Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Thursday, September 30, 2010

Proton: Model Gantian Waja, Sekadar Pandangan

sejak akhir-akhir ini blog, forum, malah media elektronik tidak ketinggalan menceritakan berkenaan model baru Proton iaitu gantian Waja.

Tidak perlu saya sibuk bincangkan lagi di sini kerana ianya telah jelas di ambil dari mana, kerana telah jelas bersuluh ianya datang dari model Mitsubishi Lancer. Kerana apakah Proton tidak meneruskan legasi asalnya sejak kemunculan Waja? di mana sedikit demi sedikit Proton mengeluarkan model kereta dari lakaran hinggalah mampu berjalan di jalanraya. Model yang terbaru adalah Exora, mpv 7 tempat duduk rekaan anak tempatan, menggunakan enjin yang juga dicipta oleh anak tempatan.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua industri automotif kini serba kompetitif, model baru perlu dihasilkan kurang dari 10 tahun bagi satu satu model. Ditambah pula pasaran kini semakin terbuka, lindung melindung, payung mamayung sesuatu industri itu tidak boleh lagi dijadikan amalan kerana ia akan merosakkan lain-lain industri yang perllu bersaing di luar.

Walaupun saya sedar kerajaan masih menggunakan sedikit ruang untuk melindungi Proton, sepatutnya sudah tidak perlu. Bagaimanapun dalam situasi sekarang ianya masih perlu biarpon sedikit kerana kepimpinan baru Proton yang kini diketuai oleh gandingan automotif Dato' Nadzmi dan Datuk Syed Zainal tidak perlu dihukum akibat kecuaian kerajaan dikala melantik Tengku Mahalel sebagai CEO Proton.

Mungkin ramai tidak sedar, tapi hakikat yang nyata kini kuasa automotif sudah semakin kecil, gergasi automotif seperti General Motors dan Ford juga sudah tidak mampu menjaga syarikat-syarikat kecil yang lain. Yang terbaru adalah Volvo, kini sudah diserahkan kepada sebuah syarikat di China. Kereta Mini yang dahulunya dibanggai oleh orang Inggeris kini sudah menjadi milik BMW. Perkongsian teknologi amat diperlukan ketika ini bagi mengekalkan jangka hayat sesebuah industri automotif.

Langkah Proton untuk bergerak bersama kembali dengan Mitsubishi adalah langkah bijak, Mitsubishi juga sebenarnya menghadapi situasi yang sangat mencabar sejak tidak bersama dengan Proton hampir 10 tahun yang lalu. Mereka nyaris menjadi seperti Nissan yang kini berjaya mendapatkan rakan strategik iaitu Renault walaupun terpaksa berkorban pegangan saham.

Pegangan seperti Renault - Nissan inilah yang saya nampak ditolak oleh kepimpinan Proton untuk menjalin hubungan strategik bersama Volkswagen. Hendak mudah kerja memang benar serahkan sahaja 51% saham Proton, dalam masa yang sama Lotus juga sudah menjadi milik Volkswagen. Dalam masa 2 - 3 tahun hilanglah anak-anak tempatan dari menjadi teraju utama pakar automotif. Barisan jurutera dan pakar RnD Proton termasuk ketua-ketua operasi Proton kini adalah anak tempatan terdiri dari bangsa Melayu Cina dan India. Sebahagian mereka yang telah berjaya juga sudah "di beli" oleh syarikat automotif antarabangsa.

Perjuangan Industri Automotif yang sangat kompetitif ini sangat berkait rapat dengan supply chain dari vendor - pemasangan hinggalah penjualan. Rantaian itu telah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kepakaran kepada anak bangsa. jika Thailand berbangga mempunya kilang pemasangan kereta Toyota terbesar di luar Jepun, tetapi berapa ramaikah pakar RnD Toyota dari mereka yang berbangsa Thai? adakah hanya ramai yang pasang atau ramai yang merekacipta? Adakah rakyat Thailand yang menjadi CEO/MD bagi Honda, Toyota, dan Ford. Tidak sama sekali, dengan adanya Proton kita dapat mengetengahkan nama seperti Dato Nadzmi dan Datuk Syed Zainal sebagai peneraju automotif Proton.

No comments: