Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Tuesday, January 4, 2011

Tahniah Harimau Malaya, jangan berhenti disini teruskan.

Saya ke Gelora Bung Karno tempoh hari, masuk ke stadium dan terpaksa bergelut dengan memakai baju merah. Risau akan keselamatan, malangnya telefon bimbit telah terlepas di tangan ketika membuat rakaman berlaku tolak menolak. Malang tak berbau saya terjatuh dan telefon terpelanting, kelam kabut dibuatnya.

Kebetulan berada di Jakarta saya tidak toleh kebelakang untuk mengirim tiket perlawanan dari sahabat di Yogjakarta, beliau terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan tiket untuk kami menonton perlawanan tersebut.

Walaupun terjatuh, terpaksa menyamar memakai baju merah dan kehilangan handphone saya puas kerana kemenangan Malaysia. Sekalipun kita tewas 2-1 dan menang agregat, tetapi jaringan ditempat lawan menerusi Safee Sali sebenarnya amat menggerunkan penyokong Indonesia. "waduhh catek banget" itulah yang terungkap tatkala jaringan tersebut.

Komen saya, pasukan Harimau Malaya perlu digilap lagi bagi menggapai kemenangan diperingkat yang lebih tinggi. Kemampuan untuk mara ke pusingan ke-2 Sukan Asia tempoh hari sebenarnya memberi harapan baru bolasepak negara. Permulaan Piala AFF Suzuki amat merisaukan ramai pihak, 8 orang pemain utama cedera dan majoriti muka baru dimasukkan terpaksa menempuh perlawanan pertama dengan Indonesia. Mereka belum sempat dikoordinasikan sepenuhnya oleh K.Rajagopal, semangat dan keyakinan Rajagopal terhadap anak buahnya saya lihat bukan kata-kata kosong selepas kita tewas 1-5 kepada Indonesia.

Kini terbukti kita kini mempunya ramai pemain muda untuk skuad senior, limpahan pemain ini perlu digunapakai sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan skuad ini. FAM tidak boleh banyak bermain politik, ini bukan pentas politik. Timb. Presiden FAM Annuar Musa tidak boleh jadikan FAM sebagai batu loncatan politik seperti mana beliau terajui KAFA tetapi mempergunakan Piala Malaysia untuk kempen di Galas. Ini adalah skuad negara, rakyat ada pemilik kepada pasukan Harimau Malaya. Cukai-cukai dan pendapatan negara bukan hasil duit orang politik tetapi adalah hasil mahsul negara dari rakyat Malaysia.

Perancangan untuk memperbaiki ranking bolasepak negara perlu disasarkan. Kali ini kita lihat pemain bolasepak berebut untuk menyarung jersi negara. Pernah satu ketika dahulu selepas skandal rasuah bolasepak berlaku pula kejadian pemain tidak mahu mewakili negara. Di negara lain mereka berebut mewakili negara, di negara kita pemain sibuk melarikan diri. Tetapi kini tidak berlaku lagi, Zakuan selepas ini terpaksa mencari jalan untuk memenuhi kesebelasan utama selepas gandingan Norshahrul dan Safee sangat menjadi. Norshahrul dan Safee juga tidak boleh pandang enteng di belakang ramai lagi berebut untuk menjadi wira Zakuan sudah menyatakan hasratnya, Amri Yahya juga salah satu pencabar. Perebutan ini adalah sangat positif bagi memastikan kesinambungan pemain terbaik.

Bayangkan di Jerman Michael Ballack berebut dengan Philip Lahm bagi jawatan ketua pasukan. Pemain lain juga bertungkus lumus memastikan mereka sentiasa ada dalam pasukan utama. Walaupun Jerman sudah 20 tahun tidak pegang Piala Dunia mereka masih lagi pasukan gergasi dan sentiada ada paling kurang di Suku Akhir. Sedangkan pemain mereka tidak terlalu glamor seperti pemain England, Sepanyol, Brazil dan Argentina. Keupayaan mereka adalah semangat untuk maruah bolasepak negara mereka.

Semangat dan taktikal amat penting untuk sukan bolasepak maju ke hadapan. Saya harap FAM akan membantu K.Rajagopal, Subahan, dan Pasukan Harimau Malaya dalam strategi meningkatkan pasukan negara. Kita bangga kerana barisan pemain, jurulatih dan pengurusan adalah terdiri dari rakyat Malaysia. Piala AFF memperlihatkan jurulatih pasukan seperti Thailand, Indonesia, Filipina malah Vietnam adalah dari luar negara. Kita bangga kerana mempunya jurulatih tempatan segigih K.Rajagopal yang setanding dengan Jurulatih lain diperingkat antarabangsa.

Terukan Harimau Malaya

No comments: