingga kini masih terletak gambar Dr. Khir Toyo Menteri Besar sehingga kini. Dimana gambar Tan Sri Khalid? Kita yang dah besar panjang ini mungkin faham, tapi ini boleh mengelirukan budak sekolah.
- Diharapkan Kerajaan Negeri Selangor terutama Ahli Lembaga Muzium membuat pembetulan segera, kemenangan Pakatan Rakyat bukan baru 3 bulan, malah sudah lebih 6 bulan.
- Teguran ini bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri yang baru tapi pakej daripada staff muzium sehinggalah Ahli Lembaga Muzium. Semoga tuan/puan lebih peka.
Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Saturday, October 18, 2008
Muzium Selangor Shah Alam.. Siapa yang tak buat kerja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment