Dalam meneliti belanjawan mini atau bahasa Perbendaharaan Malaysia
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) . Saya dapat merasakan pakej ini hanya memberi kesan jangka pendek manakala kesan jangka panjangnya akan lebih menyukarkan negara dan rakyat. Kenapa??
Yang paling jelas adalah defisit pada belanjawan ini pendapat saya terlalu tinggi iaitu 7.6%, apabila di nilai dengan simpanan emas negara yang terlalu rendah serta nilai eksport terlalu rendah pada Januari 2009. Menjadikan sandaran Ringgit terlalu lemah akan menyebabkan tekanan inflasi yang terlalu tinggi.
Sekiranya rakyat tidak dapat bekerja apa perkara minimum yang perlu rakyat tanggung? Makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Oleh yang demikian pertambahan nilai kepada belanjawan yang sebegini lemah sepatutnya dikaji semula.
Dengan kerajaan membuka peluang pekerjaan terlalu besar melalui perjawatan Kerajaan apakah kesan jangka panjangnya? Kadar pertambahan pekerja sektor awam perlu menokok bersama dengan pekerja sektor swasta menunjukkan secara relatifnya ekonomi meningkat. Jika pertambahan pekerja awam berkadar songsang dengan sektor swasta bermakna ekonomi sedang menguncup.
Keadaan ketika ini adalah tidak boleh dibiarkan semakin tinggi jurang kaya dan miskin, pembelaan yang terlalu besar kepada golongan kaya akan hanya memparahkan lagi rakyat marhaen. Teras pertama dan Teras kedua dilihat seolah-olah banyak memberi fokus kepada rakyat yang mana membawa kepada nilai RM12 billion. Manakala Teras ketiga dan keempat dilihat seolah-olah akan digunakan untuk menyelamatkan dan meningkatkan dana untuk kroni iaitu membawa kepada RM48 billion.
Saya ringkaskan petikan yang saya kutip dari sasaran Belanjawan mini tapi mega ini.
Teras Pertama, 2 bilion ringgit;
MENGURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN
Teras Kedua, 10 bilion ringgit;
MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS
Teras Ketiga, 29 bilion ringgit;
TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS
Teras Keempat, 19 bilion ringgit.
MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN
Itu pun sekiranya Teras pertama dan kedua mencapai pada sasarannya. Selalunya dibawah pentadbiran UMNO/BN 50% telah disebat oleh pencacai UMNO. Jika ini terjadi hanya 6 billion sampai kepada rakyat. Bayangkan jika projek SPNB disebat oleh kroni, dana latihan disebat oleh kroni, kemudahan awam juga di sebat oleh kroni, dan pelbagai lagi jadi apa yang tinggal??
Juak-juak ini pula jenis menghabiskan duit melancong dan joli kesana kesini. Maka tidak sampai kemana. Teras ketiga dan keempat adalah mimpi dan nombor untuk rakyat marhaen, apabila dana Khazanah Nasional digunakan untuk bail out atau menambah modal syarikat kroni apa lagi baki yang tinggal di negara?? Teras ketiga dan keempat saya simpulkan untuk membantu kroni menghadapi krisis dan membina keupayaan untuk masa depan kroni.
Saya cabar kerajaan :
1)membantu rakyat seikhlas yang mungkin dengan memberi kupon makanan kepada mereka yang hilang sumber pekerjaan.
2)membantu kerajaan negeri yang ingin membantu rakyat (seperti Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli Syabas)
3)Meluaskan dan memperkenalkan Malaysia sebagai hub sektor perkhidmatan. Seperti sektor kepakaran Perbankan Islam, Jururawat, Hub Halal dsb
4)Menurunkan kadar faedah institusi perbankan dalam sewa beli rumah dan kenderaan.
5)Mengetatkan syarat pemilikan kad kredit.
6)Perlahan-lahan meningkatkan simpanan emas negara.
7)Mempromosikan dengan lebih meluas sawit Malaysia.
Saya tidak menafikan kerja rakan-rakan di EPU dan Perbendaharaan, bagaimanapun rakan-rakan perlu bertindak lebih proaktif dalam menyasarkan Belanjawan. Saya amat memahami bebanan yang dipikul dalam tema penjawat awam "Saya yang menurut perintah" bagaimanapun dalam mengawal perbelanjaan Belanjawan ini bantuan rakan-rakan di Perbendaharaan,EPU, ICU, dan yang terbaru SPRM amat diperlukan bagi mempertahankan negara Malaysia tercinta ini.
2 comments:
Kita perlu sahut seruan TPM agar bersatu dlm menangani masalah ekonomi sekarang. Kurangkan berpolitik yg tidak memberi manfaat. Jangan berdemostrasi, ikut undang2 dlm semua perkara, dan banyak lagi...
Beri tumpuan pd membangunkan ekonomi Malaysia.
View Profile: Rantong™
Betul tu masalahnya TPM sendiri sibuk berpolitik dan merobek demokrasi, sehingga menyebabkan dasar-dasar kerajaan flip flop serta tidak terjaga.
Ambil contoh Kerajaan Negeri Kelantan, P.Pinang, Kedah dan Selangor. Mereka bertungkus lumus bekerja untuk kebajikan rakyat dan masa depan negeri.
Masalah yang ketara adalah kerajaan pusat kurang bekerjasama dengan negeri demi untuk kepentingan rakyat
Post a Comment