Saya bersetuju bahawa peringatan Raja Melayu bagi peruntukan di dalam perlembagaan menuntut bahawa “Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
Oleh demikian semua rakyat perlu memahami peruntukan ini dan orang Melayu sebenarnya tidak perlu risau untuk menukar kerajaan sedia ada, jika tidak dalam masa terdekat ialah pada masa Pilihanraya ke 13 (PRU 13) kelak. Selain dari itu orang Melayu disamping meminta bangsa lain hormat kepada Raja mereka juga perlu hormat. Tidak perlulah mengangkat kain rentang mengeji Raja dan sebagainya.
Orang Melayu perlu memelihara dan melindungi agama Islam, jangan lah mengharapkan Raja atau guru-guru agama sahaja memelihara Islam sedangkan sikap dan tindak tanduk kita lebih kepada kera. Melindungi agama Islam dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup, menjadikan Islam sebagai teras kehidupan serta membangunkan negara bersama Islam.
Selain dari itu sebagai orang Melayu yang memimpin negara janganlah kita meminggirkan Bahasa Melayu, menjatuhkan standard Bahasa Melayu dan merendah-rendahkan Bahasa Melayu. Satu ketika dahulu Bahasa Melayu pernah menjadi "Lingua Franca". Kini Bahasa Melayu hanya digunakan di nusantara. Tapi di Malaysia sains dan matematik dahulunya di ajar dalam Bahasa Inggeris pada awal kemerdekaan, kemudian dengan titik peluh bertahun-tahun Pegawai Pendidikan mengusahakan Bahasa Melayu didaulatkan sehingga menjadikan Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
Apa yang membanggakan Sains dan Matematik yang di ajar dalam Bahasa Melayu satu ketika dahulu telah menjadi sumber rujukan anak-anak Melayu di Selatan Thai, Melayu Singapura, Brunei dan ada sesetengahnya dibawa kepada anak Melayu yang berada diperantauan. Tidak semena-mena Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris semula tanpa perancangan yang rapi. Jika tidak mungkin dalam tahun 2020 dah ada orang eropah buat rujukan untuk sains dan matematik yang dikaji oleh orang Malaysia di dalam buku bahasa Melayu. Tapi perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dirosakkan oleh pemimpin korup yang sudah tidak dapat menilai perjuangan.
Kepentingan kaum-kaum lain juga perlu dipelihara, tidak boleh sekiranya kita sebagai pemimpin Melayu meminggirkan bangsa lain yang duduk bersama-sama dalam satu negara. Kita tidak boleh manafikan sama sekali sumbangan mereka untuk negara kita. Mereka bekerja, bayar cukai, membeli belah, membuka gedung dan sebagainya. Jadi tidak boleh sesekali kita menzalimi mereka. Sudahlah dengan mereka tidak boleh dizalimi dengan orang Islam apatah lagi... Jadi apakah perlu akta zalim wujud.. sekian dahulu, tepuk dada tanya Iman
2 comments:
Rakyat Melayu yang pelbagai kaum di negara tidak boleh lagi ambil mudah dalam soal bahasa Melayu.Sepatutnya tidak berlaku lagi rakyat yang tidak tahu berbahasa Melayu dan kalau tahu pun masih tergagap-gagap telornya.Ini memalukan negara kerana sikap yang tidak mengutamakan bahasa Melayu dan sering ambil mudah.
Benar rakyat Malaysia tidak boleh ambil mudah, pemimpin kena mainkan peranan yang penting... masalahnya sekarang pemimpin UMNO lah yang merudumkan Bahasa Melayu itu sendiri
Post a Comment